Apr 24, 2010

Dencomm diserbu BNM?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

.

.

Pernah dengar pasal Dencomm?
Dekat je dengan tempat aku, Kota Tinggi. Aku pertama kali dengar pasal Dencomm ni daripada kawan ayah yang sama-sama tunaikan umrah. Beriya-iya ajak aku join, masa tu tengah seriau CBF baru lepas 'kena' dengan BNM.

Memang betul lah, bisnes banyak mengajar aku erti kehidupan. Kisah lebih kurang sama je, KPDN dah beberapa kali datang buat lawatan, bagitau bisnes takde masalah. Last-last kena gak..serupa je macam kes CBC dulu...tunggu duit company dah banyak?hehe...

Tapi, rasanya sekarang baru bulan 4 biasanya serbuan bulan 6 keatas? mengapa? asbab PRK? uppsss...tak berani komen lebih-lebih jom baca berita!;)

KUALA LUMPUR, April 21 (Bernama) -- Dencomm Sales & Services Sdn Bhd, syarikat berpangkalan di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Bank pusat Rabu berkata yang ia telah melakukan siasatan ke atas syarikat itu ekoran aduan yang diterima dari orang ramai.

Sejumlah aset dan dokumen syarikat yang berkenaan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan, katanya.

Bank Negara juga berkata syarikat itu telah membuat kesalahan masing-masing di bawah subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).



-- BERNAMA



Bank Negara Malaysia Menyiasat Dencomm Sales & Services Sdn Bhd

Bank Negara Malaysia telah menjalankan siasatan terhadap Dencomm Sales & Services Sdn. Bhd. kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram dan aktiviti pengubahan wang haram yang masing-masing merupakan kesalahan di bawah subseksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan subsekyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Subseksyen 25 (1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu daripada menerima, mengambil, atau menyimpan deposit tanpa lesen yang sah, manakala subseksyen 4 (1) AMLATFA 2001 pula melarang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap Dencomm Sales & Services Sdn Bhd dilakukan hari ini di premis syarikat tersebut di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Sejumlah aset dan dokumen syarikat yang berkenaan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Sehubungan dengan ini, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen, diluluskan atau dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Orang ramai juga boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat hubungan berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan)
Tel : 1-300-88-5465
Faks : (03)2174 1515
E-mel : bnmtelelink@bnm.gov.my
SMS : 15888

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin-Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang)



Bank Negara Malaysia
21 April 2010

Ayah aku mujur dah nak join. Lega.

So, pasni leh la follow plan syuk lak ye.. Ada duit, layan OD dengan emas aje...insyaALLAH semoga kita semua sentiasa mendapat yang terbaik.

*Tidak rugi orang bermesyuarat, tidak menyesal yang beristikharah.

**Jangan kecewa, bangkitlah. Waktu inilah anda akan kenal mana sahabat sewaktu susah dan senang!:)

12 comments:

Hidier said...

salam...

wah..nasib baik x pernah dengar tentang skim cepat kaya ni..

tu la kan..kadang2 kita pon susah nak kena mana satu skim yg betul, mana satu skim yg tipu ni..

student said...

wslm..

entah bro, aku pun tak berani komen dan menuduh ini skim cepat kaya..

perkhabarannya, payment sebelum ni mmg tiada masalah, cuma bulan lepas payment sedikit lewat dan ahli-ahli baru yg bru mendaftar buat report..tu yg bnm terus buat serbuan..

kebenarannya aku tak berani komen dan tidak mahu meletakkan apa2 hukum..:)

Shaiful Akmal said...

ni bukan skim cepat kaya la bro...ni macam kau beli kebun pisang...pastu kau upah orang lain usahakan...pastu kau dapat untung sikit...

student said...

aku tau, kan kat entry tu aku dah btau aku tak tuduh pun kan?

tajuk entry pun aku buat secara umum jer kan?

"Dencomm diserbu BNM"
ada unsur penuduhan disitu?

tenangkan diri.
jgn emo2...aku pernah merasa situasi ni jugak..

rasional jangan emosional.

Goldman said...

COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1370.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.

student said...

terima kasih tuan.

saya belum pernah membeli Pamp Suisse lagi, setakat ni dinar emas, dan dinar Kelantan..

budget masih terhad, mungkin di lain kesempatan?

insyaALLAH...:)

Aidil said...

Bro, boleh ko tgkkan sykt dencomm ada lagi tak? aku dengar signboar dia dah buka? ko kan dekat je ngan kat situ..so keh tolong tgkkan tak?

student said...

wokeh bro..
aku kat Bangi dah ni nanti aku tanyakan member aku..

Tp, khabarnya memang nanti nak buka semula sebab dah pernah kene pun sebelum ni dan berjalan semula serti biasa..

Wallahualam.

Anonymous said...

salam, macam mana dengan dencomm skg? ada khabar terbaru? opis nya mcm mana? ada lg atau dah jual?

Anonymous said...

Sedikit penerangan.
Apa2 jua perniagaan yang mengutip duit tanpa ada pembelian barangan iaitu dengan menggunakan lesen AJL mestilah mempunyai lesen BAFIA dari Bank Negara. Dencomm kutip duit tanpa ada barangan dan tiada lesen AJL. Maka itu dipanggil pengutip deposit haram. Bukan macam tanam pisang.
Nak kenal mana satu skim tipu mana satu skim betul. Call bank negara atau sekuriti malaysia...tanya diaorg kan senang. tak yah sakit kepala nak kena tipu.
Payment yg sebelum ni takde masalah kerana Dencomm baru beroperasi belum apa report pada bank negara. Lagipun bank negara bukan pakai serbu saja. Bila ada bukti kukuh baru diaorg serbu. Kalau tidak diaorg kena balik.
Takpun taip nama company diikuti perkataan forum selepas itu kat google. Cth: dencomm forum.
semak senarai link mungkin kita dapat kesan sesuatu pelaburan itu scam atau tidak.
Itu saja dari saya, semoga lebih berhati2 selepas ini

student said...

terima kasih atas komen dan nasihat tn anonymus.

marilah kita saling memperingati.

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...