Apr 24, 2010

Dencomm diserbu BNM?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

.

.

Pernah dengar pasal Dencomm?
Dekat je dengan tempat aku, Kota Tinggi. Aku pertama kali dengar pasal Dencomm ni daripada kawan ayah yang sama-sama tunaikan umrah. Beriya-iya ajak aku join, masa tu tengah seriau CBF baru lepas 'kena' dengan BNM.

Memang betul lah, bisnes banyak mengajar aku erti kehidupan. Kisah lebih kurang sama je, KPDN dah beberapa kali datang buat lawatan, bagitau bisnes takde masalah. Last-last kena gak..serupa je macam kes CBC dulu...tunggu duit company dah banyak?hehe...

Tapi, rasanya sekarang baru bulan 4 biasanya serbuan bulan 6 keatas? mengapa? asbab PRK? uppsss...tak berani komen lebih-lebih jom baca berita!;)

KUALA LUMPUR, April 21 (Bernama) -- Dencomm Sales & Services Sdn Bhd, syarikat berpangkalan di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Bank pusat Rabu berkata yang ia telah melakukan siasatan ke atas syarikat itu ekoran aduan yang diterima dari orang ramai.

Sejumlah aset dan dokumen syarikat yang berkenaan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan, katanya.

Bank Negara juga berkata syarikat itu telah membuat kesalahan masing-masing di bawah subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).



-- BERNAMA



Bank Negara Malaysia Menyiasat Dencomm Sales & Services Sdn Bhd

Bank Negara Malaysia telah menjalankan siasatan terhadap Dencomm Sales & Services Sdn. Bhd. kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram dan aktiviti pengubahan wang haram yang masing-masing merupakan kesalahan di bawah subseksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan subsekyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Subseksyen 25 (1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu daripada menerima, mengambil, atau menyimpan deposit tanpa lesen yang sah, manakala subseksyen 4 (1) AMLATFA 2001 pula melarang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap Dencomm Sales & Services Sdn Bhd dilakukan hari ini di premis syarikat tersebut di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Sejumlah aset dan dokumen syarikat yang berkenaan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Sehubungan dengan ini, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen, diluluskan atau dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Orang ramai juga boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat hubungan berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan)
Tel : 1-300-88-5465
Faks : (03)2174 1515
E-mel : bnmtelelink@bnm.gov.my
SMS : 15888

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin-Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang)



Bank Negara Malaysia
21 April 2010

Ayah aku mujur dah nak join. Lega.

So, pasni leh la follow plan syuk lak ye.. Ada duit, layan OD dengan emas aje...insyaALLAH semoga kita semua sentiasa mendapat yang terbaik.

*Tidak rugi orang bermesyuarat, tidak menyesal yang beristikharah.

**Jangan kecewa, bangkitlah. Waktu inilah anda akan kenal mana sahabat sewaktu susah dan senang!:)

Apr 21, 2010

Kisah Arnab dan Kura-kura


Aku berhutang 1entry mengenai kisah Sang Arnab dan Kura-kura kan? Sekarang aku nak langsaikan hutang aku.:)

Mari membaca, berfikir, dan kaitkan dengan realiti kehidupan hari ini.:)

Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.


Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.

Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.

Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.

(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung...)

Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.

Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.

Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.

Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.

.

.

Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.

.

Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.

Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.

Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.

Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.

Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.

Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang anda. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam sesuatu bidang, ceburi bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.

.

.


Kisah ini belum berakhir.

Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.

Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.

Perlumbaan dimulakan.

.

.


Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.

Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.

Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.



Oleh itu, hargailah diri sendiri dan hargailah orang lain.

Apr 18, 2010

Mari bercinta!;)

Sengaja mahu berkongsi lagi.

Kalau tak kena cara, memang betul-betul kena atas batang hidung sendiri.

Sharing is Caring, right?;)


Kita belum matang dlm bercinta jika:

1. menghabiskan prepaid utk berbual2 dgn “buah ati" sedangkan dengan ibubapa sekejap saja(tu pun kalu kita yg call..)

2. rela tunggu berjam2 dlm ujan pulak tuh utk tgk buah ati idaman kita melintas jalan sedangkan solat kita wat secara ekspres ja (2-4 minit, tu pun dh kira lama sgt dh ...tuh..) @ kita xsolat langsung..

3. kita marah malah sanggup tampar adik kita yg tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipin dimaki hamun oleh "buah ati" kita..

4. kita sanggup baca novel-novel cinta yg beratus-ratus m/s tu dlm tempoh sehari, padahal tak pernah baca al-Quran walau 1 m/s setahun..

5. asyik terkenang wajah "kekasih" yg baru je ngadap tetiap hari...rasa rindu apabila berpisah.. tapi x terkenang pun wajah parents kita yg berbulan-bulan tak jumpa..

6.susah ati kita ni kalau terima sms,call,email@comment dari "buah ati" kita sebaliknya kita sendiri tau yg kita sudah lama tak kirim berita kt parents kita di kg..

7. pakai pakaian sehabis cantik tuk kuar dating dgn "buah ati" tapi pakai singlet @ xpakai baju langsung time solat..

8. lebih byk dok sebut... "i lap u" berbanding kalimah zikir cam istighfar,tasbih,tahlil..


Mari sama-sama berfikir, muhasabah, dan beramal.

Kredit untuk bro shahril dan sini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...