Oct 21, 2010

Apa ada dengan PEKOMPERI?




Entri istimewa buat semua ahli Pekomperi.
p/s: Pastikan anda dalam keadaan berlapang dada ketika membaca entri ini.

----

PEKOMPERI.
Akronim kepada Persatuan Kompang Kontemporari.

Bermula dengan kompang (ad-Dufuf) sebagai asas pada awal penubuhannya (18 September 2007) sehingga hari ini Pekomperi terus berdiri dan hari ini Pekomperi 'bukan sekadar kompang' kerana di dalamnya juga turut wujud pelbagai variasi instrumen seperti kibod, angklung, perkusi, caklempong, dan gamelan.

Dan apa yang perlu semua akui, Pekomperi membawa suatu 'kejutan' di bumi IPG saya.

.

Apakah kejutan yang dimaksudkan?

Kejutan yang dimaksudkan ialah, kerana Pekomperi membawa MUZIK.

Dan sedia maklum, Muzik apabila dibawa tanpa 'guideline' akan membawa kepada 'kehuru-haraan' jiwa, hedonisme, lupa kepada-NYA, dan pelbagai lagi..(boleh tambah sendiri)

.


Bercerita panjang mengenai muzik, mari bersama kita lihat dahulu apakah itu muzik sebenarnya?

Muzik adalah satu Sains pengaturcaraan bunyi-bunyian dengan cara tertentu untuk menghasilkan kesan tertentu kepada pendengar.

Kesan muzik?

Muzik boleh menggembirakan, menyedihkan, dan menaikkan semangat.

Muzik boleh membuat seseorang tersenyum, dan juga boleh membuat seseorang menangis kesedihan.

----

Cukup cerita secara asas apa itu muzik mengikut pemahaman saya.

Dan apakah yang kami lakukan dengan Pekomperi? Cita-cita kami sebolehnya menjadikan muzik sebagai satu terapi jiwa dan berusaha mendekati masyarakat yang sememangnya rata-rata menggemari muzik tidak mengira usia, pangkat darjat atau sesiapa sahaja. (paling tidak manfaat buat ahli Pekomperi sendiri)

Masyarakat masih tercari-cari produksi muzik yang boleh membimbing mereka khususnya dalam mengamalkan kehidupan beragama kerana muzik adalah satu penghasilan yang terlalu halus untuk dinilai tanpa punyai minat dan kemahiran. Sebagai perumpamaan, makanan yang halal boleh menjadi haram jika cara mendapatkannya melanggar syariah Islam. Maka, muzik adalah zat yang tidak berdosa. Jadi, sama ada kita yang mendengar muzik, penggemar muzik, penggubah lagu atau pemuzik sendiri mahupun yang membenci muziklah yang akan menentukan hukum kepada zat tersebut. Adakah ia memberi manfaat atau sebaliknya.

Umpama sebilah pisau yang tajam, apabila diberikan kepada pemotong daging pastinya akan memudahkan kerjanya.. mendatangkan manfaat kepadanya.. memudahkan dan mempercepatkan kerjanya.. dan insyaALLAH memberikan manfaat yang besar kepada dirinya.

Tetapi apabila pisau yang tajam itu diberikan kepada perompak dan pembunuh.. ianya akan digunakan untuk mengugut mangsa, mendatangkan musibah buat orang lain, mencederakan sesiapa, hatta mungkin digunakan untuk meragut nyawa!.. dan perkara ini sememangnya mendatangkan mudharat yang besar kepada semua.


Dan saya sendiri akui, sukar untuk menyatukan MUZIK dan DAKWAH, kerana sebaik-baik dakwah Dakwah yg paling sempurna adalah laungan azan...,tiada bilal yg melaungkan 'haiya alassolah' pulang & sOlat dirumah.. Jika benar dakwah menerusi muzik berkesan maka sudah tentu ada cara sedemikian ketika zaman Nabi & Para Sahabat lagi.. Namun ianya tiada,maka dakwah menerusi muzik bukan dakwah yg telus..


Dan suka untuk saya ceritakan disini bahawa dakwah yg sebenar adalah seperti yg dilakukan Nabi & Para Sahabat.. Jumpa & jumpa umat, sampaikan kata-kata dengan pujuk rayu, di malam hari berdoa merayu pada Allah memohon hidayat dengan menyebut setiap nama yg sudah di dakwahkan.. Segala ujian seperti dicederakan, dimaki hamun dan sebagainya itulah cabarannya.. Tidaklah hanya tertumpu di sesuatu ijtima' dan menyampaikan dengah penuh luahan supaya para pendengar meninggalkan sesuatu perkara tersebut.. Dan kemudian akan dijamu dgn makanan jamuan ringan.. Kadang kala di beri upah pula,alangkah berbezanya..

.

Persoalan.

Syuk, betul ke muzik tak menyalahi Agama?


Monolog dalaman: Oh...~ Tenangkan hati, bertenang. tarik nafas dalam-dalam.

Begini sahabatku, ALLAH tidak jadikan semua perkara di dunia ini sebagai sia-sia. Baiklah, marilah saya bawakan kisah seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan kesyadidannya.

Dari Abdullah bin Auf, dia berkata: “Aku menghampiri pintu rumah Umar bin Al Khathab, kemudian aku mendengar ia sedang bernyanyi: Wahai, bagaimanakah nasib rumahku di Madinah Setelah maksud jahat Jamil bin ma’mar terpenuhi, Yang dimaksud adalah Jamil al Jamahi, karena hanya dia yang punya nama itu. Aku datang minta izin masuk ke rumahnya, beliau berkata, “Apakah engkau mendengar apa yang aku nyanyikan tadi?, “ Aku menjawab, “Ya.” Beliau berkata:” Sesungguhnya aku, apabila sedang kesepian, aku juga sering bersenandung seperti orang lain juga.” (Imam al Alusi, Tafsir al Alusi, XXI/71)



*Kisah ini jua boleh ditemui dalam himpunan kisah-kisah sahabat dalam kitab HayatusSahabah.

Itu adalah contoh hiburan(muzik) pada zaman nabi dan sahabat, dan pastinya semua sedia maklum ketika ketibaan Nabi ke Madinah (hijrah) baginda telah disambut dengan nyanyian dan selawat ke atas baginda?

Jadi, yang dipersoalkan disini bukanlah lagu dan muzik itu sendiri, melainkan sikap (berlebihan) kita dalam menikmati lagu dan muzik hingga melupakan perkara wajib yang menjadi keutamaan dan kewajipan!

.

Dan ingatlah selalu pesanan ayahanda Cikgu Isa (jurulatih kami di Pekomperi)

" kena jaga niat.. itu yg penting... kita main bukan untuk masyhur... kita nak dekati org yg minati muzik dan dakwah mereka.. ini mainan dunia, kita meninggal nanti takkkan bawa gamelan, keyboard, angklung, kompang... jaga niat kamu... solat jemaah jangan tinggal... bangun malam..."

Yup. Dekati manusia, itulah tujuan asal penubuhan Pekomperi.
Menjadikan muzik sebagai
dakwah ifradi bagi setiap ahlinya.

Dan apabila kami mengadakan konsert (Konsert Muzikal Fikri) seperti baru-baru ini, cita-cita kami adalah cuba memberi contoh kepada model persembahan konsert yang berlandaskan agama.

Ternyata pemilihan istilah konsert itu sendiri mendatangkan ketidak selesaan beberapa pihak.

Disini, akan cuba dijelaskan.


Kenapa kami mengurusankan ia dgn nama 'KONSERT'? Seperti yang saya ada disebutkan diawal tulisan ini, supaya dapat tarik ramai peminat muzik dan niat kami utk mencuri hati mereka dengan muzik semasa dan berpengisian kemudian cuba utk mnyampaikan perkara yang hak dengan anugerah dan kekuatan yang Allah berikan.

Tiada penipuan,ada bukti.. Lagu Az-Zikra telah menjadi asbab kepada seorang warga Sabah untuk memeluk Islam, moga Allah kekalkan hidayahnya.. Tetapi jika kami uruskan program ini dgn nama 'Malam Kesenian Islam' mungkin tidak dapat menarik mat2 rock yang pada fikiran mereka hanya akan menonton nasyid, tarian sufi, sajak, syair dan sebagainya yang tidak masuk dngan jiwa hiburan mereka.

Dan tidakkah kepada penonton yang menghadiri konsert tempoh hari sedar, beberapa perkara yang kami sebut dan tekankan tentang perbezaan konsert kami dengan konsert lain di luar sana?

Saya ingatkan kembali.

  1. Konsert kami bermula selepas isyak, penonton di'wajibkan' dan sentiasa diingatkan untuk menunaikan solat isyak terlebih dulu sebelum menonton.
  2. Semua orang mampu melaungkan azan, bahkan pelajar UTP (persembahan jemputan) pun mampu. Dan muazzin pastinya tidak pulang untuk menunaikan sembahyang sendiri selepas melaungkannya.
  3. Tempat duduk lelaki dan perempuan diasingkan.
  4. Ada disebutkan, lagu-lagu yang dimainkan akan menjadi 'tidak sedap' didengar jika pemuzik tidak bersatu hati, umpama hidup sebagai orang Islam tidak 'enak' jika tidak menjaga solat berjemaah.
  5. Apabila penyanyi nasyid tu, azannya lunak.. boleh menjadi imam dengan bacaan yang baik, maka insyaALLAH dia boleh menyanyi dengan baik(unsur sinis).
  6. Penat-penat tengok konsert malam ni, jangan sampai terlepas jemaah subuh esok hari.
  7. Dan banyak lagi..

Dan kami sebagai pemuzik sendiri dah masak 'dibasuh' dengan pelbagai nasihat sewaktu latihan. Diajar erti pengorbanan dan ikhlas seterusnya timbullah sayang terhadap semua yang telah disusahpayahkan.

Benarlah kata pujangga;

Apabila seseorang itu bersusah payah dan berkorban untuk suatu perkara, maka akan timbullah sayang dan cinta terhadap perkara itu.


Ada korban, ada sayang. Tiada korban, kurang sayang.

Penutup.
Buat adik-adik Pekomperian's, mungkin kalian masih blur tentang erti semua ini. tapi, kami dulu sewaktu bermula sama jua seperti kalian. Umpama pucuk muda, memang senang dimakan ulat. Apabila sudah menjadi pucuk 'berusia' ulat nak gigit pun sudah keras. Maka, pasakkanlah pegangan dan tiupkanlah semangat ke dalam diri.

Mari bersama membuat pengorbanan. Konvo J-Qaf hujung tahun ini menanti.



p/s: Oh~rindukan kenangan konvo J-Qaf 2007, bergembira dan menangis bersama.

Oct 17, 2010

Jejak hati

dengan sepatah kata ‘sayang’
maka cinta pun bermula

pernahkah kau bertanya
bagaimana cintamu bermula
dan telah membawamu jauh
terpukau ke belantara asyik

ke manakah engkau berjalan
mencari jejak cintamu
yang hilang di dalam kabut
yang hilang di dalam awan

mujurlah kau cepat sedar
dari kekhilafan lalu mencari tapak
dan jejak jalan pulang ke rumah
dirimu yang berbuka jendela dan pintu

dengan sepatah kata ‘benci’
maka cinta pun berakhir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...