Aug 12, 2010

Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan.

Salam Ramadhan buat semua.
Ahlan Wa Wahlan Ya Ramadhan.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk melaksanakan ibadah berpuasa lagi buat tahun ini.

.

.

Bagaimana dengan persediaan kita semua untuk Ramadhan ini?
Puasa yang lepas-lepas dah habis diganti?:)



Apabila Ramadhan tiba, ianya buat saya teringat kepada kenangan berpuasa sewaktu kecil.
Seingat saya, saya dilatih berpuasa sejak berumur 6 tahun.
Sewaktu itu tak tau apa-apa lagi. Ayah berniaga, ibu pun waktu ni masih bekerja jadi masa saya banyak dihabiskan di rumah dengan ayah (ayah berniaga pasar malam). Adik kedua saya (Syukri) masa ni pun bukan tau apa-apa. Jadi member gaduh boleh la..hehe..

Lihat ibu dan ayah puasa. Saya pun turut nak puasa. Nak belajar berpuasa.
Tapi, bila sampai tengahari je dah tak larat. Penat. Yelah, masa tu kan kecil lagi (alasan).

Saya makan, Ada 1 hari tu lepas makan je saya menangis. Sebab rasa rugi pula tak dapat puasa penuh. Tapi, ibu pandai memujuk.

Ibu bagitau saya,

Abang puasa harini separuh hari, esok separuh hari. Nanti separuh jadi separuh jadi lah sehari. Jangan menangis ye..



*Abang adalah panggilan untuk saya. Saya anak sulung.


Bila kenang-kenang semula, senyum sorang-sorang saya jadinya.
Erm, jangan ada yang berpuasa separuh hari pula ye.. :)

3 comments:

Kujie said...

Salam Ramadan 1431H - moga tahun ini kita dapat meraih keberkatan dari rahmatNya

i said...

budk2 makan gula,slmat brposa ..

student said...

Kujie:
Salam Ramdhan jua buat Kak Jie. Marilah kita sama-sama mengejar rahmat dan berkat dari ilahi. ameen Ya Rabb..:)

i:
pohon pinang pohon selasih,
terima kasih.

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...