Aug 25, 2010

Terima kasih SKPP9(2).


Terima kasih.
Jutaan terima kasih buat semua warga Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) (SKPP9(2)).

20 Ogos 2010 tamatlah praktikum saya dan rakan-rakan(Hafidz, Amira, Sarah, Lyana, Nabila) di SKPP9(2). 8 minggu dirasakan begitu cepat. Ketika kemesraan bersama anak murid sudah terjalin, saya terpaksa mengundur diri. Maafkan saya.

Buat pengetahuan semua, di SKKP9(2), saya ditugaskan untuk mengajar tahun 2, 3, dan 4 bagi subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Al-Quran. Sememangnya, pengalaman mengajar di kawasan bandar amnya dan Putrajaya khususnya memberi pengalaman yang amat berharga dapat saya kutip sebagai mutiara buat bekalan sebelum grade menjadi guru sebenar di penghujung 2011 nanti.

Selepas ini, pastinya saya akan rindu untuk;

  • pergi ke sekolah seawal 6.50 pagi dari Bangi ke Putrajaya.
  • pulang setiap hari jam 3 petang.
  • mengetuai bacaan Yasin pada setiap hari selasa, khamis, dan jumaat.
  • menjadi imam bagi solat sunat dhuha dan hajat untuk Tahun 6 pada hari jumaat.
  • membuat RPH yang banyak (saya tak suka menulis..hu2)
  • masuk ke kelas, bermain teka-teki dan soal jawab dengan murid.
  • menanda buku latihan, kertas soalan, dan kertas ujian murid.
  • dan banyak lagi pengalaman yang hanya dapat dikutip di sekolah sahaja.
Praktikum kali ini memberi pengalaman sangat berharga buat saya. Sejujurnya membuat saya menjadi lebih 'huru-hara' mencari masa untuk menguruskan diri sendiri.

Semester lepas, saya berpraktikum di kawasan pinggir bandar, semester ini di kawasan bandar, harap-harapnya semster depan saya ditempatkan di kawasan kampung. Oh! teringin mendapat pengalaman baru.

Akhir kalam, salam ingatan daripada saya buat semua warga SKKP9(2).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...