May 15, 2010

Aku dan emas

Baru pulang daripada Sesi Perkongsian Seminar Emas di HQ Public Gold di Sunway. Seminar kali ini disampaikan oleh Pokya iaitu salah seorang MasterAgen PublicGold.




.

.

Best.Seronok.Unik.Hebat.


Secara jujurnya, aku masih kehilangan motivasi dalaman.
Kehilangan motivasi diri. Semangat yang dulu sentiasa membara semasa aku buat MyMode, OneDropPerfume, Prepaid, CBC, dan pelbagai lagi perniagaan Trading mahupun Networking yang pernah aku buat.Inikah namanya burn out?

Kejatuhan yang lalu, belum aku dapat untuk bangkit sepenuhnya untuk berdiri dan kembali berlari.

Bertemu dengan 'orang-orang hebat' semoga aku dapat merasa dan 'menyedut' semangat-semangat semoga menjadi membara kembali.

.

.

Ok, berbalik kepada kisah emas tadi.
Bagaimana aku mula jatuh minat pada emas?
Seingat-ingat aku, dah lama aku mendengar tentang emas sebagai penyimpan nilai. Tapi, masih belum lagi jumpa tempat sesuai untuk dirujuk. Belajar sendiri dan membaca sendiri sahaja.
Hinggalah aku berjumpa sifu Pokli. Mula-mula kenal di alam maya je, kemudian mungkin atas dasar kepercayaan aku dijemput beraya ke rumahnya, beraya dan aku membeli dinar pertama.

Pokli ni, orangnya friendly. Suka berkongsi pengalaman. Sama macam aku, addicted dengan tulisan Robert Kiyosaki khususnya buku Rich Dad Poor Dad. Bezanya, ilmu aku hanya atas buku, dalam dada. Masih belum jumpa peluang dan ruang untuk diamalkan. Sengaja mengimbau perkenalan setahun yang lalu.

Sekarang, insyaALLAH aku mula memahami tentang konsep asas tentang emas ini. asasnya perlu difahami, emas adalah penyimpan nilai. Ia bukan pelaburan dan janganlah ada lagi yang terpengaruh dengan skim-skim pelaburan emas yang meragukan dan merugikan!

Lagi setahun setengah sebelum melangkah ke alam pekerjaan, kini mencedok ilmu sebanyak-banyak. Apabila fund ada sudah tahu ingin merancang dan mengurus dengan betul. Apabila 'turun' ke padang biarlah cukup kelengkapannya. InsyaALLAH:)




Pokli berkongsi tentang emas dan hartanah


menimbang emas

*maaf gambar kurang cantik, megapixel kecil, jadi apabila tarik besarkan gambar jadi pecah..gambar yang cantik sudah upload di facebook.

May 13, 2010

Apa itu Istidraj

Bismillah.
Entry ini ditulis bagi menjawab persoalan sahabat-sahabat yang pernah bertanya mengenai konsep dan maksud Istidraj kepada aku. Semoga bermanfaat dan jika ada kesilapan penjelasan daripada aku mohon dibetulkan di ruangan komen untuk aku perbetulkan.

.

.

Apa itu Istidraj?
Menurut kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi, istidraj membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya.

Bahasa mudahnya, Istidraj ialah diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran

Firman ALLAH;

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. [Al-A'raaf : 182]



Hadis Nabi;

“Apabila kamu melihat Allah memberi seorang hamba apa yang diinginkannya, padahal hamba itu selalu berbuat maksiat, maka sesungguhnya itu adalah istidraj dari Allah untuknya”. (HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab as-Syu’ab).



Hadis Nabi;

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Hadith riwayat Ahmad]

Dengan kata lain, apabila seseorang itu dikurniakan nikmat ia akan lupa kepada pemberi nikmat dan berterusan melakukan maksiat dan kejahatan. Nikmat-nikmat itu menyebabkan ia lupa dan menjadi semakin jauh daripada pemberi nikmat.

Setiap kali seseorang hamba itu membuat kemaksiatan, nikmat kepadanya masih tidak 'terputus' hingga menyangkakan perlakuannya itu adalah benar dan menolak untuk bertaubat mahupun memohon ampun atas kemaksiatan yang dilakukan.

Soal nikmat yang dikurniakan, banyak dan pelbagai. Sebagai contoh nikmat rezeki, umur, makanan + minuman dan nyawa juga adalah suatu nikmat pemberianNYA. Dan sememangnya suatu nikmat yang paling besar yang dinikmati dan sering dilupakan adalah nikmat IMAN dan ISLAM.

.

Contoh,

1.Firaun, dikurniakan kepadanya kerajaan dari timur hingga ke barat. Berasa kagum dengan kerajaannya, hingga sampai suatu masa menyuruh rakyat jelatanya menyembahnya dan memanggilnya tuhan. Mendakwa dirinya juga mampu menghidupkan dan mematikan. Dengan kerajaan yang besar menebabkannya takjub dengan diri sendiri. Rasa diri umpama tidak bertuhan dan mendakwa dirinya tuhan. Pengakhirannya, ditenggelamkan Laut Merah

2.Namrud, dengan kesombongannya mahu membakar Nabi Ibrahim. Sombong dengan Tuhan. Maka ALLAH utuskan seeokr nyamuk untuk mematikannya.

3.Qarun, daripada seorang yang miskin berjumpa Nabi dan minta didoakan supaya menjadi kaya. Doa nabi dimakbulkan, dan Qarun menjadi sangat kaya hinggakan dikatakan untuk membawa kunci gudang-gudang hartanya memerlukan 40ekor unta. Namun, apabila sampai perintah untuk menunaikan zakat Qarun engkar. Lupa daratan. Maka akhir riwayat dimatikan bersama-sama dengan harta-hartanya kedalam perut bumi.

* (boleh buat rujukan untuk semua kisah penuh diatas.)

.

Namun, jangan pula dikatakan kalau begitu keadaannya tak mahu pula menjadi kaya, tak mahu berharta..tak mahu..tak mahu...Bukan macam tu caranya.Silap! Kaya mahupun miskin, semuanya adalah ujian dan 'bahagian' masing-masing.

Selagi mana kekayaan itu boleh membawa dekat kepada kebajikan dan keredhaan, gunakan sebaiknya. Dan jika dengan kemiskinan itu membawa hati lebih tenang, mungkin itu yang terbaik. Berkat dengan banyak, cukup dengan sedikit.

Mari kita semua gunakan semua nikmat daripadaNYA dengan sebaik-baiknya. Moga dapat amal dan sampaikan, dan semoga kita semua termasuk dalam hamba-hambaNYA yang bersyukur!

Maka Nikmat apakah lagi yang ingin kau dustakan?!


May 9, 2010

Hadiah hari ibu

Selamat Hari Ibu.
Apa hadiah untuk ibu bagi tahun ini?

.

.

.


Alhamdulillah, pada hari ini diadakan Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Cemerlang SMA Kota Tinggi. Buat pengetahuan, aku dulu bersekolah di sekolah ini dari Tingkatan 1 hingga 4 dan selepas itu barulah aku menyambung di SMKA Bandar Penawar bagi Tingkatan 4 dan 5.

Hari Anugerah Cemerlang pada kali ini berbeza bagi keluarga aku. Adik ke-3 aku, Muhammad Zaki dan ke-4, Siti Zulaikha menerima Anugerah Pelajar Cemerlang bagi SPM dan PMR peringkat sekolah. Ayah dan Mak aku pula menerima anugerah Ibu dan Bapa cemerlang. Tahniah diucapkan.

Muhammad Zaki sekarang melanjutkan pelajaran di Maahad Johor, mengambil STAM. Siti Zulaikha pula masih bersekolah di SMA Kota Tinggi. Semoga meniti kecemerlangan lagi untuk SMA bagi tahun ini dan SPM bagi tahun hadapan pula, insyaALLAH.

.

.

Gambar berupaya menceritakan semuanya kan.


SMA Kota Tinggi. Oh, sekolahku.



Selamat meniti kecemerlangan seterusnya.



Zaki sedang menerima anugerah.



Ayah turut menerima anugerah. Tahniah!



Ayah, Siti, Ibu, Zaki



Ayah dan Ibu


Mudah-mudahan, dengan sedikit kecemerlangan ini mampu menyejukkan hati ibu, Kami semua sayang ibu!

*err..kata-kata 'hikmat' dari ibu, abang bila pula nak naik pentas lagi??Dulu dah puas naik pentas sekarang dah tak mau lagi?huuu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...