Aug 2, 2010

Penting sangat peperiksaan?

Harini balik sekolah lewat sikit. Sahabat yang lain sibuk menanda kertas periksa.

Saya baru habis kelas, kertas periksa dah separuh ditanda. Penat, akan dihabiskan malam ni sebelum tidur.

Cukup cerita hal peribadi.

.

Saya mahu berkongsi dengan kalian mengenai apa itu Teori Kecerdasan Pelbagai.

Entry ini ditulis 'tempias' daripada isu UPSR dan PMR yang ingin dimansuhkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM).

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, pandangan peribadi saya selaku pelajar yang pernah belajar di sistem persekolahan kita dan kini bergelar guru pelatih turut merasakan sememangnya sistem persekolahan kita terlampau berorientasikan peperiksaan.

Apakah maksud berorientasikan peperiksaan?
Apabila seseorang pelajar yang belajar seterusnya menduduki peperiksaan peperiksaan, kertas dan sijil keputusan peperiksaan bernilai tinggi, penilaiaan akhlak, nilai, dan etika sosial tidak dipandang menjadi kayu pengukur. Maka sesiapa yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, maka dialah pelajar yang paling berjaya dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.


Apakah tanda-tanda seorang pelajar itu menjadi berorientasikan peperiksaan?
Apabila berlumba-lumba ke pusat tuisyen. Menghafal segala jawapan. Menghafal soalan dan jawapan ramalan peperiksaan. Terlampau banyak format dan 'undang-undang' perlu dipatuhi untuk cemerlang.


Itu secara ringkas menurut saya.

Hakikatnya, kejayaan dan kegagalan seorang pelajar dalam kehidupan ditentukan oleh sikapnya.

Ingatkan kisah arnab dan kura-kura yang pernah saya ceritakan.

Baik, berbalik semula kepada Teori Kecerdasan Pelbagai yang saya ingin kongsiakan, teori ini diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti.

Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

  1. PERKATAAN (linguistic intelligence)
  2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)
  3. GAMBAR (spatial intelligence)
  4. MUZIK (musical intelligence) REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)
  5. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence)
  6. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or
  7. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)
Seorang yang cemerlang dalam pengiraan (Matematik), belum tentu cemerlang dalam muzik dan seni lukisan.

Dan yang biasa terjadi, seseorang yang cemerlang -score exam tapi mengalami masalah dalam hubungan sosial iaitu kemahiran sosial.

Nampak perkara yang ingin saya cuba sampaikan?

Ada sambungannya.

3 comments:

hanis aleeya aka gadis sepi said...

menanti sambungannya..

HEMY said...

niat asal periksa untuk mengukur apa yang dh difahami spnjg belajar..takde priksa..macam pelik juge.

tp sebab terlalu taksub...sume nk bukak tusyen, n sume nk anta tusyen. masalah skang..kalau akhlaknya baik..tp agak kurang cerdas..takleh masuk U juge kan?

hmm..ada pro n kons

Hidup Seorang Blogger said...

bagi saya penting peperiksaan ni.. kalu masuk U pun, boleh dikatakan setiap bulan ada kuiz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...