Sep 11, 2011

Rahmat disebalik perbezaan

Jika sesekali kau intai ke dada langit di waktu malam mesra menghamparkan kasih,
Carilah sebutir bintang paling karib di sisi bulan,
Kerana itu adalah bintangku.

Biar jarak dan waktu memisahkan kita,
Kau pasti melihat bintang yang sama.

-Nimoyiz TY

Manusia membentuk nilai dirinya hasil pengalaman dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuhi dalam kehidupan banyak mempengaruhi pembentukan karakter diri kita daripada sudut nilai dan keutamaan untuk melakukan sesuatu.

Kita berselisih faham, bergaduh, bertengkar kerana berfikir semua yang kita fikirkan sama seperti orang lain. Jadi, apabila ada pendapat atau perlakuan yang kita tidak suka dilakukan oleh orang lain, akan timbul rasa marah dalam diri. Hakikatnya, setiap daripada kita berbeza cara berfikir. Maka, kita perlu sedar tentang wujudnya perbezaan tersebut.

Saya bawakan suatu kisah;

Daripada Abdullah bin 'Amr: Suatu hari kami berada di sisi Nabi Muhammad s.a.w, lalu datang seorang pemuda dan bertanya: "Wahai Rasulullah, saya mencium isteri sedangkan saya berpuasa?". Jawab baginda, "Tidak boleh." Datang pula seorang tua bertanya Saya mencium isteri sedangkan saya sedang berpuasa?" Jawab baginda, "Boleh."

Kami pun memandang antara satu sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w: "Aku tahu mengapa kamu memandang antara satu sama lain. Sesungguhnya orang tua dapat mengawal dirinya" (Riwayat Ahmad).

Jawapan berbeza yang Nabi Muhammad berikan itu disebabkan baginda tahu kedua-dua orang yang bertanya adalah orang yang berbeza. Mungkin jika pemuda itu diveri keizinan, maka dia akan bersetubuh maka akan terbatal puasa tetapi orang tua itu diberi keizinan kerana dia dapat menahan dirinya. Lain orang, maka lain juga nilai keutamaannya pada sesuatu perkara yang diletak.

Namun, walau apa pun terjadi.
Kita semua punya tujuan yang sama. Mencari rahmat dan redha Tuhan. Jadi, apabila ada pihak yang melakukan perkara yang kita tidak suka, cuba berbicara dengannya, dengar hujahnya. Dari situ kita akan sedar perbezaan cara kita berfikir dan cara dua berfikir adalah berbeza.

Dan daripada situ, kita berbincang supaya sama-sama dapat manfaat - musyawarah.

Tidak rugi orang yang bermesyuarat dan tidak menyesal orang yang istikharah.

P/s: Memang seronok menjadi betul. Tetaplah menjadi betul dengan membuat perkara yangbetul. Tidak cukup dengan menuduh orang lain salah. Sekiranya dia salah sekalipun, belum tentu kita betul.




Aug 29, 2011

Usah Putus Asa | Never Give Up


Putus asa. Kecewa.
Apabila segala yang diusaha.
Mungkin tinggal tiada makna.


P/s: Ada korban, ada sayang. Sayang itu tidak akan di fahami apabila tiada korban yang disemi.

Jul 17, 2011

Persepsi: Manakah kita?

Kata orang yang berputus asa;
Aku punya banyak masalah. Masalah ini membunuh jiwaku. Hampir setiap malam aku berfikir cara untuk mati.

Kata orang berlapang dada;
Masalah itu teman hidupku. Sesiapa pun punya masalah selagi masih hidup. Setiap masalah ada penyelesaian. Selagi hidup, selagi itu harus berjuang.

Kata orang yang ingat tuhan;
Alhamdulillah. Masalah ini membuka jalan untuk lebih memperbaiki keadaan. Sesudah gelap, pasti akan terang. Allah itu Maha adil.




Persepsi itu merupakan lensa kita dalam menafsirkan dunia. Ia menentukan bagaimana kita bersikap. Muhasabah buat diri sendiri.


P/s: Sebagaimana manusia boleh berubah sikap, PERSEPSI jua boleh dan mampu diubah.

Apr 28, 2011

Cakap ke Langit, Harap jadi Hujan turun pada Diri Sendiri!


Untuk bangun setelah jatuh daripada tempat yang tinggi merupakan suatu perkara yang sukar.

Namun, ia bukan suatu yang mustahil.

(Terbang setinggi Helang, ada ketika ketanah jua ia!)

Kita sebagai Hamba ada DIA.
Tempat bergantung harap dan meminta pertolongan.
Maka berdoalah.
TAMBAH AMAL.

Takkan diuji seseorang itu dengan ujian yang diluar kemampuan hamba itu untuk hadapinya.
Jadikan ujian daripadaNya sebagai Tiket untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNYA.

"....Boleh jadi apa-apa yang kamu suka itu buruk bagi diri kamu, dan boleh jadi apa-apa yang kamu benci itu adalah baik bagi diri kamu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui"

(Al-Baqarah:216)

P/s: Bercakap buat diri aku sendiri. Moga-moga sentiasa menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan boleh menerima teguran daripada orang lain dengan berlapang dada!

Jangan Bersedih kerana Kesedihan Anda membuat MUSUH Anda GEMBIRA

Assalamualaikum
Salam Manis dari saya buat semua pembaca belog ini. Saya diberi peluang untuk mencoret di sini. Mungkin coretan saya kurang berisi,saya sekadar berkongsi cerita dan menyebarkan senyuman buat semua..

Memetik kata-kata dari kitab La Tahzan:
Tersenyum kerana kenyataan-kenyataan pahit, bersabar atas segala musibah, dan tabah menghadapi semua ujian hanya akan membuat kecut hati orang-orang yang senang melihat penderitaan orang lain dan meredakan kemarahan di hati orang-orang yang mendengki.
Senyum walau disindir?
Senyum walau diuji dengan perpisahan dengan kekasih?
Masih tersenyum saat kekasih bersanding di atas pelamin nan indah??

Haha...apehal pulak semua tentang kekasih nih? Sebenarnya, saya tengah menahan rasa...banyak-banyak bersabar dengan karenah seseorang. Sungguh sangat teruji tahap kesabaran saya, namun saya masih senyum...sengih... tertawa saat 'beliau' menyindir..menyakat..erm,mungkin juga beliau sedang menguji/menduga hati saya...

Sungguh, rasa bengkek je...Tapi, sebagai perempuan yang sudah menginjak dewasa, saya belajar untuk kool saat diuji dengan permainan perasaan ini. Kalau saya terus lemah...terus mengamuk...terus menangis...sudah pasti 'beliau' makin sakan mengenakan saya...

Yeah..saya sangat comel sewaktu menangis :)

Mungkin 'beliau' boleh diibaratkan sebagai MUSUH kerana 'beliau' tahu kelemahan saya yang suka/mudah mengalirkan air mata.

Namun,manusia boleh berubah dan saya sentiasa berusaha untuk berubah sedikit demi sedikit dan saya juga TAKKAN biarkan MUSUH saya GEMBIRA melihat saya bersedih...

Wahai kawan-kawan yang sedang bersedih kerana seseorang yang melukai hati kalian atau mungkin kerana masih belum berjaya menerima takdir Allah, usahlah bersedih dan belajarlah untuk redha...

Tangisan yang berkualiti
  • Air mata TAUBAT
  • Tangisan sewaktu BERMUNAJAT : memohon keampunan daripada ALLAH
  • Menangis mengenang Pengorbanan RASULULLAH
  • Menangis tanda SYUKUR/Redha 
  • Menangis Kerana BAHAGIA
THE WORLD STOP FOR A WHILE  WHEN WOMEN CRY

Apr 27, 2011

Senyuman lestari

Senyummu kugantung di langit
bersinar bersama kerlipnya bintang.

Senyummu kutambat di tiang setia kita
dengan tali-temali cinta
bagai manis janji kita berdua.

Senyummu ingin kucuri
dan kusimpan cermat dalam peti hati
lantas, kupatahkan kuncinya –
agar senyummu hanya jadi milikku.

Kota Tinggi, Johor.


(Tunas Cipta, Mac 2011)

P/s: Bangi hujan lebat subuh ini

Apr 25, 2011

Jiwa hamba, Kita manusia



Kadang-kadang kita cuba untuk puaskan hati semua orang - Terutama orang yang paling kita sayang.

Tapi, percayalah. Takkan boleh.

Dan apabila saya terpandang pada panji kesetiaan yang dikibarkan setengah tiang itu.
Saya tau ada perkara yang telah mati.

Mari berubah ke arah lebih baik, dan harapan saya buat kamu jua begitu; wahai kesayangan saya.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu telah tersurat. Sabarlah, senyum dan hapuskan air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai kembara kehidupan yang akan menemui rahsia disebalik titian kehidupan yang kau jalani.

P/s: Telan dan senyum sahajalah. Jiwa hamba, perlu redha!


Apr 22, 2011

Blog yang saya terjah setiap kali Online!

Sejak sibuk berpraktikum ni, saya jarang berpeluang untuk sentiasa mengemaskini blog.

Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna saya meninggalkan terus dunia online dan blog.
Saya tetap jua blogwalking, melihat-lihat, membaca celoteh dan cerita rakan-rakan.. Cuma untuk meninggalkan jejak komen di setiap entri tu..tak berkesempatan..lebih selesa bertindak sebagai silentreader.

Cerita pasal blogwalking ni, saya tergerak untuk berkongsi antara blog yang pasti saya kunjungi setiap kali saya online.


Blog-blog itu ialah..

Kak Jie memang pandai bercerita. Dah lama jua follow Kak Jie ni.. Rasanya mula-mula kenal dia daripada zaman forum Teratak Anna Abadi masih wujud (zaman saya sekolah lagi!) hingga sekarang forum tu pun dah berkubur. Kak Jie ni ora
ng lama lah jua dalam dunia blog.

Motivasi keagamaan, kalau rasa down, tiada semangat ni lah antara tempat port saya untuk mencari semangat yang hilang. Oh, sekarang saudara
Hami pasang lagu pada blog yang boleh tahan sedapnya. Syahdu didengar!

Pertama kali jumpa dan berkenalan dengan pemilik blog ni sew
aktu bersama-sama mengikuti suatu program di UIAM. Alang-alang kenal, terus follow ni. Penulisan blog yang kemas. Ilmiah dan berinformasi. Saya kira, saudara Azree merupakan seorang yang mempunyai kebijaksanaan berbahasa yang tinggi kerana penulisannya 'halus' dan teliti. Entry paling saya suka dalam blog ni adalah pengalaman saudara Azree sewaktu bercuti di London. Mungkin sebab saya pern
ah bercita-cita ingin honeymoon di London..hihi..berangan!


Seorang yang saya kenal dalam dunia maya pada mulanya, dan pernah berjumpa jua di alam nyata. Follow blog ini sejak dia menggunakan blogspot hinggalah kini menggunakan domain berbayar yang lebih pendek dan senang diingat. Kreatif. Susun atur blog yang cantik. Sukar dijangka kadangkala mood cik gadis ini..Entri yang ditaipnya penuh dengan perasaan.. :)

Seorang guru. Entri yang ditulis universal, pendek, padat, dan berinformasi.

Penulisan yang bersahaja. Penuh dengan motivasi. Banyak perkara yang CikJari bebelkan di blog ni bagai terkena ke batang hidung sendiri.haha..


Selain daripada blog yang saya senaraikan ni, ada beberapa blog lain juga yang jadi senarai wajib saya setiap kali online seperti JustKhai, LangitIlahi, dan Rohaizad. Blog diorang semua ni memang best la! ^^


P/s: Praktikum dah makin hampir ke penghujung. pencerapan semua dah selesai, jadi boleh la saya kembali mengerakkan jari-jemari untuk lebih giat menulis.. :)



Apr 21, 2011

Bersedia untuk kehilangan yang TERSAYANG?


Dunia ni pinjaman sahaja. Suatu hari yang pasti, kita semua akan kembali

-

Dalam hal ini, saya mengatakan bahawa segala nikmat yang diberikan kepada kita contohnya cinta dan kasih sayang ia adalah sebentuk rezeki yang datang atas keizinan Allah.

Di waktu malam, kita bermimpi tentang sebuah kehidupan yang abadi. Betapa kita merasakan dengan adanya cinta, maka segalanya pasti akan berakhir dengan igauan yang indah. Tetapi, apalah yang kita mampu kan? Setiap saat yang indah itu sementara. Selagi kita hidup di atas muka bumi yang fana ni, tidak ada jaminan apa-apa kebahagiaan yang dikecapi itu pasti akan kekal.

Cinta boleh buat kita buta. Buta tentang dunia, buta tentang hakikat hidup - betapa setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Tak kira lambat atau cepat, manis atau pahit, senang atau susah, hidup atau mati. Mati itu pasti, hidup insyaAllah. Sudahkah kita bersedia dengan kehilangan ini?

Bila kita lena dalam cinta, kita menafikan banyak perkara. Menafikan kemungkinan perpisahan, kemungkinan diri menjadi semakin terseksa. Dan manusia akan terus bersifat. Sentiasa lupa dan terleka. Rezeki di depan mata, diabaikan sampai satu hari bila ia hilang buat selama-lama merana seluruh jiwa.

Dan pintu kasih sayang itu bukan selama-lamanya terbuka. Kuncinya boleh patah dan hilang pada bila-bila masa.

Sebelum kita hilang orang yang amat kita sayang, sudahkah kita buat yang semampu daya untuk membahagiakan hidup mereka?


P/s: Kasih sayang juga suatu rezeki kerana ia datang daripada Allah dan dengan kebenarannya sahaja, kita dapat beroleh nikmat dan keberkatan!

Sangat senang dengan ini. Diambil daripada Azree Ariffin.

Apr 20, 2011

Tanya sama hati: Apa yang dimahu?

Mafhum hadis Nabi SAW

Dalam tubuh badan manusia itu ada seketul daging
Jika baik daging tersebut maka baiklah seluruh tubuh
Namun, jika rosak daging tersebut maka rosaklah keseluruhan tubuh
Maka; ketahuilah bahawa daging tersebut ialah hati.

---

Hati tu umpama span, ia menyerap perkara yang sentiasa bermain di sekeliling jasad.

---

Hati itu juga umpama kolam yang airnya datang daripada 4 saluran iaitu mata, telinga, percakapan, dan pemikiran.

Jika baik keempat-empat saluran tersebut, maka baiklah hati.

Namun, jika rosak...maka gelaplah hati.

P/s: Hati jangan biarkan ia mati

Apr 19, 2011

Terima kasih SAHABAT

Sahabat,
Terima kasih.
Terima kasih kerana membawa cerita bagai
Dulu.. ku dengar daripada yang lain supaya berjaga-jaga dengan kau
Sekarang kena batang hidung sendiri..Oh begini rupanya.


Sahabat,
Sampai saat ni aku masih tak faham
Apa mahu kau daripada tahun lepas
Bermuka-muka penuh alasan!
Rupanya kau memang 'plastik' penuh kisah rekaan.


Sahabat,
Aku dan dia baru nak berbaik semula
Aku tau lama dah kau memang 'ada hati'
Tapi, aku sangat tak sangka.. Kau sanggup khianat sahabat sendiri.
Sahabat yang waktu kau susah dulu kau dambakan bantuan
Ternyata kau memang sahabat 'terbaik' yang bijak mengambil peluang memberi balasan


Sahabat,
Jangan berterusan gunakan nama orang lain untuk kepentingan sendiri
Carilah jalan sendiri janganlah kau khianati


Sahabat,
Kau terlampau memilih untuk terpilih
Mana kesetiaan? Mana kejujuran?
Yang kau tahu, kau hanya mahu yang rupawan dan senang diajak berkawan (kawin?)
Lantas semua yang di depan kau cantas tanpa mengira perasaan yang berkaitan?


Sahabat, ubahlah perangai. Kalau kena dengan caranya, ramai yang mahu menolong.. Namun jikalau cara kau hanya menyakiti sahabat-sahabat lain.. Hanya ingatan buat kau,

Kebenaran akan terbukti.. Masa yang akan menentukan!


P/s: Ini bukan entry sampah! Aku bukan orang yang sentiasa mahu betul.. Namun aku rasa falasi jika tiada peluang untuk membela diri! Aku percaya sama kamu; kesayangan aku.



Mar 17, 2011

Ini dinamakan RINDU?

Saya bukan hilangkan diri, mahupun larikan diri.
Cuma saya jadi takut pada bayang-bayang sendiri.
Waktu untuk memncikan diri (baca; muhasabah) buatkan saya tak mampu menipu diri sendiri bahawa 'rasa' itu kekal segar dan tegal beridiri disitu.

Awak muncul kembali, saya tak bisa menipu. Hati saya gembira. Cuma saya tak tau kegembiraan ni sampai bila. Kepastian daripada kamu hanya sekadar 'kawan' sejujurnya agak menyakitkan.

P/s: Sungguh, tiada yang lain di hati ini.

Mar 16, 2011

Mana Blog?

Kredit gambar buat saudara kamezaim

Mana blog?
Hilang.
Domain dah tamat(setahun), ditambah nafsu ingin blogging tak sederas dulu.


Hakikatnya, i'm lost.
Tak tau nak tulis apa. Blur. No Idea.
Dengan kesibukan praktikum di sekolah, masa terasa sempit dan padat.
Dengan kesibukan Pekomperi.
Dengan kesibukan itu ini.

Dan, apabila jari mula ingin menulis disini, rasa 'sakit' dan lost tu datang lagi.

Itu hanya alasan? Oh, Maaf segala.


P/s: Menarik nafas, cuba kembali menyusun bahasa. Terima kasih kerana selama ni mengajar saya (baca aku) Mengintai Langit!

*Mood menyambut ulangtahun kelahiran ke -23. Terima kasih buat ingatan!

Mar 12, 2011

Simbah Garam pada Luka

Ketika kamu sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih-lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin disaat seperti itu.

Tak mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara paling BIJAKSANA.. kerana waktu akan membantumu..

P/s: Hidup ini ada pasang dan surut dan memang ada masa perlu bercakap tapi lebih baik berdiam dan berfikir dan redha dengan ujian kecil Allah (mudah dicakap susah dibuat).


Mar 2, 2011

Mana Jalan Pilihan?

Kalau kita ikut satu jalan
Kita tak akan sesat
Kita juga tak akan mengalami apa-apa
- T. Alias Taib, catatan-catatan pendek.


"Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that." - Martin Luther King Jr.


"I have no special talents. I am only passionately curious." - Albert Einstein


"Kalau semua manusia yang bertopi mortar memegang ijazah seperti engkau mengejar tanda ringgit, siapa pula yang akan menebas lalang ini, sedangkan manusia seperti engkau sahaja yang mampu menyabitnya." - Nisah Haji Haron (Impian Tsu-Ryi)


"Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian." - Pramoedya Ananta Toer


"Be the change that you wish to see in the world." - Mahatma Gandhi


P/s: Membina kembali kekuatan dari dalam itu dengan memenuhkan dan mengisi kembali mana yang 'lompong'.

Feb 24, 2011

Sesumpah




Lokasi: Depan rumah.
Jam: 11 Pagi.
ISO 200, 1/4000, 50mm f1.8



P/s: Menjadi sesumpah sentiasa berubah adalah suatu pilihan. Menjadi pemarah atau sentiasa menenangkan keadaan jua suatu pilihan. Manusia itu bagi saya sentiasa boleh berubah ke lebih baik asalkan dia mahukannya. Maka, pilihlah mana terbaik buat diri. Berhenti untuk menilik salah yang lain.

P/s: Forget the bad others do to us but remember forever the good they do. If we can do that life will be more peaceful and happy.

Feb 15, 2011

MARAH: Suatu Pilihan?

Pernah memarahi atau dimarahi? Hakikatnya, marah adalah salah satu daripada sifat semulajadi manusia. Dan bagi saya, ia sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri untuk menguruskan kemarahan dengan cara sebaik mungkin.

Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan 'musuh-musuh' kita.

Menurut Agama kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Apabila kita marah degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap…Menakutkan?

Oleh itu, benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah

"Pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!"

Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, kel
uarga bahkan agama.


Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya. Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila!


Bagaimana kita boleh meneladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan jenis marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal. Apabila diri dikeji bagai telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai 'teguran' daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera.

Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan?
Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca! Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Jadikanlah kemarahan itu sebagai 'pekerja' dan diri kita sebagai 'majikan'nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya.

Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakanmu kelihatan 'mentah'. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!


Nota kaki. (P/s)
1. Salam Maulidur Rasul buat semua. Ingat, pemaaf adalah salah 1 daripada sifat terpuji Nabi kita.

2. Dulu saya seorang yang agak cepat marah. Kini, belajar untuk menjadi lebih cool, dan tenang.

3. Tiada manusia yang sempurna, terkasar bahasa, tersalah pilih kata, tu biasa lah. Yang paling penting apa yang kita pelajari daripada kesilapan itu. Saling memperbaiki kesilapan.

4. Ayah saya pernah berkata, jika rasa marah bacalah Al-Quran,

5. Cara meluahkan kemarahan? Berbicaralah dengan tuhanMu dan jika mampu, suarakanlah kemarahan itu pada orang dan tempatnya dengan cara yang tepat dan betul. Jangan terus disimpan, pasti suatu hari nanti akan 'meletup' jua!

7. Kalian ada pengalaman meredakan marah orang yang rapat dan 'disayangi'?

Feb 13, 2011

Buat langit ungu (2)


Memang hati ni rasa makin tak faham. Apa kehendak kamu sebenarnya. Apa mahu kamu? Saya sudah sejujur mungkin dengan kamu. Sudah habis bersungguh. Kamu 'berangin' saya tenangkan. Kamu emosi, saya cuba rasionalkan. Apa lagi silap saya, mari nyatakan!

Tak salah untuk saling berterus-terang bagi memperbaiki keadaan, Jangan terus bermain teka silangkata dengan saya. Saya sudah mula penat! Atau kamu memang mahu saya penat lantas terus berputus-asa?

Buat kamu, kita perlu berani nyatakan kebenaran. Mohon nyatakan. Kamu jua selalu suarakan untuk sentiasa positif kan? Mana yang silap dan kurang kita sama-sama perbaiki, tiada manusia yang sempurna di dunia ni. Semua perkara yang berlaku bersebab, dan pasti ada hikmah dan ibrah daripada ilahi. Kita manusia, kekuatan menjadi inspirasi, kelemahan diterima dan dihargai dengan tenang hati. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan asalkan kita mahukannya.



P/s: Semalam saya rasa sangat tak sedap hati. Tup2, hari ni tahu rupanya kamu nyaris lemas. Haish! Seriau mendengarnya.. Lain kali, beringatlah sentiasa. Takpe, benda dah jadi. Ambil pengajaran daripada semua yang jadi ye?

P/s: Sungguh, saya tak marah. Cuma, jikalau boleh saya nak kita perbetulkan keadaan ini. Ini bukan permainan mencari salah atau saling menyalahkan, Bukan! Harapan, moga mudah segala.

Air apabila tidak bergerak, bertakung, maka ia akan rosak - Imam Syafie

Hargailah kawan selagi dia ada

kawan itu umpama buku
tak tau jika tak dibaca
bila dibaca belum tentu kita paham
kalau kita paham belum tentu kita ingat
maka cukuplah sekadarnya
apa yang kita tahu,faham dan ingat
yang penting, kita menghargai
apa yang kita perolehi

P/s: Dalam berkawan itu, kadangkala berselisih faham membantu lebih mengeratkan lagi persahabatan. Adakah perkara yang sama berlaku dalam bercinta seterusnya perkahwinan? Tolak ansur paling utama dalam apa-apa perkara. Oh..bercintalah puas-puas selepas berkahwin!

Feb 12, 2011

Akhirnya.. Hosni Mubarak letak jawatan


Tahniah rakyat Mesir, walau belum ada jaminan suasana akan lebih baik dalam waktu terdekat, namun akhirnya Hosni Mubarak tunduk jua kepada desakan rakyat.

Jika melihat kepada kronologi krisis di Mesir, tak mustahil perkara yang sama mungkin boleh terjadi di mana-mana Negara sahaja di dunia.

KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya meletak jawatan, selepas 18 hari tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahan 30 tahunnya.

Sehubungan itu, Naib Presiden, Omar Suleiman yang mengumumkan perletakan jawatan itu menerusi televisyen, menamakan sebuah majlis tentera untuk mentadbir sementara negara berkenaan.


“Presiden mengambil keputusan untuk menyerahkan kedudukannya,” kata Omar.

Seorang pegawai parti pemerintah sebelum ini berkata Hosni dan keluarganya meninggalkan Kaherah, berlepas ke kawasan peranginan di Laut Mati di Sharm el-Sheikh, tempat dia mempunyai istana.


Tentera Mesir sebelum itu berusaha mengurangkan kemarahan rakyat dengan memberi jaminan, pembaharuan yang dijanjikan akan dilaksanakan. Tetapi, beratus ribu penunjuk perasaan menjadi semakin berang, memenuhi dataran di sekurang-kurangnya tiga bandar besar negara itu semalam dan berarak menuju istana presiden dan bangunan televisyen milik negara, simbol penting rejim Hosni.

Lanjut di Hmetro

P/s: Moga kerajaan dan pimpinan baru yang akan naik mampu bersikap lebih adil dan baik serta memberi ruang kepada kebangkitan Islam di seantero dunia.

P/s: 12 Februari juga merupakan hari kesyahidan Imam Hasan Al-Banna, Pemimpin Ikhwanul Muslimin.


Feb 10, 2011

Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat posting buat sahabat-sahabat, dan senior-senior IPG yang telah memulakan tugas di sekolah masing-masing pada minggu ini.

Tahniah diucapkan.
Setelah menunggu hampir 2 bulan, akhirnya masalah penempatan mereka selesai.

Bagi senior-senior saya di IPG KPI, kebanyakan daripada mereka ditempatkan di Sabah dan Sarawak. 'Seronok' kan? Pastinya banyak pengalaman baru yang akan dapat dikutip apabila berada di tempat baru.. :)

Disebabkan praktikum saya pada kali ini berlangsung pada sesi petang, maka pada pagi selasa lepas (8Februari 2011) saya telah menghantar salah seorang senior saya ke KLIA untuk menaiki flight ke Sarawak.

Dia telah ditempatkan di SK Sungai Biar, Bakong, Miri.

SK Sungai Biar

Status pedalaman P1, dikelilingi hutan dan 2 buah rumah panjang.
Dengan bilangan murid 25 orang (6 orang Muslim), guru seramai 13 orang (3 orang Muslim) ianya adalah suatu amanah yang perlu dijaga dengan baik. Tambahan pula, saya difahamkan dia merupakan guru Pendidikan Islam yang pertama bagi sekolah tersebut.

Saya doakan yang terbaik buat dia. Saya tau dia boleh menjadi mu'allim dan murabbi yang baik!

Di KLIA


P/s: Tak sabar menunggu detik untuk posting pada tahun hadapan.



Feb 7, 2011

Hanya 55 Peratus rancang Pelan Persaraan

KUALA LUMPUR – Masyarakat di negara maju sering mengimpikan untuk bersara awal dengan melakukan perkara yang mereka idam-idamkan selepas umur persaraan wajib tanpa terbeban dengan isu berkaitan kewangan.

Namun, semua impian itu mampu dicapai jika golongan pekerja tersebut merancang pelan persaraan masing-masing dengan teliti.

Pengurus Jenama dan Komunikasi AXA Affin Life Insurance Bhd., Michelle Tew berkata, bagaimanapun, fenomena tersebut kurang berlaku di negara ini kerana tidak ramai rakyat yang merancang pelan persaraan masing-masing pada masa yang betul.

“Secara purata setiap individu berkerjaya di Malaysia hanya mempunyai RM80,000 dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada umur persaraan malah sebahagian besar mereka terpaksa terus bekerja sehingga ada yang mencecah umur 70 tahun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Beliau menjelaskan, warga pekerja perlu menyimpan pendapatan yang mereka peroleh pada kadar yang tetap dan ini dapat membantu meningkatkan jumlah simpanan.

Lanjut di Kosmo

Untuk fakta, para pencarum KWSP menghabiskan keseluruhan wang simpanan KWSP mereka dalam tempoh 3 tahun pertama -RWDS dan Pakdi


Nota kaki:

1.Selamat pagi Isnin. Hari baru. Nafas baru. Azam baru.

2.Lama tidak menulis mengenai kewangan kan di blog ini? Rindu.

3.Seorang sahabat bertanya, Syuk..kerja mana sekarang? Oh..sabar. Tahun hadapan akan melangkah ke 'alam' itu jua. Sedang menikmati tahun akhir pengajian.

4.Ingin merancang, biarlah berpasangan. Enggang terbang sama enggang, pipit sama pipit. Oh.. mana si enggang? Mana si pipit?

Feb 3, 2011

Buat langit Ungu (1)

1.
Makcik, dia apa khabar?
Dia sihat.. Tadi makcik nampak dia tak angkat call Syuk..Ada apa-apa jadi?
Dia tak perasan kot, takpe.. Dia kenapa, ada masalah lagi ke?
Dia macam berangin sikit semalam, ajak ayahnya ke KB malam-malam..
Oh..patutlah..saya cuba hubungi dia tak dapat.. sebab tu saya 'terpaksa' call makcik. Sampaikan salam saya pada dia makcik..


2.
Makcik, saya memang niat betul-betul dengan dia ni. Saya tak main-main.
Kamu dah betul-betul pasti ke? Anak makcik ni pelik sikit perangai dia
Saya terima dia seadanya makcik. Biasa lah, mana ada manusia sempurna kan?
Lagi 1 makcik nak ingatkan ni, kamu jangan ikut kan dia sangat..
Takpe makcik, dalam kelemahan dia banyak lagi kebaikan dia..


3.
Makcik bukan apa..Makcik kasihan pada kamu je ni..
Takpe, saya tenang je..saya okey..Dia serabut tu..biarlah dulu..


4.
Nanti kalau lepas posting Syuk jumpa orang lain macam mane?
Taklah makcik..insyaAllah tidak..
Kamu pasti?
Kalau nak betul-betul 'selamat'..saya nak bertunang..boleh?..
.......


5.
Makcik, sebenarnya tempoh hari banyak perkara saya nak tanya dan bincangkan..
Yeke?
Tapi, tak sempat..kan kalau ikutkan nak datang lebih awal...
Apa perkara nak dibincangkan?
Saya nak kenalkan keluarga saya sebenarnya dengan keluarga makcik.. Tapi mungkin belum ada rezeki macam-macam jadi sekarang ni kan..?
.......


6.
Bro..korang dulu apa masalahnya?
Kau ni biar betul tanya aku soalan ni..
Ya..aku taknak perkara yang sama berulang, dan nak ambil pengajaran daripada apa yang pernah berlaku..
Baiklah..kalau kau sanggup.. dia ni..bla..bla...bla...XXXXXXX
Oh..Thanks bro, aku rasa dia tak seperti tu..rasanya ada salah faham disana-sini
*senyum


7.
Bro, kau lupakan la dia..
Kenapa?
Kau dengan dia jauh kan, mana la tau dia ada lain kat sana
Aku okey je macam ni..sekurangnya terkawal sikit kan?
Bukanlah..aku cuma nak kau gembira je..
Aku sedang gembira je kan sekarang ni?


8.
Kamu benci saya?
Saya sayang semua kawan-kawan saya
Kamu sayang saya?
No komen..
Kenapa kamu desak saya suruh cari yang lain saja ni..hati kamu dah ada orang lain ke?
Sebab saya tahu kamu ada seseorang.. Siapa yang sepatutnya jujur?
Siapa orang tu?!
*Diam dan senyap..Tiada jawapan?


9.
Saya nak pulangkan dinar ni
Mengapa?
Ia bukan hak saya lagi
Ia adalah hak kamu
Bukan, ia dah untuk orang lain
Ya, memang untuk kamu..bukan untuk siapa yang lain..Percayalah!


10.
Saya nak pergi jumpa kamu ni, ada di rumah?
Maaf, saya tiada..1 keluarga ke Pahang..Ada majlis kahwin..Kak Long je ada di rumah dengan adik kecil..
Oh..Saya kalau boleh nak selesaikan ni dengan tenang..nak dengar dari kamu sendiri apa yang masih keliru dan buntu pasal saya lagi..
*buat-buat biasa dan macam tiada apa-apa


P/s: Dalam fikiran masih lagi dibelenggu rasa tidak percaya dan mempersoalkan erti setia?

MESIR: Suatu Pandangan Peribadi


Buletin Utama TV3 malam tadi memberitakan ada beberapa pelajar Malaysia telah selamat sampai ke tanah air. Yang lain akan menyusul lagi.

Sahabat-sahabat semua boleh mendapatkan segala perkembangan terbaru mengenai krisis di sana melalui blog krisismesirnasibrakyatkita


.


Pandangan peribadi saya mengenai Mesir yang sedang bergolak kini..

Semoga rusuhan ini merupakan titik tolak kepada kejayaan Islam di dunia ini di masa akan datang. Sudah terlalu lama orang-orang kafir memperbodohkan umat Islam di seluruh dunia dengan kekuatan ekonomi, pakatan politik sesama mereka dan hiburan yang melampaui batas.

Sesungguhnya semua yg berlaku itu dengan kehendak Allah jua dan pastinya ada hikmah disebaliknya sekaligus mengajak kita umat Islam untuk berfikir dan bertindak sewajarnya.

Hakikatnya, kita tiada kuasa untuk campur tangan secara langsung tetapi kita wajib doakan yang terbaik untuk dunia Islam… Allah Maha Mendengar… Allah adalah sebaik-baik pemberi balasan dan pembelaan.

Semoga pemimpin-pemimpin Islam di rantau ini mengambil iktibar daripada situasi ini. Tadbirlah negara mengikut acuan Islam sepertimana nabi menjadi pemimpin. Barulah rakyat berpuas hati dan yang paling utama, Allah melindungi negara kita daripada bala bencana. Ameen.


P/s: Selepas peristiwa krisis Mesir ini, apakah agaknya nasib Universiti Al-Azhar?

P/s: Entry ini bersifat ekstrimis kah?


Yang berkaitan:

Kronologi KRISIS MESIR

Krisis Mesir, apa tindakan kita?

Pelajar Malaysia di Mesir akan dibawa pulang

Feb 2, 2011

Manusia memang Tiada Upaya



Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Meningkatkan takwa kepadaNYA.
Memperbaiki hubungan dengan NYA.
Melipatgandakan lagi tawakal kepadaNYA.

Moga-moga dibuka seluasnya pintu kerahmatan, keredhaan, dan dikurniakan ilham sebaik-baiknya atas segala permasalahan.

P/s: Kita insan lemah. Tiada daya, tiada upaya.



Pelajar Malaysia di MESIR akan di bawa pulang

Pelajar Malaysia di Mesir akan dibawa pulang

Lega hati apabila mendengar perkhabaran ini.
Nampaknya tindakan rakyat Malaysia yang 'sedar' dan tidak terlena untuk berterusan memaksa YAB Perdana Menteri melalui facebook, blog, tweeter, dan media-media yang lain tidak sia-sia.


KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.

"Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir," katanya kepada Bernama di sini Selasa malam.


Lanjutnya Bernama.

Sememangnya untuk membiarkan rakyat kia terus 'terperangkap' disana bukanlah merupakan suatu tindakan yang terbaik. Diharap dengan tindakan ini, dapat memberi sedikit kelegaan buat semua rakyat Malaysia.

P/s: Doa dan harap sentiasa dipanjatkan kepadaNYA agar mudah segala!

Yang berkaitan:
Kronologi KRISIS MESIR
Krisis Mesir apa tindakan kita?


Photoshoot di Taman Botani

Lokasi: Taman Botani Putrajaya
Masa: Pagi, Sabtu lepas




































P/s: Saya budak baru belajar.

Feb 1, 2011

Ohh..ini lah sebab kekecohan itu?

Sebab saya tahu kamu ada seseorang yang lain.. Siapa yang sepatutnya jujur?


Mengapa ye lebih percayakan orang lain?
Mengapa tak dibawa bertenang, berbincang dan bertanya saya terlebih dahulu?
Mengapa perlu tanyakan orang lain..?
Orang lain bebas dan suka memberikan pandangan sendiri, anggapan sendiri, tuduhan sendiri.. namun yang menanggung kesakitan dituduh pelbagai itu siapa?
Kita kan?

Percaya mempercayai kan lebih baik.
Sakit kan apabila hilang kepercayaan?

Apabila saya tanyakan, siapa 'seseorang' itu, kamu masih belum memberikan jawapan.

Kita tahu sendiri apa yang kita mahukan.
Selagi PERCAYA itu masih ada.


P/s: Lega mengetahui ini antara punca kekecohan yang berlaku. PERCAYALAH, saya bukan seperti yang kamu katakan.

P/s: Kamu gembira dengan situasi ini wahai Cik langit Ungu? Oh..cemburu itu tanda SAYANG yang masih ada?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...