Mar 26, 2010

Praktikum

Bismillah,

hampir seminggu tanpa entry baru.

.

.

Berita terkini.
Aku sedang praktikum di SK Kajang Utama.
Seronok. Serius.

.

.

Memenatkan dan meletihkan, namun aku mampu tersenyum melihat telatah anak-anak muridku. Buat aku teringat zaman muda-mudi dulu.

.

.

Semoga aku boleh menjadi guru yang baik.

Ameen.




Mar 21, 2010

Ibu atau Pasangan?

Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu

Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Umi!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu

Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu

Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu

Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu

Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu

Bila sedih, aku mesti telefon ibu

Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu

Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu

Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu

Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu

Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu

Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

Yang selalu puji aku.. Ibu

Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..

Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Bila dh ada pasangan sendiri....

Bila seronok ... Aku cari pasanganku

Bila sedih ... Aku cari Ibu

Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku

Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku

Bila berduka ... aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku

Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu

Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku

Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu...... ..Aku ingat pasanganku

Selalu.....Ibu ingat kat aku

Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku

Entah bila....Aku nak talipon ibu

Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan :-

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu

bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku

boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh

ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah,

al-fatihah, al-fatihah.

Ya allah panjangkan lah usia ahli keluarga ku...agar aku sempat untuk membalas jasa mereka walaupun aku tak terdaya membalas kesemuanya...

*ibuku masih ada...masih ada tempat lagi ku untuk bermanja..untuk semua disana, hargailah ibu-ibu anda!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...