Sep 11, 2011

Rahmat disebalik perbezaan

Jika sesekali kau intai ke dada langit di waktu malam mesra menghamparkan kasih,
Carilah sebutir bintang paling karib di sisi bulan,
Kerana itu adalah bintangku.

Biar jarak dan waktu memisahkan kita,
Kau pasti melihat bintang yang sama.

-Nimoyiz TY

Manusia membentuk nilai dirinya hasil pengalaman dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuhi dalam kehidupan banyak mempengaruhi pembentukan karakter diri kita daripada sudut nilai dan keutamaan untuk melakukan sesuatu.

Kita berselisih faham, bergaduh, bertengkar kerana berfikir semua yang kita fikirkan sama seperti orang lain. Jadi, apabila ada pendapat atau perlakuan yang kita tidak suka dilakukan oleh orang lain, akan timbul rasa marah dalam diri. Hakikatnya, setiap daripada kita berbeza cara berfikir. Maka, kita perlu sedar tentang wujudnya perbezaan tersebut.

Saya bawakan suatu kisah;

Daripada Abdullah bin 'Amr: Suatu hari kami berada di sisi Nabi Muhammad s.a.w, lalu datang seorang pemuda dan bertanya: "Wahai Rasulullah, saya mencium isteri sedangkan saya berpuasa?". Jawab baginda, "Tidak boleh." Datang pula seorang tua bertanya Saya mencium isteri sedangkan saya sedang berpuasa?" Jawab baginda, "Boleh."

Kami pun memandang antara satu sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w: "Aku tahu mengapa kamu memandang antara satu sama lain. Sesungguhnya orang tua dapat mengawal dirinya" (Riwayat Ahmad).

Jawapan berbeza yang Nabi Muhammad berikan itu disebabkan baginda tahu kedua-dua orang yang bertanya adalah orang yang berbeza. Mungkin jika pemuda itu diveri keizinan, maka dia akan bersetubuh maka akan terbatal puasa tetapi orang tua itu diberi keizinan kerana dia dapat menahan dirinya. Lain orang, maka lain juga nilai keutamaannya pada sesuatu perkara yang diletak.

Namun, walau apa pun terjadi.
Kita semua punya tujuan yang sama. Mencari rahmat dan redha Tuhan. Jadi, apabila ada pihak yang melakukan perkara yang kita tidak suka, cuba berbicara dengannya, dengar hujahnya. Dari situ kita akan sedar perbezaan cara kita berfikir dan cara dua berfikir adalah berbeza.

Dan daripada situ, kita berbincang supaya sama-sama dapat manfaat - musyawarah.

Tidak rugi orang yang bermesyuarat dan tidak menyesal orang yang istikharah.

P/s: Memang seronok menjadi betul. Tetaplah menjadi betul dengan membuat perkara yangbetul. Tidak cukup dengan menuduh orang lain salah. Sekiranya dia salah sekalipun, belum tentu kita betul.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...