Jan 15, 2011

Cukuplah marah.

Hadis tentang marah

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.

Huraian

Adapun maksud perkataan “Janganlah Marah” yang dikatakan kepada lelaki tersebut ialah jangan menurut nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.

Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami:

”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.

Wallahu A’lam

(sumber Hadith 40 , Mustafa Abdul Rahman)


-----

Sesungguhnya hati ni jikalau mengikut rentak kamu yang berterusan bersuara cun pasti saya sendiri boleh pening dan serabut jadinya. Biarlah kamu nak kata apa-apa lagi.. Nak melangau-langau lagi pun sila lah jikalau itu memberi seribu kepuasan buat kamu.. Hendak membuat spekulasi-spekulasi pun terpulanglah.. Hati ni dah tepu menelan semua. Selagi sabar itu ada.

Banyakkan lagi sabar, kalau saya bising-bising seperti kamu.. maka sama je lah saya macam kamu.. Kamu nak tulis apa-apa lagi pun tulis je lah yang terbuku semua jika itu membuatkan kamu puas, lega dan gembira. Kamu nak terbitkan lagi spekulasi baru pasal berbangga diri itu ini.. terpulang lah pada kamu.. Kalau saya tak buat semua itu, kamu yang rugi dan berdosa menuduh saya tanpa usul periksa.


P/s: Senang betul manusia menuduh itu ini untuk puaskan nafsu amarah diri. Kamu manusia cerdik, masalah dari jiwa perlukan rawatan bermula dari jiwa juga.

P/s: Senang-senang berubah haluan dengan alasan tanpa persefahaman dengan tiada penjelasan. Umpama mahu melarikan diri sahaja dari segalanya. Mungkin kepuasan dengan cara itu atau memang sudah beralih 'haluan baru' semudah menukar baju.

Jan 14, 2011

Mulut kamu memang cun!


Apa masalahnya lagi ni.. Kes apa lagi ni.. Kekecohan apa lagi ni? Tolonglah.. Saya pun manusia.. Saya sedang bersabar.. Tersenyum... Senyum dengan semua ni.. Sedang duduk diam-diam ini okey?! Saya duduk diam-diam kamu tak habis-habis terus mahu menyerang di sebelah sana! Saya senyap ianya sudah sangat bagus bukan? Kamu jua yang kata tenang jika tak diganggu.. So, nak apa lagi ni.. Saya sedang beri ruang untuk kamu buat diri sendiri..

Saya geram sangat sebab tak diberi peluang untuk meleraikan yang kusut.. menegakkan yang bengkok.. menjelaskan yang kabur! Baik Syuk, sila tambah lagi aras kesabaran kamu boleh kan?!

Hey, si pesalah di mahkamah pun diberi peluang untuk membela diri tau! Dan masih tak dijatuhi bersalah selagi belum dibicarakan lagi lah..

Kenapa ni...?

  • Tak cukup nak kata macam-macam lagi pasal saya? Konon saya jaja perkara buruk tak tentu hala pasal kamu.. hey! apa punya tuduhan kah ini? Tak puas lagi hati kamu? Sampai bila mau puas? Dendam?..Oh.. terima kasih..

  • Tak cukup lagi ber'kau-aku'? Mana perginya maruah dan rasa hormat diri kamu sendiri yang sangat saya kagumi selama ini? Awak.. panggil dengan baik-baik kan lebih boleh dan manis? Awak perempuan yang baik-baik kan..

  • Tak cukup lagi? Ada banyak lagi ke yang masih tersimpan di dalam lubuk hati kamu..Cukuplah kamu.. Its enough lah.. Be rasional boleh? jangan dilayan sangat rasa emosional kamu tu.. suara langau? lihatlah sendiri, selama ni di entri-entri siapa yang berlangau berterusan??

  • Tak cukup lagi kamu block saya sana-sini.. tak bagi peluang untuk saya jelaskan kenapa itu ini.. terus melulu buat kesimpulan sendiri.. Saya cuba hubungi orang yang patut kamu percaya terdiri dari keluarga sendiri pun mau marah-marah lagi? apa ni?

Tak semua perkara kita akan ketahui selagi kita tak memberi peluang buat diri kita untuk tahu hal itu. Tapi..kalau dah hati sendiri itu sudah ditutup kemas.. langsung tak memberi peluang buat kebenaran untuk bercerita.. hey apa kesudahannya? Suka dengan situasi ini? Gembira? menipu diri sendiri dengan benci yang hakikatnya masih ada cinta! Sombong? Egoistik?! Rasional lah.. tolonglah..

Saya tahu kamu sedang sangat sakit, marah, kecewa, duka, nestapa. Mungkin. Atau rasa puas dengan cara ini..? Oh.. saya tak tak tahu apa yang kamu rasa.. Ye lah.. itu diri kamu kan? Kamu jua kata kamu ni aneh.. Tapi, sebab keanehan kamu lah saya sentiasa cuba hargai kamu.. sayang kamu sepenuh hati.. Cuma, mungkin kamu yang rasa rimas.. tak selesa.. Takpe, saya sendiri selalu kata.. saya okey je.. kamu tak reply, kamu tak angkat fon.. its okey for me.. kamu sibuk dan saya tau yang itu..

Cuma yang saya dapat rasakan sekarang ni, saya rasa makin tak faham apa yang kamu mahu..

Apa semudah tu kata tak sehaluan? Haluan dan jalan itu sentiasa ada kalau kita beri peluang buat diri sendiri untuk mengetahui kebenaran.. Saya bukan sehina itu untuk sesaja berjumpa dengan 'sahabat lama' kamu tu.. Ingat situasi dan waktu bila perkara itu berlaku..cuba muhasabah.. imbas kembali..dan ianya adalah terpaksa.. kalau tidak, situasi itu akan berlaku lebih teruk lagi.

Oh..biasalah manusia.. 1 jari menuding kepada orang lain, perlu diingat 4 yang lain menuding kepada diri sendiri.. Kamu nak kata macam-macam.. saya tahu kamu sedang marah.. Dari dulu lagi saya dah bagitau..benda boleh dibawa berbincang.. bincang..




....

P/s: Ikut hati mati, Ikut nafsu lesu! Ikut emosi? Pikir la sendiri..

P/s: Syaitan mungkin sedang bergelak ketawa melihat ada bara-bara fitnah dan tuduh menuduh antara 2 anak Adam ini! Saya minta maaf sangat-sangat pada kamu.. Yang sudah tu cukuplah.. Perkara lalu kita jadikan pengajaran, yang penting adalah masa hadapan!

P/s: Manusia tidak pernah lari daripada buat kesilapan. Tenang lah awak.. nasihat saya, janganlah ikut sangat rasa marah.. jangan dilayan berterusan rasa emosi tak tentu hala tu. Saya ada bagi amalan untuk tenangkan hati kan? Amal lah.. Moga dikurniakan ketenangan buat kamu dan saya.. Masalah dalam jiwa perlu bermula dengan rawatan dari dalam jiwa jua.

P/s: Hidup ini manis jika masing-masing saling menenterami kan? Saya tak pernah benci dan marah pada kamu. Percayalah. Dan rasa itu kekal seperti selalu walau apa kamu kata. Bodoh kah? Saya pun tidak tahu!

Jangan dilayan rasa lemah

Badan saya berasa tidak enak. Mungkin demam.

Suhu badan turun-naik. Panas-sejuk.

Tidur rasa tak lena, kerap terjaga. Hidung tersumbat, kepala kerap terasa pening dan berat.

Ikutkan hati terasa mahu ambil cuti untuk berjumpa doktor di klinik. Tapi, sangat sayangkan kuliah. Saya cuba gagahkan diri buat macam biasa.

Kuliah kajian tindakan Bahasa Arab dan Bimbingan Kaunseling yang padat, akan banyak ketinggalan jika terlepas walau sehari. Pensyarah semua mahu 'tolong' kami habiskan tajuk-tajuk bagi semester ini secepat mungkin sebelum kami akan disibukkan pula praktikum di sekolah pada penghujung bulan ini.

(kesakitan boleh disorokkan?)


Penat dan lelah.

Doakan saya sihat, tenang, dan lapang seperti biasa.

P/s: Ohh..pagi ni ada temujanji dengan pensyarah merangkap penyelia.. perlu submit tajuk proposal kajian tindakan..harap diterima tanpa perlu diubah sana sini bagai!

P/s: Luka di jari nampak darah, luka di hati nampak......?

Jan 11, 2011

Bercinta, Salah faham, dan Berpisah?

Kalian pernah jatuh hati? jatuh cinta?


Saya pasti, sebagai manusia normal perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu wujud dalam lubuk hati setiap lelaki dan perempuan yang normal..

Dan kalau boleh kita mahukan hubungan tu 'smooth' dan berjalan dengan baik sahaja.. tanpa selisih faham, gaduh-gaduh..kewujudan orang ketiga dan segala alasan bagai yang mampu merosakkan sesebuah hubungan perkahwinan, pertunangan, mahupun percintaan.. (Oh..mengapa entri ini agak jiwang? mungkin tekanan dengan pelbagai hal yang makin menyesakkan dada!)

Pasangan mana yang tak pernah bergaduh? Biasanya, bergaduh dan salah faham ni disebabkan oleh perbezaan watak dan personaliti antara pasangan tersebut.. Dan kalau dah kita betul-betul sayangkan seseorang tu perlukah tinggalkan si dia jika ditimpa dugaan dan ujian dalam perhubungan?

Mengapa tak cuba selesaikan, dan berbincang segera supaya keadaan menjadi lebih baik? Di sini, konsep terus terang, jujur amat diperlukan. Ada masalah jangan dipendam.. Terus terang supaya keadaan menjadi lebih baik.. Takut-takut bila berterusan dipendam, sampai satu tahap..terus meletup dan perhubungan menjadi agak sukar untuk diselamatkan..walau pada hakikatnya, perkara yang menjadi punca salah faham tersebut kecil sahaja.. tapi, kalau dah pendam lama-lama..perkara yang kecil tentu akan menjadi besar!

Kadang-kadang, saya sendiri tak faham mengapa sesuatu pasangan tu 'putus'. Putus cinta, putus kasih, putus sayang, putus tunang, bercerai, putus nyawa (angkara bunuh diri, nauzubillah!) dan pelbagai lagi. Perkara yang tidak sepatutnya berlaku kan?

Alasan yang paling tepat untuk putus cinta ni bagi saya 1 je, iaitu hati dah beralih arah atau kata mudahnya curang. Pasangan kita tu memang sayangkan kita hakikatnya.. Tapi macam saya bagitau kat atas tadi lah, tiada siapa yang sempurna.. Kadang-kadang ada jua tersilap kata, teremosi lebih, termarah lebih dan kesilapan tu dijadikan alasan untuk berpisah. Ye lah, nak berpisah sesaja je nampak macam teruk sangat lah kan.. Setuju?

Jadi.. Bagi saya, kalau dah memang kita sayang pada seseorang tu mengapa mesti berpisah..? Saling lengkap melengkapi katanya dulu.. Masa bahagia, kentut pun bau strawbery lah kan. Perbetulkanlah apa yang bengkok, uraikan apa yang tersimpul..itupun kalau selama ni betul sama-sama ikhlas pasangan tersebut..

Janganlah cepat give-up dan putus asa.. beralasan tak sehaluan.. Dulu masa mula-mula kenal boleh terima buruk baik, si dia buat silap saling bermaafanlah.. kan saling melengkapi, tiada manusia yang sempurna kan di dunia ni? Ataupun rasa berbaik semula tu suatu kesilapan.. sebab tekanan persekitaran? Jadi, suka dan rela untuk lepaskan pasangan yang dulu kita kata suka gila-gila..yang mungkin dah bagi sepenuh hati dia pada kata sebelum ni, tapi sebab suatu kesilapan yang dia lakukan.. kita delete terus dia daripada hidup kita? Jangan lah macam tu.. Itu semua ujian dan dugaan Allah buat kita.. dan yang pastinya kita diuji dengan ujian yang mampu untuk kita tanggung.

Dan 1 lagi, bila berlaku perselisihan faham.. berilah peluang untuk diri sendiri menenangkan diri.. jadilah rasional..elakkan emosional.. bertenang itu dah pastinya lebih baik daripada terburu-buru kan?

P/s: Dalam Agama, tempoh perkenalan yang sebenarnya bagi seorang lelaki dan perempuan itu ialah selepas bertunang. Tiada istilah couple pun dalam islam. Boleh jadi, salah faham dan gaduh-gaduh dalam 'bercouple' tu sebagai hint daripada Tuhan agar segera menjadi ke arah yang halal?

P/s: Perasaan cinta, kasih, dan sayang itu adalah suatu anugerah daripada Ilahi. Ia sangat rapat berkait dengan hati.. Maka jagalah ia dengan sebaik-baiknya. Dan janganlah biarkan sesekali hati itu mati.

P/s: Perbezaan cara lelaki dan perempuan berfikir biasanya menjadi faktor kepada salah faham. Setuju?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...