PUTRAJAYA: Berkuatkuasa 1 September ini, harga runcit petrol akan
diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan dan subsidi akan
dikekalkan pada kadar 30 sen seliter, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, hari ini.
Perdana Menteri berkata harga runcit petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan.
“Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan
melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.
setelah mengkaji secara teliti kebelakangan ini harga minyak mentah
yang menunjukkan trend menurun.
Selasa lalu, harganya ialah AS$122 setong berbanding harga
purata bagi Jun AS$132 setong, dan kerajaan menanggung subsidi petrol
sebanyak 64 sen seliter. - Bernama
Sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment