Jul 7, 2010

Genta Rasa

Jika saya mula sayang pada seseorang, saya akan bagi komitmen yang terbaik, bersungguh-sungguh dan ambil serius terhadap hubungan tersebut!


Pada hari selasa yang lalu,
saya telah menuju ke sebuah negeri di pantai timur.
Ambil bas malam isnin, sampai di sana subuh selasa. Perjalanan semua mudah, alhamdulillah.

Sampai sahaja saya di sana, usai menunaikan solat subuh si dia dan ayahnya mengambil saya di stesen bas.

Pada mulanya, rasa berdebar-debar jua. Pertama kali berjumpa dengan keluarganya. Tapi, debaran tu hilang dengan layanan baik yang diberikan. Sifat ikram keluarga ini amat tinggi. Tetamu datang membawa rahmat dan berkat, moga ALLAH muliakan kalian sekeluarga.

Disana, saya dapat belajar dan mengenali budaya di tempat orang.
Belajar makanan di tempat orang dan mengenali si dia dan keluarganya dengan lebih baik lagi.
Saya dan si dia belajar di tempat yang berasingan, ketika kuliah masing-masing sibuk dengan kewajipan kendiri, jadi inilah sahaja peluang untuk berjumpa dan saya senang dengan cara ini.
Berjumpa di rumah keluarga dengan cara yang terkawal, mak ayahnya di depan mata boleh jumpa dan bertanya khabar. (nak kawan dengan anaknya, perlu la kenal mak ayahnya kan?hoho)

Cukup cerita gembira sampai situ.

.

.
(baca ganti nama 'saya' di bawah sebagai 'aku')

Beberapa malam kemudian, sewaktu di atas talian, saya melihat facebook(fb) si dia.

Saya lihat ada seorang sahabat lelakinya, mengomen (betul istilah ni?) secara berlebihan si dia.
Ah! cemburukah ini? Saya sebagai lelaki dapat rasakan cara lelaki ini meninggalkan komen bukanlah niat sebagai seorang sahabat, tapi nampak ingin lebih daripada seorang sahabat.(ayat direct nak tackle la)

Si dia pula, jenis ingin menjaga hati semua orang.

Setiap komen daripada lelaki ini disambut dan dilayan dengan baik sahaja daripada si dia sehingga dapat saya rasakan lelaki ini 'naik lemak' hinggakan terus menerus 'mengusha' si dia.

Hati saya rasa tercabar tercalar, panas dan...(sambung sendiri)

Saya cuba tenangkan diri, menarik nafas secara dalam dan berfikir apakah cara terbaik untuk saya hilangkan rasa kesakitan 'makan dalam' ini.

Lantas, setelah berfikir panjang saya Private Message(PM) lelaki ini;

Assalamualaikum dan Salam sejahtera bro.
Salam persahabatan dan selamat hari raya.

Wah3...nampak rancak betul mengayat **********(si dia)
Agak-agaklah bro, carilah bunga lain yang belum ada kumbang
Banyak lagi di luar sana.
Aku taknak cari gaduh, aku nak jadi member kau.

Salam hormat.


Kejamkah PM ini?

Seterusnya lelaki ini terus block profile saya tanpa reply PM, atau berkata apa-apa.

Saya jadi tak faham, dan pelik tentang lelaki ini.

Dan perkara ini menjadi punca hubungan saya dan si dia menjadi keruh sejak akhir-akhir ini.

Bukan saya meragui si dia, tapi saya rasa kurang selesa apabila lelaki ini berlebih-lebihan dan si dia pula menyambut baik segala komen si dia. Dah lah saya tak dapat lihat segala komen antara mereka berdua kerana dihidden selepas diblock. Rasanya jika kalian di tempat saya apa yang kalian rasa?

Cuba mendapatkan penjelasan daripada si dia.
Si dia hanya menyebut hubungan dengan lelaki itu sebagai kawan sahaja.

Ditanya perasaannya kepada saya

Apa yang awak rasa, itulah yang saya rasa.


Awak sayangkan saya?

Awak rasa?
Perasaan saya sama macam awk. Perlu bagitahu ke?

Awak rasa saya bersungguh-sungguh atau main-main dengan awak?
................


Pening mental saya.
Tolonglah, dalam keadaan genting macam ni, jawablah dengan serius.

.

Kepada lelaki itu, saya sedia jadi sahabat kamu.
Mengapa perlu block saya? Ada sesuatu yang perlu disembunyikan kah?

Kepada si dia, harap awak nilailah kesungguhan saya.
Berilah penjelasan sebaiknya yang boleh menyenangkan semula hati saya.
Saya tak marahkan awak pun, cuma berterus teranglah.
Saya percayakan awak. Moga semua baik-baik saja.
Saya penat untuk mengintai langit!

Apa yang saya faham tentang kasih sayang,
ia perlukan kesetiaan, ambil berat, dan kejujuran.

Luahan hati sudah tamat. Saya jua manusia.
Dalam menelan kemarahan, kadangkala tak semua mampu ditelan.

.


Ada nasihat dan komen membina?

7 comments:

ery said...

nak kne dak tu.bro cpt2 tunang

Fathiah Farid said...

erm, sabarlah..sy fhm rase tu..dan skarang sebelum ni sy prnah buat spt si dia awk, tp skarang pbuatan tu mkain lame makin bkurang sbb sy ada rasa yg sy prlu jg diri sy spt abg sy mnjaga diri dia.tiada paksaan tp dtg dgn sndiri dr lubuk ati.saling percaya tu penting tp kdg2 cemburu pun perlu seiring dgn saling percaya tu

MsJahirah said...

adeh..emo lak posting ni..hahaha..=P

student said...

ery:
jika semudah dikata.
:)

fath:
Apabila difikirkan semula, memamng silap saya jua fikir bukan-bukan.
hu.

lets gone be by gone.

jahirah:
ish kau ni, mana de emo..tulis dengan tenang je tu..hehe.

y@n@ M!B said...

aku pernah berada di tpt kau..tp si dia mrh katanya aku cemburu buta..erm kena yakin dan percaya je dgn psgn ko

peace! ^_^

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua turut terbakar sama bro

student said...

brutol:
aku jenis boleh bawak berbincang.
kalau nak ikut api kemarahan, terus membakar takde gunanya. untuk berterusan berdiam diri rasa macam dayus dan bukan lelaki pula. Jadi pilihan yang aku ada?

yana:
aku bersungguh-sungguh memahami si dia dan keluarganya. aku sedar aku orang jauh.hu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...