May 2, 2010

Seminggu lalu?

1Minggu yang agak sibuk.

Hati kepingin menulis, terlampau banyak mahu dikongsi namun kesempatannya tidak mengizinkan.

Apa yang berlaku dalam seminggu ini?

.

.

1.Benchmarking-Penanda Aras
Pada hari Isnin. Untuk semester 5, kami dikehendaki untuk mengadakan benchmarking ke sekolah cemerlang. Oleh itu, pada isnin yang lalu kami telah mengadakan lawatan benchmarking ke Sekolah Kebangsaan Sri Bintang Utara, Kuala Lumpur atau singkatannya SKSBU.

Banyak perkara baru yang dipelajari. SKSBU merupakan sekolah bestari dan sememangnya aku amat tertarik dengan sistem pengurusan sekolah ini. Dengan gurunya yang sentiasa bersemangat memberikan terbaik buat anak-anak muridnya sememangnya sekolah ini layak untuk dikatakan sebagai antara sekolah yang terbaik bagi pencapaian akademiknya.

Apabila melihat ke dalam ruang bilik darjah, aku teringat ruangan bilik dalam movie Ron Clark(aku lupa tajuknya). Ruangan kelas yang luas, selesa, dengan kemudahan ICT 1st class sememangnya jika digunakan sebaiknya secara optimum kecemerlangan memang layak menjadi milik warga sekolah ini.

Berpuas hati dengan lawatan ini, terlalu banyak input yang diperoleh. Input dari sudut penggunaan ICT sangat banyak, sayangnya input daripada segi pengajaran Bahasa Arab mungkin belum lagi diteroka dengan lebih banyak lagi. Tugas siapakah ini? Tugas kami dan aku sebagai salah seorang guru pelatih Bahasa Arab?


2.Ujian taranum.
Pada minggu ni juga, (Rabu dan Khamis)ujian taranum diadakan. Buat pengetahuan, bagi subjek Pendidikan Al-Quran semester 5 pengkhususannya adalah bidang taranum. Kami diminta setiap seorang untuk mempersembahkan bacaan Al-Quran seperti yang diajar didalam kuliah. Lagu yang diuji adalah Hijjaz, Nahwand, dan Sikah.

Alhamdulillah, aku berjaya laluinya dengan tenang. Dipermudahkan semuanya...:)


3.Karnival Keusahawanan Islam(KKI)
Perancangan asal, mau pulang ke Johor minggu ni. Dibatalkan asbab KKI. Bermula Sabtu-Jumaat. Agen DrDetox aku berminat untuk mengambil tapak niaga. Aku menyokong apa yang mampu. Alhamdulillah, lepas duit sewa tapak..lepas untuk bayar 'gaji' diri sendiri dan 'gaji agen'. Oklah kan? Pertama kali bertindak sebagai bos..(agak poyo kan?;p) sebelum ni kerja untuk orang lain jer.

Selain tu, Pekomperi turut kekurangan ahli untuk persembahan penutup KKI ini. Maka, aku berlari-larilah..menjaga booth, dan 'mencuri' sedikit masa untuk membuat latihan (1kali je aku datang latihan..hehe). Persembahan tidaklah menghampakan, alhamdulillah. Mudah.


4.SMSMantap.
Minisite promosi bulksms sudah siap dan sedia digunakan. Puas. Sepatutnya sudah boleh digunakan lebih awal, tapi dengan keadaan padat seperti ni faham-faham la kan?

.

.


Menuju minggu seterusnya. Menanti masa yang akhir. Semoga semuanya dihabiskan dengan mendapat manfaat.

*Adakah hari-hari aku dihabiskan dengan urusan dunia sahaja? Jika semua ini diniatkan kerana ALLAH, bolehkah dimsukkan kedalam 'kategori' pekerjaan untuk mendapat pahala? Wallahualam. Semoga aku sentiasa termasuk dalam hambanya yang sentiasa bersyukur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...