Apr 23, 2009

Cacing dan arak

Satu pagi kat sebuah sekolah rendah, Seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak - anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka.
Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup sebagai sampel kehidupan dan 2 gelas minuman yang masing masing berisi dengan air mineral dan arak.


Cuba perhatikan murid - murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul betul. Cacing yang di sebelah kanan saya akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang di sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul - betul “Semua mata tertumpu kepada kedua dua ekor cacing tersebut. Seperti yang telah dijangkakan, cacing yang berada di dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang - renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar apabila melihat anak - anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan kepada ujikajinya
Baiklah murid - murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi Dengan penuh yakin anak - anak muridnya menjawab,


“UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN DI DALAM PERUT..MINUMLAH ARAK… ”


Guru: “Hancur! Hancur!!! Gelap masa depan korang..”

4 comments:

i_m diba said...

ish..sekolh mne 2,huhu
pape ntah ckgu 2..

assyahida said...

alahai.. budak2 zmn skg... buat bakal2 pendidik, cmne la nak bdpn ngan budak2 ni? alahaii

ikmaLisme said...

salah konsep..
huhuhu...

WhoSign said...

bijak2 dak zaman skrg ni.. huhu

tp.. skola tu, samada btul2 bndr ataupun btul2 ulu pedalaman solok terpencil dan yg sewaktu dgnnya.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...