Jan 7, 2011

Bersihkan hati..Bermaafanlah

Saya baru bercerita mengenai dendam. Ada yang masih berdendam lagi?

Kalau ada..cukuplah dulu, buang jauh-jauh rasa tidak puas hati itu.. Saling bermaafanlah, itu yang lebih baik kan?

Syaitan pastinya sedang bertepuk tampar ketawa kegembiraan apabila melihat umat manusia saling bermusuhan sesama mereka. Kan mereka tak pernah putus asa menyemarakkan api benci dan permusuhan. Salah faham yang kecik dilihatkan besar.. Persilihan yang boleh diselesaikan diletuskan menjadi pertelingkahan dan pergaduhan besar. Ubatnya, mudah. Bermaafan, dan akui tiada manusia yang sempurna.

Pagi Jumaat yang barakah ini, saya nak bercerita mengenai sifat pemaaf pula.




Allah berfirman yang bermaksud:

"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh." (Surah al-A'raf 7: 199)

Marilah kita melihat teladan pembukaan Kota Mekah (fathu mekah) yang amat masyhur dalam sirah. Rasulullah dengan ringan hati memaafkan penduduk Melakh yang pernah menentang Baginda dengan begitu hebat.


Allah juga berfirman yang bermaksud:

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (Surah al-Baqarah 2: 263)


Ingin jadi mulia? Amalkan memberi maaf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk sesorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya."
(Riwayat Muslim no 2588)


Memohon maaf tidak sepatutnya dilakukan bermusim seperti di musim perayaan sahaja, malah ia perlu menjadi tradisi harian seorang Muslim.

Taburkanlah maafmu pada setiap malam saat sebelum mata terlelap buat sesiapa jua walaupun mereka tidak pernah memohon maaf daripadamu. Ingat, tiada manusia yang sempurna dan terlepas daripada membuat kesilapan.


P/s: Muhasabah untuk diri sendiri, entry tiada maksud umpama cuba berlagak suci.

P/s: Berselisih faham yang berpanjangan, bergaduh amaln yang kurang baik. Bermaafan adalah amaln yang mulia. Tarik nafas dalam-dalam, maafkan semua orang. Yuk semua amalkan!^^


Jan 6, 2011

Wahai WANITA berhati-hatilah kamu!

Berhati-hatilah, khususnya buat kamu wanita bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.. Macam mane tu? Teruskan bacaan..

Terfikir tak? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang lain khusuk memerhatikan anda disebelah cermin sana! Tambah haru-biru lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..Wah..gawat!

Oleh itu, kita perlu pastikan cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah.

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.

Bagaimana kita ingin bezakan? Mari lihat foto dibawah ini.


Ini KACA DUA HALA. Apabila anda letakan jari, hujung kuku anda nampak bertemu dan tiada ruang antaranya, maka, AWAS, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN.


Ini pula adalah cermin yang sebenar. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

Jelaskan foto di atas ni?
Jadi, harap lebih berhati-hatilah selepas ni.

Mereka kata

Assalamualaikum.. apa khabar dan selamat petang semua.. semua sihat sejahtera hari ni?

Baru tadi, saya melawat blog saudara Ben Ashaari dan beliau menganjurkan segmen 'Mereka Kata'.. Rasa cambest je kan? Jadi saya pun tergeraklah nak sertai..^^,

Jadi, apa yang saya perlu buat?

1.Letak header blog BenAshaari sebagai trademark.



2. Berikan kata-kata aluan buat rakan blogger yang lain.

Selamat datang diucapkan buat rakan-rakan blogger yang lain ke blog saya ni. Di blog ni, saya bercerita dan berkongsi perkara yang dirasakan mampu memberi manfaat buat diri saya dan orang lain.. Berkisah tentang pengalaman diri hari-hari.. serta menulis apa-apa yang terasa ingin ditulis..

Buat pengunjung blog ni, selamat berkenalan saya ucapkan.. harap tegur-tegurlah kalau ada salah silap saya.. jemputlah saling berpesan-pesan dan saling berkomen mesra (err..wujud ke istilah ni?).. Akhir kata, selamat datang saya ucapkan buat semua! ^_^


P/s: Suka baca entry di blog saudara BenAshaari. Bahasanya simple dan santai.

Jan 5, 2011

Diam hati rawan

Diam adalah senjata paling ampuh untuk menghadapi dan memulihkan hati yang sedang rawan?



P/s: Silent is Gold. Teringat kata seseorang.
Kesunyian membuatkan detik-detik masa terasa berlalu begitu lambat.

RON97, minyak tanah naik 10 SEN tengah malam ini.

Mulai tengah malam ini, harga petrol Ron97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10sen. Tak silap saya, minyak Ron97 baru sahaja naik pada 1Disember yang lalu. Oh.. 2 kenaikan dalam masa 1 bulan sahaja. Ini boleh dikatakan berpunca daripada inflasi ke?

KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.


Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - Bernama


P/s: Firasat saya mengatakan ini bukan kenaikan terakhir harga minyak dan diesel bagi tahun ini.. Mungkin akan ada kenaikan lagi.. Potensi untuk harga minyak turun? Saya sendiri tidak pasti!

P/s: Apakah penyelesaian untuk terus survive, perlu 'kecutkan' lagi belanjawan diri dan keluarga?

Jan 4, 2011

Apa ada dengan Dendam?

Pernah berdendam? Ataupun sedang didendami?

Usahlah. Banyak keburukan daripada kebaikan jika berdendam.

Dendam biasanya berpunca daripada kemarahan dan kekecewaan. Dendam lazimnya berkait dengan masa silam yang menyebabkan manusia tega mencipta kebinasaan buat saudaranya atau menghalang saudaranya daripada beroleh kebaikan.

Bunuhlah dendam yang bersarang dalam jiwa dengan langkah-langkah berikut:
  1. Sucikan hati dengan solat taubat dan istighfar.
  2. Maafkan semua orang sebelum tidur.
  3. Lupakan segala duka atau kisah silam yang menyebabkan dendam marak.
  4. Bersahabat dengan orang soleh. Elakkan bersahabat dengan batu api yang akan menyemarakkan sengketa sesama insan.
  5. Ingat bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada berbuat silap.
  6. Percayalah jika kita tidak dianiaya dan tidak mendapat pembelaan di dunia, insyaAllah pembalasan Allah di akhirat sana yang lebih adil tanpa perlu berdendam kepada sesiapa.
Rujukan: Majalah Solusi isu 26

Ingatan buat diri sendiri.

(ada masalah, senyum dan matang!)


P/s: Saya mohon ampun maaf atas segala salah silap saya. Dengan rendah hati, daripada saya buat semua. Mohon maafkan ye? Moga kita sentiasa dalam rahmatNYA.

Jan 3, 2011

Hari pertama yang gembira..

Harini, hari pertama saya memulakan kuliah di semester 7.


Pensyarah masuk kelas, berkongsi cerita. Waktu, kira-kira jam 9 pagi.

Syaitan ni pandai.. Masa 'berpasangan' , dia akan 'cucuk' suruh buat maksiat.. pecahbelahkan hati.. Masa dah kahwin dia akan bolak-balikkan hati.. supaya yang sudah berkahwin berpisah dan bercerai berai!

Terngiang-ngiang nasihat daripada Ustazah Aishah, sewaktu sesi usrah pengajian saya untuk semester ni.. Macam sesi kaunseling rumah tangga dan mencari pasangan pula..

Tapi, kami sekuliah semua layankan aje..seronok juga mendengar pengalaman dan perk0ngsian daripada orang yang dah berkahwin ni..hee~

Nasihat dia lagi;

Lelaki, perempuan..perlu jaga akhlak. Walau kehormatan terjaga, akhlak rosak tetap tak guna juga.

Oh..hari ni saya dapat belajar perbezaan antara akhlak dan kehormatan. Secara mudahnya, akhlak lebih menjurus kepada sikap, sifat peribadi dan imej diri. Kehormatan pula lebih menjurus kepada kesucian dalam menjaga diri. Nampak macam sama, tak serupa tapi saling berkait kan? Teringat kisah Rin.

Nasihat dia lagi;

Perempuan sukakan lelaki rendahkan ego dan memujuk apabila berlaku masalah dalam perhubungan. Dan perempuan memang susah mahu mengaku kesalahan.

Woha! betul-betul macam kelas rumah tangga kan hari ni? ^^,


P/s: Naik semester baru ni, sudah beberapa orang sahabat yang sudah berkahwin, dan menjadi tunangan orang. Pensyarah saya pun bagitau, waktu belajar ni lah nak 'cari' pun.. dah jumpa yang berkenan, tunang dulu. Itu yang Agama ajar. Tempoh perkenalan lelaki dan perempuan dalam waktu bertunang. Terkedu.

P/s: Err.. Jujurnya, saya memang mahu bertunang sebelum posting. Tapi, dengan siapakah yang sudi?haha..

P/s: Saya perlukan coklat untuk pengeluaran kimia endorphins bagi otak yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stress!


Jan 2, 2011

Kisah 4 Batang Lilin

Jarang saya berpeluang untuk sentiasa blogwalking. Mungkin inilah antara sebab blog saya tidak mempunyai follower yang ramai. Ah..tidak mengapa, saya berblog bukan semata-mata ingin mengumpulkan dozenan follower.. Lebih kepada rasa ingin berkongsi dan meluahkan apa yang yang berada di dalam fikiran. Namun kalau ada follower yang ramai ia tetap suatu bonus bagi saya! hee~ (yelah, siapa yang tak suka tulisannya dibaca kan?)

Petang ni...masa agak free.. Makanya.. saya ambil kesempatan untuk berjalan-jalan di blog rakan-rakan.. Dan saya terjumpa kisah ini.. Sungguh sedap, enak, dan lazat dibaca untuk santapan mata dan hati!


Kredit buat cetusanhati

kisah 4 batang lilin

Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Lilin yang pertama berkata : “Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Lilin yang kedua berkata : “AKu adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala” begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih Lilin ketiga bicara : “Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya” tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

Tanpa diduga…. seorang budak kecil masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam. Kerana takut akan kegelapan itu, dia berkata : “Apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” lalu ia menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : “Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya kerana aku adalah HARAPAN” dengan mata bersinar, budak kecil itu mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.

Moral kisah ini:

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita… semoga kita mampu menjadi seperti budak kecil itu dimana dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN yang menyubur dalam jiwa kita.


P/s: Selagi harapan masih ada, untuk apa masih takut mencuba?

My Wish

Kehidupan manusia di dunia ini penuh dengan cita-cita. Cita-cita yang tak sudah.
Cita-cita ingin hidup mewah, mempunyai keluarga yang membahagiakan, dan pelbagai lagi lah. Pabila cita-cita tu tidak kesampaian seperti diimpikan, biasanya kecewa akan dirasa.

Sesetengah manusia (saya lah tu) sangat tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling. Jangan sampai hilang semua yang ada sekarang baru mengerti makna 'kehilangan'. Jangan terlampau asyik mengejar bayang-bayang hinggakan tenggelam dalam kelam bayangan sendiri!




Ubat kecewa? Berterusanlah berusaha mengejar cita-cita, disamping sentiasa lah bertawakal.
Usaha jangan pernah kenal putus asa, redha dan tabah jadikanlah sebagai sandaran.

Setiap yang diatur pasti ada hikmahnya.

DIA tidak pernah sesekali menzalimi hambaNYA.
Dan tidak tidak diuji seseorang hamba itu akan sesuatu yang tidak mampu dihadapinya.

Jika rasa down, telinga enak mendengar lagu ini. MY WISH daripada Rascall Flatts



I hope that days come easy and moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,

More then anything, more then anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
To your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more then you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

I hope you never look back, but ya never forget,
All the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
And you always give more then you take.

Oh More then anything, Yeah, and more then anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
To your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more then you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
To your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more then you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

P/s: Manusia memang penuh dengan kelemahan, kelupaan, dan kealpaan. Menelan dan menerima kelemahan diri sendiri dan orang lain adalah sesuatu yang sukar? Hakikat hikmah dan berlapang dada memang suatu yang amat mahal kelihatannya.

P/s: Sedih dan gembira itu sendiri suatu makna hidup.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...