Jul 7, 2010

Genta Rasa

Jika saya mula sayang pada seseorang, saya akan bagi komitmen yang terbaik, bersungguh-sungguh dan ambil serius terhadap hubungan tersebut!


Pada hari selasa yang lalu,
saya telah menuju ke sebuah negeri di pantai timur.
Ambil bas malam isnin, sampai di sana subuh selasa. Perjalanan semua mudah, alhamdulillah.

Sampai sahaja saya di sana, usai menunaikan solat subuh si dia dan ayahnya mengambil saya di stesen bas.

Pada mulanya, rasa berdebar-debar jua. Pertama kali berjumpa dengan keluarganya. Tapi, debaran tu hilang dengan layanan baik yang diberikan. Sifat ikram keluarga ini amat tinggi. Tetamu datang membawa rahmat dan berkat, moga ALLAH muliakan kalian sekeluarga.

Disana, saya dapat belajar dan mengenali budaya di tempat orang.
Belajar makanan di tempat orang dan mengenali si dia dan keluarganya dengan lebih baik lagi.
Saya dan si dia belajar di tempat yang berasingan, ketika kuliah masing-masing sibuk dengan kewajipan kendiri, jadi inilah sahaja peluang untuk berjumpa dan saya senang dengan cara ini.
Berjumpa di rumah keluarga dengan cara yang terkawal, mak ayahnya di depan mata boleh jumpa dan bertanya khabar. (nak kawan dengan anaknya, perlu la kenal mak ayahnya kan?hoho)

Cukup cerita gembira sampai situ.

.

.
(baca ganti nama 'saya' di bawah sebagai 'aku')

Beberapa malam kemudian, sewaktu di atas talian, saya melihat facebook(fb) si dia.

Saya lihat ada seorang sahabat lelakinya, mengomen (betul istilah ni?) secara berlebihan si dia.
Ah! cemburukah ini? Saya sebagai lelaki dapat rasakan cara lelaki ini meninggalkan komen bukanlah niat sebagai seorang sahabat, tapi nampak ingin lebih daripada seorang sahabat.(ayat direct nak tackle la)

Si dia pula, jenis ingin menjaga hati semua orang.

Setiap komen daripada lelaki ini disambut dan dilayan dengan baik sahaja daripada si dia sehingga dapat saya rasakan lelaki ini 'naik lemak' hinggakan terus menerus 'mengusha' si dia.

Hati saya rasa tercabar tercalar, panas dan...(sambung sendiri)

Saya cuba tenangkan diri, menarik nafas secara dalam dan berfikir apakah cara terbaik untuk saya hilangkan rasa kesakitan 'makan dalam' ini.

Lantas, setelah berfikir panjang saya Private Message(PM) lelaki ini;

Assalamualaikum dan Salam sejahtera bro.
Salam persahabatan dan selamat hari raya.

Wah3...nampak rancak betul mengayat **********(si dia)
Agak-agaklah bro, carilah bunga lain yang belum ada kumbang
Banyak lagi di luar sana.
Aku taknak cari gaduh, aku nak jadi member kau.

Salam hormat.


Kejamkah PM ini?

Seterusnya lelaki ini terus block profile saya tanpa reply PM, atau berkata apa-apa.

Saya jadi tak faham, dan pelik tentang lelaki ini.

Dan perkara ini menjadi punca hubungan saya dan si dia menjadi keruh sejak akhir-akhir ini.

Bukan saya meragui si dia, tapi saya rasa kurang selesa apabila lelaki ini berlebih-lebihan dan si dia pula menyambut baik segala komen si dia. Dah lah saya tak dapat lihat segala komen antara mereka berdua kerana dihidden selepas diblock. Rasanya jika kalian di tempat saya apa yang kalian rasa?

Cuba mendapatkan penjelasan daripada si dia.
Si dia hanya menyebut hubungan dengan lelaki itu sebagai kawan sahaja.

Ditanya perasaannya kepada saya

Apa yang awak rasa, itulah yang saya rasa.


Awak sayangkan saya?

Awak rasa?
Perasaan saya sama macam awk. Perlu bagitahu ke?

Awak rasa saya bersungguh-sungguh atau main-main dengan awak?
................


Pening mental saya.
Tolonglah, dalam keadaan genting macam ni, jawablah dengan serius.

.

Kepada lelaki itu, saya sedia jadi sahabat kamu.
Mengapa perlu block saya? Ada sesuatu yang perlu disembunyikan kah?

Kepada si dia, harap awak nilailah kesungguhan saya.
Berilah penjelasan sebaiknya yang boleh menyenangkan semula hati saya.
Saya tak marahkan awak pun, cuma berterus teranglah.
Saya percayakan awak. Moga semua baik-baik saja.
Saya penat untuk mengintai langit!

Apa yang saya faham tentang kasih sayang,
ia perlukan kesetiaan, ambil berat, dan kejujuran.

Luahan hati sudah tamat. Saya jua manusia.
Dalam menelan kemarahan, kadangkala tak semua mampu ditelan.

.


Ada nasihat dan komen membina?

Jul 5, 2010

Pelajar malas bawa buku teks.

Ini satu lagi masalah
bukan sebab pelajar itu bodoh atau pandai
tapi memang dah naluri liar mereka
memang malas nak menyusahkan diri mereka

bila ditanya mengapa?
buku teks berat
buku nota ringan
jadi, bawa buku nota sahajalah!

Kadang-kadang kita hairan
jika dulu, kita sanggup untuk bergolok gadai untuk
membeli buku teks
membeli baju sekolah yang cantik
menghormati guru
menghormati ibu bapa
tetapi kenapa pelajar sekarang ada sedikit yang berbeza?

adakah kerana pelajar sekarang pintar?
adakah kerana pelajar sekarang kurang ajar?
mungkin juga kerana mereka bijak
mungkin juga kerana mereka mengetahui
tentang banyak perkara
tahu tentang hak
tahu tentang undang-undang
tahu mereport ke mak bapak
tahu tulis surat ke perdana menteri
tahu menulis surat layang
tahu mereport ke media
sehinggakan tahu buat video panas??
tahu juga bergaduh kerana merebutkan seorang lelaki?
tahu juga menghisap dadah
tahu juga menghisap rokok
tahu lompat pagar sekolah
dan segalanya..

Ya. Pelajar memang mengetahui
tapi diorang tak tahu
diorang lupa..
Allah lagi maha mengetahui..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...