Feb 12, 2011

Akhirnya.. Hosni Mubarak letak jawatan


Tahniah rakyat Mesir, walau belum ada jaminan suasana akan lebih baik dalam waktu terdekat, namun akhirnya Hosni Mubarak tunduk jua kepada desakan rakyat.

Jika melihat kepada kronologi krisis di Mesir, tak mustahil perkara yang sama mungkin boleh terjadi di mana-mana Negara sahaja di dunia.

KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya meletak jawatan, selepas 18 hari tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahan 30 tahunnya.

Sehubungan itu, Naib Presiden, Omar Suleiman yang mengumumkan perletakan jawatan itu menerusi televisyen, menamakan sebuah majlis tentera untuk mentadbir sementara negara berkenaan.


“Presiden mengambil keputusan untuk menyerahkan kedudukannya,” kata Omar.

Seorang pegawai parti pemerintah sebelum ini berkata Hosni dan keluarganya meninggalkan Kaherah, berlepas ke kawasan peranginan di Laut Mati di Sharm el-Sheikh, tempat dia mempunyai istana.


Tentera Mesir sebelum itu berusaha mengurangkan kemarahan rakyat dengan memberi jaminan, pembaharuan yang dijanjikan akan dilaksanakan. Tetapi, beratus ribu penunjuk perasaan menjadi semakin berang, memenuhi dataran di sekurang-kurangnya tiga bandar besar negara itu semalam dan berarak menuju istana presiden dan bangunan televisyen milik negara, simbol penting rejim Hosni.

Lanjut di Hmetro

P/s: Moga kerajaan dan pimpinan baru yang akan naik mampu bersikap lebih adil dan baik serta memberi ruang kepada kebangkitan Islam di seantero dunia.

P/s: 12 Februari juga merupakan hari kesyahidan Imam Hasan Al-Banna, Pemimpin Ikhwanul Muslimin.


Feb 10, 2011

Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat posting buat sahabat-sahabat, dan senior-senior IPG yang telah memulakan tugas di sekolah masing-masing pada minggu ini.

Tahniah diucapkan.
Setelah menunggu hampir 2 bulan, akhirnya masalah penempatan mereka selesai.

Bagi senior-senior saya di IPG KPI, kebanyakan daripada mereka ditempatkan di Sabah dan Sarawak. 'Seronok' kan? Pastinya banyak pengalaman baru yang akan dapat dikutip apabila berada di tempat baru.. :)

Disebabkan praktikum saya pada kali ini berlangsung pada sesi petang, maka pada pagi selasa lepas (8Februari 2011) saya telah menghantar salah seorang senior saya ke KLIA untuk menaiki flight ke Sarawak.

Dia telah ditempatkan di SK Sungai Biar, Bakong, Miri.

SK Sungai Biar

Status pedalaman P1, dikelilingi hutan dan 2 buah rumah panjang.
Dengan bilangan murid 25 orang (6 orang Muslim), guru seramai 13 orang (3 orang Muslim) ianya adalah suatu amanah yang perlu dijaga dengan baik. Tambahan pula, saya difahamkan dia merupakan guru Pendidikan Islam yang pertama bagi sekolah tersebut.

Saya doakan yang terbaik buat dia. Saya tau dia boleh menjadi mu'allim dan murabbi yang baik!

Di KLIA


P/s: Tak sabar menunggu detik untuk posting pada tahun hadapan.



Feb 7, 2011

Hanya 55 Peratus rancang Pelan Persaraan

KUALA LUMPUR – Masyarakat di negara maju sering mengimpikan untuk bersara awal dengan melakukan perkara yang mereka idam-idamkan selepas umur persaraan wajib tanpa terbeban dengan isu berkaitan kewangan.

Namun, semua impian itu mampu dicapai jika golongan pekerja tersebut merancang pelan persaraan masing-masing dengan teliti.

Pengurus Jenama dan Komunikasi AXA Affin Life Insurance Bhd., Michelle Tew berkata, bagaimanapun, fenomena tersebut kurang berlaku di negara ini kerana tidak ramai rakyat yang merancang pelan persaraan masing-masing pada masa yang betul.

“Secara purata setiap individu berkerjaya di Malaysia hanya mempunyai RM80,000 dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada umur persaraan malah sebahagian besar mereka terpaksa terus bekerja sehingga ada yang mencecah umur 70 tahun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Beliau menjelaskan, warga pekerja perlu menyimpan pendapatan yang mereka peroleh pada kadar yang tetap dan ini dapat membantu meningkatkan jumlah simpanan.

Lanjut di Kosmo

Untuk fakta, para pencarum KWSP menghabiskan keseluruhan wang simpanan KWSP mereka dalam tempoh 3 tahun pertama -RWDS dan Pakdi


Nota kaki:

1.Selamat pagi Isnin. Hari baru. Nafas baru. Azam baru.

2.Lama tidak menulis mengenai kewangan kan di blog ini? Rindu.

3.Seorang sahabat bertanya, Syuk..kerja mana sekarang? Oh..sabar. Tahun hadapan akan melangkah ke 'alam' itu jua. Sedang menikmati tahun akhir pengajian.

4.Ingin merancang, biarlah berpasangan. Enggang terbang sama enggang, pipit sama pipit. Oh.. mana si enggang? Mana si pipit?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...