Jan 20, 2011

Aku dan Kamu

Kredit buat saudara Hilal Asyraf daripada Langit Ilahi.



Aku dan Kamu


aku adalah aku,

sebagaimana kamu adalah kamu,

hairan apabila kamu memarahiku saat aku mempertahankan diri,

tetapi aku adalah yang tidak punya hati perut apabila mempersoalkan hujahmu.


aku adalah aku,

sebagaimana kamu adalah kamu,

pelik apabila kamu sering mengungkit dosa-dosaku yang telah pergi,

tetapi aku adalah melampau apabila tidak melihat kebaikanmu hari ini


aku adalah aku,

sebagaimana kamu adalah kamu,

ajaib apabila kamu sering mengumpatku di belakang,

tetapi aku adalah penjahat apabila menegurmu terang-terang


aku adalah aku,

sebagaimana kamu adalah kamu,

janggal apabila kamu memanggilku tidak beradab mulia,

tetapi aku adalah si ‘nak tunjuk baik’ apabila menghulurkan perdamaian antara kita


aku adalah aku,

sebagaimana kamu adalah kamu,

tidakkah sepatutnya kamu menyelamiku,

sebagaimana aku perlu menyelamimu?



P/s: Kata saling melengkapi?

Jan 19, 2011

Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011

Kak Anastasyea ni memang rajin orangnya. Kalau saya online je, pasti ada sahaja post-post terbaru daripada dia. Jarang blognya tidak diupdate. Tambah-tambah lagi kalau ada berita-berita sensasi.. cepat je dia update.. memang betul-beryl rajin lah! :)

Baru-baru ni, dia ada buka peluang untuk sesiapa yang teringin nak letakkan link blog di bloglist blog Anastasyea. Saya berminat.. Syarat-syaratnya pun tak susah.. jadi, sesapa yang minat nak sertai, boleh la ikut step di bawah ni ye..




Pertama... Buat satu post pasal segmen ini dengan tajuk 'Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011' Kemudian masukkan gambar header kat atas tu supaya blogger yang belum mengenali saya .. boleh kenal. Bak kata peribahasa .. tak kenal maka tak cinta! ..

*baik!..:)

kedua .. Create satu link ke blog ini. Bukan dua dan tiga .. hanya satu sahaja. Tapi kalau rerajin nak letak sepuluh pun .. saya tak kisah. Lagi suke ada la!

*baik!..:)


Ketiga .. Pastikan anda meletak link blog ini diexchange link ataupun bloglist blog anda. Nanti kalau saya datang check dan link tersebut tak ada .. maka secara automatik .. penyertaan anda digugurkan!

*sudah dimasukkan di bahagian bloglist di tepi sebelah kanan bawah..:)


Segmen ini anya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Jadi kalau nak join and get some traffic from here .. saya mengalu²kan anda untuk join. Tapi kena ingat .. blog saya nie tak lah banyak trafik macam blog famous yang lain. Jadi ..jangan mengharap sangat k!



Sumber Rujukkan: Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011 | ANaSTaSyeA : Kisah Disebalik Kanta Coklat


P/s: Bloglist ini menurut Anastasyea adalah untuk bulan Februari sahaja. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 januari 2011 pada jam 12.00PM. Jom sertai! ^^,

Masalah Penempatan Pelajar IPG hampir Selesai

Alhamdulillah, debaran mengenai isu penempatan pelajar PISMP keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) hampir selesai. Menurut akhbar Mstar, kemungkinan besar graduan-graduan ini akan mula ditempatkan dan mula bertugas selepas cuti raya cina ini. Dan harapannya, moga urusan MQA berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Keratan berita,

Dr Wee announced that the Bachelor of Teaching Degree Programme is expected to be accredited by the Malaysian Qualifications Agency on Jan 24, enabling more than 2,000 teachers from the programme to start work after the Chinese New Year school holidays.

“The teachers will be posted to schools as trained temporary teachers by Feb 7,” he said.


Terjemahan Bahasa Melayu

Dr Wee mengumumkan bahawa graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruanakan dijangka diakreditasi oleh Badan Kelayakan Malaysia pada 24 Jan, membolehkan lebih daripada 2,000 guru dari program untuk mula bekerja selepas cuti Tahun Baru Cina di sekolah.


"Para guru akan dihantar ke sekolah sebagai guru sementara terlatih pada 7 Februari," katanya.


P/s: Moga jangkaan itu tepat. Namun, saya berasa agak pelik kerana mereka dihantar ke sekolah sebagai guru sementara terlatih, mungkin selepas mereka menduduki KISSM barulah status mereka bertukar menjadi guru tetap. Sama-sama kita doakan yang terbaik dan bersangka baik kepada pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) moga dipermudahkan semua.

P/s: Saya teringin ingin posting di Sabah. Mahu melihat tempat orang dan mengumpul sebanyak mungkin pengalaman.


Usah risau sahabatku, Terima kasih

Ini masa sukar kami..
Tidak, kamu belum sedar lagi ni..
Dia memang selalu macam tu, buat benda ikut hati..
Dia dah yakin, kamu sahaja yang masih 'disitu'..
Kami keliru..
Tak, dia yakin.. kamu sahaja yang keliru..
Cukup dulu.. Cukup.. Saya tak mampu fikir lagi..saya dah makin okey ni..Usah risau sangat lah..

Terima kasih buat yang sentiasa bertanya khabar. Sentiasa memberi sokongan. Yang sentiasa mahu membantu. Moga yang terbaik sentiasa buat kamu.


---

Hadis Qudsi,

Apabila seseorang itu ditimpa musibah, ini bermakna Allah mahu mengangkat darjatnya supaya sentiasa mengingatiNYA.


P/s: Apabila kita meminta sesuatu hajat itu dan Allah terus menunaikannya maka bersyukurlah kepada-NYA. Namun, apabila permintaan dan hajat itu tidak ditunaikan ketahuilah Allah telah merancang yang lebih baik buat kamu. Hakikat harap dan tawakal adalah doa disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh.




Jan 17, 2011

Betul atau Salah.. Kita tetap KAWAN

Pagi tadi saya tidak dapat hadir ke kuliah.. Cuti dan berehat sahaja di rumah sewa.



Pagi ni badan panas sangat-sangat, Kepala pening berpusing-pusing, dengan hidung sumbat.. Ah.. sakit ke ni?

Yang paling tak tahan..kepala rasa pening.. untuk rekod, saya memang penghidap migrain.. tapi, tu 4 5 tahun yang lepas.. masa zaman persekolahan.. saya tak boleh berada dalam keadaan yang terlampau tertekan dan marah.. ohh.. saya dulu sewaktu zaman sekolah memang seorang yang agak 'berangin'.. tapi, ada suatu peristiwa yang buat saya berubah dan tak nak jadi seorang yang pemarah.. Peristiwa apa? Saya masih belum sedia nak ceritakan disini.. Mungkin di lain kali.. Yelah, buat apa nak jadi seorang yang suka marah-marah kan? Hidup ni lebih indah dan sentosa kalau masing-masing sentiasa bertolak ansur. Nak salah faham, gaduh-gaduh bukan tak boleh.. Ianya lumrah lah kan.. Kita manusia, penuh dengan segala kekurangan, tiada yang sempurna.. Cuma kalau boleh biarlah segalanya berakhir dengan baik.. Kan lebih cun dan cantik kalau macam tu. Betul?

Orang yang bersalah itu tidak semestinya salah selama lamanya...... dan orang yang betul itu tidak semestinya sentiasa betul ...... kesalahan boleh dan perlu dibetulkan..... kebetulan itu tak sama dengan kebenaran... oleh itu jangan jadi orang yang PERASAN betul, dan menganggap orang lain tak betul...Yakin lah dengan kebenaran.

Saya nak dapatkan semula diri saya yang sebelum ini.. Nak jadi Syuk yang biasa.. Yang cool (err..ke macho?hee~).. yang gigih, tabah, dan sabar hadapi apa-apa ujian dan dugaan yang tak jemu datang.. Saya akui 2 3 menjak ni mood saya macam tak berapa betul, rasa murung.. kepala rasa serabut, hati rasa pedih dan sakit.. apabila dikenang-kenang semula.. sebelum ni pernah jua rasa stress, lose tapi still in control.. namun, kali ni saya tewas dengan emosi sendiri.. Perkara yang tidak sepatutnya terjadi.. Moga saya tidak lelah mencari hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.. Pastinya, ada ibrah dari Allah yang mahu berikan 'sesuatu' buat kita sebagai menguji ketaatan kepada-Nya.

Permusuhan, bertikam lidah dan pergaduhan tidak menguntungkan sesiapa. Apatah lagi, jikalau punca kepada kejadian tersebut adalah kerana salah faham. Yang bengkok kita sama-sama tegakkan, yang kusut kita sama-sama rungkaikan, yang kabur kita sama-sama jelaskan.

P/s: Alhamdulillah, nasiblah sahabat sekelas yang lain memahami.. Kuliah hari ni pun tutorial Bimbingan dan Kaunseling je.. Tugasan lain sume dah disiapkan.. cuma sesi pemurnian sahaja yang perlu dibuat.. Kalau ada kuliah Bahasa Arab pening juga nak kejar semula apa yang tertinggal..

P/s: Apabila berbaik semula, perkara 'gaduh-gaduh', salah sangka, dan salah faham ini memang manis untuk dikenang.. Dan proses 'kematangan' ini memang best untuk dinikmati.. Yang penting jangan sesekali give-up, penat, mahupun lelah untuk terus berdiri dengan teguh.

Jan 16, 2011

60 Ribu rakyat Malaysia mempunya PhD menjelang 2023


DUNIA pendidikan baru kini melangkah era lebih mencabar apabila institusi pendidikan tinggi (IPT) negara menyasarkan matlamat melahirkan 60,000 rakyat Malaysia berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2023.

Sasaran itu bukan saja menjadikan institusi pengajian tinggi gedung ilmu terulung malah memartabatkan dunia pendidikan negara ke peringkat global.


Bagaimanapun, mampukah matlamat itu dicapai atau adakah ia sekadar perancangan drastik bagi mencapai matlamat menjadi negara maju menjelang 2020? Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Ramlee Mustapha, berkata sasaran itu perlu dilihat dalam konteks positif bagi memberi keyakinan melaksanakannya.


Beliau berkata, elak daripada bersikap rendah diri atau kurang yakin kerana ia boleh membantut usaha membantu masyarakat menerima konsep pembaharuan dunia pendidikan.


"Masyarakat perlu akur, sistem pendidikan negara hari ini semakin kompleks dan memerlukan suntikan elemen baru bagi bersaing dengan institusi luar negara.


"Transformasi yang dilaksanakan menunjukkan kita bersedia meneroka dunia baru. Ia dibuat bukan sekadar suka-suka tapi selepas meneliti keperluan, kemampuan serta kehendak dunia pendidikan negara pada masa depan.

"Beri kepercayaan penuh kepada universiti dan kerajaan melaksanakan tanggungjawab itu. Ia bukan mudah tetapi tidak mustahil asalkan ada sokongan rakyat dan perancangan yang baik," katanya.

Sumber: HarianMetro


P/s: Saya sendiri sedang menyiapkan proposal untuk Kajian Tindakan saya bagi menyudahkan pengajian Ijazah saya. Belajar sehingga PhD? InsyaAllah.. semoga terus diberi kekuatan mental dan fizikal untuk ke arah itu.

P/s: Belajarlah daripada sesiapa sahaja hatta daripada musuhmu sendiri!

Perlu marah apabila sentiasa berselisih faham?



"Manusia ni kebiasaannya akan rasa tercabar apabila haknya diambil tanpa rela."


"Dan lebih-lebih lagi rasa tercabar apabila rasa dirinya umpama tidak dihargai"..

Pagi tadi saya menonton siaran TV9 slot Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Amin. Tajuknya ialah berkaitan hubungan lelaki dan perempuan.. jua lebih tepat lagi mengenai mengenai hubungan suami dan isteri.

Banyak sangat manfaat yang saya dapat. Terdapat jawapan dalam pelbagai perkara yang menyerabutkan saya akibat perbezaan personaliti antara saya dengan si dia. Hikmah, ilham dan petunjuk daripada DIA? Mungkin. Kita hamba, tak lari daripada sentiasa diuji. Yang paling penting, jangan sesekali pernah berputus asa.

Antara susunan perkataan yang paling saya ingat ialah,

Apabila kamu ada berselisih faham tentang sesuatu hal.. Maka kembalilah pada Allah


Apakah maksud kembali pada Allah?

Perbetulkanlah kembali hubungan kita dengan-Nya. Moga-moga hubungan kita sesama manusia akan dipermudahkan oleh-Nya.

Akibat salah faham.. tuduh menuduh, perli memerli adalah tindakan yang dibuat akibat rasa sakit hati yang tidak diubati. Berasa puas dengan perlakuan itu? Tidak. Pastinya tidak sama sekali. Jika ada kepuasan pun dengan tindakan itu, ia bersifat sementara.. kerana perlakuan-perlakuan itu dibuat hanya kerana ingin memuaskan nafsu amarah. Nafsu amarah datangnya daripada syaitan. Dan pastinya, syaitan akan bergembira apabila melihat apabila 2 insan yang dulu berbaik kini bergaduh saling mengata antara satu sama lain.


Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, Maka cacilah diriMu sendiri kerana celamu lebih banyak lagi darinya.. - Wasiat Umar Al-Khattab


Lantaran itu bagaimanakan caranya ingin memperbetulkan keadaan itu?
Bagaimana pula, jikalau kita sendiri tidak berpeluang untuk memperbetulkan semula salah faham tersebut? Apabila..segala saluran yang ada sebelum ini disekat, dia tak dapat dihubungi.. tampak sudah tekad ingin meninggalkan pergi.. turut bersama meninggalkan pergi adalah tindakan paling tepat?

Tidak. Selagi hati ini belum memperbetulkan perkara yang menjadi punca utama kekecohan. Berasa sangat zalim pada diri sendiri jika tidak berpeluang memberitahu semua hal sebenar yang menjadi punca utama kepada segala kekusutan dan kekecohan.

Selepas itu? Terpulanglah pada dia untuk menilai mana yang betul, mana yang benar. Mana yang salah, mana yang silap. Saya sudah habiskan bahagian saya, terpulang pula di bahagian kamu untuk menilai. Dalam hati ada rasa mengharap, namun sebesar pengharapan digantung hanya pada-Nya.



P/s: Nasihat dan kata-kata yang datang dari hati, tempat jatuhnya adalah hati. Kata-kata.. amarah yang datang daripada nafsu, tempat jatuhnya nafsu jua..

P/s: Orang yang marah kata-katanya tidak perlu diambil hati. Apabila orang marah-marah, senyumlah.. rasional bila dimarah.. apabila yang dimarah pun turut emosional.. maka, tiada mana-mana pihak pun yang akan untung..




HARGA flet adalah RM200 000 menjelang 2015?

RM200,000! Itulah unjuran harga jualan semula sebuah rumah flet kos rendah di bandar utama negara ini di pasaran terbuka, dalam tempoh sekurang-kurangnya empat tahun lagi.

Anggaran kenaikan harga sehingga 400 peratus berbanding hanya di bawah RM50,000 sekarang adalah berasas jika mengambil kira harga jualan semula dan nilai hartanah semasa.

Berdasarkan laporan, unit baru rumah dan jualan semula hartanah di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu, flet adalah kategori kediaman yang mendapat permintaan tinggi dengan peningkatan jualan sebanyak 50.4 peratus berbanding 2009.
Jualan flet baru di pasaran terbuka berharga RM50,000 hingga RM150,000 berada di tangga kedua selepas kondominium dan apartmen berharga RM50,000 hingga lebih RM1 juta, tetapi jumlah itu tidak termasuk rumah dijual semula.



P/s: Memikirkan bagaimana nasib orang-orang yang kurang berkemampuan? Saya lebih selesa tinggal di landed house dan di kawasan desa daripada di kawasan bandar.

P/s: Sudah mula berfikir hendak tinggal di mana apabila mula bekerja kelak (insyaAllah), enggang terbang sama enggang lah kan dalam merancang dan menguruskan kewangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...