Feb 11, 2009

Israilliyat

Bismillah,

Untuk semester ni, bagi subjek Pengajian Al-Quran antara subjek kajian aku adalah mengenai israilliyat.. Rasanya tak salah untuk aku berkongski dengan kekwn semua ape yg aku belajar...ni lah antara perbincangan ringkasnyer..



Definisi Israiliyat :

Menurut Doktor Zahabi, Israiliyat didefinisakan sebagai "apa jua yang dianggap tidak berasas samada ia berbentuk dongeng dahulu kala ( sebahagian ulamak melabelkannya الدّخيل ) yang boleh jadi asalnya adalah dari sumber Yahudi(kebanyakan) atau Nasrani atau sumber-sumber lain"


Bagaimana pengaruh Israiliyat bermula :

-- Bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa al-Rasyidin rentetan daripada keislaman beberapa ahli kitab yang terkenal seperti Abdullah bin Salam (memeluk Islam semasa Nabi berhijrah ke Madinah), Ka’ab al-Ahbar (memeluk Islam zaman Umar) dan Wahb bin Munabbih (seorang Tabi’i).

-- Keilmuan mereka tentang al-Taurat dan al-Injil dimanfaatkan oleh sahabat dan generasi Tabi’in selepas itu untuk pendetailan dalam aspek tafsir ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, fakta-fakta sejarah, kisah-kisah nabi dan umat silam dan kisah-kisah kejadian alam.

-- Di zaman tabi’in, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif disebabkan kecenderungan masyarakat mendengar cerita-cerita yang agak luar biasa.

-- Di zaman tabi’ tabi’iin periwayatan menjadi lebih serius dengan munculnya golongan “ القصّاص”(al-Qassas) iaitu penyampai cerita yang tidak bertanggungjawab.


Pembahagian Israiliyat:

1) Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber Islam, al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah.

Contoh : riwayat yang menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa a.s ialah Khidir.

2) Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah.

Contoh : cerita malaikat Harut dan Marut yang terlibat dengan dosa besar. Minum arak, berzina dan membunuh

3) Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya (maskut anhu).

Contoh : riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.



Hukum meriwayatkan Israiliyyat :

--Pandangan pertama: Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat.

ولا تصد قوا أهل الكتا ب و لا تكذبوهم, وقو لوا آ منا بالله وما انزل الينا

Maksudnya: “ Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami...” (Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485)

--Pandangan kedua: Harus meriwayatkan Israiliyyat.

بلغوا عنى ولو آية, وحدثوا عن بنى اسرائيل لا حرج, ومن كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار.

Maksudnya; “Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka” (Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461)

Kedua-dua pandangan ini mempunyai dalil dan hajat masing-masing tetapi setelah dibuat penelitian, kedua-dua pandangan tersebut dapat disesuaikan mengikut pertimbangan berikut:

1. Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan cerita-cerita tentang umat terdahulu. Ia juga mengisyaratkan keharusan merujuk kepada Ahli Kitab.

2. Nabi S.A.W pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti A-Abros, Al-‘Ama, Al-Akro’ dan cerita A-Ghor.

3. Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak. Ia terikat kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya.

4. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya.


Kaedah mengecam Israiliyyaat :

1) Pengamatan sanad - lihat perawi yang biasa meriwayatkan kisah israiliyat

2) Pengamatan matan - lihat kandungan

3) Rujuk ulamak

4) Rujuk sumber-sumber Yahudi, yakni

i) Kitab Taurat.
ii) Talmud.
iii)Kitab-kitab Yahudi yang lain.

-Tujuannya adalah untuk membandingkan dengan kitab karangan ulama' dalam soal Israiliyat. Sekiranya ia disebut dalam sumber-sumber berkenaan maka ia meyakinkan kita bahawa ia memang satu riwayat Israiliyyaat.


Dicompile dan diubah-suai daripada sini dan sini. Kalau nak nota penuh dalam bahasa arab ada, penjelasannya lagi padat, file tu dalam bentuk e-book..kalau nak, boleh cntct aku yer.. :)

Wallahua'lam



2 comments:

Mohd Khairul Naziri said...

nice post!!

Ustazsyaari said...

Maaf... mngganggu sbtr utk sme ingt-mngingati. Keadan dunia kita skrng pnuh dgn gelora, prmasalahan dn bencana yg mlibtkn manusia mahupun alam. Ianya tk akn brkesudahan dn yg mampu kita lakukn, mencari punca segala prmasalahan ini...
Di sni sy srtakn alamat link yg brkaitan dgn prmasalahan yg dialami kite insane dn dunia ini... Harap sudi membaca dn brfikir dgn tnang, kelak akn terfikir dimana kebenaranya...:)

http://www.youtube.com/watch?v=4_OAauYfPwE


http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=893


http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=14021

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...