1.
Dia sihat.. Tadi makcik nampak dia tak angkat call Syuk..Ada apa-apa jadi?
Dia tak perasan kot, takpe.. Dia kenapa, ada masalah lagi ke?
Dia macam berangin sikit semalam, ajak ayahnya ke KB malam-malam..
Oh..patutlah..saya cuba hubungi dia tak dapat.. sebab tu saya 'terpaksa' call makcik. Sampaikan salam saya pada dia makcik..
2.
Makcik, saya memang niat betul-betul dengan dia ni. Saya tak main-main.
Kamu dah betul-betul pasti ke? Anak makcik ni pelik sikit perangai dia
Saya terima dia seadanya makcik. Biasa lah, mana ada manusia sempurna kan?
Lagi 1 makcik nak ingatkan ni, kamu jangan ikut kan dia sangat..
Takpe makcik, dalam kelemahan dia banyak lagi kebaikan dia..
3.
Makcik bukan apa..Makcik kasihan pada kamu je ni..
Takpe, saya tenang je..saya okey..Dia serabut tu..biarlah dulu..
4.
Nanti kalau lepas posting Syuk jumpa orang lain macam mane?
Taklah makcik..insyaAllah tidak..
Kamu pasti?
Kalau nak betul-betul 'selamat'..saya nak bertunang..boleh?..
.......
5.
Makcik, sebenarnya tempoh hari banyak perkara saya nak tanya dan bincangkan..
Yeke?
Tapi, tak sempat..kan kalau ikutkan nak datang lebih awal...
Apa perkara nak dibincangkan?
Saya nak kenalkan keluarga saya sebenarnya dengan keluarga makcik.. Tapi mungkin belum ada rezeki macam-macam jadi sekarang ni kan..?
.......
6.
Bro..korang dulu apa masalahnya?
Kau ni biar betul tanya aku soalan ni..
Ya..aku taknak perkara yang sama berulang, dan nak ambil pengajaran daripada apa yang pernah berlaku..
Baiklah..kalau kau sanggup.. dia ni..bla..bla...bla...XXXXXXX
Oh..Thanks bro, aku rasa dia tak seperti tu..rasanya ada salah faham disana-sini
*senyum
7.
Bro, kau lupakan la dia..
Kenapa?
Kau dengan dia jauh kan, mana la tau dia ada lain kat sana
Aku okey je macam ni..sekurangnya terkawal sikit kan?
Bukanlah..aku cuma nak kau gembira je..
Aku sedang gembira je kan sekarang ni?
8.
Kamu benci saya?
Saya sayang semua kawan-kawan saya
Kamu sayang saya?
No komen..
Kenapa kamu desak saya suruh cari yang lain saja ni..hati kamu dah ada orang lain ke?
Sebab saya tahu kamu ada seseorang.. Siapa yang sepatutnya jujur?
Siapa orang tu?!
*Diam dan senyap..Tiada jawapan?
9.
Saya nak pulangkan dinar ni
Mengapa?
Ia bukan hak saya lagi
Ia adalah hak kamu
Bukan, ia dah untuk orang lain
Ya, memang untuk kamu..bukan untuk siapa yang lain..Percayalah!
10.
Saya nak pergi jumpa kamu ni, ada di rumah?
Maaf, saya tiada..1 keluarga ke Pahang..Ada majlis kahwin..Kak Long je ada di rumah dengan adik kecil..
Oh..Saya kalau boleh nak selesaikan ni dengan tenang..nak dengar dari kamu sendiri apa yang masih keliru dan buntu pasal saya lagi..
*buat-buat biasa dan macam tiada apa-apa
P/s: Dalam fikiran masih lagi dibelenggu rasa tidak percaya dan mempersoalkan erti setia?
10 comments:
Tersentuh sy membacanya...
Em, seperti bermain tarik tali..
Insan lain tidak mampu menilai kesetiaan kita melainkan diri kita sendiri saja yang tahu bahawa kita seorang yang setia atau tidak..
Semoga dipermudahkan segalanya.. :)
hmmm . sorang macam yakin . sorang macam keliru kan . :)
setia memang susah . tapi bile dah setia . dan bile di khianati . memang sakit . huuuu~
Dilema..????
Di serang babi hutan
pernah kecewa kerana setia....bila dah setia di sana pulak curang...hurm..
adele,
asal tau niat sebenar diri sendiri. mungkin orang tak faham.. syukran..:)
bena,
setia memenatkan ke?:)
Miecyber,
tiada dilema kalau kita pasti dengan pilihan sendiri..:)
honeybunny,
setia adalah setia..:)
kdg2 kita kena buka mata kita. kalau main tarik tali mcm ni..cmp bila pon benda tak selesai...hmmm
sabar syuk, ALLAH s.w.t tahu niat hati kite, marah itu dari SYAITON, tenang itu dari ALLAH, pilihlah menjadi tenang selalu ;-)
Post a Comment