Dec 15, 2009

Tips Kewangan!

1) buat catitan dan kajian setiap perbelanjaan kita setiap hari setiap minit dan setiap saat. confirm korang kata jakethitam nie gilooo..tapi tu lah sebenarnya ibu segala -galanya kalau nak jadi kaya dan jutawan. apa yang diperlukan kat sini hanya lebih utamakan keperluan daipada kehendak kerana nafsu memang tak pernah PUAS. hehehehe...

2) Berjimat dengan memasak di rumah berbanding makan kat luar (KFC,RESTORAN, KOPITIAM, WARUNG, dan lain-lain yang sewaktu dengannya) sebelum keluar dari rumah/ bershopping sakan. sebab apa jika perut dah kenyang semua barang atau keinginan nak itu dan nak ini akan berkurangan dan sekaligus menjimatkan wang anda...hehehehe..betul tak. contoh bulan posa lerr..lepas berbuka..cuba pergi shopping kat pasaraya...confirm tak masuk ruangan makanan/roti.

3. waspada dengan mesin besi (MESIN ATM) - jangan asyik nak cucuk jerr kat dalam mesin ATM tu...bukan apa..sekarang nie semua mesin ATM bank dah kenakan caj setiap kali pengeluaran. sekali kuar guna meps kena caj RM1.00 kalau seminggu 3 kali cucuk, sebulan dah berapa?? setahun??? kan rugi nama tu....

4. cuba libatkan pasangan anda dalam perancangan kewangan . (utk yang dah kawin yeaa....yang belum tu..pandai-pandai je lah). ambil langkah berbincang dengan pasangan anda tentang matlamat kewangan dan simpanan dan libatkan mereka bersama dalam penyediaan bajet bulanan keluarga.

5. Kurangkan hutang anda - pengurangkan perbelanjaan anda hanya kepada keperluan berdasarkan kemampuan kewangan diri anda adalah penting. umpama anda kurangkan gula, garam dan bahan perisa dalam setiap hidangan masakan anda.walaupun tak sedap tapi baik untuk kesihatan badan anda.. paham kan.... senaraikan semua bentuk pinjaman dan hutang anda berserta faedahnya sekali dan selesaikan terlebih dahulu hutang yang interestnya tinggi.

6. tetapkan simpanan secara automatik - dapatkan arahan tetap potongan secara automatik atau auto debit dari akaun simpanan (gaji) ke akaun unit amanah (asb / unit trust) tak pun beli emas 1 dinar kat jakethitam. mulakan dengan jumlah yang kecil dulu dan tingkatkan kalau dah mampu kemudian. kesan dia...fuhhhh..lu fikirlah sendiri...kui..kui..kui

7. bayar lebih daripada bayaran minima ansuran - jangan membayar pada kadar minima sahaja jika anda mempunyai pinjaman hutang jangka masa panjang tetapi bayarlah lebih sedikit dari yang ditetapkan oleh bank dan sebaiknya anda membayar setiap 2 kali sebulan. kesannya pinjaman anda akan tamat lebih awal. bab ini akan diciterkan dalam bab hartanah nanti.

8. lakukan sendiri - sedar atau tidak ramai antara kita yang tidak menyedari akan kebanyakkan perkara yang mereka bayar sesuatu perkhidmatan atau barang sebenarnya boleh dilakukan oleh mereka sendiri. contohnya makanan dan minuman. mengapa anda perlu minum di kedai sedangkan anda boleh membancuhnya sendiri? begitu juga dengan makanan dan perkhidmatan mencuci kereta. bukankah jika kita sendiri mencuci kereta sendiri kita dapat menyelamatkan RM10 atau lebih dan mempunyai kesihatan yang sihat?

so apa lagi ...tips dah didedahkan tapi jika anda hanya membaca dan tidak melakukan
8 perkara tersebut...anda akan terus gagal dalam kewangan...




Dec 4, 2009

Semak kualiti HANDPHONE Anda!

Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd 5 tahun lalu masih lagi berfungsi dgn baik??

Sekarang, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakan dpt diambil dgn segera...


Langkah 1
Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.

Langkah 2
Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. . ...)

Langkah 3
Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td.

Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.

Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.

Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.

Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.

Perincian 5
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk

*sekarang ni, dah terlalu bnyk provider yg keluarkan hp, mungkin akan ada keluar no2 selain drpd dinyatakan diatas
artikel asal boleh dilihit disini

Dec 3, 2009

Isu doa kezaliman?

1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .

2. Sabda Rasulullah saw :

اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب

[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]

ibnu Hibban

3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .

4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون

[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]

5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .

6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . [ الدعاء سلاح المؤمن ]

7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .

Sirah Ibnu Ishaq


9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :

Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .

Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .

10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .

*kredit untuk blog ini




Nov 29, 2009

Status 'Networking'

Yang ni saya kongsi maklumat daripada Zamri Nanyan - [sila lihat maklumat berkenaan beliau di akhir pos]

Memang perbincangan skim piramid dan
M L M bagai tidak dapat dipisahkan...
perdebatan ini tidak akan berakhir
walaupun ianya telah bertahun dibahaskan.


Sekadar Perkongsian Lagi Kepada teman2 Halaqah: MLM tu sistem piramid?


Saya juga tak merasakan yang topik
ini akan kurang diperkatakan di
masa akan datang. Kalau tak percaya,
simpan e-mel ini dan baca sekali
lagi 2 atau 3 tahun akan datang,
dan lihatlah di pelbagai forum yang
membincangkan perniagaan sebegini.

Jadi, betulkan M L M itu ialah
sebuah skim piramid?


=================================


Sebelum saya jawab soalan ini, biar
saya berikan 3 senario di bawah:

1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang
presiden atau perdana menteri, diikuti
oleh beberapa menteri... dan wakil-
wakil rakyat lain, ketua daerah dan
sebagainya.

Cuba perhatikan...

Adakah jumlah perdana menteri lebih
ramai dari menteri? Bagaimana pula
jumlah menteri berbanding wakil
rakyat... dan jumlah... anda tahu
selebihnya bukan?

2. Sebuah syarikat mempunyai seorang
CEO atau presiden, diikuti dengan
naib presiden, direktor, pengurus
dan lain-lainnya.

Berapa ramaikah bilangan direktor jika
dibandingkan dengan jumlah pengurus?

Sudah tentulah jumlah direktor lebih
rendah dari jumlah bilangan pengurus.

Bagaimana pula gaji presiden
berbanding gaji seorang pengurus?
Bolehkah seorang pengurus mempunyai
gaji setinggi gaji pesiden? Tentu
kucar-kacir pengurusan syarikat ini
jika gaji presiden (orang paling
tinggi dalam piramid) lebih rendah
dari gaji seorang pengurus.

3. Sebuah organisasi M L M mempunyai
pemimpin yang mempunyai lebih ramai
orang di bawah beliau dengan pelbagai
pangkat yang lebih rendah. Beliau
mendapat lebih banyak pendapatan
daripada orang lain.

Walau bagaimana pun, tidak mustahil
orang di bawah beliau menjadi lebih
bagus dan menyamai atau mendapat
lebih banyak pendapatan daripada
beliau pada suatu hari nanti. Semuanya
bergantung kepada usaha mereka
membina sebuah piramid yang besar.

Jadi, apakah kesimpulan yang hendak
saya buat di sini?

Senario manakah lebih adil?

Jangan anda tersalah anggap yang
sesebuah organisasi piramid itu adalah
menyalahi di sisi undang-undang. Yang
salahnya ialah skim cepat kaya yang
menggunakan piramid untuk menindas
orang bawahan.

Sebenarnya, organisasi yang berbentuk
piramid adalah sebuah organisasi yang
kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin
akan tumbang. Ekonomi negara akan ke
belakang, dan orang akan terus gagal
di dalam bisnes.

Masalah piramid dan M L M sepatutnya
difahami dengan betul... dan bukannya
mengambil kesimpulan yang M L M adalah
sebuah piramid dan menyalahi
undang-undang.

Jadi, betulkan M L M itu sebuah piramid?

Ya, M L M ialah sebuah piramid tetapi
tidak semestinya skim piramid atau skim
cepat kaya yang menyalahi undang-undang.
Kerajaan kita juga berbentuk piramid,
syarikat swasta dan kerajaan juga
berbentuk piramid. Mungkin keluarga
anda juga berbentuk piramid.

ikhlas,

Zamri Nanyan

pendapat anda pula bagaimana?

Nov 18, 2009

corat corit


Bismillah,

Assalamualaikum semua..ermm..lama betul tak menulis..mood takde, nafsu menulis hilang, hati tak gembira, jiwa tak riang. Maaf kepada semua follower, lama benar blog ni tidak dikemaskini.

Aku ada hobi baru, suka membaca blog orang lain. Sebelum ni hidup online aku hanya baca paper(arus perdana dan berkaitan dgnnye), baca forum komen, baca dan cari artikel yg cambest. simple kan? baca blog orang lain buat aku melihat perjalanan kehidupan manusia, belajar menoleh kebelakang dan belajar untuk terus memandang kehadapan. rupenye manusia ni dilahirkan dengan bermacam-macam ragam. 'Menerjah' blog orang lain boleh buat aku senyum, ketawa, kekdg menangis. pheww~poyo kan?haha..

Ada 1 blog yg buat aku amat teruja untuk mengetahui dan 'menggeledah' segala isi perut dan semua yg ada didalamnya. Perlu aku rasa utk dikongsikan bersama. Pada yg berminat nak tau, klik sini Tiada langsung unsur keuntungan kat situ, cuma keuntungan diakhirat insyaALLAH pasti akan dapat jika setiap yg dibaca tu diamati, dihayati, dan dilaksanakan.

Mengenai life aku lak, aku kini sedang sibuk dgn 'exam' akhir semester. Ada 2 lg 'paper' untuk diduduki. Rabu dan khamis. Mudahan semuanya dipermudahkan. Persediaan aku, mcm biasa lah, baca ikut gerak hati mana yg keluar. Mmg dari sekolah dulu tu lah cara studeny aku. Kalau ada rezeki, senyum panjanglah kalau tidak? Faham-faham jelah..Namun, setakat ni cara ni taklah menghampakan aku..:)

Dalam 2 3 menjak ni juga aku belajar banyak perkara tentang persahabatan. Aku mula mengenal siapa dia kawan-kawan yg berada disekeliling aku. Siapa yg masih bersama-sama waktu susah, ataupun hnye bersama menumpang tuah. Yg paling aku ngerikan adalah 'tujahan-tujahan' dan 'tikaman-tikaman' keras yg aku sendiri xsngka akan hadir drpd org yg tak kusangka. harapkan pagar, pagar makan padi. Sesuaikan perumpamaan ini? Tp, walau apa pun aku tetap bersyukur atas semua yg berlaku kerana aku tahu apa-apa yg ditakdirkan berlaku pasti itulah yg terbaik buat aku!








Oct 30, 2009

Murid bijak

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya, jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning. Heh Heh Heh




Sep 19, 2009

Kenapa British masuk Islam?

Masa jejln kat Youtube jumpe video nih...sje nak share dengan kekwn...jom sama2 tngok!






Selamat Hari Raya buat semua



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Esok raya? erm...terlalu cepat masa berlalu... mcm tak percaya je dah sebulan kita berpuasa..btw, kepada semua sahabat2 diluar sana, diucapakan SELAMAT HARI RAYA, aku minta maaf jika ada khuilaf dan salah silap yg mungkin aku buat samada dgn sengaja atau tanpa sengaja. Raya jemputlah dtg umah yer... Aku seminggu raya kat Johor nih... ok, Salam hormat buat semua! Raya-raya juga, jgn bnyk lakukan perkara yg sia2 k..=)




Sep 15, 2009

Sep 9, 2009

Sahabat syaitan

Terdapat seorang pemuda yang awal-awal pagi lagi sudah bersahabat dengan syaitan. Sedang berselimut di waktu subuh, dia berjanji dan berjabat tangan dengan syaitan dan ingin menjadikan syaitan sebagai rakan karibnya.

Pemuda itu tidak menunaikan sembahyang subuh. Asyik dengan tidurnya, dan sehinggalah terbit matahari pagi. Seawal pagi sesudah bangun dari tidur, pemuda tersebut pun mandi dan bersiap untuk melakukan kerja-kerja harian. Syaitan memandang pemuda tersebut, dalam hatinya “Bagus sekali pemuda ini, sesuai jadik kawan aku”.

Pemuda tersebut rajin bekerja, sehinggalah tiba waktu tengah hari. Pemuda tersebut pergilah makan dan setelah berehat, dia pun terus menyambung kerjanya. Waktu zohor telah pun berlalu....tinggala beberapa minit ke waktu asar. Selang 20 minit kemudian azan asar berkumandang, pemuda tersebut tidak menghiraukan azan tersebut. Waktu zohor sudah berlalu, pemuda tadi tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah. Syaitan cukup gembira melihatkan perbuatan pemuda tersebut...dalam hatinya “nie kawan aku kat akhirat esok”. Pemuda tersebut selesai menyudahkan kerjanya, dan berjalan menuju ke rumahnya.

Hari mulai senja, dan waktu asar kian berlalu. Pemuda tadi tidak menghiraukan keadaan itu dan terus berehat sehingga masuk waktu maghrib. Azan maghrib menandakan waktu asar sudah tamat...syaitan memandang tingkah laku pemuda tersebut. Tetapi kali ini, wajah syaitan mulai berubah...terkenangkan sesuatu agaknya. Berkerut-kerut dahi syaitan mengingatkan kisah silamnya dahulu...Pemuda tadi dengan selambanya pergi mandi dan membersihkan diri tanpa menghiraukan waktu maghrib tadi. Memandangkan waktu maghrib itu pendek...sejam kemudiannya masuklah waktu isya’. Syaitan berkata di dalam hatinya...”sudah...sudah dia tak sembahyang maghrib plak”.

Waktu isya’ telahpun berlalu, pemuda tadi mencapai sehelai surat khabar dan membacanya sehingga mengantuk. Syaitan berasa risau, seolah-olah ada yang tidak kena.

Akhirnya, sebelum pemuda tersebut tertidur. Syaitan merapati pemuda tersebut lalu bertanya, “Mengapa kau tak sembahyang Isya’?” Jawab pemuda itu, “aku mengantuklah, penat seharian bekerja.” Syaitan pun berkata, “Aku tak mahu berkawan dengan engkau?”.
Mengapa?, tanya pemuda tersebut. Syaitan pun menjawab, “Datukku hanya melakukan satu kesalahan sahaja, iaitu tidak menurut perintah Allah untuk sujud kepada Adam, walaupun hanya sekali, dia telah dihalau dari syurga...tetapi aku lihat engkau melakukannya sebanyak lima kali pada hari ini. Cukuplah kita berkawan selama ini”

Aug 16, 2009

Telefon bimbit punca pengguna mudah lupa


MELBOURNE - Satu kajian mendapati pengguna muda telefon bimbit kerap mempunyai ingatan kurang baik, tindak balas yang perlahan terhadap masa dan membuat banyak kesilapan.

Satu kajian di kalangan 300 pelajar berumur 12 hingga 14 tahun dari 20 sekolah swasta dan negeri di Melbourne baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak yang banyak menggunakan telefon bimbit kemungkinan mengorbankan ketepatan bagi mencapai kelajuan.

Kajian oleh penyelidik dari Monash University itu menunjukkan kanak-kanak disifatkan sebagai pengguna telefon bimbit yang tinggi kemungkinan besar mempunyai kurang ingatan, bertindak perlahan terhadap sesuatu tanggungjawab dan melakukan lebih banyak kesilapan daripada para pelajar yang kurang menggunakan telefon bimbit.

*sumber Kosmo

Kalau nak diikutkan, kesan sampingan daripada penggunaan handphone/telefon bimbit ni memang dah diperkatakan daripada dulu lagi. Tapi, situasi sekarang ni kalau dilihat penggunaan telefon bimbit ni dah jadi macam 1 keperluan untuk perhubungan. Erm, ada cadangan atau penyelesaian ke?





Aug 15, 2009

Belasungkawa Ustaz Asri Rabbani

eluhuran budi Allahyarham Ustaz Asri akan senantiasa dikenang -foto blog Ustaz Asri

BELASUNGKAWA

USTAZ ASRI RABBANI (3 Ogos 1969- 13 Ogos 2009)

BERITA kematian di bulan Syaaban sekali lagi menyentap di hati. Pemergian mengejut Ustaz Asri Ibrahim, teraju utama kumpulan Rabbani jam 10.30 pagi 22 Syaaban adalah perkhabaran yang cukup sedih kerana Allahyarham adalah seorang insan yang sangat istimewa, luhur budi perkerti, penuh hemah bila menyusun kata dan amat disayangi di kalangan rakan artis.

Terngiang-ngiang bait lagu 'Pergi Tak Kembali', 'Intifada', 'Qiblat', 'Suara Takbir' dan alunan zikrullah yang dititipkan oleh Allahyarham.

Kumpulan nasyid Rabbani.Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman begitu unik kerana ada konsep tersendiri

Sebaik membuka blog peribadi Dr Asri, (asrirabbani.blogspot.com) setiap patah perkataan bagai menggambarkan peribadi arwah selama 40 tahun di bumi ini. Jelas sekali kehadirannya sebagai penyanyi, sahabat, suami, ayah, adik, abang dan anak cukup disenangi. Hilangnya akan selalu dirindui....

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

Begitulah pembuka kata blog Allahyarham Ustaz Asri.

Ramadhan yang akan menjelma selang beberapa hari lagi akan membuat kita lebih mengingati Ustaz Asri kerana kegemersikan, kesyahduan ayat-ayat Quran alunannya sudah begitu sebati dengan kita.

Justeru bila saja perkhabaran tentang pemergian Ustaz Asri diterima, ramai wartawan yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata rasa kehilangan.

Memetik kata arwah Ustaz Asri tika ditanya bagaimana dia menjaga ukhuwah antara anggota kumpulan Rabbani. Kata arwah, "semuanya dianggap bagai teman sejati dan saling membantu dan mengingatkan masa susah dan senang."

TINGGAL KENANGAN...Saat-saat bahagia bersama anak-anak

Dan itulah yang diterapkan di dalam menjalin semangat persahabatan antara sembilan anggota Rabbani.

Kini hanya wajah-wajah sugul keluarga tersayang, teman dan taulan mengiringi pemergian arwah dengan doa agar ditempatkan bersama roh-roh yang baik.

Pernah beberapa kali ketika buntu mengalami kesulitan hidup, arwah sering berpesan, "walau selama manapun kita hidup, penghujungnya pasti mati. Jadi jangan lupa bawa bekalan untuk pulang. "

Begitulah sikap arwah yang paling diingati. Apa saja yang dilakukan, dia akan tetap selitkan nasihat berguna. Walaupun sedang berjenaka, arwah akan tetap berpesan agar buat kebaikan.

Anak bongsu Allahyarham Ustaz Asri...Hamdi Rabbani yang berusia 4 tahun

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau mempunyai 13 orang adik beradik. Beliau meninggalkan seorang balu, Haliza, 38 dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

KUMPULAN RABBANI

Permata hati arwah Ustaz Asri...Hamdi Rabbani

Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Rabbani bermaksud "Yang Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran umum "ingin mengajak diri, keluarga dan komuniti kepada kebaikan".

Ianya dianggotai oleh 9 orang yang membawa kelainan dari sudut penampilan, imej dan persembahan.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Anak arwah, Sufiyah Munawarah berusia 6 tahun paling manja dengan Ustaz Asri

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman mempunyai tarikan mereka sendiri kerana konsep yang berbeza.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik melalaui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Mediteranean, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era semasa juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu, ianya ditampilkan dengan alunan muzik ala Melayu Timur dan digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah.

Antara banyak kumpulan nasyid, konsep muzik Rabbani lebih global dan menampilkan world muzik.

Kegigihan dan kesungguhan kumpulan ini untuk senantiasa memberikan sesuatu yang baru dan terbaik, dibawah bimbingan Ustaz Asri maka terhasillah 'Rabbani Productions (M) Sdn Bhd' yang akhirnya turut mencipta nama dalam bidang perniagaan.

PENGHASILAN ALBUM

Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya seperti berikut:

Arwah bersama ibu tersayang

1) Rabbani. 19962) ARAH Dari Mana… Ke Mana… 19973) Muhammad Ya Habibi. (Kompilasi) 19984) Ramadhan Remix (Rabbani / H.Madani) 19995) Pergi Tak Kembali. 19996) Iqrar 1421. 20007) Intifada 20008) Aman 20019) Qiblat 200210) Kenangan (Kompilasi) 200311) Epik 200312) Yalla Beena 200413) Suara Takbir 200514) Malam Sinar Maulidurrasul 1427 (VCD) 200615) Ramadhan Syawal 200616) Maulana 200717) Rabbani 1418-1428H 200718) Rabbani 1418-1428H (VCD&VCD Karaoke) 2008

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)

1. Album Nasyid Terbaik 2001 - Iqrar - 14212. Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 - Iqrar-14213. Album Terbaik 2001 - Iqrar-14214. Album Nasyid Terbaik 2002 - Intifada5. Album Nasyid Terbaik 2003 - Qiblat

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

1. Penyanyi Nasyid Popular 20012. Penyanyi Nasyid Popular 20023. Penyanyi Nasyid Popular 20034. Penyanyi Nasyid Popular 20045. Penyanyi Nasyid Popular 20056. Penyanyi Nasyid Popular 2006

ANUGERAH ERA

1. Lagu Nasyid Pilihan 2001 - Intifada2. Lagu Nasyid Pilihan 2006 - Nawaitu

ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM

1. Juara ACNI 2004 - Handzalah2. Naib Juara ACNI 2005 - Yalla Beena3. Vokal Terbaik ACNI 2005 - Yalla Beena

ANUGERAH NASYID MINGGU INI

1. Naib Juara 2004 - Yalla Beena2. Persembahan Terbaik 20063. Penyanyi Solo Terbaik 2006

RINTIHAN ZIKRULLAH

Arwah Ustaz Asri seorang yang amat beratkan bacaan zikir Zikir adalah penawar sewaktu kita hadapi kesedihan dan kegelisahan hati.

Justru 'Rintihan Zikrullah' merupakan album munajat Ustaz Asri yang menghimpunkan zikir-zikir, petikan ayat suci Al-Quran dan bait-bait rintihan.

Sesiapapun akan rasa insaf mendengar alunan zikrullah ini, kolaborasi antara IME dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.

Arwah Asri menganggap album ini begitu bermakna kerana ia banyak memaparkan pengalaman hidupnya.

Malah, Ustaz Asri menghasilkan 'Zikir Lailahailallah' buat arwah ayahandanya, Ibrahim Busro, 83, yang meninggal dunia 27 Mei 2007.

"Ia jadi kenangan manis buat saya kerana arwah sering mendendangkan zikir itu setiap kali bulan puasa," jelas arwah.

Dalam coretan terakhir di blognya, arwah merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan Rabbani amat membanggakan. Walaupun arwah adalah tunjak kejayaan kumpulan Rabbani selama ini, beliau lebih senang berkongsi setiap detik kejayaannya bersama anggota yang lain.

Peribadi arwah yang begitu luhur kini tinggal kenangan.

Al-Fatihah buat Allahyarham. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.




ALLAH kejam ciptakan Neraka?

ni kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.


Aug 14, 2009

Asal H1N1

Setelah pendedahan demi pendedahan dilakukan, maka teori konspirasi wabak selsema babi sudah sampai ke penghujung kebenarannya. Dengan pengumuman terbaru bahawa vaksin H1N1 akan dikeluarkan tidak lama lagi, maka sahlah Amerika adalah dalang kepada penyebaran selsema babi.

Amerika negara pertama menghasilkan vaksin

Negara Amerika sejak dari mula lagi terjumpanya selsema babi di Mexico sudah mencurigakan semua pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Bermula dengan anugerah yang diterima oleh oleh Dr. Ralph Steinman pada April 2009 kini Amerika muncul semula dengan vaksin penyelamat dunia.

Pengumuman kerajaan Amerika tentang kemungkinan vaksin H1N1 akan dikeluarkan pada Oktober 2009 sudah dijangka kerana pada zaman sebelum Obama, George Bush telah pun memperuntukan dana penghasilan vaksin untuk H1N1 sebanyak USD1.6 juta. (lihat artikel bahagian 1)

Dengan gerak kerja yang sudah bermula dari awal ini, adalah tidak mustahil Amerika menjadi negara pertama dalam penghasilan vaksin. Negara lain juga mampu menghasilkan vaksin tetapi tempoh masa penghasilan tidak mungkin secepat Amerika.

Keuntungan segera hasil dari “global panic situation”

Di dalam industri perubatan dan kesihatan, budaya bisnes ini ialah siapa yang berjaya memperkenalkan vaksin ketika keadaan sedang gawat maka dialah yang akan untung. Kini syarikat yang dipercayai menjadi wakil elit Yahudi mengaut keuntungan ialah Baxter International.


Sesetengah akhbar Republic Czech pula membuat spekulasi bahawa Baxter International juga terlibat bersama-sama kerajaan Amerika dalam menghuru-harakan masyarakat dunia dengan serangan virus H1N1 ini.

Sekarang, bukan Baxter sahaja yang dijangka memperkenalkan vaksin H1N1 tetapi Sanofi-Aventis, Novartis, GlaxoSmithKline dan Solvay. Dipercayai kesemua syarikat-syarikat adalah sebahagian rangkaian yang terlibat dengan agenda Illuminati.

Malaysia pula antara negara yang berminat menempah vaksin-vaksin ini seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai. Katanya walaupun dalam peringkat penghasilan, kementerian itu diarah membuat tempahan awal vaksin itu.

Katanya, tempahan awal itu juga dibuat bagi memastikan Malaysia memperoleh vaksin itu sebaik ia memasuki pasaran Disember tahun ini.

Syarikat Bermasalah bakal menjadi rebutan

Pada 28 Julai 2006, syarikat GlaxoSmithKline telah menghadapi saman mahkamah dari seorang wanita Philadelphia. Saman itu dikenakan kerana pil perancang yang digunakan telah mengakibatkan kesan sampingan jangka panjang pada bayinya.

Manakala menurut laporan akhbar Chicago Tribune, Baxter International dijangka menjadi pilihan utama WHO kerana kerjasama erat antara kedua-dua badan tersebut sebelum ini dalam penghasilan vaksin. Sebelum ini, pada 2003 lalu Baxter telah mengeluarkan vaksin untuk kerajaan Amerika bagi menghalang virus SARS.

Dan pada Disember 2008 lalu, Baxter secara diam-diam telah menghantar vaksin selsema burung (H5N1) ke 18 negara menerusi makmal cawangannya di Austria. Sebelum penghantaran dibuat, vaksin-vaksin tersebut telah dijalankan ujian keberkesanan ke atas sekumpulan orang awam di Republik Czech. Ironiknya, semua orang awam tersebut mati selepas menerima suntikan.

Manakala akhbar Canadian Press pula mendakwa, vaksin-vaksin yang dihantar Baxter International itu pula mengandungi virus H5N1 hidup dan aktif. Jika Malaysia memilih Baxter atau GlaxoSmith Kline atau apa-apa sahaja syarikat, kemungkinan kesan sampingan jangka panjang tidak dapat dielak.

Kesimpulan

Situasi penyakit global ini membuktikan wujudnya sekelompok golongan elit yang mengatur segala perancangan demi mencapai sebahagian kecil objektif. Jika sekiranya perancangan itu terpaksa melibatkan kematian ribuan orang awam, maka ia harus dilaksanakan.

Bagi rakyat Malaysia, situasi “global panic” ini kurang mendapat perhatian kerana Malaysia masih bukan lagi diperingkat untuk dilanyak oleh golongan elit Yahudi. Manakala dasar-dasar kerajaan juga masih belum mengganggu gugat perancangan mereka. Tidak pastilah apabila PR mengambil-alih kelak, mungkin beberapa persediaan harus dilakukan dari sekarang.

Luahan member cbc

Sekarang ni sibuk betul semua orang heboh nak perkatakan tentang Asia Ceramic ditahan oleh Bank Negara Malaysia(BNM) atas kesalahan mengumpul deposit. Heboh betul. Daripada ahli/member dok perkatakan hinggalah non-member sume nak komen. Tapi, ape yg pelik bin ajaib tuh non-member pulak yg lebih2... kenapa yer? tanpa tahu cerita sebenar pun tapi tetap 'gagah' gak nak timbulkan provokasi, tunjuk pandai, poyo semacam je rupenye.

Aku sebagai salah seorang daripada 46 ribu ahli cbc pun terkejut dengan berita tu. Tambahan pula, masa tu graf company n track rekod company memang cantik. Dari segi kebajikan pulak, company sendiri ada buat tabung khairat kematian, sumbangan komputer ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Dari segi pembayaran bonus pulak sume cantik, x pernah miss. Dan yang paling penting untuk aku highligtkan kat sini, Asia Ceramic bukannye pelaburan kerana cbc adalah bisnes trading produk2 seramik dan sebagai strategi memantapkan company ia memperkenalkan 'membership programme', kat situlah wujudnya 'Ceramic Business Club'. Membership Programme sama mcm shell(Bonuslink), Petronas(Mesra), Mydin(Meriah Card) dan bnyk lgi company yg turut buat program yg serupa dan seumpama mcm ni. Salah ke?

Dan lagilah aku pelik dan ajaib, cbc sememangnya bukanlah di bawah bnm. Company adalah di bawah pengawalseliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Tak silap aku, dah ada member cbc sendiri yg menghantar emel pertanyaan kepada bnm bertanyakan status cbc, dan bnm sendiri menjawab mengatakan cbc bukan di bawah bnm dan adalah di bawah pengawal seliaan KPDNHEP. Dan buat pengetahuan, KPDNHEP sendiri dah 6 kali membuat siasatan dan turun padang bg melihat bisnes ape yg dibuat oleh company dan laporannye bisnes sahih, xde masalah. Masalah dari segi syariat? Buat pengetahuan juga, Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) pun ada turun padang bg menyiasat company. Semakan dari segi apa? Semakan dari segi sistem yg cbc buat dan juga dari segi akad yg digunakan.

Pendapat peribadi aku, apa yg terjadi pd company sekarang adalah sabotaj daripada pihak luar. Sebab ahli sendiri sume berpuas hati dengan company. Tiada janji-janji daripada company yg tidak dipenuhi. Bnm bg statement tempoh ari pun atas aduan orang ramai, 'nak buat siasatan'. Bile tnye status cbc, 'atas siasatan'(ni aku call bnm sendiri tnye beb). Dan memang dah jadi adat dan tabiat bnm ni kalau die nak siasat, bekukan akaun dulu. tak kesah lah bersalah atau tak nak mule siasatan mesti bekukan dulu akaun. Kemana duit tu digunakan? adakah sebab dah nak raya...dah nak puasa? atau sebab dah nak musim bagi bonus untuk org kerja kerajaan? Kalau perasan, timing bnm wat keje je mesti musim2 macam ni kan? Wallahualam. Malas nak tuduh lebih-lebih atau berprasangka buruk, tp ingatlah tuhan tu ada dan ALLAH tu maha adil. Pada sapa yg onar tu ingatlah balasan tu ada. Kalau bukan kat dunia ni pastinya ada kat akhirat. Kami warga cbc rasa kecewa, bnm buat 'raid' bukan setakat bekukan akaun company malahan rampas sekali baucer2 kami bernilai RM5 juta baucer2 tuh. Kembung perut la makan baucer2 kami tu. Tak berkat kalau buat makan atau bawak untuk anak bini.


Aku salute sgt dgn bos a.k.a Mr.Steve n top2 leader lain especially Zul dan upline aku sendiri Che Din, waktu2 mcm ni lah bru nmpak sape leader sebenar. Bos lari? Tidak, bos ada je kat ofis penin dok fikir penyelesaian untuk mslah nih. Onar, dusta, dan fitnah la sape yg buat tuduhan macam2 pd management Acm dan cbc ni. sebab tu aku ada cakap sebelum ni, fitnah besar la pd sape yg tuduh cbc ni penipu atau bawak lari duit ahli. Hal sebaliknya tak tahu, lgi mau ckap lagi. manusia...manusia..

Aku nmpak hikmah besar disebalik semua ni. Aku tau ramai yg down, tp bg aku sume bnda ni mengajar aku bnyk perkara. Dalam umur 21 tahun aku dah hadap bnda mcm ni, 1 nikmat besar bg aku. Pangalaman yg berguna. Dgn cara ni gak sebenarnya aku leh kenal sapekah group2 n leader2 dlam group aku yg 'boleh pakai', yg setia bersama2 menyokong company ketika susah dan senang. Terima kasih atas segalanya.

Penyelesaian? Cukuplah dulu. Ceramic Business Club memang dah terkubur. Seriously. Cbc sememangya dah jadi lagenda yg aku akan ingat untuk hayat aku. Lepas ni no more cbc. Pada ahli cbc, kite jumpe 15 Ogos ni di PWTC untuk 'Malam Terakhir CBC'. No more cbc!



Jul 13, 2009

Bonus Jun

Jun 30, 2009

Analysis Paralysis!

Bismillah,

Analysis paralysis.. arghh.. mende tuh?
ianya adalah kesukaran untuk menyusun maklumat, menganalisinye dan menyalurkannya ke tempat yg sepatutnyer.. bnyk sgt bnda yang ingin difikirkan...bnyk benda perlu dibuat... bnyk tanggungjawab perlu difikirkan...hahaaa.. betul? percaya x.. alar.. alasan klise tuk lama tak update aku yg dah bersawang ni.. Tp, memang itulah sebenanye hakikat yang benar..

ermmm... ape cite terbaru? ape perkembangan terbaru?
aku sekarang dah berada di IPGM Kampus Pengajian Islam tercinta,
semester baru bermula 22Jun yang lalu.. sedar tak sedar dah 3 tahun aku kat sini lagi 2 tahun abis dah dan bergelarlah aku sebagai seorg guru secara rasminya..:)

Perkembangan lain?
Alhamdulillah, aku dah siapkan minisite khas untuk promosi ceramic(cbc),
dalam tu aku dah siap masukkan video persembahan penerangan step by step mengenai konsep asas cbc dan juga bagaimana sbgai ahli kita boleh mendapat pendapatan dengan cara yang santai. Kepada yang ingin tau lebih detail, jemput ke sini. Alhamdulillah, aku cakap terus terang dengan bisnes ni sekarang, aku dah dapat meringankan serba sedikit bebanan kewangan keluarga, bagi baucer shopping dan petrol free pada ibu ayah aku dan juga aku tunaikan umrah tempoh hari juga hasil daripada bonus cbc nih.

Result untuk exam semester lepas dah keluar,
alhamdulillah dapat dekan utk semester nih. Walaupun ramai lgi yang dpat keputusan yg lebih hebat dan lebih baik daripada aku, tapi aku tetap bersyukur dengan result tu. Ok lah sangat, semester lepas pun aku sibuk keluar je memanjang tetiap minggu. Stdy dalam kuliah n kelas ngn last minute stdy masa exam ajer.huhuu..

Untuk semester ni pula, jika mengikut proforma aku akan bnyk membuat kajian/program di luar Institut. Program Bina Insan Guru (BIG) 18Julai ni aku akan ke sebuah sekolah KAFA di Kajang. 21-23Julai ni pula BIG di HomeStay BangHuris Sepang. 25Julai ada perkhemahan Bahasa Arab di Gombak. Awal bulan 8 ni perkhemahan KRS kat Lumut lak. Bnyknye program. Ermm... semoga semua urusan dipermudahkan dan berjalan mengikut perancangan.

Blog Pekomperi dah update. Alhamdulillah. Thnx tuk Wa'a kerana tolong ambil alih tugas aku. Aku rasa memang dah kurang sanggup nak selalu mengadap untuk update blog tuh. Lagipun untuk akhir tahun lepas, dan awal tahun ni bnyk program Pekomperi yang aku tak sertai. Bahan untuk update pun tak sampai pada aku, jadi macam mane lah jari-jemari ni nak menari di atas keyboard kalau bahannya tak sampai pada aku. Pekomperi boleh pergi jauh lagi. Apa yang penting, KERJASAMA!!.(baca versi WonderPet erkk..hehe..). Tahun ni banyak lagi program yang akan Pekomperi sertai. Jadi komitmen daripada semua memang perlu sangat2. Persembahan di UMP 2 minggu lepas dah membuktikan Pekomperi ni memang dah ada 'stended' tersendiri. Dengar cite, tahun depan akan diadakan Konsert lagi. Harapan aku, semua ahli Pekomperi jaga niat masing2.. Inilah salah 1 cara untuk dakwah ifradi kite sbgai seorang muslim sebenarnyer. Ingat taw semua ahli Pekomperi yang membaca blog aku nih! :)

Azam aku, hari demi hari nak jadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.
Wahai manusia...wahai sahabat-sahabatku, jika ada salah-silap dan kelemahanku, mohon nasihatilah aku..~






May 31, 2009

Umrah

Bismillah,

Bermula 1Jun-14Jun, aku akan menunaikan umrah..
Meanz blog ni akan berehat buat seketika, insyaALLAH ada rezeki ketemu lg..

Mohon ampun maaf atas segala kesilapan,
halal makan minum... moga ketemu lagi dimasa akan datang..insyaALLAH...:)




blogku bersawang

Bismillah,

Bila lama dah tak update, maka cnfrm akan menyusul laju drpd lidah aku ni "sory..bz lar.." hehehee... jwpn klise kan? tp, dah itu hakikatnye.. mintak maaf la bebnyk coz terlampau lama tak update.. resenye dah bersawang blog nih jadinyer...hehe..

Pe yang daku sibukkan sebenanrnye nih? Macam entry sebelum nih dah dinyatakan, aku mmg bz amat dengan minggu peperiksaan yang menjelang.. so far exam macam mane? Alhamdulillah, sume ok.. dapat jawab, rasa leh dapat atas 3.5 tuk sem nih.. :D
Cume utk paper Arab lah, rasa ada beberapa soalan yg agak susah tuk dijawab.. yg lelain sumenyer ok.. Alhamdulillah.

Abis exam pagi rabu (27/5/09), keluar dewan pkul 11 pg. Pukul 12 dah kene ready utk ke Putrajaya. Adusss.. penat + sakit kepala jawab exam tak abis lagi dah ada kerja lain nak buat. Aku ke Putrajaya untuk 'rehearsel' Majlis Konvokesyen KPLI IPGM atas tiket Pekomperi. Kami (Pekomperi) seramai 47 orang telah dijemput untuk bermain kompang perarakan, gamelan iringan semasa penyampaian sijil, dan persembahan orkestra angklung,gamelan,kompang semasa p[ertukaran sesi. ermm... bnyk gak kan tugasan yang diberikan pada kami?

Rabu petang tu rehearsel, esoknye khamis dan jumaat merupakan hari konvokesyen. Untuk hari khamis, ada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Untuk hari jumaat pula, 1 sesi iaitu waktu pagi sahaja.

Jumaat petang tuh, selepas usai solat Jumaat aku segera bersiap-siap untuk ke KTM UKM. Naik Komuter, lebih kurang 3.25 petang turun kat stesen Putra 4.30 ptg. Bas(Mara Liner) untuk aku balik Kota Tinggi pkul 4.30ptg. Alhamdulillah, mujurlah bas ada lagi. Bas gerak pkul 4.40 ptg. dipendekkan citer, aku sampai Kota Tingi jam 9.30mlm. Cuti sem 3 minggu, tp jadual tuk cuti ni dah penuh.. Apa aktiviti aku untuk cuti nih? Nanti aku cerita lg...:)





May 21, 2009

Minggu peperiksaan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Minggu peperiksaan bermula,

18/5- Murid dan Alam Belajar
20/5- Bahasa Arab, Sorof
25/5- Bahasa Arab, Balaghah
26/5- Pendidikan Islam Major
27/5- Pendidikan Al-Quran

~Ya ALLAH, permudahkanlah hambamu ini dalam menduduki peperiksaan ini~




May 17, 2009

Selamat hari guru

Bismillah,

Semalam hari guru.

Terima kasih diucapkan buat semua guru-guruku, yang telah mendidikku sebaik mungkin. Teristmewa buat guru-guru di;
1.SK Laksamana, Kota Tinggi darjah 1 dan 2)
2.SK Kota Jaya, Kota Tinggi (darjah 3, 5, dan 6)
3.SMA (Arab) Kota Tinggi (Ting.1-4)
4.SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi (Ting. 4 dan 5)
5.Pensyarah2 di Matrikulasi Pahang (3 bulan jer)
6.Pensyarah2 di IPGM Kampus Pengajian Islam Bangi (tempat aku stdy kini)

Terima kasih diucapkan buat kalian semua.

Kini aku sendiri bergelar pelatih guru. 2 tahun lagi akan 'posting' ke sekolah.
Uh..terasa begitu cepat masa berlalu.

~belajarlah dengan ikhlas, moga kelak menjadi pengajar yang ikhlas~









May 16, 2009

Negaraku

Setelah 51 tahun mencapai kemerdekaan
Setelah lebih empat dekat kita memerintah
Merancang dan melaksanakan perubahan
Mengapa katanya melayu masih ketinggalan?
Menjadi 'penumpang' dengan gelaran ketuanan
Menjadi 'pengemis' dalam watan yang kaya-raya
Menjadi 'miskin' di kepuk hasil bumi sendiri
Menjadi 'melukut' dalam gantang peribumi
Ah, melayukah melayu ini?
Yang melarat di pertiwi sendiri?



Tahap ekonomi masih jauh dari sasaran DEB
Takah 30% kabur, langkah mencapainya sering terbentur
Usahawan kecil lemas dalam bantuan
Korporat 'instant' tenggelam dalam pinjaman
Lahir segelintir elit bumiputera yang lupa jati diri
Kaya-raya oleh label bumiputera, tapi sudahnya melupakan bangsa
Lahir pula usaha marhein yang miskin
Walau ilmu ditabur modal dihulur, tapi bisnes tak 'betul-betul'
'berniaga buluh kasap'
Bankrap terlalu kerap-itu bukan lagi sesuatu yang hina
Tapi satu strategi penuh rencana


Dasar Pelajaran Kebangsaan masih lagi impian
Apabila pelajar melayu masih terus ketinggalan
Di IPTA atau IPTS-dari segi kuantiti atau kualiti
Bilangan mahupun kelulusan, siswazah melayu masih di pinggiran
Soal kuota tak terisi atau kantung ibu bapa yang tak berisi?
Bahana idealisme atau bahang hedonisme?
Kata seorang pengkaji melayu gara-gara makanan melayu tak bergizi
Kata media melayu itu angkara sifat yang terlalu dimanjakan
Kata pemimpin itu akibat malas, lembab dan tak mahu bersaing
Ah, ketika ini teringat pula lagu lama-lagu melayu
'Bangau, oh! Bangau..'
Apabila semua pihak saling menuding jari
Demi menyelamatkan maruah diri



Jenguk-jenguklah pula ke pusat serenti
Tanyakan apa 'khabar' orang di sana
Atau singgah sahaja di lorong sempit di belakang Chow Kit
Sapalah remaja harapan bangsa yang telah menjadi mangsa
Jangan bicara soal patriotisme
'Perut'isme pun mereka sudah lupa
Bukan beratus, bukan ribu, tetapi ratus ribu
Itu belum dikira bohjan dan bohsia
Belum dicampur penjenayah juvana
Perogol,liwat dan penzina
Judi, arak, mencuri, merompak
Ah, tidak perlu data statistik dan angka-angka komputer
Cukup sahaja dengan mata-mata dan telinga
Untuk memastikan siapakah mereka?
Ya, siapa lagi...Melayulah jua



Lebih kronik konflik politik
Antara parti dengan parti
Dan sesama sendiri dalam satu parti
Sama-sama nekad, sama-sama dasyat
Musim pilihan raya-ajak kawan lawan parti lawan
Musim pemilihan- ajak kawan makan kawan
Riuh sejak sekian lama tentang politik wang
Heboh sampai sekarang tak hilang-hilang
Bergaduh soal nyamuk membakar kelambu
Bertikai soal 'cara' menghalalkan 'hala'
Terlupa niat adat dan tatasusila bangsa
Terpinggir prinsip akhlak dan hukum agama
Kuasa jadi komuditi yang menjanjikan laba
Bukan lagi amanah yang berisikokan dosa
Ah, semakin ramai Melayu yang ingin memimpin
Sedangkan ada yang tak layak..walaupun sekadar untuk dipimpin
Tak mahu jadi gerabak, bertolak-tolak nak jadi kepala
Akhirnya 'kereta api' bangsa terhenti..
Perjalanan bangsa pun tergendala!




2.
Kembalilah ke sejarah, belajarlah daripada Rasulullah
Begaimana Baginda membina satu bangsa bermaruah
Sedangkan awalnya terkenal barbar dan jahiliah
Lihat apa yang disuburkannya di peringkat Makkah
Lihat apa yang digemburkannya di peringkat Madaniah
Bukankah apa yang dihadapinya penuh dengan persamaan
Dengan nasib kita yang sering ditimpa kehinaan
Justeru Arab jahiliah itu cermin sejarah
Bagi setiap bangsa yang bermasalah...
Belajarlah daripada jahiliah.



Politiknya kacau bilau-perang saudara tak pernah aman
Antara kabilah, bani dan suku sentiasa bercakaran
Sebab yang sedikit, perangnya berkait-kait
Ekonominya tenat-monopoli Yahudi mencengkam nadi
Telaga, pasar dan kebun dimonopoli
Terpaksa menjadi 'hamba' di bumi sendiri
Sosialnya parah-zina,arak, tenung nasib, bunuh bayi
Bangsa hilang maruah, umat hilang arah
Rom dan Parsi pun tak sudi menjajah!
Itulah gambaran bangsa yang sangat tenat
Gersang, kontang, lemah, kalah
Menunggu saat untuk dicampakkan ke longkang sejarah.




Tiba-tiba datang Rasulullah membedah masalah
'First thing firsr'-operasinya di dalam diri, diselesaikannya 'soal hati'
Disingkirkan syirik dicantasnya berhala materialistik
Lalu diperkenalkan Allah-agar cinta dan takut hanya pada-NYA
Dikenalkan akhirat-agar ghairah syurga dan gundah neraka
Lihat alam, lihat semesta...bukti kewujudan-NYA
Jangan nafika penciptaan kedua(akhirat)
Ketika penciptaan pertama ( dunia) sudah di depan mata!



Walaupun ekonomi, politik, sosial jahiliah menghadapi masalah
Tetapi Rasulullah mendahulukan akidah
Diperhebatkan dakwah, dipertingkatkan tarbiah
Disemai iman, dituainya persaudaraan
Justeru ekonomi sakit, sebab iman sedikit
Justeru politik tersasar apabila ukhuwah melonggar
Justeru sosial hancur akibat iman dan ukhwah meluntur
Bukan menafikan keperluan ilmu, kepakaran teknologi
Tapi jangan sesekali diremehkan soal hati
Kerna ini bukan hanya soal pengetahuan
Tapi sebenarnya soal kemahuan
Bukan masalah kurang harta tapi masalah 'miskin' jiwa
Bukan kekuatan luaran tetapi kekuatab dalaman
Kerana bangsa tanpa kekuatan iman..
Bagai kapal hilang pedoman.




Indahnya bila iman menjadi teras kepakaran dan pengetahuan
Gagahnya bila iman menjadi asas pembangunan dan kemajuan
Itulah langkah susulan selepas iman di Makkah
Rasul membina ekonomi, sosial dan siasah...
Dengan roh iman di Madinah
Bukan seperti Arab Jahiliah...
Yang memisahkan kehidupan daripada akidah
Belajar daripada sejarah menangnya Rasulullah
Belajarlah daripada sejarah kalahnya Arab Jahiliah!





Nukilan:
Pahrol Mohamad Juoi
Petikan buku
Dilema Melayu-Islam, Kurang fikir atau kurang zikir?
Telaga Biru Sdn Bhd
September 2008







Kisah bapa dan anak

Satu kisah utk renungan....
Kisah ini tak ada kena mengena dgn yg hidup atau mati
Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak
lelakinya
yg berusia 7 tahun dimuka pintu.
Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: "Ya...nak tanya apa?"
Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?"
Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula
menengking.
Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat
sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.
Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"
Anak: "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian
memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Ayah....boleh tak Amin nak pinjam 10
ringgit dari ayah?".
Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit?
nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat
bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah
lewat dah ni..."
Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali
ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa
anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam
kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya
benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak
pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan
membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kalau kamu betul-betul
perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih
banyak ayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah
bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit
lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat
duit dibawah bantal itu?" jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin
kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10
ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si
anak perlahan.
"Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah. "Ayah, sekarang Amin
sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa
ayah.Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama
ayah.jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.




May 6, 2009

Siapakah kita?

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.





Apr 27, 2009

Soalan MIMPI-Hubungan Etnik

Soalan esei

1. Nyatakan ciri-ciri ekonomi yang wujud di Malaysia kini kesan pengenalan ekonomi pada zaman penjajahan British di tanah Melayu.(ms48)
2. Pada tahun 1970-an, orang Melayu menghadapi masalah sosiaoekonomi. Berikan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan pada tahun 1970.(ms57)
3. Apakah factor-faktor penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union pada tahun 1946.(ms95)
4. Nyatakan sebab-sebab British menubuhkan Malayan Union di tanah Melayu.(ms94)
5. Apakah maksud istilah berikut(ms107)
a. Akomodasi
b. Segreasi
c. Kebebasan beragama
d. Perlembagaan
6. Terangkan kelebihan kerajaan Melaka sehingga mampu menarik minat pelbagai orang asing untuk tinggal dan berdagang di Melaka.(ms26-27)
7. Berikan beberapa bukti aktiviti kejiranan yang mampu mewujudkan semangat kejiranan di Malaysia.(ms162)






Apr 26, 2009

Daging khinzir berulat

Mari kita sama2 tonton video ni yer..

lepas tu pakat2 buh komen..




Apr 25, 2009

Tahu, Mahu, Jihad



Manusia ditaklifkan dengan untuk tiga perkara. Menjadi a'bid iaitu hamba, daei' iaitu pendakwah dan menjadi khalifah iaitu penjaga alam ini.

Hampir semua orang tahu perkara ini. Sebahagian dari mereka mahu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermujahadah (jihad) untuk melakukannya.

Kita tahu dosa itu tidak bagus. Kita mahu untuk menghindari dosa. Tetapi sejauh manakah kita bermujahadah untuk menghindari dari dosa? Sengaja persoalan tersebut ditinggalkan untuk difikirkan.

Banyak manusia tahu qiamullail itu baik. Ramai juga mahu melakukannya. Tapi mengapakah kita susah sangat untuk bangun qiamullail.

Kita tahu solat jemaah itu dapat 27 kali ganda. Kita juga mahu mengutip sebanyak pahala untuk bekalan kita di hari akhirat. Tetapi, mujahadah untuk ke masjid? Sangat-sangatlah kurang.

Kita tahu dakwah itu wajib atas umat Islam. Kita mahu untuk berdakwah. Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bermujahadah untuk berdakwah?

Wahai sahabatku, tahu tanpa amal, bagaikan pokok yang tiada buah. Amal tanpa jihad sia-sia. Pentingnya jihad bukan di medan perang sahaja, tetapi di medan nafsu dirimu juga.

Kekuatan umat Islam bukan hanya terletak pada ketinggian ilmu, keazaman yang tinggi, tetapi semangat mujahadah yang tinggi juga.

Tapi mengapalah jihad menjadi perkataan yang sensitif??


rujukan: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1583

CETUSAN STUDENT: Apakah maksud jihad? Jika kita buka kamus, kita akan dapati maksud sebenar jihad adlah 'bersungguh-sungguh'. Berasal drpd 'jahada'.

Mengapa dirasakan tiada kekuatan untuk beramal?Nak ke masjid/surau rasa malas. Bangun subuh pun payah. Ni semua sebab tiadenye kekuatan iman. Bukti iman kuat, senang buat amal. Bukti iman lemah, sukar payah dan berat untuk buat amal.

Marilah kita sama-sama 'terjun' ke dalam usaha atas iman dan amal. Semoga saya dan kita semua dapat amal dan sampaikan


Apr 24, 2009

Asgnmnt siap!

Bismillah,

Tika entry baru ni ditulis, aku sedang tersenyum senang...asignmnt sume dah submit. Fuh! leganya rasa hati..tenang...lapang dada...

Lepas smyg jumaat tdi,
kaki aku melangkah ke bangunan pentadbiran.
Terus menuju ke Jabatan Bahasa Arab.
dengan 1 tujuan yang nyata. Nak hantar KKBI Balaghah.
Usai je meletakkannya di atas meja, aku kembali dengan senyuman smpai ke telinga.

Umpama terlepas segala bebanan yang selama ni terpikul atas bahu.
Aku rasa minggu ni lah antara minggu paling 'huru-hara' utk sem nih,
malam2 berjaga tuk asgnment, seksa gak rasa memusing
ayat tuk arab nih (bile aku nak pndai nih..huk3x...)
pastu disibukkan lak lg ngn cbc, org call..jwab..
pastu smbng lg wat asgnment...waduh3x....bikin pakcik penin ajerk..huahuahuaaa...

Pengajian Islam,
Pendidikan Quran,
Bhs Arab(Balaghah),
Pengurusan Bilik Darjah,
Bhs Arab(Saraf).

erk...leh tahan bnyk gak asgnmnt aku sem nih?

hati dah lapang, pasni leh la pk tuk bnda lain lak. MERDEKA! hehehee...;p


*pasni leh la belek2 tuk exsam bulan depan lak. Perjalanan belum selesai.

Apr 23, 2009

Cacing dan arak

Satu pagi kat sebuah sekolah rendah, Seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak - anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka.
Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup sebagai sampel kehidupan dan 2 gelas minuman yang masing masing berisi dengan air mineral dan arak.


Cuba perhatikan murid - murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul betul. Cacing yang di sebelah kanan saya akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang di sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul - betul “Semua mata tertumpu kepada kedua dua ekor cacing tersebut. Seperti yang telah dijangkakan, cacing yang berada di dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang - renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar apabila melihat anak - anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan kepada ujikajinya
Baiklah murid - murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi Dengan penuh yakin anak - anak muridnya menjawab,


“UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN DI DALAM PERUT..MINUMLAH ARAK… ”


Guru: “Hancur! Hancur!!! Gelap masa depan korang..”

Apr 20, 2009

Kucing comel

Comel kan kucing ni?

tengok kat telinga dier...






Honda Civic Hybrid








SPECIFICATION OF CIVIC HYBRID

Engine

Engine Type 4 Cylinder, SOHC i-VTEC + IMA
Fuel Supply System PGM-FI (Programmed Fuel Injection)
Bore & Stroke (mm) 73.0 x 80.0
Displacement (cc) 1,339
Compression Ratio 10.8:1
Maximum Power [PS (kW) / rpm] 95 (70) / 6,000
Maximum Torque [Nm (kg-m) / rpm] 123 (12.5) / 4,600
IMA Electric Motor Max Horsepower [PS (kW) / rpm] 20 (15) / 2,000
IMA Electric Motor Max Torque[Nm (kg-m) / rpm] 103 (10.5) / 0 - 1,160
Drive-by-Wire Techmology

Transmission

Transmission Type Continuosly Variable Transmission (CVT)
Drive Wheels Front Steering

Gear Type Rack & Pinion with Power Assisted (Electric Power Steering)
Overall Steering Ratio 13.62
Turning Radius (m) 5.4
Braking

Braking System Type (Front) Ventilated Disc
Braking System Type (Rear) Drum

Suspension

Suspension System (Front) MacPherson Strut
Suspension System (Rear) Independent Double Wishbone Dimensions

Overall Length (mm) 4,540
Overall Width (mm) 1,750
Overall Height (mm) 1,430
Wheelbase (mm) 2,700
Treads (Front) (mm) 1,500
Treads (Back) (mm) 1,500
Ground Clearance (mm) 135
Weight (kg) 1,290
Tyre Size 195 / 65 R15
Fuel Tank Capacity (Litre) 50

PRICE

Price List for Peninsular Malaysia RM

Selling Price 126,124.80
Road Tax (1 year) 70.00
Registration Fee 150.00
Handling Fee 50.00
Number Plate 50.00
Ownership Endorsement Fee 50.00
Retail Price (Without Insurance) 126,494.80
Insurance 3,485.20
Retail Price (With Insurance) 129,980.00
Sum Insurance 126,000.00

Note:
A. Prices and specifications are subject to change without prior notice.
B. For Company Registration :
• Registration Fee is RM500.
• Road Tax is doubled.
• Additional 5% Service Tax and All Driver RM50 on Insurance Premium are added.
C. We recommend windscreen insurance coverage.
D. 3 years warranty or 100,000km (whichever comes first) and
6 months free service or 10,000km (whichever comes first).

*waduh2...terpikat abis aku kat honda civic hybrid nih...ermmm...dah msukkan kat my wish list kat tepi tuh...tgh usaha untuk cantikkan statement bank skrg nih ...hopefully dipermudahkan lah.. bagi aku masa hingga hujung tahun nih...Jika ni terbaik buatku, mudahkanlah YaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...