Jan 28, 2011

DOSA SYIRIK: Umat Terperangkap Tanpa Sedar

Syirik merupakan dosa yang besar.

Dosa ini tidak dapat diampunkan oleh Allah melainkan setelah bertaubat dengan sebenar-benarnya.



Syirik terbahagi kepada dua jenis iaitu syirik jali (terang-terangan) dan khafi (tersembunyi). Atau biasa disebut oleh masyarakat kita sebagai syirik besar dan syirik kecil.

Syirik jali seperti menyekutukan Allah dan menolak rukun Islam dan Iman ini mungkin amat jarang kita dengar dan lihat. Namun, kebanyakan kita dalam tidak sedar terlibat dengan syirik khafi. Walaupun syirik khafi tidak mengubah seseorang kepada kafir, tetapi perkara ini tidak sepatutnya diteruskan dan perlu dicegah dari menjadi amalan kita sehari-harian.

"Sebab aku makan ubat ini lah, aku sihat.. Kalau tak, tak tahulah"

Inilah antara perkataan yang sering diucapkan tanpa kita sedar.
Itulah yang dinamakan sebagai syirik khafi.

Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga perkataan, perbuatan, dan perlakuan kita agar tidak berlaku syirik kepadaNya.


P/s: Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.

Jan 26, 2011

Oh.. Sila tukar!


Minggu lepas.

Syuk..kau buat tajuk apa untuk kajian tindakan?

Aku buat tajuk pasal intonasi suara.. Kau buat pasal apa?

Aku belum ada idea lagilah..tak tau nak buat apa..

Takpe..ada masa lagi ni..buat mana yang selesa..asalkan tak sama dengan aku dah la..
*masing-masing ketawa.

Hari ni. Hari bertemu penyelia.

Tajuk kamu ditolak. Sila tukar tajuk yang lain!

Tapi, tempoh hari kan tuan bagitau saya tajuk ni okey.. tuan kata menarik sebab tak pernah orang buat lagi.. saya siap hantar draf perancangan saya lagi kan?... Kenapa tajuk saya ni ditolak?

Dah ada orang lain yang buat tajuk ni.

Ada orang lain buat yang sama.. Kamu terpaksa fikirkan tajuk lain.

Lah..biar betul? Macam mustahil je..Siapa?!
Dia*

Nak tak nak, terpaksa fikir tajuk lain. Idea, draf yang ditulis selama ni terpaksa dibakulsampahkan?

Oh..'seronok'.. rileks, calm down.. nak keluar jalan-jalan dulu lah.. ada yang mau ikut?


P/s: Kalau hari ini kita sedang memanjat ke puncak KLCC dan hampir tiba ke puncaknya, capailah tangan untuk sahabat-sahabat yang masih di pertengahan jalan, biar kita semua sama-sama sampai ke puncak KLCC yang indah tu bersama.

Jan 25, 2011

Lihat Langit ingat DIA

Petua orang tua-tua mengatakan, kalau hati rungsing atau fikiran berasa sempit, dongaklah ke langit. InsyaAllah hati yang rungsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Seolah-olah langit yang sangat luas dan tidak bertepi itu mampu memberi rasa tenang di dalam jiwa kita.


Tetapi harus diingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit, hakikatnya Allah SWT. Langit hanya menjadi asbab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihantya.

Untuk menjelaskan hal ini, perhatikan satu perkara. Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah.

Pertama, penciptaan yang dibuat secara langsung.
Kedua, ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung.

Ciptaan langsung daripada Allah termasuklah langit, huan, bukit-bukau, gunung-ganang, sungai, laut dan banyak lagi. Semua itu adalah ciptaanNYA yang dibuat oleh Allah tanpa campur tangan manusia. Istilah yang biasa digunakan ialah 'alam semula jadi'.

Maksud alam semula jadi bukanlah alam ini terjadi dengan sendiri. Maksud semula jadi itu adalah telah ciptakan sejak awal lagi dan ada antara ciptaan itu dicipta sebelum penciptaan manusia lagi.

Manakala ciptaan secara tidak langsung pula adalah seperti bangunan, kenderaan,, pakaian dan lain-lain lagi. Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia. Dengan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imaginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi.

Tetapi ingat! Manusia itu diciptakan oleh Allah. akal, jiwa, dan seluruh anggotanya adalah pemberian Allah jua. Manusia tidak akan dapat mencipta sesuatu pun tanpa kurniaan DIA.

Soalnya disini, yang mana lebih menenangkan kita?

Rupa-rupanya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah. Cuba bandingkan, bagaimana rasa hati kita apabila melihat bukit-bukau, laut, sungai ataupun dengan melihat bangunan pencakar langit?
Yang mana lebih menenangkan?

Tentulah apabila melihat tasik, sungai dan bukit. Sebab itulah, biasanya orang beriadah atau berehat di tepi sungai, kolam, atau air terjun. selalunya tempat yang dekat dengan alam semula jadi.

.

Apabila hati kita tenang melihat langit bukanlah kerana langit itu yang memberi ketenangan. Tetapi kerana langit itu 'dekat' dengan Allah yang menciptanya. Hati akan menjadi tenang apabila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah.

"Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang."
(Ar-Ra'd:28)


P/s: Merindui si langit ungu.


Jan 24, 2011

Berhati-hatilah dengan Samseng Jalanan!

Jumaat lepas pulang ke Johor. Cuti Sabtu dan Ahad dihabiskan bersama keluarga.

Terputus hubungan dengan dunia online (tertinggal broadband di Bangi sebenarnya..huu).

Menenangkan.



Perjalanan pulang (Bangi-Johor) saya baru-baru ini lewat sampai daripada kebiasaan. Biasaannya, saya mengambil masa kira-kira 4 jam setengah sahaja untuk sampai ke rumah. namun pada kali ni, perjalanan saya diganggu oleh 'samseng jalanan'.

Kisahnya begini,
sewaktu dalam perjalanan pulang di highway(Plus), saya terlihat seorang pemuda keseorangan diri menuntun motosikalnya.. Entah mungkin ingin dijadikan cerita, saya tergerak untuk berhenti dan bertanya masalah motosikalnya. Saya merapat ke tepi, meletakkan motosikal saya di tepi jalan dan menuju kepadanya.

Setelah berbasa-basi, tahulah saya motosikalnya kehabisan minyak.

Kebetulan, saya turut membawa sedikit bekalan minyak. Lalu, saya menawarkan diri kepada pemuda itu untuk gunakan dulu minyak saya.

Saya berpaling, ingin menuju ke motosikal saya untuk mengambil minyak.

Tiba-tiba, leher saya direntap kasar. Belikat saya dicenggam kasar. Terasa benda tajam menghunus belakang saya.

"Bro, kau kalau nak selamat baik serahkan apa-apa barang berharga yang kau ada"

Saya menjawab,

"Apa cite ni..kata motor takde minyak..atau kau saje nak merompak?"

Ketawa. Dia ketawa. Terbahak-bahak.

.

Saya cuba lepaskan diri. Lari.
Dia mengejar. Cuba menendang belakang saya. Terkena sipi.
Saya cuba menuju ke motosikal saya.

Mujur, tak lama kemudian ada pengguna motosikal yang lain berhenti. Mungkin pelik melihat kekecohan yang berlaku di tepi highway ni.

Pemuda itu yang mungkin terkejut, terus lari ke motosikalnya. Menghidupkan enjinnya, dan lari.

Ciss! penipu rupanya.


P/s: Keluar exit Kulai, saya terus membuat laporan di Balai Polis. Saya ingat sentiasa nombor pendaftaran kenderaan motosikal itu. DAJ XXXX. Usai sahaja, badan rasa sakit-sakit ditambah dengan rasa penat, lantas saya hubungi seorang rakan menumpang untuk berehat seketika.

P/s: Malam tadi, saya mendapat berita seorang rakan perempuan diragut beg tangannya. Ohh..apa jadi dengan dunia hari ini? Wahai wanita diluar sana, berhati-hati lah. Jangan ikut orang yang tak dikenali. Jangan sesekali keluar sendiri. Nasihat itu tandanya sayang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...