Dec 3, 2010

Amanah Hartanah Berhad

Nampaknya rakyat Malaysia (bumiputera khususnya) mempunyai peluang pelaburan baru menerusi AHB.

Ini mungkin jua peluang terbaik buat golongan yang ingin 'berkenal-kenalan' dengan pelaburan bidang hartanah tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi - seperti saya contohnya.

Dan tentunya, AHB ini adalah suatu peluang pelaburan baru yang patut direbut peluangnya oleh semua. Secara asasnya, AHB boleh dikatakan seakan-akan dengan ASB namun ia berada di lapangan yang berbeza!

Laporan Bernama;

PHB lancar Amanah Hartanah Bumiputera bersaiz RM1 bilion

2010/11/29

KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) hari ini melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bersaiz RM1 bilion, yang membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset hartanah.

Skim pelaburan itu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, terbuka kepada pelabur Bumiputera berumur tiga bulan ke atas, dengan pelaburan permulaan sebanyak RM500.

“Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung akan berpeluang untuk memiliki pegangan dalam hartanah utama. Unit-unit amanah ini akan diniagakan pada harga tetap RM1 seunit,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB Kamalul Arifin Othman pada majlis pelancaran skim itu di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya bekerjasama dengan Maybank bagi memudahkan pelabur menjalankan urusan transaksi skim amanah itu.

“Sehubungan itu, pelabur yang berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank, yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara, untuk membeli unit-unit AHB,” katanya.

Mengenai pulangan AHB, Kamalul Arifin berkata pihaknya menjangkakan pulangan yang bakal diterima pelabur skim itu tidak kurang daripada enam peratus berdasarkan prestasi hartanah di kawasan Segitiga Emas.

Beliau berkata Pelabuhan Hartanah juga akan memperbesar saiz skim amanah itu pada masa depan.
Katanya pihaknya akan terus mengenal pasti peluang-peluang perniagaan melalui pembelian hartanah perdana serta membangunkan projek hartanah, terutama dalam sektor pembangunan hartanah komersial.

“Kami merancang membesarkan saiz dana sebanyak RM500 juta lagi tahun depan,” katanya.

Ditubuhkan pada Mei 2006, PHB ialah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, yang aktiviti utamanya sebagai syarikat pemegang pelaburan.

Pada masa ini, nilai hartanah miliknya melebihi RM1 bilion, kebanyakannya di Lembah Klang. – BERNAMA

lagi berita di Utusan.


Ada lagi yang sudah membuka akaun AHB?

3 comments:

Admin said...

slamat mlabur..
^^,

student said...

terima kasih..

jom melabur sekali!

:)

student said...

entry ini mungkin membantu untuk pencerahan tentang AHB;

1.http://mysuperkids.net/amanah-saham-hartanah-amanah-hartanah-bumiputera/

2.http://www/pakdi.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...