Feb 3, 2011

Buat langit Ungu (1)

1.
Makcik, dia apa khabar?
Dia sihat.. Tadi makcik nampak dia tak angkat call Syuk..Ada apa-apa jadi?
Dia tak perasan kot, takpe.. Dia kenapa, ada masalah lagi ke?
Dia macam berangin sikit semalam, ajak ayahnya ke KB malam-malam..
Oh..patutlah..saya cuba hubungi dia tak dapat.. sebab tu saya 'terpaksa' call makcik. Sampaikan salam saya pada dia makcik..


2.
Makcik, saya memang niat betul-betul dengan dia ni. Saya tak main-main.
Kamu dah betul-betul pasti ke? Anak makcik ni pelik sikit perangai dia
Saya terima dia seadanya makcik. Biasa lah, mana ada manusia sempurna kan?
Lagi 1 makcik nak ingatkan ni, kamu jangan ikut kan dia sangat..
Takpe makcik, dalam kelemahan dia banyak lagi kebaikan dia..


3.
Makcik bukan apa..Makcik kasihan pada kamu je ni..
Takpe, saya tenang je..saya okey..Dia serabut tu..biarlah dulu..


4.
Nanti kalau lepas posting Syuk jumpa orang lain macam mane?
Taklah makcik..insyaAllah tidak..
Kamu pasti?
Kalau nak betul-betul 'selamat'..saya nak bertunang..boleh?..
.......


5.
Makcik, sebenarnya tempoh hari banyak perkara saya nak tanya dan bincangkan..
Yeke?
Tapi, tak sempat..kan kalau ikutkan nak datang lebih awal...
Apa perkara nak dibincangkan?
Saya nak kenalkan keluarga saya sebenarnya dengan keluarga makcik.. Tapi mungkin belum ada rezeki macam-macam jadi sekarang ni kan..?
.......


6.
Bro..korang dulu apa masalahnya?
Kau ni biar betul tanya aku soalan ni..
Ya..aku taknak perkara yang sama berulang, dan nak ambil pengajaran daripada apa yang pernah berlaku..
Baiklah..kalau kau sanggup.. dia ni..bla..bla...bla...XXXXXXX
Oh..Thanks bro, aku rasa dia tak seperti tu..rasanya ada salah faham disana-sini
*senyum


7.
Bro, kau lupakan la dia..
Kenapa?
Kau dengan dia jauh kan, mana la tau dia ada lain kat sana
Aku okey je macam ni..sekurangnya terkawal sikit kan?
Bukanlah..aku cuma nak kau gembira je..
Aku sedang gembira je kan sekarang ni?


8.
Kamu benci saya?
Saya sayang semua kawan-kawan saya
Kamu sayang saya?
No komen..
Kenapa kamu desak saya suruh cari yang lain saja ni..hati kamu dah ada orang lain ke?
Sebab saya tahu kamu ada seseorang.. Siapa yang sepatutnya jujur?
Siapa orang tu?!
*Diam dan senyap..Tiada jawapan?


9.
Saya nak pulangkan dinar ni
Mengapa?
Ia bukan hak saya lagi
Ia adalah hak kamu
Bukan, ia dah untuk orang lain
Ya, memang untuk kamu..bukan untuk siapa yang lain..Percayalah!


10.
Saya nak pergi jumpa kamu ni, ada di rumah?
Maaf, saya tiada..1 keluarga ke Pahang..Ada majlis kahwin..Kak Long je ada di rumah dengan adik kecil..
Oh..Saya kalau boleh nak selesaikan ni dengan tenang..nak dengar dari kamu sendiri apa yang masih keliru dan buntu pasal saya lagi..
*buat-buat biasa dan macam tiada apa-apa


P/s: Dalam fikiran masih lagi dibelenggu rasa tidak percaya dan mempersoalkan erti setia?

MESIR: Suatu Pandangan Peribadi


Buletin Utama TV3 malam tadi memberitakan ada beberapa pelajar Malaysia telah selamat sampai ke tanah air. Yang lain akan menyusul lagi.

Sahabat-sahabat semua boleh mendapatkan segala perkembangan terbaru mengenai krisis di sana melalui blog krisismesirnasibrakyatkita


.


Pandangan peribadi saya mengenai Mesir yang sedang bergolak kini..

Semoga rusuhan ini merupakan titik tolak kepada kejayaan Islam di dunia ini di masa akan datang. Sudah terlalu lama orang-orang kafir memperbodohkan umat Islam di seluruh dunia dengan kekuatan ekonomi, pakatan politik sesama mereka dan hiburan yang melampaui batas.

Sesungguhnya semua yg berlaku itu dengan kehendak Allah jua dan pastinya ada hikmah disebaliknya sekaligus mengajak kita umat Islam untuk berfikir dan bertindak sewajarnya.

Hakikatnya, kita tiada kuasa untuk campur tangan secara langsung tetapi kita wajib doakan yang terbaik untuk dunia Islam… Allah Maha Mendengar… Allah adalah sebaik-baik pemberi balasan dan pembelaan.

Semoga pemimpin-pemimpin Islam di rantau ini mengambil iktibar daripada situasi ini. Tadbirlah negara mengikut acuan Islam sepertimana nabi menjadi pemimpin. Barulah rakyat berpuas hati dan yang paling utama, Allah melindungi negara kita daripada bala bencana. Ameen.


P/s: Selepas peristiwa krisis Mesir ini, apakah agaknya nasib Universiti Al-Azhar?

P/s: Entry ini bersifat ekstrimis kah?


Yang berkaitan:

Kronologi KRISIS MESIR

Krisis Mesir, apa tindakan kita?

Pelajar Malaysia di Mesir akan dibawa pulang

Feb 2, 2011

Manusia memang Tiada Upaya



Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Meningkatkan takwa kepadaNYA.
Memperbaiki hubungan dengan NYA.
Melipatgandakan lagi tawakal kepadaNYA.

Moga-moga dibuka seluasnya pintu kerahmatan, keredhaan, dan dikurniakan ilham sebaik-baiknya atas segala permasalahan.

P/s: Kita insan lemah. Tiada daya, tiada upaya.



Pelajar Malaysia di MESIR akan di bawa pulang

Pelajar Malaysia di Mesir akan dibawa pulang

Lega hati apabila mendengar perkhabaran ini.
Nampaknya tindakan rakyat Malaysia yang 'sedar' dan tidak terlena untuk berterusan memaksa YAB Perdana Menteri melalui facebook, blog, tweeter, dan media-media yang lain tidak sia-sia.


KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.

"Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir," katanya kepada Bernama di sini Selasa malam.


Lanjutnya Bernama.

Sememangnya untuk membiarkan rakyat kia terus 'terperangkap' disana bukanlah merupakan suatu tindakan yang terbaik. Diharap dengan tindakan ini, dapat memberi sedikit kelegaan buat semua rakyat Malaysia.

P/s: Doa dan harap sentiasa dipanjatkan kepadaNYA agar mudah segala!

Yang berkaitan:
Kronologi KRISIS MESIR
Krisis Mesir apa tindakan kita?


Photoshoot di Taman Botani

Lokasi: Taman Botani Putrajaya
Masa: Pagi, Sabtu lepas




































P/s: Saya budak baru belajar.

Feb 1, 2011

Ohh..ini lah sebab kekecohan itu?

Sebab saya tahu kamu ada seseorang yang lain.. Siapa yang sepatutnya jujur?


Mengapa ye lebih percayakan orang lain?
Mengapa tak dibawa bertenang, berbincang dan bertanya saya terlebih dahulu?
Mengapa perlu tanyakan orang lain..?
Orang lain bebas dan suka memberikan pandangan sendiri, anggapan sendiri, tuduhan sendiri.. namun yang menanggung kesakitan dituduh pelbagai itu siapa?
Kita kan?

Percaya mempercayai kan lebih baik.
Sakit kan apabila hilang kepercayaan?

Apabila saya tanyakan, siapa 'seseorang' itu, kamu masih belum memberikan jawapan.

Kita tahu sendiri apa yang kita mahukan.
Selagi PERCAYA itu masih ada.


P/s: Lega mengetahui ini antara punca kekecohan yang berlaku. PERCAYALAH, saya bukan seperti yang kamu katakan.

P/s: Kamu gembira dengan situasi ini wahai Cik langit Ungu? Oh..cemburu itu tanda SAYANG yang masih ada?

Banjir Kembali di Kota Tinggi

Hujan yang berterusan di Johor sejak Jumaat lalu mengakibatkan paras air di sebahagian tempat mula meninggi seterusnya dinaiki air. Peristiwa ini pastinya mengimbau kembali kenangan banjir besar yang pernah melanda myhometown- Kota Tinggi pada penghujung 2006 yang pernah saya tuliskan disini.

Saya sekarang berada di Bangi. Sekolah yang saya jalani praktikum tidak bercuti.. maka tidak dapat bersama-sama untuk bersedia 'berkemas' jikalau paras air naik lebih tinggi lagi. Pengalaman lalu mengajar kami sekeluarga untuk bersedia dengan kemungkinan yang mungkin terjadi.

Doa saya, moga kami semua tabah dan sabar. Apabila diuji, senyum je lah kan? Pasti ada hikmah atas setiap perkara yang terjadi..

Mari kita lihat gambar-gambar sekitar banjir di Kota Tinggi yang diambil semalam..







P/s: Tadi ibu bagitahu hujan sudah berhenti, matahari sudah kembali memancarkan sinar, namun air belum mau surut lagi! insyaAllah.. DIA takkan menguji dengan ujian yang tak mampu hambanya tanggung.

P/s: Ibu kata lagi harapnya tidak banjir, pening nak kemas barang. Ayah pula tenang walau saya tahu dia risau dengan keadaan kedai.

Kronologi peristiwa KRISIS MESIR

Semalam saya ada menulis mengenai Krisis di Mesir yang sepatutnya kita semua ambil berat dan berasa risau dengan situasi yang berlaku di sana.

Pagi tadi usai solat subuh dah panjatkan doa kepada yang ESA agar kehidupan mereka disana dipermudahkan? Jika belum, marilah sama-sama kita panjatkan doa insyaAllah doa-doa kita semua pasti diperkenankanNYA.

.

Baiklah, hari ni saya ingin menambah lagi mengenai punca-punca dan kronologi peristiwa yang berlaku di Mesir sehingga terjadi seperti hari ini. Saya merujuk kronologi ini di huffingtonspot.com yang menceritakan rentetan peristiwa yang terjadi di timeline nya.


Selasa, 25 Jan 2011
- Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).

Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.

Khamis, 27 Jan 2011 - Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.


Hosni Mubarak

Jumaat, 28 Jan 2011 - Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.

Sabtu, 29 Jan 2011 - Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar

Ahad, 30 Jan 2011 - Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
- Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
- Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.



Kenapa semua ini berlaku?
Ikutilah apa yang ahli forum ini tulis dari sini

Kejadian di Mesir juga bermula dgn insiden yang lebih kurang serupa.! 2 orang membakar diri di depan bangunan parlimen mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir dgn kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah.. berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka.

Fakta menarik tentang Egypt juga - >> GDP nya meningkat saban tahun.. malah 2-3 tahun ni mendapat banyak anugerah ekonomi antarabangsa yg memuji kerajaan mereka dalam menguruskan ekonomi negara.. ! (sounds familiar eh?) Kerajaan mereka juga memainkan unsur2 feel-good factor ni.. dalam akhbar2 mainstream mereka..!

Hakikatnya - rakyat marhaen makin tertekan.. kemampuan utk membeli barangan keperluan dan makanan makin mengecil.! bukan saja kadar pengangguran makin naik.. malah harga rumah di sana di paras mmg takkan termampu oleh orang2 miskin dan golongan pertengahan..
Sila lihat perbincangan disini untuk perbincangan yang lebih lanjut.

Kenapa kita perlu mengambil berat tentang perkara ini.

1. Pelajar Malaysia kini dalam bahaya di sana dan kononnya kerajaan Malaysia lewat bertindak. (ulasan seorang sahabat, "sekarang masih kuning, bila diisytihar merah baru bertindak?")

2. Mesir adalah negara kedua terbesar yang menerima bantuan ketenteraan daripada USA selepas negara Israel. Egypt is considered one of the United States' strongest allies in the Middle East and Arab World. (sumber)

3. Disebabkan Mesir mengawal laluan minyak melalui terusan Suez, harga minyak akan naik di seluruh dunia dan seterusnya mempengaruhi ekonomi dunia.



P/s: Bangun pagi ini disenyum dengan senyum Februari minyak naik lagi! Lupakan seketika harga barang naik. Doakan semoga pelajar, rakyat Malaysia, dan muslim di Mesir selamat!

P/s: Sila sebar-sebarkan hal ini.. Bangunkan sahabat-sahabat kita yang masih terlena. Dibenarkan untuk copy paste entry ini, dan jua ini.


Jan 31, 2011

Krisis Mesir, Apa tindakan kita?!


Terkejut saya sewaktu menonton berita malam tadi tatkala mendengar ulasan daripada Pak Menteri. -Belum ada keperluan untuk bawa pulang pelajar Malaysia di Mesir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu

Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.


Lanjutnya di Bernama

Mungkin tujuan beliau berkata sedemikian bagi menenangkan keadaan. Namun, cuba menyembunyikan keadaan di alam dunia penuh teknologi dengan info semua dihujung jari rasanya bukanlah suatu tidakan yang terbaik.

Dan, ini pastinya akan menimbulkan perasaan tidak puas hati buat ibu bapa kepada pelajar-pelajar disana. Keadaan mereka yang terdesak dan terperangkap disana pasti tambah rumit lagi apabila bekalan elektrik dan internet juga telah dipotong. Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalana makanan yang meruncing. Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis.

Untuk mendapat gambaran semasa tentang situasi di Mesir boleh buka blog krisismesirnasibrakyatkita dan juga di lama facebook selamatkan pelajar dan rakyat malaysia di Mesir.

Buat semua umat ini, marilah kita sama-sama berdoa agar keamanan kembali di Mesir. Bak kata seorang sahabat saya,

Doa dari jauh, Allah dah suratkan dalam lipatan takdir pasti ada hikmah kan?


Doa dan harap tenang, aman selesai dengan cepat!
Untuk melihat foto-foto sekitar disana, boleh lihat lanjut disini dan sini.


P/s: Mesir- Daripada hidup ditindas orang, lebih baik mati dalam perjuangan!

Jan 30, 2011

MAHER ZAIN-InsyaAllah versi Bahasa Melayu


2 3 hari lepas saya terdengar lagu insyaAllah versi Bahasa Melayu di radio. Mula-mula rasa macam tak percaya.. Eh, Maher Zain ke yang nyanyi ni?

Kemudian, saya godeh-godeh di Youtube, jumpa lah lagu insyaAllah versi Melayu. Memang best.Liriknya memang baik untuk sama-sama kita renungi dan hayati..:)




Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

[chorus]


P/s: esok saya akan memulakan praktikum selama 3 bulan di SK Sri Serdang, doakan saya dipermudahkan segala. InsyaAllah.

UPDATE: Masalah Penempatan IPG Selesai



Sahabat-sahabat PISMP Ambilan Januari 2007 boleh tersenyum lega apabila mereka sudah boleh menyemak keputusan penempatan mereka di Portal Rasmi KPM bermula Jumaat lepas.

Alhamdulillah, nampaknya penantian mereka tak sia-sia dan masalah penempatan pelajar IPG ni hampir selesai sepenuhnya. Syukur kepada Tuhan.

Kepada yang dah lama menunggu, pastinya ni adalah antara saat yang dinantikan. Dan untuk senior-senior saya di IPG KPI nampaknya majoriti pelajar lelaki dihantar ke Sabah dan Sarawak!

Wahh.. Dah nampak bayang-bayang mungkin penempatan saya nanti pun di Sabah atau Sarawak?


P/s: Sedih mendengar karkunzahari dari seorang pensyarah yang ke Sarawak baru-baru ini mengatakan masyarakat di sana sangat memerlukan khidmat ramai lagi guru untuk membimbing mereka lebih-lebih lagi dalam urusan keagamaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...