Aug 8, 2008

Hadis-hadis tentang bulan Sha'ban

a) Hadis tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban

Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi saw menghidupkan malam Nisfu Sya’ban ini dengan amalan-amalan yang khusus seperti sembahyang sunat yang khas atau doa-doa tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya ialah:

- Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: ((Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar))..

Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

- Diriwayatkan daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ((Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).

Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

- Diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: ((Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya)). Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.

Kebanyakan hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya. Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.

Al-Hafiz al-Iraqi berkata: ((Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw. Hal ini juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama)). (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: ((Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu)).

(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).


Apakata Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi?


Ulamak kontemporari masa kini, Syiekh Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya: ((Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah)).

Beliau menambah lagi: ((Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya)). (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)


Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti: ((Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah)). (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)


b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada hari Nisfu Sya’ban.

Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah.

Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi saw yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya’ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya’ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi: ((Di dalam kaedah syara’, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara’ kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).

(Rujuk Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)


c) Hadis tentang amalan akan diangkat pada malam Nisfu Sya’ban.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa segala amalan manusia akan diangkat pada malam Nisfu Sya’ban. Justeru, kebanyakan umat Islam akan menghidupkan malam ini dengan membaca surah-surah tertentu dengan niat supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman. Pendapat ini adalah tidak tepat dan tidak terdapat hadis-hadis sahih yang menjelaskannya.

Demikianlah beberapa perkara yang sering diperbincangkan di dalam bulan Sya’ban ini. Semoga melalui beberapa hadis yang dibawa ini serta pendapat para ulama, jelaslah kepada kita tentang kedudukan hadis-hadis tersebut di sisi ulama hadis.

Ketahuilah sesungguhnya segala perkara yang melibatkan soal pahala, keberkatan, fadhilat dan kelebihan adalah hak milik kekal Allah swt. Tidak ada seorang makhluk pun yang boleh mendakwa dan menjanjikan sebarang fadhilat atau keberkatan tertentu dengan mereka cipta amalan-amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Marilah sekali lagi kita menyemak dan memastikan segala amalan ibadah yang kita lakukan ini adalah bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw untuk melayakkan amalan tersebut diterima disamping diiringi dengan keikhlasan kepada Allah swt. Ayuhlah kita bersama-sama membenteras kegiatan penyebaran hadis-hadis palsu dan dusta di kalangan masyarakat kita. Semoga kita semua akan mendapat pertolongan dan diberikan kekuatan oleh Allah swt.


dipetik daripada:
Nisfu Syaaban: Hentikan Penyebaran Hadis Palsu
http://yapis.blogspot.com/2005/09/nisfu-syaban-hentikan-penyebaran-hadis.html

wallahu a'lam..

Harga runcit petrol diselaras 1 September: PM

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa 1 September ini, harga runcit petrol akan
diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan dan subsidi akan
dikekalkan pada kadar 30 sen seliter, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, hari ini.

Perdana Menteri berkata harga runcit petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan.

“Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan
melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdullah berkata kerajaan membuat keputusan itu
setelah mengkaji secara teliti kebelakangan ini harga minyak mentah
yang menunjukkan trend menurun.

Selasa lalu, harganya ialah AS$122 setong berbanding harga
purata bagi Jun AS$132 setong, dan kerajaan menanggung subsidi petrol
sebanyak 64 sen seliter. - Bernama

Sumber: Berita Harian

Ada Apa dengan Syaaban?

PENGENALAN

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.
02. Keperkasaan dan ketinggian.
03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.
04. Kasih-sayang dan kemesraan.
05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN


01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.



ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN


Memperbanyakkan puasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Melazimi Berzikir dan Berdoa


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah. (Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat. (Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:

Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa. (Riwayat Muslim).


Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar


Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur: ayat 31).




KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah. (Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:

Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.

Aug 7, 2008

Shopping kat PC Fair

123
----------------------------------
Salam, hai apa khabar buat semua.. lama x update blog nih.. maxis broadband aku wat hal.. dlam minggu ni selalu sangkut2..huhuhuu.. memula ingt aku sorg je yg alami bnda tuh, tp bile tnye pd bro J@nggut(Prepaid4u) yg die punye broadband pun bermasalah gak fham lah aku.. biasa lah.. nak wat cmne.. maxis ni pun kekdg me**on* gak...hehehhee..

Pada ahad lepas (3Ogos) aku ngn syidi pergi ke KLCC.. watpe? larr.... kan ada PC Fair.. p usha2 la pape yg patut..heheee...

Maka, setelah lama m'usha', aku pun telah menjumpai bnda yg aku nak sgt selama nih..(perghh, ayat xbleh tahan..heheheee..)

  1. Subwoofer, aku memang lama nak beli.. cuma tunggu masa jer.. Ye lar.. lpas speaker PC aku rosak, aku xbeli pun lgi.. Kalo nak dgr lagu aku dgr pkai earphone jer.. Dgr sorg2.. ni dah ada subwoofer, bleh la dgr rmai2 lak..Tambahan pulak, model yg aku beli nih terbina dlamnye radio sekali. so, mmg lpas ni 24 Jam je la die idupp.. Alhamdulillah..=)
  2. Mp3, errmmm... memula aku mmg xnak beli pun.. Tp, dok belek2 bnda ni, rasa mcm tergerak plak nak beli( eh, bleh ke ckap mcm tuh.. tetibe je bleh terbeli..heheh...). Aku beli Mp3 Philips Go Gear 2GB, psal ape? sbab 2 bnda jer.. aku rasa bunyi die best.. (ni versi full music), then aku plak skrg slalu rider ngn motor jdi smbil2 atas motor tu leh gak la dgr zikir2 ke.. lagu2 ke..dri mp3 ni ye x?hohohooo... lgi 1, aku suka sistem voice record die.. bunyi sharp.. incase skrg nih, aku rasa perlu sgt 1 alat rakaman yg aku mudah bwak kemana tu yg aku amik je mp3 nih..
  3. RAM atau nama penuh die Random Access Memory. RAM Pc Aku skrg RAM dier 512jer.. aku mmg dah pasang niat nak tambah pun.. nak kasi upgred skit..aritu dah tanye kat kedai, kalo 1GB DDR2 =RM76.. fuhh.. mahal gak.. jdi aku tnggu je lar PC Fair nih coz aku tau mesti dpt harga murah lgi.. bile aku jalan2 kat PC Fair jmpe lar RAM nih.. RM55 jer.. ok tuh.. murah sgt! so, aku beli je lah.. masa beli tu, dpat pulak lucky draw, menang memory card 1GB.. ok lah.. sape nak bg kan? boleh gak msuk tuk kamera aku..=)

Rasa setakat ni je kot entry tuk kali ni. Entry ni sepatutnye aku post ahad lepas.. Tp, xde mood punye psal ditambah pulak dgn internet yg kadang2 ok kadang2 x arinih bru dpat post.. Anyway, jmpe lgi tuk post+entry seterusnya!=p

Aug 5, 2008

User PREPAID baca nih


Cuba renungkan…………

Selama ini anda membeli prepaid di kedai-kedai, anda tak pernah mendapat apa2 walau satu sen pun. Kalau bernasib baik, mungkin ada kedai yang jual dengan harga murah sedikit atau lagi teruk, lebih mahal dari harga pasaran.


Tapi dengan menyertai program ini, Anda akan mendapat rebate sehingga 15% setiap kali anda reload prepaid anda. Bahkan anda juga akan mendapat bonus mingguan sehingga 60% daripada keuntungan bagi setiap jualan kad reload sama ada yang anda beli untuk kegunaan sendiri ataupun anda jualkan kepada orang lain. Tambahan lagi, apabila anda memperkenalkan rakan-rakan anda, akan akan mendapat bonus tajaan RM10/RM18 setiap seorang...Kemudian apabila rakan-rakan di bawah anda membeli/menjual prepaid anda juga akan mendapat overriding bonus sebanyak 5-10 %


Amacam, bagus tak ??? Mana ada kedai yang boleh memberikan tawaran menarik sebegini? So, tunggu apa lagi??? Jom sertai kami sekarang !!!!.. Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana ada banyak lagi kelebihan-kelebihan dan bonus menarik yang menanti anda.....

minat nak tau detail?

jemput klik, MyMode Prepaid4u

Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan..

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu
ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak
tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di
tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1
dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw
akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan
nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan
3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber
mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari
jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first
line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride,
iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum
makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan
racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari
bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita
minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari
hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu
carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,
iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan
meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas,
seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum
berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari,
kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina
hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada
di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan
tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu
hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV
itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai
Ka’bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian
oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya
Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat
persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,
equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,
seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak
yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam
besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran
keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Jazakallah

*dipetik daripada http://teratakian.clicdev.com/f/index.php?trk=teratakian&showtopic=5696

Senyum kejap.. Evo+Ferrari+Kancil

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa ini pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
saja....

"Ok,macam ini,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat ini bagi idea.

"worrait juga tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawa laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat ini pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat ini laju lah sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam lah kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan lah minyak rapat nak kejar ferrari ini...lupa lah pulak dia
dengan kancil org tua yang diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya lah hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit ini...kata polis ini..cecah
250kmj memasing ini... Dia pun contact lah kawan-kawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yang laju ini...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap anda mesti tak
percaya punya......... sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Aug 3, 2008

Sabtu yang agak memenatkan..

Salam... hai... apa khbr dan salam sejahtera buat sume...
Di sini aku nak kongsikan dengan korng sume ape yg tjdi dlam hari nih..

---------------------------
Sabtu (2Ogos)

Pd hari sabtu (2 Ogos), Institut Perguruan Islam Selangor atau nama pendeknya IPIS (tempat aku stdyler..heheee..) mengadakan seminar Bina Insan Guru (BIG) [info: BIG ni wajib tuk pelatih2 guru sebelum kami semua secara sahnya menjadi seorg guru/cikgu] tuk bebudak btch PISMP sem 2.. salah sorg drpd bdak2 tu.. termasuk le aku..hohohohooo...

bngun pagi2 jer.. terus teringat pg ni ada seminar..
masa memula dpat tau ada seminar nih..(2/3 hari sebelum ari sabtu lar..)
mmg rasa bengang gak lar..
ye lar.. BPG n HEP ni mmg suke sgt bg bnda last2 minute..huhuuu..
ye lar... aku dah rncng lek lok lama dah..
sabtu ni aku nak turun Perak..
nak cri brg motor ngn ziarah member kat sana..
nak g jmpe adik ak lgi.. last2 kene tkar plan..
Tup2.. dah jdi mcm ni.. nak wat mcm ner..
terpksa ler cancelkan.. hampeh...huhuuu..

seminar kali ni, tajuk die psal 'Personaliti dan Kerjaya'
membincangkan tentang pentingnya merancang kerjaya..
dan sbgai pelatih2 guru, kami sume mmg dah kene tetapkan niat dan satukan matlamat tuk mjdi guru/cikgu cemerlang..ada gak ditanya, Mcm mane pulak dgn yg msuk institut sbab terpkse??
jwpannyer.. nak xnak mmg kene tanamkan minat gak lar..minat boleh dipupuk..
ye lar.. bile fikir-fikir semula, bgus sbnrnyer kerjaya guru/cikgu nih..
bgus sgt.. seorg pendidik..=D.

Walaupun aku dulu, dri sekolah rendah smpai sekolah menengah
mmg lngsung x terfikir nak jdi cikgu.. masa dulu, cita-cita aku nak jdi usahawan, xpun ahli ekonomi.. hoh0hooo... tp, bile ayah aku nak sgt aku jdi ustaz tuk tunaikan harapan dier ak msuklah ke sini (Institut Perguruan Islam Selangor). Aku xpernah menyesal.. lgpun, aku dah buat istikharah.. hati aku dah mantap dan yakin (lpas ak istikharah, aku mimpi jumpe Ustaz Rashid, mcm xcye jer..huhuu..), InsyaALLAH moga dipermudahkan segala usaha aku..

Dalam seminar ni juga, ditekankan tentang penerokaan kelebihan diri..
Ermm... guane tuh?hehehe.. mksudnyer.. kite perlulah gunakan klbhn yg kite ada ke tahap maksiama.. kadang2 kite xnmpak kan? aku pun sebelum ni kabur2 lgi tentang klbhn yg ada dlam diri aku..
Pandai masak? Pandai nyanyi? Boleh main kompang? Bijak berpidato? Bijak dalam bisnes?
Kaki study?
Ni lah antara cth2 yang pncrmah tu bincangkan masa tuh.. kesimpulannya, aku nampak semua orang ada kelebihan msing2.. terpulang pd diri sndri nak hargainya atau tidak.. ALLAH tu MAHA adil..=D

Dalam seminar ni juga, diadakan ujian Xplorasi minat (aku rasa sebijik mcm ujian holland yg aku penah wat masa skolah dulu jer..cume diorg edit skit lar...huhuuu) Tujuan ujian ni, utk ketahui personaliti diri individu dan mengkaji minat diri.. Alar.. mcm ujian kerjaya la gitu..heheheee...

Ada 6 jenis Personaliti, iaitu;
  1. Realistik (R)
  2. Sosial (S)
  3. Investigatif (I)
  4. Enterprising (E)
  5. Artistik (A)
  6. Konvensional (K)
Setelah ujian dibuat, keputusannya aku mendapat skor pling tinggi bg (S), diikuti (E), dan (I).. erm.. komen aku, bleh kata kene gak la dgn sifat peribadi aku.. kalo nak tau tafsiran tentang 6jenis personaliti tuh dlam post lpas ni aku akan scan mklumat berkaitan..=)

Seminar ni abis dlam pukul 12 T/hari..Alhamdulillah.. Masa ni badan dah rasa penat.. ye lar.. se'pagian' mendegar jer..hehehee... balik tu, terus lepak kat bilik..
Syidi ngn Solehin ajak g PC Fair lak... adusss... xlarat lah.. lgpun, aku dah mmg rncang nak pergi hari ahad...hehehee...

Petang tu, aku dok kat bilik jer.. Online sekejap, kmdn g Bintang Hypermarket dgn Poie,
die nak cri seluar tuk kuliah.. ikut je lah.. ikramkan dier..=)
Aku balik dari Bintang dlam asar, rest kejap.. mandi, siap2...
kmdn dlam pkl 6.30 aku dgn Poie gerak ke Sri Petaling(SP).. ye lar.. malam ni kan malam markas..
so, pakat2lah dgr bayan n cite2 agam drpd eldest2..
aku buat usaha agama ni dri sekolah dulu xpnah byang yg tmpat stdy ak dkat je dgn SP..
dah alang2 dekat, xde pape keje pergi je lar..
aku smpai SP dlam pkul 7 mlm.. Poie nak cri qurta plak..
xper2... boleh2.. tadahal punyer..hehee..
sambil2 poie cri brng dier, ak plak mkan roti nan.. perghh.. sedappp..
roti nan+kari kambing...nyam3x...=p

balik dri SP smpai IPIS dlam pkul 11.30..terus ke bilik muzik..
dak2 perempuan dah menunggu.. diorg siapkan cenderahati untuk ahli2 PEKOMPERI
yg main kompang tuk mjlis kahwin di Bukit Mahkota dan Seksyen 4 Bangi.. cute gak la hadiah yg diorg buat.. nti ak upload gmbr cenderahati tuh..

Aku balik bilik malam tu dlam pkul 12.30... penat tul..
balik bilik, terus bukak PC, bkak wbste MyMode
kmdn, bkak lak wbste jutawanceramic aku... tngok payment.. tngok emel.. bkak frenster.. terus tdo..
zZzZzzzzzzzzz........

*maaf jika ada short form yg tidak difahami..utk post kali ni mmg aku bnyk gunakan bhasa pasar...hehehehee..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...