Dec 17, 2010

Cawan, Kolam, dan Garam

Bismillah..
Assalamualaikum.. Selamat Hari Jumaat buat semua..

Apa khabar? Harap semua sihat-sihat hendaknya.. (^_^)

kalau tak sihat, cepat-cepat cari penawarnya.. jangan biarkan kesakitan berterusan menguasai hidup anda.. (^^,)


Untuk renungan dan muhasabah diri, saya ingin kongsikan kisah Cawan, Kolam, dan Garam. Yang baik kita jadikan tauladan, yang tidak berapa baik kita jadikan sempadan.




"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.


Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.


Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.


Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.


Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.


"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.


"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.


Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.


"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.


" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.


" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.


"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."


Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.


"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.


"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng.


Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah.


Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."


"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."


"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."


Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.



P/s: Rasa hati dah berubah jadi besar tak lepas baca kisah nii?

Dec 16, 2010

Usha AHB

Baru balik dari Bank Harimau. Urusan yang dah lama tertangguh disebabkan sibuk (poyo! buat-buat sibuk jew sebenarnya!), hujan, dan bermacam urusan lain yang menjadi halangan untuk saya pergi ke sana.



Niat dihati, mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Amanah Hartanah Berhad (AHB) yang dilancarkan oleh Pak Menteri pada awal bulan ni.

Masuk sahaja ke dalam Maybank, dibawa berjumpa dengan seorang Pegawai. Disambut dengan senyuman mesra. Beliau menerangkan kepada saya secara asas perbezaan ASB dan AHB. Saya mendengar dan cuba meneliti setiap butiran yang diperkatakan.

Secara ringkasnya, dikatakan konsep AHB dan ASB lebih kurang sama namun masih ada perbezaan antara keduanya (harga jualan dan belian pada nilai RM1) dan perbezaan yang paling besar adalah AHB berkaitan Property manakala ASB berkaitan Equity. Minima untuk belian seunit ASB adalah RM1, bagi AHB pula adalah RM500. Dividen ASB adalah setahun sekali, manakala bagi AHB pula 2 kali setahun.. Dan ada lagi beberapa perbezaan yang saya tak berapa arif dan faham untuk dikongsikan kepada anda.. Tambahan pula, saya tidak mendapat salinan (hardcopy) perbezaan antara ASB dan AHB (diambil semula setelah diterangkan kepada saya..huu..)

Namun, apapun... pastinya perkara yang paling menenangkan saya ialah beliau mengatakan bahawa AHB ini adalah patuh syariah sepenuhnya.

Selesai sesi soal jawab mengenai AHB daripada saya, diberikan ini;
  1. CD Prospektus AHB
  2. Nota ringkas AHB (maklumat dana)
Hari ni baru usha-usha.. Mahu fahamkan dulu apa itu AHB..Tak faham nak tanya lagi sampai faham..Kalau rasa berkenan, minggu depan mahu buat belian minima untuk dana ini. Kenapa saya bersusah payah untuk buat semua ni? Sebab selalu teringat nasihat daripada Pakdi. Pakdi kata.. Rancanglah Wang dari Sekarang.. jangan biarkan ia ditelan inflasi!



P/s: Merancang dari bujang. Dah ada pasangan rancanglah dengan pasangan. Enggang terbang sama enggang, Pipit terbang sama pipit, pasangan jangan ditinggalkan dibelakang.


Tingkatkan Trafik Blog Dengan Sistem Autopost Entry Terbaru Di Malaysia Blogger United !

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia ! Oyeah~ Korang sihat? Mestilah sihat kan. Pengumuman ini khas ditujukan kepada Semua Blogger2 yang berminat supaya blognya di 'RSS' kan di Fanpage Malaysia Blogger United. Dalam erti kata lain, selepas korang siap menerbitkan (publish) entry di blog korang, automatic entry tersebut akan di post/ping kan di Fanpage ini. Yeah! Kini anda boleh melakukannya secara percuma ! Korang hanya perlu meletakkan banner yang telah disediakan ke dalam blog korang dan yang penting backlink ke Fanpage Malaysia Blogger United.

Kode Yang Perlu Diletakkan



Hanya letakkan kod ini (klik pada link untuk dapatkan kod) dan informkan kepada Admin Fanpage tersebut melalui komen pada nota "Nak tak blog korang di RSS kan (auto post/ping) di Fanpage Malaysia Blogger United?" bahawa korang sudah letakkan banner tersebut. Admin Malaysia Blogger United tersebut akan memasukkan RSS blog korang ke RSS Fanpage supaya entry korang akan automatik dipost/ping ke Malaysia Blogger United . Ini adalah salah satu langkah yang dilakukan untuk menolong korang semua dalam menaikkan trafik pada blog korang. huh ! Cubelah, Saya pun dah try. Memang Puas Hatilah !
MySpaceMySpaceMySpace

Kalau korang rajin dan sangat baik hati plus pemurah dan penyayang, bolehlah korang sebarkan tentang pemberitahuan ini kepada Blogger yang lain, contohnye buat entry ke (yang ni terbaek), bagitahu melalui chatting ke, ataupun hanya share nota ini ke profile anda. Segala kerjasama korang amat dihargai. Terima Kasih (^_^)



p/s : Help Us To Grow ! Suggest blogger lain untuk LIKE fanpage Malaysia Blogger United ni... Kite sama2 upkan trafik blog dengan Sistem Autopost Entry Terbaru. Lagi ramai join, Lagi tinggi trafik korang dapat. Hehee~ Majulah Blog untuk Negara ! ^^,

p/s/s : Jap2 ! Saya nak promote saya punyer Fanpage juga. Cetusan-Student ! Hohohoo..~



Dec 15, 2010

Ketibaan yang dinanti..

Esok kita akan 'bertemu' dengan 10 Muharam iaitu Hari Asyura. Sekejap je masa berlalu kan? Rasa macam baru semalam je kita meraikan kedatangan tahun baru hijrah kan?.. tup-tup dah 10 Muharam pun.. Buat makluman semua (termasuk diri saya sendiri terutamanya) bulan Muharam merupakan bulan yang paling banyak bilangan hari Nabi berpuasa selepas Ramadhan. Dengan kata lain, kita disunatkan untuk memperbanyakkan berpuasa di bulan ni.. So, jom puasa esok yuk sempena 10 Muharam!

Disini saya sampaikan sekali persoalan-persoalan biasa tentang 10 Muharam @ Hari Asyura siap dengan jawapan sekali. Moga datangkan manfaat buat semua.

1. Bilakah 'Asyura'?

Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Ada. Sila klik sini.

Do'a dibaca pada hari 'Asyura'

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lamn para ulamak.

12. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lam

Sumber asal: Iluvislam


P/s: Berpesan-pesanlah kearah kebenaran dengan penuh kesabaran.

[Bolasepak AFF Suzuki Cup 2010] Malaysia vs Vietnam Semi Final

Alhamdulillah.

Tahniah diucapkan buat pasukan bolasepak Malaysia untuk kemenangan ke atas Vietnam bagi separuh akhir pertama Piala Suzuki yang baru je tamat tadi..

Saya menonton kat kedai mamak je bersama dengan adik. Sambil borak-borak dengan dia. Walau permainan daripada pasukan kita bagi saya hanya 'so-so' namun yang penting kita menang. Yeah! Moga Piala AFF ni jadi milik Negara kita untuk kali ni... Ameen.

Lagi berita;


KUALA LUMPUR 15 Dis – Penyerang, Mohd. Safee Mohd. Sali muncul wira selepas menjaringkan kedua-dua gol ketika skuad negara menundukkan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

Gol-gol tersebut dijaringkan pada babak kedua perlawanan, sekali gus mencerahkan peluang anak buah K. Rajagobal untuk melangkah ke peringakt akhir kejohanan tersebut.

Malaysia dan Vietnam akan bertemu lagi pada separuh akhir kedua yang akan dilangsungkan di Hanoi, Sabtu ini

Sumber: Utusan


P/s: Pantang mengalah sebelum berjuang! (^_^)

Borak petang

Bismillah,

Selamat petang buat semua... Apa khabar?..Harap sume sihat-sihat ajew..

Saje berbasa-basi petang nih.. Nak keluar sekarang ni hujan je sejak tengah hari tadi.. Buat 'perempit', waktu hujan-hujan ni memang rasa tak berapa selesa lah nak keluar..Kalau takde benda penting memang tak keluar.. Lagi lah buat yang baru je lepas jatuh motor macam saya ni, rasa cuak sekejap untuk merempit di jalanan yang licin..hoohuu..huk3~.. T_T

Contest yang saya buat tu susah bangat ke?
Di cbox dan bahagian komen saya tengok adalah visitor-visitor yang dok komen bagitahu soalan yang saya berikan tu agak susah dan memeningkan.. Maaf ye kalau rasa susah..

Tak susah pun sebenarnya.. Buktinya, dah ada pun 2 orang pemenang setakat ni.. Tapi, komen dan link mereka terpaksa la saya sorokkan dan 'hidden' dulu.. Bagi surprise! (^^,)

Namun, apa pun..peluang masih ada lagi.. Usah risau.. Cubalah jawab..mana lah tau ada rezeki buat anda.. Kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? (^_^)

Ni saya tolong bagi mudah sikit pada yang pening dengan soalan contest tuh..
Klue jawapan: Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa. Ok? hee~

Ouh... sebelum saya terlupa, malam ni adalah perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2010. Malaysia menentang Vietnam. Venue di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8Malam. Jom kita sama-sama bagi sokongan untuk pasukan Negara kita. Saya bagi sokongan di hadapan Televisyen je kali ni.. Nonton sekali yuk.. Jangan lupa!

P/s: Borak-borak petang dikala hujan kalau ada kopi + biskut pun enak gak!
Oooppss, ada orang yang tak minum kopi?..Hu


Dec 14, 2010

CONTEST Mana hilang DUIT KASUT??

[Sticky Post sehingga 17 Disember 2010, Sila skrol ke bawah untuk Latest Entry]


Ada sebuah masaelah.

Ali ingin membeli sepasang kasut yang harganya RM97.00.


Ali tiada duit lalu dia meminjam daripada maknya sebanyak RM50 dan daripada kakaknya pula sebanyak RM50.

Seterusnya, dia pergi ke kedai dan membeli kasut tersebut. Baki RM3 diberikan kepada maknya RM1, kakaknya RM1 dan dia menyimpan lagi RM1.

Lalu dia mengira hutang kepada maknya tinggal lagi RM49 dan kepada kakaknya juga RM49. Setelah dicampur RM49+RM49+RM1 = RM99.. Bukan RM100.

Soalannya disini, kemana menghilangnya RM1 lagi. Sampai sekarang Ali masih pening dan biol untuk memikirkan masaelah dia ni.. Ada sesapa yang sudi bantu Ali?

---------


Hadiah kepada sesiapa yang dapat membantu Ali mencari kemana hilangnya lagi RM1 tu saya akan berikan TopupRM5 percuma!(untuk 3 PEMENANG) Hoho... Best kan? Tapi, kene lah patuhi syarat-syarat dibawah ni dulu?..Sonang aja syaratnye.. (^_^)

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Adalah follower blog ni.. (yang belum follow dipersilakan follow lah yer..)
  2. Copy soalan di atas dan dipersilakan berikan jawapan di entry blog anda.
  3. Sila maklumkan link entry jawapan tersebut di ruangan komen untuk saya memilih jawapan yang betul+tepat+kreatif+menarik. Menjawab dengan kaedah penceritaan amat digalakkan!
  4. Jika lebih daripada 3 jawapan yang tepat diterima, saya akan memilih 3 jawapan pertama yang menjawab dengan tepat sebagai PEMENANG.
  5. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 16Disember 2010 ini dan 3 blogger yang memberi jawapan yang paling best(betul+tepat+kreatif+menarik) akan diumumkan pada 17Disember 2010.
Ada apa-apa soalan boleh tanya di bahagian komen.. Jom join! ^^,

[UPDATED: Link entry jawapan peserta contest pada ruangan komen akan disembunyikan sehingga 16Disember bagi megelakkan kebocoran jawapan.. komen bukan berbentuk jawapan akan di'aprove' dan dipaparkan seperti biasa]

Dec 13, 2010

Apa ada dengan Maghribi?

Setelah heboh seketika tentang 'peluang' untuk mengahwini Gadis Maghribi, pasti ramai lelaki-lelaki yang sedang mencari jalan untuk merebut peluang itu.. Buktinya, entry saya mengenai Nikah Gadis Maghribi menjadi antara entry yang paling banyak dibaca pada minggu ini..hee~

Alang-alang sudah bercerita tentang gadis Maghribi... Marilah kita lihat secara ringkas tentang negara Maghribi.. Jujurnya sebelum ni saya memang tidak mengetahui secara detail tentang Maghribi.. Yang saya tahu hanyalah Maghribi ni adalah tanah tumpah kelahiran pelayar hebat Ibn Batuta dan jua merupakan negara bagi pemain kesayangan saya Maroune Chamakh bermain!(saya peminat pasukan bola sepak Arsenal) ^_^


Okey..
Setelah membuat sedikit pembacaan dan kajian (kedengaran cambest je kan?) Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat...

Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berpelembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanapun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO Amerika Syarikat yang utama.

Maghribi bermaksud barat, asal daripada perkataan Bahasa Arab ghariba (sila betulkan saya jika salah). Manakala nama Moroccon pula daripada nama Marrakech, iaitu ibu kota Maghribi yang dahulu.

Apa kelebihan Maghribi nii..?
  • Negara ini mempunyai 4 musim yang pastinya menyegarkan!
  • Pendidikan di Maghribi adalah percuma bermula daripada sekolah rendah sehingga PHD.. bahkan wujud jua biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di Universiti mereka..bukan sahaj untuk rakyat tempatan, malah warga asing pun! Mengagumkan?
  • Mempunyai hasil pertanian yang banyak.-satu-satunya Negara tumbuh Pokok Argonowe.
  • Rakyat mereka memang menghormati dan memandang tinggi 'orang luar'.
  • Memang wujud galakan kaum wanita mereka untuk berkahwin dengan warga luar. Mungkin demi mempertautkan hubungan dengan orang asing yang dijangka lebih mampu memberikan masa depan lebih cerah buat warga muslimah mereka.
Mungkin cukup dulu buat masa ni duluu.... Ada kesempatan lain saya akan tambah lagi..

P/s: Walau dikatakan Maghribi mempunyai wanita yang 'masih suci' namun hakikatnya Negara tersebut tetap mempunyai sisi gelapnya.. Jangan terkejut jika anda pergi ke lapangan terbang mereka dan melihat lelaki dan permpuan saling berlaga pipi..woha!

P/s/s: Kebanyakan info ini dipetik daripada Wikipedia dan pengalaman Ustaz Zaharuddin sepanjang di Maghribi.

Dec 12, 2010

Add Facebook P4U!


Syuk, khabarnya Prepaid4u dah banyak berubah.. Betul ke?..

Syuk, pembahagian margin dan komisyen sekarang dah lagi masyuuuukkk erk??..

Syuk, aku nak tukar no. HP dgn nak aktif semula laaa...macam mane eh?...

Antara persoalan-persoalan yang diajukan buat saya sejak akhir-akhir ni melalui e-mail.

Pertama sekali, saya minta maaf jika sukar dihubungi melalui 013-719 49xx sebab nombor tu memang saya dah tak guna.. Hilang dan hanyut dek banjir..huu..(-_-) Nak request semula nombor tu dah tak boleh sebab sudah di recycle..huu.. Saya jangkakan pasti empunya nombor tu sekarang pun musykil dan pelik mengapa ramai sangat orang dok bertanya pasal prepaid.. dan mungkin tambah pelik lagi setiap khamis pukul 2-3pagi akan menerima sms bonus daripada MyMode..hee~ Maaf Tuan empunya nombor (kawan saya penah call, katanya cik gadis yang guna no tu sekarang..huu).

Baik!
Terus menjawab soalan.
Memang sudah ada banyak perubahan yang berlaku.. Sudah banyak penambah baikan yang dilakukan. Nasihat saya, untuk mengetahui berita-berita, maklumat, dan perkhabaran terbaru pasal Prepaid4u eloklah kiranya dapatkan terus di laman Facebook mereka. Lagi mudah dan cepat. Tak Gitu??.. Ni link dia untuk Add >> FB P4U.

Harap-harap membantu. Oh.. untuk pengetahuan semua, MyMode dan Prepaid4u ni adalah antara perniagaan yang terawal saya sertai. Sedar tak sedar sudah 5 tahun.. (2006-2010) dan pastinya banyak kenangan jatuh dan bangun bersama-sama..

P/s 1: Beberapa bulan lepas, saya sempat berbual dengan salah seorang admin Prepaid4u iaitu saudara Philips.. boleh baca disini.

P/s 2: Semester depan mungkin saya akan kembali aktif menjual Prepaid. Niat membantu rakan-rakan yang sukar untuk mencari kedai Topup di keheningan malam..^^,

P/s 3: Inilah antara perniagaan yang masih dituai hasilnya hingga kini.. Alhamdulillah.. ^_^


Siapa saya?
Saya adalah......
Student a.k.a SyukJohor (Muhammad Syukur Sapuan)
Agen MyMode 5 Star CM

errr... 5 Star CM termuda kot masa tu....alar kisah lama...huu


Nikah Gadis Maghribi

Sukar mencari pasangan hidup namun anda memang sangat-sangat kepingin untuk berkahwin?;)

Anda ada RM14 Ribu? Mahukan isteri yang cantik dan menawan? Taat pada agama, mudah dididik, dan belum terpengaruh dengan kehidupan 'sosial'?

Buat lelaki-lelaki diluar sana.. apa kata anda minta tips daripada saudara Mohd Fairudz cara-cara mengurat gadis Maghribi yang manis dan menawan nih..hoo



KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.

Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.

Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.


“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

Sumber asal; Hmetro.

P/s: Gadis melayu ada rasa tergugat ke? ^^,

P/s/s: Hati saya tetap pada gadis melayu...namun, apa pun jika ingin berkahwin lelaki tetap memilih wanita yang beragama dan mudah dididik..Berkahwin bukan untuk sehari dua, biarlah hingga ke syurga..^_^

P/s/s/s: Lelaki dan perempuan saling memerlukan.


[UPDATED! 13/12/2010: Apa ada dengan Maghribi]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...