Sep 27, 2008

2 Oktober, jangan lupa beli paper metro yer..

fuhhh... malam ni rajin lak aku menaip+mengepos+memerah otak untuk menulis 2/3 entry..
mungkin sbab lpas ni nak cuti lak kot..hehehe...ye lar..sblum nih..bukan main liat aku nak
post entry bru..lama x update blog...ish3x...

ermm... 2 Oktober?
pe yang terjadi pada tarikh tuh?
nak tau???
ha... beli la nanti...ada cite psal jutawanceramic,
jngan lupe tau..insyaALLAH gmbr aku pun ada nanti dlam paper
hari tuh...hehehe... jngan lupe...
2 Oktober 2008 = 2 Syawal..

ok, sama-sama kita tunggu..=)



Fall in love?

"Syuk, awak fall in love ngn downline sendiri ke?"

perghhh...terkejut sesangat+gile+teramat sangat bile ada la salah sorang drpd network MyMode aku sms tanya soalan cepumas mcam tuh..pejadah punye soalan lah aku pun xtahu..yelar...selama ni, dak2 ni tnye mpesal gtway down..mcm ne kire bnus..soklan lbih kurng gitu lah..yang ni tetibe tnye soklan yg maha pelik...ishhh...xfham ak..

aku pun tnye la kat hamba ALLAH yang sorng ni npe la die bleh tnye soklan yg aku leh
kata sbgai tahap ngarut xleh msuk exam gak lar...huhuhuuu...(pe aku menulih nih..hohohoo..)

"ni nape lak tnye soklan mcm ni, tetibe je pelik lor.."

aku feed back dengan terus terang..

"xlar...'dia' tu la yg ckap...syuk ngurat dier.."

hahaha...mmg best kan kenyataan nih??kui3x..
kalo korng sume berada di tempat aku lah pe yg korng fikirkan?
ishhh... xfahm? mai aku cite lgi lanjut...


------------------------------------------------------------
sbgai sorg agen MyMode yg mempunyai network, no fon aku nih mmg dak2 ni
kekdg suke pass2 mcm tuh...diorg tnye soklan, walaupun no tu anonymus sedaya
upaya gak la aku akan cube menjawab dengan sebaik mungkin..
satu hari tu, ada la sorg dpd network aku ni sms..no anonymus..die ni pmpuan..
dia kata dpat no aku drpd upline die la..sje nak kwan2.. kagum ngn aku coz muda2
dah ada inisiatif cri duit kocek..ishh...pegak lah..jual topup, xdelah masyuk mcm jual dadah la kan? pe lar...xpe..yg penting halal..hehehe..

maka..bermsg la aku dgn dia..atas hbgn upline-downline..
coz, dah org buat baik dgn kite xkan nak wat xbek lak kan?
btoi x? tnye khabar...tnye psal family...psal bisnes..
mmg xde kaitan lngsung aku tnye psal hati dan perasaan lah..
dlam seminggu dua msg...tetibe die snyap x msg aku pun..aku pun xkesah sngat lah..
yelar...msing2 student kan..belajar lgi..mmg la sibuk..biase la mcm tuh..
tp..yg xbestnye, bile aku dpat msg yg mafhumnya lebih kurang mcm kat atas tu lah..
aduhai...aku pun xfham lah..
mmg lah die tu cun..leh tahan..kalo nak ikutkan mmg sape tngok bleh tertawab ler kot..huhuhu..tpi, npe la die ni pk mcm tuh..pelik aku..xfaham lar..die prasan atau aku yg xberperasaan??huhuhuu..

npe erk?
ish3x...smpai arini aku masih xfham..
moga2 satu hari nanti aku fham la yerk..hehee..








Cetusan menjelang raya..hohohoo..

26 September 2008,
hari terakhir aku kat IPIS sebelum bertolak balik esok pagi ke rumah untuk menyambut hari raya..

fuhhh... minggu ni memang minggu yang sibuk.. aku rasa memang teramat sibuk..
dengan 2 assignment yang perlu di'submit'-bahasa arab & pengajian agama,
dengan pembentangan kuliah yang perlu aku 'ready',
dengan projek minyak wangi aku yang baru je dilancarkan..
perghhh..sibuk..penat je rasa..
minggu ni, purata aku tidur dalam 2-3 jam jer..
memang masa tu rasa padat sangat..xtau dah kemana hilangnya nikmat waktu tuhh..huhuu..

tp, bila siang tdi assignment sume dah submit..alhamdulillah..syukur..ALLAH permudahkan sume keje aku..lega je rasa bile tugasan tu dah dihantar ke tangan pensyarah.. macam hilang satu bebanan yang terpikul kat bahu aku sebelum nih.. dah bleh tersenyum dahh.. dah bleh rancang untuk buat kerja lain pulak..hehehee..

alhamdulillah, tdi aku dapat bsolat terawih kat masjid sri petaling,
lepas hajat aku, betul la ckap wa'a.. even 20 rakaat x rasa penat pun..
lain rasa solatb ngn orang alim nih..diimamkan dgn hafiz quran..mmg best lah..
lepas terawih, singgah kedai kat bwah tu jap.. dok cri uncang yang ridhauddin pesan suh aku belikan dengan cri kayu sugi tuk aku.. kayu sugi yang aku gune ni ketot dahh..heheee..

esok pagi, insyaALLAH lepas subuh aku gerak balik johor..
perjalanan ambil masa mungkin dlam 5-6jam..
kali ni aku balik dgn Qomar smpai Melaka, lpas ayer keroh je aku terus la rider
smpai la umah aku kat johor..
YA ALLAA moga perjalanan aku dipermudahkan..

ermm... mlam ni malam 27..
malam ganjil..
selamat beramal buat semua..

salam hormat buat semua..
raya jemput la datang rumahn yer..

~syukur a.k.a student~
www.minyak-wangi.blogspot.com
www.prepaid4u.net/?id=student
www.jutawanceramic.com/student



Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua..salam hari raya buat semua..
sedar xsedar..dah kat penghujung ramadhan kita nih...lagi 2-3 hari nak raya dah..
adakah kita masih berpeluang lgi untuk berjumpa dgn ramadhan lepas nih?
ntahlar...aku sendiri pun xtau jwpannyer..

post kali ni, aku nak ucapkan terima kasih kat soleh coz sudi bg aku kad raya..
terharu tuh...hehehe..jdi, aku nak forwardkan juga kad raya ni buat sahabat2 sume yang lain.
terimalah nih..






aku tujukan kad ni buat semua blogger n kekawan:
Selamat hari raya buat semua.. jemput-jemput la datang ke rumah yerk! =D

Tip Pemanduan Dan Langkah Keselamatan,Selamat Memandu

Photobucket

Sebelum Memandu


Pastikan kenderaan berada dlm keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Pastikan perkara berikut berfungsi dlm keadaan baik dan selamat :

1) Enjin
2) Brek
3) Semua lampu
4) Pengelap Cermin
5) Tekanan angin tayar/tayar spare
6) Minyak petrol yg mencukupi
7) DLl.

- Dapatkan rehat yg mencukupi
- Jgn menggantung tuala atau pakaian pada tingkap kenderaan utk menghalang cahaya matahari kerana ia akan menghadkan pandangan anda
- Jgn mengambil sebarang minuman yg mengandungi alkohol atau ubat yg boleh mendatangkan kesan mengantuk

- Pastikan anda berada dlm kedudukan yg selesa dengan :
1) Menyelaraskan tpt duduk
2) Membetulkan kedudukan cermin pandang belakang dan cermin sisi
3) Memakai tali pinggang kaledar

Semasa Memandu

- Patuhi had laju
- Patuhi semua tanda isyarat yg dipamerkan di lebuhraya
- Pandu di lorong yg bersesuaian dgn kelajuan kenderaan :

1) Lorong kiri - Memandu perlahan
2) Lorong Tengah - Memandu laju
3) Lorong kanan - Memotong

- Sentiasa memandu di lorong sebelah kiri kecuali ketika memotong
- Awasi kenderaan yg keluar dari hentian sebelah atau yg masuk ke lebuhraya dari persimpangan bertingkat
- Gunakan gear yg sesuai terutama ketika mendaki atau menuruni kawasan bukit
- Ekori kenderaan lain dlm jarak yg selamat.
- Dilarang sama sekali menggunakan lorong kecemasan sbg laluan memotong atau tpt berehat
- Dilarang berhenti di lorong kecemasan kecuali ketika kecemasan
- Berhati2 terhadap kenderaan yg berhenti di lorong kecemasan dan pemandu motosikal yg berhenti di bwh jambatan ketika hari hujan
- Gunakan isyarat lampu tinggi jika mahu memotong kenderaan yg berada di hadapan
- Jgn makan, minum atau menggunakan telefon bimbit ( tanpa hand free ) ketika memandu
- Jgn memandu ketika keletihan dan mengantuk
- Elakkan memandu berterusan melebihi 2 jam
- Berhentikan kenderaan anda di kawasan rehat yg disediakan selepas setiap 2 jam perjalanan.
- Berhati2 ketika memandu semasa hari hujan, kabus, waktu mlm dan keadaan permukaaan jln yg licin dan tidak rata.
- Kurangkan kelajuan apabila menghampiri plaza tol dan masuk ke lorong yg sesuai. Jgn sekali-kali menukar lorong di saat2 akhir

Cara terbaik memandu di lebuh raya

- Pemandu2 yg memandu secara perlahan dan kenderaan berat hendaklah sentiasa memandu di lorong sebelah kiri bagi membolehkan kenderaan yg laju memotong dgn mudah di sebelah kanan
- Tentukan anda telah mengekori kenderaan di jarak yg selamat. Gunakan peraturan 2 saat "two seconds rule"
- Perhatikan lalulintas di hadapan,jika kenderaan anda dan kenderaan dari hadapan dipandu dgn kelajuan 80 km/j bererti pertemuan antara kedua2 kenderaan adalah 160 km/j. Oleh sebab masa speuluh saat diperlukan utk melintasi antara satu sama lain ketika memotong, kenderaan lain yg dtg dari hadapan, jarak minimum yg selamat yg dicadangkan antara kenderaan anda dan kenderaan dari hadapan ialah 50 meter
- perhatikan kenderaan di belakang anda sebelum menukar lorong. Perhatikan kenderaan melalui cermin, kemudian kawasan tidak boleh diperhatikan ( Blind spot )
-Berikan isyarat sebelum menukar lorong
- Tukar lorong utk memotong
- Tambah kelajuan kenderaan anda semasa memotong
- Berikan isyarat kpd kenderaan yg dilintasi dgn membunyikan hon atau gunakan lampu.
- Berikan isyarat jika anda bercadang utk memasuki lorong yg betul
- Selepas memotong, padamkan lampu isyarat dan masuk ke lorong yg betul secepat yg mungkin iaitu apabila anda dpt melihat kenderaan yg dilintasi melalui cermin pandang belakang.
- Bergeraklah dgn kelajuan yg dibernarkan selepas anda melintasi kenderaan2 yg dipotong.

Kerosakan kenderaan

- Berhenti di lorong kecemasan
- Nyalakan lampu kecemasan
- Arahkan penumpang keluar dan berkumpul di belakang rel penghadang
- Letakkan tanda isyarat segi tiga kecemasan di belakang kenderaan sekurang2nya 15 meter di belakang kenderaan yg rosak
- Hubungi peronda lebuh raya atau mekanik utk bantuan kerosakan atau tunda kenderaan
- Sebaik2nya berhenti di tpt yg terang jika berlaku kerosakan pd waktu malam.

Kemalangan

- Berhenti di lorong kecemasan sekiranya boleh
- Hubungi pihak polis ( 999 ) ,ambulan ( 999 ) atau peronda lebuhraya utk bantuan kecemasa.
- Beri maklumat kpd pihak polis apabila diminta
- Laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam

TALIAN KECEMASAN

- Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) - 03-2692 0000
- Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) - 03-732 9222
- Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) - 03-733 7188
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
- Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
- Lebuhraya Kulim - Butterworh ( BKE )-04-398 6969
- Lebihraya Seremban - Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
- Lenuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
- Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
- Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) - 1-800- 880999

Sep 25, 2008

Kehidupan..

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah berkat.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS!!
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telahmula mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.


Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.


Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.


Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti terce
gat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

Maknanya ketika itu, iblis mula melompat.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.


Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.


Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?


Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat.
Memperbanyakkan ibadat.


Sep 21, 2008

Sama kata, lain maksuddd..

Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang tua-tua.

Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...