May 16, 2009

Negaraku

Setelah 51 tahun mencapai kemerdekaan
Setelah lebih empat dekat kita memerintah
Merancang dan melaksanakan perubahan
Mengapa katanya melayu masih ketinggalan?
Menjadi 'penumpang' dengan gelaran ketuanan
Menjadi 'pengemis' dalam watan yang kaya-raya
Menjadi 'miskin' di kepuk hasil bumi sendiri
Menjadi 'melukut' dalam gantang peribumi
Ah, melayukah melayu ini?
Yang melarat di pertiwi sendiri?



Tahap ekonomi masih jauh dari sasaran DEB
Takah 30% kabur, langkah mencapainya sering terbentur
Usahawan kecil lemas dalam bantuan
Korporat 'instant' tenggelam dalam pinjaman
Lahir segelintir elit bumiputera yang lupa jati diri
Kaya-raya oleh label bumiputera, tapi sudahnya melupakan bangsa
Lahir pula usaha marhein yang miskin
Walau ilmu ditabur modal dihulur, tapi bisnes tak 'betul-betul'
'berniaga buluh kasap'
Bankrap terlalu kerap-itu bukan lagi sesuatu yang hina
Tapi satu strategi penuh rencana


Dasar Pelajaran Kebangsaan masih lagi impian
Apabila pelajar melayu masih terus ketinggalan
Di IPTA atau IPTS-dari segi kuantiti atau kualiti
Bilangan mahupun kelulusan, siswazah melayu masih di pinggiran
Soal kuota tak terisi atau kantung ibu bapa yang tak berisi?
Bahana idealisme atau bahang hedonisme?
Kata seorang pengkaji melayu gara-gara makanan melayu tak bergizi
Kata media melayu itu angkara sifat yang terlalu dimanjakan
Kata pemimpin itu akibat malas, lembab dan tak mahu bersaing
Ah, ketika ini teringat pula lagu lama-lagu melayu
'Bangau, oh! Bangau..'
Apabila semua pihak saling menuding jari
Demi menyelamatkan maruah diri



Jenguk-jenguklah pula ke pusat serenti
Tanyakan apa 'khabar' orang di sana
Atau singgah sahaja di lorong sempit di belakang Chow Kit
Sapalah remaja harapan bangsa yang telah menjadi mangsa
Jangan bicara soal patriotisme
'Perut'isme pun mereka sudah lupa
Bukan beratus, bukan ribu, tetapi ratus ribu
Itu belum dikira bohjan dan bohsia
Belum dicampur penjenayah juvana
Perogol,liwat dan penzina
Judi, arak, mencuri, merompak
Ah, tidak perlu data statistik dan angka-angka komputer
Cukup sahaja dengan mata-mata dan telinga
Untuk memastikan siapakah mereka?
Ya, siapa lagi...Melayulah jua



Lebih kronik konflik politik
Antara parti dengan parti
Dan sesama sendiri dalam satu parti
Sama-sama nekad, sama-sama dasyat
Musim pilihan raya-ajak kawan lawan parti lawan
Musim pemilihan- ajak kawan makan kawan
Riuh sejak sekian lama tentang politik wang
Heboh sampai sekarang tak hilang-hilang
Bergaduh soal nyamuk membakar kelambu
Bertikai soal 'cara' menghalalkan 'hala'
Terlupa niat adat dan tatasusila bangsa
Terpinggir prinsip akhlak dan hukum agama
Kuasa jadi komuditi yang menjanjikan laba
Bukan lagi amanah yang berisikokan dosa
Ah, semakin ramai Melayu yang ingin memimpin
Sedangkan ada yang tak layak..walaupun sekadar untuk dipimpin
Tak mahu jadi gerabak, bertolak-tolak nak jadi kepala
Akhirnya 'kereta api' bangsa terhenti..
Perjalanan bangsa pun tergendala!




2.
Kembalilah ke sejarah, belajarlah daripada Rasulullah
Begaimana Baginda membina satu bangsa bermaruah
Sedangkan awalnya terkenal barbar dan jahiliah
Lihat apa yang disuburkannya di peringkat Makkah
Lihat apa yang digemburkannya di peringkat Madaniah
Bukankah apa yang dihadapinya penuh dengan persamaan
Dengan nasib kita yang sering ditimpa kehinaan
Justeru Arab jahiliah itu cermin sejarah
Bagi setiap bangsa yang bermasalah...
Belajarlah daripada jahiliah.



Politiknya kacau bilau-perang saudara tak pernah aman
Antara kabilah, bani dan suku sentiasa bercakaran
Sebab yang sedikit, perangnya berkait-kait
Ekonominya tenat-monopoli Yahudi mencengkam nadi
Telaga, pasar dan kebun dimonopoli
Terpaksa menjadi 'hamba' di bumi sendiri
Sosialnya parah-zina,arak, tenung nasib, bunuh bayi
Bangsa hilang maruah, umat hilang arah
Rom dan Parsi pun tak sudi menjajah!
Itulah gambaran bangsa yang sangat tenat
Gersang, kontang, lemah, kalah
Menunggu saat untuk dicampakkan ke longkang sejarah.




Tiba-tiba datang Rasulullah membedah masalah
'First thing firsr'-operasinya di dalam diri, diselesaikannya 'soal hati'
Disingkirkan syirik dicantasnya berhala materialistik
Lalu diperkenalkan Allah-agar cinta dan takut hanya pada-NYA
Dikenalkan akhirat-agar ghairah syurga dan gundah neraka
Lihat alam, lihat semesta...bukti kewujudan-NYA
Jangan nafika penciptaan kedua(akhirat)
Ketika penciptaan pertama ( dunia) sudah di depan mata!



Walaupun ekonomi, politik, sosial jahiliah menghadapi masalah
Tetapi Rasulullah mendahulukan akidah
Diperhebatkan dakwah, dipertingkatkan tarbiah
Disemai iman, dituainya persaudaraan
Justeru ekonomi sakit, sebab iman sedikit
Justeru politik tersasar apabila ukhuwah melonggar
Justeru sosial hancur akibat iman dan ukhwah meluntur
Bukan menafikan keperluan ilmu, kepakaran teknologi
Tapi jangan sesekali diremehkan soal hati
Kerna ini bukan hanya soal pengetahuan
Tapi sebenarnya soal kemahuan
Bukan masalah kurang harta tapi masalah 'miskin' jiwa
Bukan kekuatan luaran tetapi kekuatab dalaman
Kerana bangsa tanpa kekuatan iman..
Bagai kapal hilang pedoman.




Indahnya bila iman menjadi teras kepakaran dan pengetahuan
Gagahnya bila iman menjadi asas pembangunan dan kemajuan
Itulah langkah susulan selepas iman di Makkah
Rasul membina ekonomi, sosial dan siasah...
Dengan roh iman di Madinah
Bukan seperti Arab Jahiliah...
Yang memisahkan kehidupan daripada akidah
Belajar daripada sejarah menangnya Rasulullah
Belajarlah daripada sejarah kalahnya Arab Jahiliah!





Nukilan:
Pahrol Mohamad Juoi
Petikan buku
Dilema Melayu-Islam, Kurang fikir atau kurang zikir?
Telaga Biru Sdn Bhd
September 2008







Kisah bapa dan anak

Satu kisah utk renungan....
Kisah ini tak ada kena mengena dgn yg hidup atau mati
Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak
lelakinya
yg berusia 7 tahun dimuka pintu.
Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: "Ya...nak tanya apa?"
Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?"
Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula
menengking.
Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat
sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.
Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"
Anak: "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian
memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Ayah....boleh tak Amin nak pinjam 10
ringgit dari ayah?".
Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit?
nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat
bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah
lewat dah ni..."
Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali
ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa
anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam
kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya
benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak
pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan
membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kalau kamu betul-betul
perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih
banyak ayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah
bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit
lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat
duit dibawah bantal itu?" jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin
kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10
ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si
anak perlahan.
"Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah. "Ayah, sekarang Amin
sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa
ayah.Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama
ayah.jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...