Sep 9, 2010

Tangga kewangan




Akhir-akhir ini, saya perhatikan ramai sahabat-sahabat saya mula ghairah untuk membuat simpanan dan pelaburan dalam emas.

Tahniah diucapkan.

Tumpang bangga.

Cuma disini saya ingin berkongsi pendapat.

Tatkala kita sedang ghairah mencari, mengorek, mengumpul ilmu mengenai emas perlulah jua diketahui bahawa pelaburan emas adalah berbentuk jangka sederhana dan jangka panjang.

Jadi, jika niat anda ingin mendapat keuntungan daripadanya minima masa yang diperlukan adalah 1 tahun. Ya. Kerana potensi kenaikan nilai emas adalah dlam lingkungan 20-30% setahun.

.

Untuk memiliki 'kewangan yang sihat', kita perlu faham konsep asas pengurusan kewangan.

Ianya mempunyai tangga-tangga yang perlu dilangkah dengan betul. Jika tersilap langkah, bahana jawabnya.

Apakah tangga-tangga itu?

1.Cara mendapat pendapatan
2.Simpanan
3.Perlindungan
4.Pelaburan

1.Cara mendapat pendapatan
Ianya adalah bergantung kepada individu dan jenis pekerjaan. Boleh jadi, pendapatan ini didapati daripada gaji, mahupun perniagaan. Dan semestinya pastikan ia halal!

2.Simpanan
Selepas mempunyai pendapatan, inilah perkara pertama yang wajib kita lakukan. Ciri-ciri simpanan yang baik adalah mempunyai kecairan yang baik. Maksud kecairan yang baik ialah, ianya mudah dikeluarkan ketika kita memerlukannya. Langit tidak selalu cerah kan?
contoh: ASB, Tabung haji.

3.Perlindungan
Jika kita kehilangan pendapatan, apakah yang boleh membantu. Jika kita kemalangan, adakah kita sudah bersedia dan mempunyai wang yang cukup untuk menanggung perbelanjaan rawatan. Contoh kehilangan pendapatan yang lain adalah seperti dibuang atau diberhentikan pekerjaan. Carilah perlindungan yang sesuai dengan diri kita.
contoh: perlindungan takaful.

4.Pelaburan
Ini adalah tangga tertinggi dalam pengurusan kewangan. Jangan terus melompat ke tingkat ini jika belum mempunyai simpanan dan perlindungan. Kita perlu memastikan, tabung simpanan, perlindungan, dan pelaburan adalah berbeza. Bukan main tangkap muat sahaja.
contoh: pelaburan hartanah, saham, emas fizikal atau akaun.

(pemahaman mengenai tangga kewangan ini saya dapati daripada ceramah pengurusan kewangan Pakdi (penulis buku ini) selain pemerhatian dan bacaan saya yang lain.

Dan sebenarnya, emas fizikal juga boleh dimasukkan ke dalam kategori simpanan kerana ianya mudah 'dicairkan' melalui pajakan. Nanti saya akan ceritakan pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu UKM baru-baru ini.

*Penting untuk memahami tangga-tangga ini sebagai asa kepada pengurusan kewangan yang betul.
**Sebenarnya, yang menentukan kejayaan seseorang itu menguruskan kewangannya bukanlah pada rumah yang banyak, mahupun simpanan emas yang berkilo. Faktor kejayaannya adalah memiliki ilmu, mentor, dan rakan-rakan yang turut ingin sama-sama berjaya!

Hadis nabi

1.Jika kamu mahukan kejayaan dunia perlulah dengan ilmu, Jika kam mahukan kejayaan akhirat dengan ilmu, dan jika kamu mahukan kejayaan dunia dan akhirat jua perlulah dengan ilmu.


2.Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."


Penting kan mempunyai ilmu? Hak ilmu adalah amal dan sampaikan. Jadi pada sesiapa yang dah tahu, kongsi-kongsilah ye. Sila tinggalkan komen. Sharing is caring..:)

Sep 8, 2010

MyMode dan saya


Masih ingat dengan Mymode?

Inilah antara perniagaan networking saya yang pertama.

Bonusnya masih 'berjalan' sampai sekarang. Alhamdulillah.
(walau tak semasyuk dulu, lepas untuk topup sendiri ok lah kan?)

Semenjak penurunan margin prepaid, boleh dikatakan ramai agen-agen telah menjadi 'ahli tidur'. Namun, hakikatnya masih ada yang setia dan terus bertahan kerana kekuatan sebenar perniagaan prepaid adalah power of volume.

Mana kalian semua ye?

Heryboy, Master, Mizzng, AdiNor, Acap1992, BroRahim, Philips, j@nggut.
(sekadar menyebut beberapa nama)

Harap-harap raya ni boleh ketemu dan berborak panjang.

Salam kemaafan daripada saya.
-Student
Agen Mymode.


Sep 7, 2010

Kemuliaan Milik Siapa?





















Kemuliaan dan penghormatan yang diperoleh datangnya daripada Allah. Kemuliaan seseorang ataupun hinanya seseorang itu bukanlah kerana kehendak manusia. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Walaupun ramai orang memuji, boleh jadi Allah hendak menghinakan dia sebenarnya. Walaupun ramai orang menghina, ramai orang tidak suka, boleh jadi Allah hendak memuliakan dia sebenarnya. Kadang-kadang apabila Allah murka pada seseorang, Allah berikannya kesenangan di dunia.

Dan kadaang-kadang apabila Allah suka pada seseorang, Allah berikannya kesusahan. Mungkin dengan kesusahannya, dia mengingati Allah. Mungkin juga dengan kesenangannya, dia lalai pula pada Allah. Datangnya manfaat itu adalah ujian. Datangnya mudarat itu juga adalah ujian. Sekiranya datang manfaat, ujian baginya adalah bersyukur. Sekiranya datang mudarat, ujian baginya adalah bersabar. Mulianya seseorang itu bukanlah disebabkan dia pandai berkata-kata ataupun kerana kepandaiannya dalam ilmu. Tetapi, mulianya seseorang itu adalah kerana pandainya Allah menyorokkan aibnya daripada diketahui orang ramai. Siapalah kita ini… sekiranya dibuka aib kita, mungkin tiada siapapun mahu berkawan dengan kita, bukan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...