Jan 24, 2011

Berhati-hatilah dengan Samseng Jalanan!

Jumaat lepas pulang ke Johor. Cuti Sabtu dan Ahad dihabiskan bersama keluarga.

Terputus hubungan dengan dunia online (tertinggal broadband di Bangi sebenarnya..huu).

Menenangkan.



Perjalanan pulang (Bangi-Johor) saya baru-baru ini lewat sampai daripada kebiasaan. Biasaannya, saya mengambil masa kira-kira 4 jam setengah sahaja untuk sampai ke rumah. namun pada kali ni, perjalanan saya diganggu oleh 'samseng jalanan'.

Kisahnya begini,
sewaktu dalam perjalanan pulang di highway(Plus), saya terlihat seorang pemuda keseorangan diri menuntun motosikalnya.. Entah mungkin ingin dijadikan cerita, saya tergerak untuk berhenti dan bertanya masalah motosikalnya. Saya merapat ke tepi, meletakkan motosikal saya di tepi jalan dan menuju kepadanya.

Setelah berbasa-basi, tahulah saya motosikalnya kehabisan minyak.

Kebetulan, saya turut membawa sedikit bekalan minyak. Lalu, saya menawarkan diri kepada pemuda itu untuk gunakan dulu minyak saya.

Saya berpaling, ingin menuju ke motosikal saya untuk mengambil minyak.

Tiba-tiba, leher saya direntap kasar. Belikat saya dicenggam kasar. Terasa benda tajam menghunus belakang saya.

"Bro, kau kalau nak selamat baik serahkan apa-apa barang berharga yang kau ada"

Saya menjawab,

"Apa cite ni..kata motor takde minyak..atau kau saje nak merompak?"

Ketawa. Dia ketawa. Terbahak-bahak.

.

Saya cuba lepaskan diri. Lari.
Dia mengejar. Cuba menendang belakang saya. Terkena sipi.
Saya cuba menuju ke motosikal saya.

Mujur, tak lama kemudian ada pengguna motosikal yang lain berhenti. Mungkin pelik melihat kekecohan yang berlaku di tepi highway ni.

Pemuda itu yang mungkin terkejut, terus lari ke motosikalnya. Menghidupkan enjinnya, dan lari.

Ciss! penipu rupanya.


P/s: Keluar exit Kulai, saya terus membuat laporan di Balai Polis. Saya ingat sentiasa nombor pendaftaran kenderaan motosikal itu. DAJ XXXX. Usai sahaja, badan rasa sakit-sakit ditambah dengan rasa penat, lantas saya hubungi seorang rakan menumpang untuk berehat seketika.

P/s: Malam tadi, saya mendapat berita seorang rakan perempuan diragut beg tangannya. Ohh..apa jadi dengan dunia hari ini? Wahai wanita diluar sana, berhati-hati lah. Jangan ikut orang yang tak dikenali. Jangan sesekali keluar sendiri. Nasihat itu tandanya sayang.



9 comments:

misz sheyla said...

ngeee...seb baik xde pape jadi...

Mas-Azi-Mah said...

huhuhuh cuakk betul lah.. lain kalai tak payah kesah dah orang kat tepi jalan tu.. sebaik jugak ada orang lain yang datang tolong masa tu...
lepas ni lebih hati hati... jangan pegi jenjalan sesorang.. bahaya :D

hehe

student said...

misz sheyla,
benda dah nak jadi..
alhamdulillah takde pape yang buruk jadi..:)

student said...

Mas-Azi-Mah,
maybe kalau nak tolong tu kalau kita berdua atau bertiga tu boleh la..ni 1 by 1..huu.. next time jadikan pengajaran buat kita semua..:)

Anonymous said...

sy pon pnh alami yg same...
cume bezanya sy naik kereta,kamu motor...
skrg ni sy pon lbh berhati2 dan xberani drive ssorg diri...
tu manusia yg xda kesedaran sivik...
xpe, nti sy ajar sume manusia yg xda sivik tu yer..hihi

echah mashuri said...

org skrg tak kire cara.asalkn dpt duit snggup wt mcm2..haihhh

student said...

Anonymus,
doakan yang terbaik buat pemuda tersebut..:)

student said...

echah mashuri,
manusia ni macam-macam ragamnya..:)

Anonymous said...

iye..doa senjata mukmin...
doakan sumenya...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...