Sep 12, 2008

6 Soalan




Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam al-Ghazali bertanya, pertama; “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “Mati.” Sebab itu sudah janji Allah S.W.T. bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran: 185).

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua; “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga; “Apa yang paling besar di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “Nafsu” (al-A’Raf: 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah; “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan berikut benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang AMANAH” (al-Ahzab: 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T. meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T., sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana dia tidak mampu memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah; “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah; “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan biadabnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



Kenyang..Lapar..



Untuk renungan dan amalan bersama..

Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada
10 kemudaratan.

LAPAR : menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan
menerangi pengelihatan hati
KENYANG : menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta

LAPAR : merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut
dan bercahaya.
KENYANG : zikirnya hanya di lidah dan hati tidak
merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya
Allah.

LAPAR : menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di
saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak,
hatinya akan tenang.
KENYANG : tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan
akan memenuhi hati.

LAPAR : tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal
cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat
bala di dunia.
KENYANG : menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan
dan lupa bala Allah.

LAPAR : mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk
maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.
KENYANG : mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan
adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati
manusia.

LAPAR : kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun
KENYANG : akan merasa mengantuk kerana gas yang
dihasilkan oleh pencernaan makanan Meruap ke otak.
Otak kekurangan oksigen.

LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah
kerana pintu godaan syaitan tertutup.
KENYANG : syaitan makan mengganggu ibadahnya
menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada
Allah.

LAPAR : terhindar daripada banyak jenis penyakit
kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan
makanan yang dimakan.
KENYANG : mengundang pelbagai jenis penyakit seperti
diebetis, taun dan lain-lain.

LAPAR : menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan
ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan
terhadap makanan.
KENYANG : sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk
mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara
menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

LAPAR : menyemai rasa kasih sayang pada insan lain
terutama fakir miskin dan anak yatim.
KENYANG : tidak merasai kesusahan orang lain
seterusnya
menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.


Kesilapan Orang Berpuasa

1. Tidak menetapkan niat fardhu puasa di setiap malam hari meskipun memadai dengan niat di awal Ramadhan.

2. Masih makan dan minum ketika azan Subuh.

3. Bersahur awal dan melewatkan berbuka.

4. Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.

5. Tidak menjaga solat fardhu atau melengah-lengkahkannya.
6. Tidak menjaga lidah dari ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah, berdusta dan lain-lain.

7. Membazir masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah, menonton televisyen, mendengar radio dan sebagainya.

8. Meringan-ringkankan ibadah sunat (berdoa, berzikir, membaca Al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).

9. Tidak menunaikan solat tarawih.

10. Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan di awal Ramadhan, kemudian mengurangkan amal ibadah di pertengahan Ramadhan lebih-lebih lagi di sepuluh malam terakhir.

11. Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulail).

12. Bakhil dan kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.

13. Keluarnya wanita-wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.

14. Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki/perempuan yang bukan muhrim).

15. Tidak memperbanyakkan takbir di malam hari raya dan di hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.

16. Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.

17. Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan-hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.




Sifat pemaaf bersih hati, tenangkan jiwa

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran, ayat 132).

Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: "Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung." (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah." (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.




Ape nak Buat..?!

Apa yang akan dilakukan oleh manusia dalam keadaan tersepit? Lumrahnya kita akan mencari jalan keluar. Jika kita tidak mampu mengurangkan perbelanjaan harian seperti mana yang disaran kan oleh kerajaan, maka kita kena naikkan pendapatan kita. Bagaimana? Yang pasti bukan 'bekerja kuat' seperti yang anda lakukan sekarang. Saya tak yakin majikan anda akan menaikkan gaji anda semata-mata kerana anda rajin atau bekerja kuat sahaja. Kerana majikan anda sendiri turut berfikir bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusan masing-masing. Jawapannya, perbagaikan stream of income anda.

Samada anda sanggup bekerja lebih masa, cari kerja part time seperti membawa teksi di sebelah malam dan sebagainya, menyertai program-program yang merapu dan merepek kononnya gerenti dapat untung berlipat kali ganda sekiranya kita menyertai program mereka yang kononnya konsep derma-menderma, padahal lebih menjurus kepada program mengemis; menjadi reseller untuk produk ebook basi mereka tapi Ironinya, kena cari downline hingga level 4 untuk menjadi top reseller dan seterusnya barulah layak dapat keuntungan; menyertai program-program berkonsepkan money game yang kononnya lot yang dibeli merupakan produk tapi dijualkan kembali kepada syarikat supaya syarikat akan menjualkan bagi pihak anda dan anda akan dapat terus keuntungan berupa postdated cheque yang mana kebanyakan syarikat sebegini sudah ditentukan tarikh matinya, cuma tunggu masa yang sesuai sahaja untuk 'cabut' bersama-sama wang anda. Kadang-kala dalam mencari penyelesaian kepada masalah kita, kita menambahkan lagi masalah yang ada.

"Agak-agaknya kalau ada tambahan RM500 ke RM1,000 sebulan daripada income sedia ada yang anda perolehi sekarang dapat menyelesaikan krisis kenaikan minyak dalam perbelanjaan harian anda tak? Bagaimana pula kalau anda boleh dapat tambahan sebanyak RM2,000 ke RM5,000 sebulan? Bagaimana kalau RM10,000??"

Tak kisah lah sama ada anda kenal saya atau pun tidak, saya cuma ingin berkongsikan satu peluang di mana kita sama-sama boleh mengubah taraf ekonomi kita degan cara yang paling senang tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar atau merubah cara dan perjalanan hidup kita seharian.

Sebagaimana yang semua tahu, sehingga penghujung 2007, terdapat hampir 22 juta pengguna talian mudah alih dan 85% daripadanya adalah pengguna prabayar (prepaid). Ini bermakna lebih dari 18juta pengguna prepaid di seluruh Malaysia. Dan perniagaan dalam bidang telekomunikasi kini menjadi antara cabang perniagaan yang sangat menguntungkan. Anda pasti banyak melihat rancangan-rancangan yang menggunakan sistem Undian SMS, langganan SMS (contoh: type CINTA dan hantar ker bla.. bla.. bla... untuk mendapat tips-tips bercinta) dan berbagai lagi. Dan selama ini, kita hanya menjadi pengguna yang dimanipulasikan oleh syarikat-syarikat besar untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit. Kenapa tidak kita sama-sama memperoleh manfaat dari senario ini?

Pernahkah kita fikir, selama kita menggunakan talian prabayar bertahun-tahun ini, sudah berapa ringgit yang kita belanjakan untuk menambah nilai? Dan bagaimana pula jika dicampurkan dengan nilai yang dibelanjakan oleh orang yang terdekat dengan kita? Ibu bapa, adik-beradik, anak-bini, rakan-rakan? Apa yang ada dapat? Kalau ada cara yang boleh memberikan keuntungan kepada anda tidak mahukah anda mencubanya?

Tidak dinafikan produk prabayar adalah merupakan antara produk yang agak kecil margin keuntungannya. Tapi kenapa semakin hari semakin banyak kedai yang memilih perbiagaan ini? Kerana permintaan! Ini adalah produk yang paling stabil permintaannya dan tidak akan putus. Asal saja jika kita mampu membuat volume jualan yang besar, maka sudah pasti keuntungan juga besar.

Ini yang sebenarnya saya ingin kongsikan kepada anda.

Bagaimana kita nak memanfaatkan keadaan ini sebagai satu yang mendatangkan keuntungan pada diri kita.Bagaimana kita nak tukarkan perbelanjaan kita kepada salah satu bentuk pendapatan (Turn expenses into Income)Bagaimana kita boleh berkongsi manfaat yang ada kepada orang yang berada disekeliling kita.Bagaimana kita boleh menjana pendapatan sampingan dengan hanya menggunakan SMS.Bagaimana kita boleh jadikan handphone murah/canggih yang kita miliki mampu menampung perbelanjaan harian kita.Bagaimana kita mampu menjana income 5-angka dengan cara yang paling mudah dan tak memerlukan modal yang besar.

Saya beri sedikit gambaran. Bagaimana keadaannya jika selama ini anda membeli topup prabayar dari kedai, kini anda membeli dari 'kedai' anda sendiri. Bagaimana jika anda mempunyai berpuluh-puluh atau beratus-ratus cawangan 'kedai' yang di jalankan oleh adik-beradik anda, sanak saudara dan rakan-rakan lain. Bagaimana pula jika dibawah setiap cawangan 'kedai' anda terdapat berpuluh lagi 'stall/gerai' kecil bagi setiap satunya. Dapat bayangkan berapa total jualan dan keuntungan syarikat anda pada ketika itu?

Kenapa saya begitu yakin anda boleh melakukannya?

Kerana anda ada handphoneKerana anda tahu ber-SMSKerana modalnya sangat kecilKerana faedahnya banyak Kerana ramai orang sekeliling anda juga merupakan pengguna talian prabayar.
Pernah dengar MyMode? Mungkin dah ramai yang tahu kerana MyMode kini sudah masuk tahun yang ke-4 beroperasi semenjak January 2004 lagi.
APA MYMODE NI?

Jadi Agent, boleh beli reload prepaid hp guna SMS, tak kira masa, tak kira tempat. Dapat rebate bonus dari pembelian tadi. Kongsikan peluang baik ini kepada rakan-rakan kita yang turut menggunakan prepaid untuk sama-sama menjana pendapatan seperti kita. Dapat pula bonus tajaan dari RM10 ke RM18 seorang. Orang bawah kita beli prepaid, dapat pulak bonus overriding mengikut peratusan tertentu!!SIMPLE!!

Kesemua urusniaga mymode samada urusan jual-beli atau merecruit agent baru hanya menggunakan SMS sahaja!! Mudah dan efektif!!!

UNTUK PENERANGAN LEBIH JELAS

Persembahan Video - Kenapa anda perlu capai sekurang-kurangnya pangkat CM klick di sini
Persembahan Video - Penerangan tentang pangkat MP klick di sini (Penerangan video diatas hanya sebahagian dari keseluruhan kelebihan yg anda akan dapat sebagai Agent Mymode)

MyMode BUKAN skim cepat kaya, MLM, skim piramid, money games, saham internet atau derma. MyMode merupakan program berkonsep M-Commerce Business dalam rangka menjadikan handphone anda sebagai medium utama kepada pelbagai perkara seperti transaksi kewangan, perniagaan, pengurusan perbelanjaan, dan berbagai lagi.

Sehingga kini MyMode telah mempunyai lebih daripada 255,000 orang agent di seluruh Malaysia. Jumlah ini mungkin nampak besar, tetapi sebenarnya hanya 1.4% dari jumlah pengguna prepaid seluruh malaysia. Potensi perniagaan ini amat besar untuk diceburi.

Sekiranya anda berminat dan ingin tahu cara-caranya bagaimana kini saya berjaya menjadikan antara sumber pendapatan utama saya bagi menampung perbelanjaan kehidupan, saya akan ajarkan step by step.

1) Mula-mula daftar dulu sebagai Free Member di web romosi replika saya di sini: http://prepaid4u.net/?id=student (anda juga akan mendapat website yang sama seperti saya ini setelah mendaftar sebagai agent. jadi sangat mudah untuk melakukan promosi)

2) Selepas itu, anda boleh log-in dengan menggunakan UserID dan password anda yang anda daftarkan tadi bagi memasuki ruang ahli di web Prepaid4u. Di dalam itu anda boeh melihat sendiri sistem yang dibangunkan dan meninjau Marketing Plan yang telah dirangka untuk perniagaan ini.

3) Sekiranya anda berpuas hati dan bersetuju untuk menjadi Agent MyMode bagi menjalankan bisnes ini, selepas login tadi, anda boleh klick menu 'UPGRADE VIP' bagi menunjukkan cara-cara pembayaran yuran keahlian seumur hidup untuk menjadi agent sebanyak RM65 sahaja.

4) Setelah keahlian anda diaktifkan dan anda menerima no PIN, anda boleh memuat turun (download) Buku Guideline Lengkap bagi menjalankan berniagaan ini.

DAFTAR AHLI SEKARANG

Selamat melangkah ke alam usahawan. Sebarang kemushkilan jangan segan-segan tanya saya.


Nama: Muhammad Syukur Bin Sapuan
No HP: 0137194962/0137977346/0173285103
Web: http://prepaid4u.net/?id=student




Wahai Diri Ini..

Wahai diri ini..
12 Ramadhan...
sedar tak sedar... dah 12 hari diri ini berada di dalam bulan yg mulia nih..
Sudah hampir 1/2 bulan kite mengharungi ibadah puasa..
Inilah bulan, para sahabat dulu ternanti-nanti kehadirannya
Bulan dimana setan2 laknatullah alaik diikat dan dibelenggu
Bulan pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan
pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya..

Wahai diri ini..
sedarlah.. gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya
Selagi mana kau masih ada dalam perjalanan yang pasti ada hujungnya
Hari ini kau masih boleh berdiri, hari esok?
masih jadi misteri yang tidak pasti dan tidak diketahui..

Wahai diri ini..
ketahuilah dan yakinlah..
kejayaan manusia hanya dalam agama..
Selagi mana kau taat perintah ALLAH ikut cara Nabi S.A.W
pasti dan pastinya akan ada kejayaan dalam dirikau.. ITU MEMANG PASTI..
Kau kaya? Itu ujian buat yg kaya..
Kau miskin? Itu ujian utk kau..
kau cantik? Kau menawan?
semua itu tiada nilai disisi ALLAH sekiranya dalam diri kau LANGSUNG tiada IMAN dan yakin
pada janji-janji ALLAH...

Wahai diri..
kerapkanlah berbicara tentang kebesaran akhirat,
kau kaya.. kau senang macam mana pun,
itu semua akan ditanya di Akhirat kelak.. Ada bahagian untukmu..
Tiada Dusta, jangan jadi nestapa..USAH menyesal di hari muka..

Wahai diri ini..
tunaikanlah hak-hakmu..
setiap kejayaan perlukan pengorbanan
kejayaan dunia perlukan pengorbanan,, kejayaan agama perlukan pengorbanan..
Jikalau orang-orang terdahulu tidak membuat perngorbanan,
ISLAMkah kita? ISLAMkah aku?
Banyakkanlah syukur kerana lahirku dalam AGAMA..
Bagaimana orang lain?
Marilah kita sama-sama fikir.. dan buat kerja AGAMA..

Kau kaya?
Gunakan untuk mendekati mereka..
Umat ini kehausan hidayah..tunaikan hak mereka..
Jangan kau lupa..
Wahai diri..wahai diri..ingatlah..



Aku kene Tagged..!!

Tengah sibuk2 wat asgnment pepagi nih, bukak blog jap.. sekali aku tngok kene tagged daaa... Alahai.. tima kacih ler abg j@nggut atas tagged ko nih..hohohooo... Tp, pe perlunye tag nih?

Gini citenye secara ringkas...

Aku yakin kebanyakan blogger skang dah tahu bagaimana nak memanipulasikan blog sebagai pendapatan sampingan seperti meletakkan program pengiklanan seperti google adsense, nuffnang, advertlets dan sebagainya. Jadi lebih ramai pengunjung, lebih tinggi peratusan yang melawat iklan-iklan berkenaan atau iklan-iklan anda korang sendiri. Fungsi lain tag ni juga, selain tuk meningkatkan rating blog juga dpat merapatkan silaturrahim antara blogger.. Cayalah!

Inilah TAG yang aku dapat hari ni:

1.Copy gambar smiley kat bawah then post it into ur blog

2.Tag pada min of 5 other bloggers [muslim] yang anda kenal who will then tag minimumnya pada 5 other bloggers.

3.Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka utk bgtau yg diorang dah kena tag.

4.Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tag

Photobucket Image Hosting
I was tag by j@nggut

Jadi,Aku pun nak bagi TAG ni kat 5 bloggers yang bertuah hari ini.Mari kita lihat siapa yang kena.....


1. Cik Acax ---> http://www.acax.blogspot.com
2. Cik Atikah ---> http://www.eiyasumaiyah.blogspot.com
3. Saudara Nik ---> http://infinitimaksima.blogspot.com
4. Saudara Edyanie ---> http://www.zaidirazali.com
5. Dr Azwan---> http://www.drazwan.blogspot.com

Sep 10, 2008

Kesan zikir kepada otak


Oleh: Akhi Rohidzir

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.



sumber:
http://telagabiru-tbsb.blogspot.com/2008/06/artikel-kesan-zikir-terhadap-otak.html

Senyum sekejap

Kisah 1
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas
kaunter…
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas.
Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.


Kisah 2

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.


Kisah 3

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau
dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke
seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training
habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang
dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi.
Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata," Ala ... releks le, aku
ni kan anjing laut."


Kisah 4

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan
surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi
surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa
bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


Kisah 5
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual
menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai
tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh
dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si
penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut
terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.


Kisah 6

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang
berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu
terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati. Apabila sedar
dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak
polis," Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan
siasatan kami."

"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter
tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas
Helikopter tu...."


Kisah 7

ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk
dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya
lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la
dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift
berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga
dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb
nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.."
"ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.."tp td akak tekan
butang 2 dan 4" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah
akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru
kepala...


Kisah 8
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat
bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru
dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu
menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Lho ... kenapa kamu
tidak membeli dua komputer" sahut temannya.


Kisah 9
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur..
hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di
sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata
keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya
dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. "Susan,
isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.
"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.
"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang
dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya.
"Kerana itulah saya meracuni kamu... "


Kisah 10
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya
kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah2 belaka.. jd,
bapanya membanding2kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat
anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah2. dia anak
yg cerdik..tak macam kamu, malas betull.. " kerana kesal
dibanding2 si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan
bapanya cerdik....." bapa : ??


Kisah 11
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan
segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai,
mereka masing2 keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.
pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus
menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf en, anda tidak
dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org
sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula
menukar sandwich memasing...


Kisah 12
Seorang posmen datang menghantar surat ..
Assalamualaikum "
Walaikumsalam "
Ni rumah encik Sameon ye?
Ya saya"
Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"



Salam Ramadhan, Nape lama aku x post..huk3x..


Salam ramdhan buat smua...

Lama btul aku x buat entry bru..
mintak maap bnyk2 buat sumer, npe aku xwat entry bru??
xde idea ker?? xde modal nak tulis aper?? Malas???

KENAPA... KENAPA..KENAPA..???

ha!! nak tau jwpan dier..

aku accident lar.. jatuh motor.. balik dri putrajaya Ramadhan pertama..
cian kan?? huk3x.. nti ak buat entry khas psal accident tuh beserta ngn pic2 menarik psal accident tuh..

Salam Ramdhan buat semua..pose jgan x pose tau!


Fadhilat Ramadhan

Fadhilat Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...