Feb 14, 2009

Pilihanraya Kampus

Bismillah,

20Februari ni, IPGM Kampus Pengajian Islam(tmpt ak blaja skrg ni lar..) akan mengadakan pilihanraya umum bg melantik "Jawatankuasa Pewakilan Pelajar"(JPP). Hebat isimnya.. teringin untuk aku berkongspi pendapat dan pndgn ku sendiri setelah 3 tahun menadah ilmu disini...ingin berkongsi pndgnku tntng 'fungsi' JPP nih..Tpi, sblum tuh..mari kita sama2 baca artikel ni..



-----------------------------

Pilihanraya kampus kali ini amat hangat sekali dan sama taraf dengan pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil dalam negara. Barang kali kerana edah pilihanraya kampus kali ini sama dengan by pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, maka aksinya adalah sama.

Seperti biasa wujudnya surat layang, fitnah, laporan polis dan terkini meletak kepala babi dalam surau di UM. Di UKM, mahasiswa buat laporan polis kerana ugutan dalam SMS dan panggilan telefon. Di UIAM dan UPM pula suara bising berhubung tarikh pilihanraya dan beberapa syarat tertentu, turut berkumandang. Semua ini kebanyakannya berkisar dalam kelompok mahasiswa Islam.

Penulis melihat perkara ini adalah terjemahan daripada sikap pemimpin yang gagal. Gagal bertindak sebagai khalifah dan gagal menjalankan amanah. Kenapa? Pertama soal label. Sebenarnya tidak perlulah diletak label sama ada pro-mahasiswa atau pro-aspirasi kerana semua orang sama ada di dalam atau di luar kampus, termasuk di kampung, sudah tahu bahawa yang mengaku pro-aspirasi itu adalah yang menyebelahi Barisan Nasional, manakala pro-mahasiswa pula ialah pembawa bendera PAS, DAP dan PKR.

Kedua, penulis sangat khuatir dengan tindakan segelintir pihak yang suka menangguk di air keruh. Di saat umat Islam ditekan kiri dan kanan, dalam dan luar negara, maka sangatlah perlu semua mahasiswa mengambil sikap 'ihtiat' (berhati-hati) agar apa-apa yang dilakukan itu, tidak mencederakan akidah walaupun untuk mendapatkan kuasa.

Islam tidak mengiktiraf matlamat menghalalkan cara. Walaupun niatnya baik untuk mewujudkan saf kepimpinan yang Islamik tetapi kalau strategi kempen disaluti dengan najis propaganda hitam, kaedah Machiavelle, petikan nas agama di luar konteks, kemenangan tersebut adalah tidak bermakna, berdosa dan haram.

Ketiga, politik kampus sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat luar agar berpolitik secara sihat sebagaimana kehendak Islam atau ilmu siyasah yang mana matlamatnya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Amat malang sekali bila mana kini masyarakat tertanya-tanya di mana lagi contoh yang boleh diambil kerana mahasiswa juga turut terpengaruh dengan budaya songsang politik Barat yang menjadi idola tokoh masing-masing.

Penulis menyeru semua mahaguru di universiti agar bangkit untuk membanteras penyakit yang sedang melanda umat Islam di Malaysia ini.

Di samping doa, munajat serta solat hajat yang dilakukan saban hari, sumbangan berbentuk tulisan, syarahan, khutbah serta wawancara perlu di pergiatkan lagi oleh kaum cendikiawan agar umat Islam bangkit dari candu politik yang kini kian memakan diri.

Ayuh bebaskanlah umat Islam dari rasa syok sendiri, hipokrit dan mimpi yang asyik.

artikel asal boleh dibaca di, http://www.malaysiakini.com/letters/96599

Feb 13, 2009

CINTA + cinta

Bismillah,

Cinta..begitu mudah diungkapkan? Entahlah..Lesu.Lusa 14Februari, anak-anak muda (mudakah aku?)bnyknye menyambut 'Valentine Day', aku rasa terpanggil untuk membuat entry berkisar mengenainya..Tak perlulah ku ulangi lagi apakah kemaksiatan yang terjadi dikala sambutan itu dibuat kerana aku yakin semua sudah maklum kemaksiatan yang mungkin terjadi. Mengapa hal ini terjadi? Cinta, Valentine...kaitannya...? Perihal cinta diungkapkan di hari itu?


Sebelum aku pergi lebih jauh lagu, marilah kita sama2 semak apakah yang ditulis oleh SaifulIslam dalam buku 'Aku Terima Nikahnya';

" Cinta vs. CINTA

Cinta kecil itu adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatin, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaannya lebih mulia daripada cinta keliru ini, kerana sekurang-kurangnya si anak kecil itu akan memberi makan, berbual dan membersihkan akuarium kura-kuranya, sedangkan cinta keliru antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali...juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan antara satu sama lain.


CINTA sebenar itu harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia...namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaaan cinta seperti ini. Cinta yang ada 'sense of begin with the end in mind'. "


Mengapa cinta wujud dan bukannya CINTA? aku terkedu memikirkan... mudah untuk dikata...sukar nak digambarkan...

kerana jiwa kosong, iman tiada... maka yg lain2 mengisi jiwa..

"Apabila sunnah tidak diamalkan, maka bidaah akan mengambil tempat!"

Tak perlu berdegar melaungkan slogan yg bermcm2 sifatnya, marilah kita sama2 jaga solat Jemaah kiter...jaga iman kiter...die ust ker...ckgu ker...imam al-hafiz ke...sume kene jaga iman... jazakallah..

Feb 11, 2009

Israilliyat

Bismillah,

Untuk semester ni, bagi subjek Pengajian Al-Quran antara subjek kajian aku adalah mengenai israilliyat.. Rasanya tak salah untuk aku berkongski dengan kekwn semua ape yg aku belajar...ni lah antara perbincangan ringkasnyer..



Definisi Israiliyat :

Menurut Doktor Zahabi, Israiliyat didefinisakan sebagai "apa jua yang dianggap tidak berasas samada ia berbentuk dongeng dahulu kala ( sebahagian ulamak melabelkannya الدّخيل ) yang boleh jadi asalnya adalah dari sumber Yahudi(kebanyakan) atau Nasrani atau sumber-sumber lain"


Bagaimana pengaruh Israiliyat bermula :

-- Bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa al-Rasyidin rentetan daripada keislaman beberapa ahli kitab yang terkenal seperti Abdullah bin Salam (memeluk Islam semasa Nabi berhijrah ke Madinah), Ka’ab al-Ahbar (memeluk Islam zaman Umar) dan Wahb bin Munabbih (seorang Tabi’i).

-- Keilmuan mereka tentang al-Taurat dan al-Injil dimanfaatkan oleh sahabat dan generasi Tabi’in selepas itu untuk pendetailan dalam aspek tafsir ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, fakta-fakta sejarah, kisah-kisah nabi dan umat silam dan kisah-kisah kejadian alam.

-- Di zaman tabi’in, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif disebabkan kecenderungan masyarakat mendengar cerita-cerita yang agak luar biasa.

-- Di zaman tabi’ tabi’iin periwayatan menjadi lebih serius dengan munculnya golongan “ القصّاص”(al-Qassas) iaitu penyampai cerita yang tidak bertanggungjawab.


Pembahagian Israiliyat:

1) Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber Islam, al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah.

Contoh : riwayat yang menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa a.s ialah Khidir.

2) Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah.

Contoh : cerita malaikat Harut dan Marut yang terlibat dengan dosa besar. Minum arak, berzina dan membunuh

3) Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya (maskut anhu).

Contoh : riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.



Hukum meriwayatkan Israiliyyat :

--Pandangan pertama: Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat.

ولا تصد قوا أهل الكتا ب و لا تكذبوهم, وقو لوا آ منا بالله وما انزل الينا

Maksudnya: “ Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami...” (Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485)

--Pandangan kedua: Harus meriwayatkan Israiliyyat.

بلغوا عنى ولو آية, وحدثوا عن بنى اسرائيل لا حرج, ومن كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار.

Maksudnya; “Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka” (Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461)

Kedua-dua pandangan ini mempunyai dalil dan hajat masing-masing tetapi setelah dibuat penelitian, kedua-dua pandangan tersebut dapat disesuaikan mengikut pertimbangan berikut:

1. Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan cerita-cerita tentang umat terdahulu. Ia juga mengisyaratkan keharusan merujuk kepada Ahli Kitab.

2. Nabi S.A.W pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti A-Abros, Al-‘Ama, Al-Akro’ dan cerita A-Ghor.

3. Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak. Ia terikat kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya.

4. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya.


Kaedah mengecam Israiliyyaat :

1) Pengamatan sanad - lihat perawi yang biasa meriwayatkan kisah israiliyat

2) Pengamatan matan - lihat kandungan

3) Rujuk ulamak

4) Rujuk sumber-sumber Yahudi, yakni

i) Kitab Taurat.
ii) Talmud.
iii)Kitab-kitab Yahudi yang lain.

-Tujuannya adalah untuk membandingkan dengan kitab karangan ulama' dalam soal Israiliyat. Sekiranya ia disebut dalam sumber-sumber berkenaan maka ia meyakinkan kita bahawa ia memang satu riwayat Israiliyyaat.


Dicompile dan diubah-suai daripada sini dan sini. Kalau nak nota penuh dalam bahasa arab ada, penjelasannya lagi padat, file tu dalam bentuk e-book..kalau nak, boleh cntct aku yer.. :)

Wallahua'lam



Feb 10, 2009

Cinta ALLAH?

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat......



Muingkin malam JUMAAT?



Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?




Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....



Dan sudah pasti waktu ada kematian...






Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?



Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.



Semoga ALLAHmengampuni aku kerana menyangka......



Bahawa nun di sanamasih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)



Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.


Ya aku CINTA ALLAH



Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku




IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.


Ini adalah ujian yang mudah.


Kalau aku benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada ku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...