Apr 17, 2010

Mengenai Tahajud

Bismillah,
Tatkala sedang berjalan-jalan di 'alam maya' tadi aku terjumpa mengenai ini.

Harap boleh berkongsi bersama.

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan


YaAllah…ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu…

Dan bila kali terakhir kita solat tahajud dan mengadu dengan keluh kesah kepadaNYA?



Balik lagi.

Malam sudah larut, mata belum mahu ditutup.

Perjalanan 5.30 petang tadi dari Seremban-JB dengan bas Plusliner tidaklah memenatkan.

Perjalanan dengan kerehatan.

Sampai di JB, kira-kira jam 9malam tadi. Dijemput seorang member kamcing. Teman borak waktu susah dan senang.

.

.

.
Minggu lepas kan dah balik, mengapa minggu ni kau balik lagi?


Soalan itu ditanya oeh seorang sahabat kepada aku.
Yup, benar. Aku dah balik minggu lepas, atas alasan kerinduan pada rumah. Kali terakhir balik pada cuti Raya Cina lepas tak silap aku.

Balik kali ni, untuk ketenangan. Aku rasa puas berehat di rumah sendiri. Rasa tenang.

Balik 2 kali dalam 2 minggu. Dengan menaiki bas pula tu. lama dah tak buat. Selalu rider dengan kenderaan kesayangan sahaja.

Rasanya, aku ingin 'lari' seketika dari segala kekusutan yang buat aku rasa sesak, penat.
Lepas ni ingin merangka strategi seterusnya. Untuk pelajaran, untuk diri sendiri, untuk keluarga.

Semoga dengan tenang, pemikiran 'out of the box' dapat dirungkaikan.

Mudah-mudahan. InsyaALLAH.



Apr 15, 2010

Hari-hari terakhir SK Kajang Utama?

Menuju hari-hari terakhir di SK Kajang Utama membuat aku berfikir adakah ini pengalaman biasa bagi guru pelatih?

Mendaftar diri-->praktikum-->habis praktikum-->murid kesedihan.

.

.

Rasanya bukan semua macam ni kan?

Benarkah murid sedih ditinggalkan guru pelatih?
Guru pelatih belum terlatih sepenuhnya. Pengajian belum habis, ijazah pun masih belum dalam genggaman.

Ustaz dah tak ajar kami lagi ke lepas ni? Alar... tak best la macam ni...


Mengapa pula kamu berkata macam tu?

Belajar dengan ustaz best..Ustaz tak garang..Ustaz baik..Ustaz macam abang saya..


Benarkan situasi ini?
atau hanya mainan kata-kata mengambil hati bagi anak murid buat gurunya.
Erm, terlampau pesimiskah aku?

.

.

.


Membanding beza antara guru terlatih dan guru pelatih pastinya perbandingan yang kurang adil. Bukan sikap pengajar sepatutnya dijadikan cermin oleh murid, namun pengajaran yang berkesan sepatutnya diambil perhatian.

Banyak lagi yang perlu dipelajari. Semester 5 ini praktikum 1bulan, menyusul di semester 6 nanti 2 bulan, dan semester 7 kelak 3 bulan. Muntah dengan praktikum lah nampaknya lepas ni.

Serius. Apabila kelak berpraktikum, perhatian 100% diberikan. Kepenatan bukan pada fizikal sebenarnya, namun pada mental dan akal fikiran. Aku minat mengajar namun rasa 'penat' membuat Rancangan Pengajaran Harian. Klise. Aku rasa 90% guru pelatih setuju dengan aku. Takpe, nanti dah jadi guru sebenar akan disibukkan dengan pengurusan dan pengkeranian dah tak rasa berat pun pasal RPH. Menurut pemerhatian dan pendapat peribadi sahajalah. Kebenaran belum tahu lagi selagi belum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

.

.

.

Minggu ni, aku bercerita mengenai kisah perlumbaan Sang Arnab dan Kura-kura. Ada hikmah dan pengajaran besar disebalik cerita tersebut dalam dunia pendidikan dan diri murid. InsyaALLAH di lain masa aku bercerita pula pada kalian yer... Aku hutang kalian 1entry.:)

Jumpa lain kali ada rezeki. Assalamualaikum.

Apr 12, 2010

Luahan KATA lama TERPENDAM!

Bismillah,
Aku mula tarik nafas dalam-dalam, dengan harapan penulisan ini dibuat dengan tenang, rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi yang kacau.

Entry ini adalah berkenaan Ceramic Business Focus Bhd.

Rasa muak, penat dengan soalan-soalan, sms, call yang bertanyakan soalan yang sama. Aku cuba jawab dan rungkaikan dengan cara yang terbaik.

.

.

.

1.

Apa perkembangan terbaru ceramic ni??

Saya bukan company, saya pun member macam tuan/puan juga. Apa yang company sampaikan, itu yang saya sampaikan. Kalau company 'tipu', maka tipulah juga saya. Setakat yang saya tahu setakat ini, company masih wujud, HQ masih lagi di Excella Business Park, Ampang dan masih dibuka macam biasa. Sekarang ni Asia Ceramic dikhabarkan dah diambil alih oleh Asia World Capital Holding Sdn Bhd. Company nak jalankan plan evo dulu, daripada pemerhatian dan pendapat peribadi saya company nak jalankan plan evo dulu buat masa ni.


2.

Boleh 'jalan' lagi ke company ni?

Sila ke HQ sendiri untuk jawapan ini. Saya tak berani mau komen lebih-lebih.


3.

Betul ke ada funder untuk company?

Ya, saya dikhabarkan macam tu lah. Awal bulan 4 tempoh ari, company ke Taiwan untuk pembelian produk-produk EVO dan produk 900 (produk pack) tu. Daripada duit funder tu lah.


4.

Bila withdraw dan syer nak masuk?

Saya dah ajukan soalan ni kepada Ceo Dr Ahmad Makmor, dan kepada upline evo saya. Jawapan yang diberikan, sekarang ni duit funder digunakan untuk pembelian barangan evo terlebih dulu. Roll duit tu, dapatkan profit, kemudian pembayaran withdraw dan syer akan diuruskan. Company akan bayar, cuma masanya saya sendiri tak tahu jawapannya.

5.

Apa perlu saya buat sekarang?

Pandangan peribadi saya, untuk survive buat masa sekarang ni. Jika rasa boleh ikut rentak company, ikutlah. Tapi kalau rasa tak sanggup, boleh la layan bisnes lain dulu. Saya akui, ramai leader-leader lain semua dah mula melangkah ke bisnes lain. Saya sendiri setup DrDetox untuk mula survive semula. Cuma nasihat saya, banyak-banyak la muhasabah diri, mungkin ini semua ujian buat kita. ALLAH tu Adil, tak kan diuji ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-hambanya.


6.(soalan dan jawapan tambahan special untuk group aku!)

Syuk, bila nak bayar duit saya! Kenapa tak reply sms??!


Erm, ni soalan dan jawapan peribadi untuk sesapa yang bertanya dan tak henti-henti mendesak aku. Sedar tak sedar, dah 10bulan aku bertahan menjawab soalan bertubi-tubi dari korang dan disini baru aku nak menjawab. Aku nak nyatakan kat sini, aku sendiri kecewa, sangat kecewa dengan semua yang berlaku tapi dengan semangat yang ada aku cuba untuk 'berdiri semula'. Mengapa aku tak reply sms?lambat reply?Kalian sms dengan nada macam mane?Aku manusia, kadang-kadang aku pun ada perasaan marah walau setenang macam ne pun aku pun kekadang tak mampu nak kawal emosi sendiri. Marah vs marah, api vs api. Ada penyelesaian. Ada bezanya samada aku reply atau tidak jika jawapan untuk persoalan tu sememangnya bukan kat dalam tangan aku untuk menjawab?

Pasal payment pembayaran duit korang semua tu. Kalau korang sedar, lepas je cbc kene raid dengan BNM aku terus je beli ev kalian. Betul? Sampai habis terus saving aku. Aku ingatkan, lepas tu korang akan memahami, rupanya tak. Sekarang ni, kawan jadi lawan. Kawan yang boleh dulu minum semeja, sekarang tengok muka pun tak mahu. Sedih sangat kekadang aku rasa, tapi aku sendiri rasa bersalah dan apa yang aku boleh buat?! Padahal dulu, masa 'zaman kemewahan', cbc ni dululah yang dipuji-puji dilambung bagai nak rak(haha..). Padahal, dulu dah kutip profit 'gila-gila', tukar laptop, tukar hp memang perasan mewah betul lah! Sekarang ni, promote bisnes lain+bandingkan+burukkan cbc.Entahlah, manusia kadang-kadang memang susah nak faham pun.

Dan, setelah aku berfikir dalam-dalam. Sedar tak sedar, aku dah habiskan berpuluh-puluh ribu untuk cuba puaskan hati korang. Beli ev korang. Tapi hakikatnya korang tetap busukkan nama aku. Takde terima kasih. Namaku terus 'dibusuk-busukkan'. Cukuplah, penat dah weii. Padahal, selepas je raid BNM, aku langsung takde kutip pape profit, new signup pun cairkan ev downline. Downline jugak yang dapat cash, aku dapat asap?hehe. Rasanya, kalau aku terus cairkan ev kalian, beli ev kalian umpama menzalimi diri sendiri. Haramkan menzalimi diri sendiri?

Rujuklah terus pada HQ. Jujurnya, aku penat menjawab. Untuk jawapan yang lebih detail rujuklah HQ. Aku memang dah takkan bayar lagi sesiapa lagi. Aku bagitau terus terang, last saving aku dah digunakan untuk setup DrDetox. Takde saving dah. Duit nak gunakan untuk cashflow company je sekarang ni.


Pandangan peribadi aku keseluruhannya.

Aku harap semua boleh terima jawapan ni. Sabar je lah. Rezeki ada kat mana-mana. CBF boleh bangkit kembali mungkin tapi mengambil masa lah. Pada CBC, ianya memang lagenda dalam industri networking. Mungkin akan muncul gelombang kedua dengan CBF? Wallahualam.

Pada yang dah running bisnes lain tu, jagalah kewangan. Menyimpan. Walaupun aku kecewa dengan situasi sekarangn tapi selepas kejatuhan cbc lah aku rasa betul-betul dapat aplikasi dan memahami ilmu-ilmu kewangan yang hanya menjadi teori buat aku sebelum ni. Selepas kejatuhan cbc lah baru aku kenal apa itu emas, apa itu OD. Alhamdulillah, masih belum terlambat sebenarnya. Aku bangga dengan kawan-kawan yang dapat memahami hakikat bisnes, yang dah bangkit dengan bermacam-macam bisnes lain. Tahniah aku ucapkan!

Salam hormat buat semua. Aku memang tak pandai menulis, mengarut je lebih.:)

Ada tambahan soalan? boleh la tambah di ruangan komen.

Lagi-lagi buang bayi...




Mayat mangsa dibungkus dengan surat khabar ditemui kakitangan MDHS


KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.

“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.

Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan.

“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.

"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.

Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis.

Berita tamat.

.

.

.



Akhir-akhir ni nampaknya makin menjadi-jadi kes seumpama ni. Sudah hilang perikemanusiaan dan rasa bertuhankah dalam diri umat ini?

Ini baru berita yang dapat dirungkaikan di media massa. Yang berada di belakang tabir? Yang tak sempat masuk akhbar? Yang tak sempat nak masuk dalam senarai catatan? Aku percaya, banyak lagi kes-kes sebegini di luar sana.

.

.

Imbas kembali.

Saya dah hilang keyakinan diri, saya tak tahu lagi nak buat macam mane dah. Alangkah seronoknya kalaulah ada mana-mana ustaz yang boleh bagi kata-kata semangat buat saya. Yang dapat bagi kata perangsang nasihat berharga buat saya.



Ah! kenapa pula ni, sahabat aku seorang ni nampak benar-benar ada masalah besar?

.

Sambung cerita.

Rin(bukan nama sebenar) dah mengandung 7 bulan ni. Rin dah tak tahu nak buat macam ne. Lelaki (wajarkah dipanggil lelaki?) yang 'buat' benda ni kat Rin janji kata nak bertanggungjawab, tapi sampai sekarang langsung tiada khabar berita. Janji tinggal janji je. Rin rasa, nak gugurkan je kandungan ni Syuk. Rin tak sanggup lagi nak tanggung, malu pada mak abah!


Menggigil aku tatkala menerima perkhabaran ini. Kelu. Blank seketika.
Menggigil bukan kerana marah. Suatu perasaan yang sukar digambarkan!.

Ok, Rin bertenang. Petang ni lepas habis kelas Syuk pergi tempat Rin kita bincang cari penyelesaian terbaik ye.


.

.

Petang itu.

'Kejadian tu' berlaku sekali je. Tapi atas sebab kesilapan sekali tu Rin rasa menyesal seumur hidup Syuk. Tolong Syuk, bagi nasihat kat Rin apa yang perlu dilakukan.


Aku yang tiba petang tu bersama dengan seorang lagi sahabat aku tak dapat menahan rasa sebak didada. 8 mata petang itu. Aku bersama dengan sahabtku, Rin bersama dengan teman rapat kepercayaannya. Nampak wajah kekesalan pada Rin. Sejak 'kejadian' tu juga Rin menurut teman rapatnya, Rin mula jaga solat, jaga Quran, jaga amalan-amalan ifradi. Nampak keinsafan dalam diri dia. Manusia tak dapat lari daripada kesilapan Rin. Cuma yang membezakan antara manusia itu samada sentiasa memperbaiki diri selepas melakukan kesilapan atau berterusan tenggelam dalam kesilapann yang dilakukan.

Atas dasar kepercayaan yang diberikan, aku mencuba yang terbaik. Selayaknya, aku bukanlah yang terbaik untuk memberi nasihat. Tapi, atas dasar kawan dan sayang sesama umat aku cubalah semampunya.

Menurut Rin, tak ramai yang mengetahui masalahnya ni. Namun, dia mula rasa rendah diri. Di kuliah pun, rakan-rakannya mula lihat kemurungan dalam diri Rin.

Aku cuba merujuk hal itu kepada Talian Nur atas izin Rin. Aku sebaiknya tak mahu memusnahkan kepercayaan yang diberikan kerana bimbang apabila kepercayaan ni dikhianati tak mustahil Rin akan buat perkara-perkara diluar akal kewarasannya.

1temujanji dibuat di Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Alhamdulillah, JKM sedia membantu. Sedia menyediakan tempat untuk Rin melahirkan anaknya. Cuma, masalahnya sekarang adalah untuk mendapat pelepasan dari IPT tempat pengajian Rin.

Buntu seketika.

.

.

Tanpa pengetahuan aku, rupa-rupanya 'sahabat' aku tu dah bukak crita benda ni pada seorang ustaz. Ustaz ni turut mengajar ni IPT Rin. Aku serba salah apabila dimaklumkan hal ni. Tapi, benda dah berlaku, 'sahabat' ni pun dah cerita, apa lagi aku nak kata? kan???

Pada mulanya aku mengharap, 'ustaz' ni akan memberi kerjasama dan menunjukkan jalan keluar yang terbaik. Rupanya, harapan aku tinggal harapan sahaja. Emosional. 'Ustaz muda' mungkin? Rin dipanggil, provokasi dimulakan. Rin yang pada mulanya tenang dan sudah boleh menerima kenyataan setelah mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada JKM dan sahabat-sahabat yang 'memahami'nya mula down kembali. Kisah lalu diungkit. Apa semua ni? CUKUPLAH! Aku nak jalan penyelesaian, mahukan jalan keluar. Benda dah jadi, Rin dah mula insaf, mula nak berubah takkan tak boleh terima?

Namaku turut dipetik. Mengapa orang luar dulu yang tahu perkara ini dipersoalkan. Hei, takkan tak dapat jangka jawapannya. Perasaan takut, serba salah, buntu takkan lah nak buka pekung pada sesapa sahaja. Nah! lihat sendiri, 'tuan' baru sahaja tahu 'perkara' ini 2 3 hari dah 'meletup' macam ni. Tuan boleh dipercayai? Aku simpan, berfikir, cari jalan keluar bukan main lama, tuan baru seketika dah meletop! Tolonglah, benda dah jadi... benda dah jadi... hurmmm.. Tolonglah rasional.

.

.

Sekarang, Rin diberi pelepasan oleh IPTnya. Digantung, tanpa kata putus. Namun dilarang untuk dirujuk pada JKM. Waris dipanggil. Perlu pulang ke rumah.

.

.

Syuk, mengapa sedikit demi sedikit kau mula bercerita? Entahlah.. Aku rasa tak mampu nak tanggung lebih lama lagi di 'dalam' ni.

Wahai sahabatku sekalian, jadilah hamba yang bertakwa. Berlapang dada, bersabar. Mungkin harini itulah ujian buat Rin. Ujian buat kita? ALLAH sahaja yang mengetahui.

Inilah realiti harini. Kebanyakan cerita 'lebih kurang sama'. Cuma watak dan pelakon mungkin membezakannya. Buat Rin, jangan putus asa. Macam apa yang Syuk selalu bagitahu, banyakkan berdoa. ALLAH bersama-sama dengan orang yang sabar menghadapi segala ujian daripadaNYA. Kesilapan lalu, jadikan pengajaran. Jangan sesekali ulangi. InsyaALLAH, ramai teman-teman yang akan support Rin untuk teruskan kehidupan.

Jangan rasa diri tak pernah berdosa. Apabila seseorang pendosa itu bertaubat atas dosa-dosanya, maka ALLAh akan mengangkat darjatnya lebih tinggi daripada orang yang tidak pernah bertaubat. Merasakan diri sentiasa berdosa itulah sebaik-baik umat!

.

.

.

.

Rin, Syuk mintak maaf. Syuk dah cuba semampu yang Syuk mampu.

Berkasih sayanglah sesama insan dengan cara yang halal~

.

.

Ada sesapa sudi jadi halal buatku? Berapa lama perlu kutunggu jawapanmu wahai ********?

Cukuplah dulu. Aku tak sanggup bercerita lagi!




*Jangan sesekali tanya aku Rin tu siapa dan dimana dia sekarang. Ini sememangnya kisah benar. Pengajaran tetap pengajaran. Pelajaran terbaik sememangnya daripada sekolah kehidupan. Terima kasih.

Apr 11, 2010

Tahniah adikku sayang

Tahniah.

Sekalung tahniah aku ucapkan buat adik ke-4 aku atas kejayaan Johan Syarahan Bahasa Melayu Ihtifal Ilmi Peringkat Negeri di Batu Pahat semalam(sabtu).

.

.

Mewakili SM Arab Kota Tinggi. Medan yang sama pernah aku alami sedikit masa yang lalu, cuma jenis pertandingan yang membezakannya.

Ketika zaman aku bersekolah dulu, tak silap aku dipanggil Ihtifal Sanawi. Zaman berubah, nama pun turut berubah. Ah! lupakan je isu nama itu, tak perlu dipanjang lebarkan.;)

.

.

.
melihat teks syarahan adik aku, bertajuk KEMERDEKAAN NEGARA PERLU DIPERTAHANKAN. Tajuk yang biasa didengar, namun belum tentu biasa dihadam dan difahami intipatinya. Tertarik pada 1 rangkap yang benar-benar buat berfikir sedalamnya;

Negara ini tertegak atas sumpah keramat. Lantainya disimbah air mata. Dindingnya tertegak atas tulang temulang. Atapnya disulam dengan peluh dan keringat!



Neuron-neuron otak rasa terangsang untuk berfikir? Menyorot pada harini ini, adakah kemerdekaan itu masih wujud di negara tercinta ini? Ataupun sememangnya sudah terjajah dalam senyap. Jawapan ada dalam diri masing-masing. Berfikir-berfikir...bertindak!

.

.

Sepi. Namun, apa pun yang berlaku kembalilah pada TUHANmu. Mafhum firmanNYA

Setiap kerosakan yang berlaku adalah disebabkan tangan-tangan manusia sendiri


dan firmanNYA lagi,

ALLAH tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasib mereka sendiri


Sunnatullah tidak pernah menipu.

.

.

Tahniah sekali lagi aku ucapkan. Siti Zulaikha, kau membanggakan abang. Moga kau dapat sentiasa amal dan sampaikan. Pesanan juga buat kalian dan diriku sendiri.

Salam hormat dari aku.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...