Sep 27, 2008

Tip Pemanduan Dan Langkah Keselamatan,Selamat Memandu

Photobucket

Sebelum Memandu


Pastikan kenderaan berada dlm keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Pastikan perkara berikut berfungsi dlm keadaan baik dan selamat :

1) Enjin
2) Brek
3) Semua lampu
4) Pengelap Cermin
5) Tekanan angin tayar/tayar spare
6) Minyak petrol yg mencukupi
7) DLl.

- Dapatkan rehat yg mencukupi
- Jgn menggantung tuala atau pakaian pada tingkap kenderaan utk menghalang cahaya matahari kerana ia akan menghadkan pandangan anda
- Jgn mengambil sebarang minuman yg mengandungi alkohol atau ubat yg boleh mendatangkan kesan mengantuk

- Pastikan anda berada dlm kedudukan yg selesa dengan :
1) Menyelaraskan tpt duduk
2) Membetulkan kedudukan cermin pandang belakang dan cermin sisi
3) Memakai tali pinggang kaledar

Semasa Memandu

- Patuhi had laju
- Patuhi semua tanda isyarat yg dipamerkan di lebuhraya
- Pandu di lorong yg bersesuaian dgn kelajuan kenderaan :

1) Lorong kiri - Memandu perlahan
2) Lorong Tengah - Memandu laju
3) Lorong kanan - Memotong

- Sentiasa memandu di lorong sebelah kiri kecuali ketika memotong
- Awasi kenderaan yg keluar dari hentian sebelah atau yg masuk ke lebuhraya dari persimpangan bertingkat
- Gunakan gear yg sesuai terutama ketika mendaki atau menuruni kawasan bukit
- Ekori kenderaan lain dlm jarak yg selamat.
- Dilarang sama sekali menggunakan lorong kecemasan sbg laluan memotong atau tpt berehat
- Dilarang berhenti di lorong kecemasan kecuali ketika kecemasan
- Berhati2 terhadap kenderaan yg berhenti di lorong kecemasan dan pemandu motosikal yg berhenti di bwh jambatan ketika hari hujan
- Gunakan isyarat lampu tinggi jika mahu memotong kenderaan yg berada di hadapan
- Jgn makan, minum atau menggunakan telefon bimbit ( tanpa hand free ) ketika memandu
- Jgn memandu ketika keletihan dan mengantuk
- Elakkan memandu berterusan melebihi 2 jam
- Berhentikan kenderaan anda di kawasan rehat yg disediakan selepas setiap 2 jam perjalanan.
- Berhati2 ketika memandu semasa hari hujan, kabus, waktu mlm dan keadaan permukaaan jln yg licin dan tidak rata.
- Kurangkan kelajuan apabila menghampiri plaza tol dan masuk ke lorong yg sesuai. Jgn sekali-kali menukar lorong di saat2 akhir

Cara terbaik memandu di lebuh raya

- Pemandu2 yg memandu secara perlahan dan kenderaan berat hendaklah sentiasa memandu di lorong sebelah kiri bagi membolehkan kenderaan yg laju memotong dgn mudah di sebelah kanan
- Tentukan anda telah mengekori kenderaan di jarak yg selamat. Gunakan peraturan 2 saat "two seconds rule"
- Perhatikan lalulintas di hadapan,jika kenderaan anda dan kenderaan dari hadapan dipandu dgn kelajuan 80 km/j bererti pertemuan antara kedua2 kenderaan adalah 160 km/j. Oleh sebab masa speuluh saat diperlukan utk melintasi antara satu sama lain ketika memotong, kenderaan lain yg dtg dari hadapan, jarak minimum yg selamat yg dicadangkan antara kenderaan anda dan kenderaan dari hadapan ialah 50 meter
- perhatikan kenderaan di belakang anda sebelum menukar lorong. Perhatikan kenderaan melalui cermin, kemudian kawasan tidak boleh diperhatikan ( Blind spot )
-Berikan isyarat sebelum menukar lorong
- Tukar lorong utk memotong
- Tambah kelajuan kenderaan anda semasa memotong
- Berikan isyarat kpd kenderaan yg dilintasi dgn membunyikan hon atau gunakan lampu.
- Berikan isyarat jika anda bercadang utk memasuki lorong yg betul
- Selepas memotong, padamkan lampu isyarat dan masuk ke lorong yg betul secepat yg mungkin iaitu apabila anda dpt melihat kenderaan yg dilintasi melalui cermin pandang belakang.
- Bergeraklah dgn kelajuan yg dibernarkan selepas anda melintasi kenderaan2 yg dipotong.

Kerosakan kenderaan

- Berhenti di lorong kecemasan
- Nyalakan lampu kecemasan
- Arahkan penumpang keluar dan berkumpul di belakang rel penghadang
- Letakkan tanda isyarat segi tiga kecemasan di belakang kenderaan sekurang2nya 15 meter di belakang kenderaan yg rosak
- Hubungi peronda lebuh raya atau mekanik utk bantuan kerosakan atau tunda kenderaan
- Sebaik2nya berhenti di tpt yg terang jika berlaku kerosakan pd waktu malam.

Kemalangan

- Berhenti di lorong kecemasan sekiranya boleh
- Hubungi pihak polis ( 999 ) ,ambulan ( 999 ) atau peronda lebuhraya utk bantuan kecemasa.
- Beri maklumat kpd pihak polis apabila diminta
- Laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam

TALIAN KECEMASAN

- Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) - 03-2692 0000
- Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) - 03-732 9222
- Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) - 03-733 7188
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
- Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
- Lebuhraya Kulim - Butterworh ( BKE )-04-398 6969
- Lebihraya Seremban - Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
- Lenuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
- Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
- Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) - 1-800- 880999

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...