Aug 6, 2010

Cinta=Menunggu bas.

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

Macam mana tu? Ini kisahnya.


Bila bas tu datang, anda nengok bas tu dan anda
kata pada diri anda,"Eee... penuhnya... tak de
tempat duduk." Jadik, anda katakan pada diri
anda, "Saya akan tunggu bas yg lain."


Anda pun biarkan bas tu berlalu dan anda tunggu
pulak bas yang lain. Kemudian, datang pulak bas
yang kedua. Anda nengok bas tu dan anda akan
cakap, "Eee... bas ni buruk sangat... mesti tak
selesa dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah
jalan."


Jadi, anda pun biarkan bas buruk tu berlalu dan
anda bercadang untuk tunggu bas yang
seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi
sebuah bas. Bas yang datang tu kosong, tak
penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ni
awak kata, "Emmm.... takde air-cond... cuaca
pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang
lain."

Dan sekali lagi anda biarkan bas tu berlalu dan
anda bercadang untuk menanti bas yang
seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca
semakin mendung dan baru anda perasan yang
anda pula dah terlambat rupanya. Anda mula panik
dan terus naik bas yang datang ketika itu,
walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.
Kemudian barulah anda sedar bahawa... anda dah
naik bas yang salah.


Jadi, selama ni anda dah membazir banyak masa
dan wang untuk menunggu apa yang anda nak.
Walaupun yang datang tu adalah bas yang berair-
cond, adakah anda dapat pastikan bahawa bas tu
tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas
tu tak terlalu sejuk untuk anda?

Jadi, (terutamanya golongan lelaki) perempuan pun
samalah mengingini apa yang anda idamkan tu
memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau
anda sanggup memberi satu peluang pada orang
lain, kan?

Sekiranya anda dapati "bas" itu tak sesuai dengan
anda, apa yang perlu anda lakukan hanya tekan
loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya
pasti anda semua tentu ada pengalaman yang
macam ni.

Anda nampak sebuah bas datang (tentulah bas
yang anda nanti-nantikan), anda tahan bas tu tapi
pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-
pura buat tak nampak anda dan terus berlalu
tinggalkan anda!

Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya
macam tu, apa yang saya lakukan ialah
BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar
bas tu sebab setiap kali, anda akan terjatuh dan
menyakiti diri anda sendiri.


Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas,
sama ada anda nak naik dan beri peluang pada
bas tu... semuanya terpulang pada diri anda. Dan
bila anda berjalan, anda sebenarnya cuba
melarikan diri daripada cinta!


Hati saya 'diketuk' seseorang.
Memberi peluang buat diri sendiri, dan pastinya saya tidak mahu perasaan 'dibuai' ini berlama-lamaan. Mulakan dengan berjumpa keluarga dan pertunangan mungkin?;)

Saya tidak akan meninggalkan, tetapi akan merelakan untuk ditinggalkan.

*Agak jiwang entry kali ini..hiho..

:)

Aug 3, 2010

Anak-anak zikraa

Rindu pada ini.



Tahun ni, insyaALLAH konsert muzikal akan diadakan lagi.

Konsert terakhir sebelum 'kami' semakin sibuk dan melangkah pergi.

Aug 2, 2010

Penting sangat peperiksaan?

Harini balik sekolah lewat sikit. Sahabat yang lain sibuk menanda kertas periksa.

Saya baru habis kelas, kertas periksa dah separuh ditanda. Penat, akan dihabiskan malam ni sebelum tidur.

Cukup cerita hal peribadi.

.

Saya mahu berkongsi dengan kalian mengenai apa itu Teori Kecerdasan Pelbagai.

Entry ini ditulis 'tempias' daripada isu UPSR dan PMR yang ingin dimansuhkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM).

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, pandangan peribadi saya selaku pelajar yang pernah belajar di sistem persekolahan kita dan kini bergelar guru pelatih turut merasakan sememangnya sistem persekolahan kita terlampau berorientasikan peperiksaan.

Apakah maksud berorientasikan peperiksaan?
Apabila seseorang pelajar yang belajar seterusnya menduduki peperiksaan peperiksaan, kertas dan sijil keputusan peperiksaan bernilai tinggi, penilaiaan akhlak, nilai, dan etika sosial tidak dipandang menjadi kayu pengukur. Maka sesiapa yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, maka dialah pelajar yang paling berjaya dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.


Apakah tanda-tanda seorang pelajar itu menjadi berorientasikan peperiksaan?
Apabila berlumba-lumba ke pusat tuisyen. Menghafal segala jawapan. Menghafal soalan dan jawapan ramalan peperiksaan. Terlampau banyak format dan 'undang-undang' perlu dipatuhi untuk cemerlang.


Itu secara ringkas menurut saya.

Hakikatnya, kejayaan dan kegagalan seorang pelajar dalam kehidupan ditentukan oleh sikapnya.

Ingatkan kisah arnab dan kura-kura yang pernah saya ceritakan.

Baik, berbalik semula kepada Teori Kecerdasan Pelbagai yang saya ingin kongsiakan, teori ini diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti.

Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

  1. PERKATAAN (linguistic intelligence)
  2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)
  3. GAMBAR (spatial intelligence)
  4. MUZIK (musical intelligence) REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)
  5. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence)
  6. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or
  7. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)
Seorang yang cemerlang dalam pengiraan (Matematik), belum tentu cemerlang dalam muzik dan seni lukisan.

Dan yang biasa terjadi, seseorang yang cemerlang -score exam tapi mengalami masalah dalam hubungan sosial iaitu kemahiran sosial.

Nampak perkara yang ingin saya cuba sampaikan?

Ada sambungannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...