Jan 14, 2011

Jangan dilayan rasa lemah

Badan saya berasa tidak enak. Mungkin demam.

Suhu badan turun-naik. Panas-sejuk.

Tidur rasa tak lena, kerap terjaga. Hidung tersumbat, kepala kerap terasa pening dan berat.

Ikutkan hati terasa mahu ambil cuti untuk berjumpa doktor di klinik. Tapi, sangat sayangkan kuliah. Saya cuba gagahkan diri buat macam biasa.

Kuliah kajian tindakan Bahasa Arab dan Bimbingan Kaunseling yang padat, akan banyak ketinggalan jika terlepas walau sehari. Pensyarah semua mahu 'tolong' kami habiskan tajuk-tajuk bagi semester ini secepat mungkin sebelum kami akan disibukkan pula praktikum di sekolah pada penghujung bulan ini.

(kesakitan boleh disorokkan?)


Penat dan lelah.

Doakan saya sihat, tenang, dan lapang seperti biasa.

P/s: Ohh..pagi ni ada temujanji dengan pensyarah merangkap penyelia.. perlu submit tajuk proposal kajian tindakan..harap diterima tanpa perlu diubah sana sini bagai!

P/s: Luka di jari nampak darah, luka di hati nampak......?

5 comments:

Anonymous said...

SELAGI kita bernama manusia, selagi itu kita tidak sunyi membuat dosa dan kesilapan.
Begitu juga dengan pelbagai dugaan yang terpaksa kita harungi dalam menempuh liku-liku kehidupan kita.
Menurut sebuah hadith, setiap dugaan yang kita tempuhi ada ganjaran yang menanti kita, asalkan kita redha menghadapinya.
Hadith : Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: "Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk." Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu." Kataku pula, "Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda: "Semoga!"
Kemudian sabda baginda pula: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."(Muslim)
Huraian Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (At-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Terimalah ujian ini tanpa keluhan yer...Smg kamu cepat sembuh...(^__^)

"Dalam Hidup ada Duri, Dalam hati ada ILAHI"...

Cik tikah said...

panjangnya komen kat atas ni. haha..

semoga cpt sembuh! be strong!

student said...

anonymus,
alhamdulillah..thanks..belajar banyak perkara apabila diuji.. semoga kita semua terus tabah dan redha dengan setiap ujian daripada-NYA..:)

student said...

areteacar,
alhamdulillah, feeling better..:)

student said...

armouris,
semalam dah mula amik ubat..dapat tidur seharian..mula rasa lega sangat..thanks untuk link tu..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...