Feb 7, 2009

Meeting cbc di UKM

Bismillah,

Fuhhh... Lama gak kan aku tak cerita pasal bisnes ceramic ni yer..semalam, telah diadakan meeting mengenai biz ni di Wisma Unikeb UKM.. Zul (Admin JutawanCeramic) telah menerangkan dan memberi jawapan tentang persoalan2 yg sblum ni berserabut dlam minda member2 Ceramic Business Club(cbc)... Zul gak telah menerangkan future planning biz nih..


Antara persoalan 'standard' yg sering ditanyakan adlh mengaitkan cbc dengan skim-skim cepat kaya dan pelaburan haram. Dakwaan ini, sememangnya tidak tepat sama sekali..biasanye, mereka yg dok kata mcm ni adlh mereka yg tak fham tentang konsep biz cbc.. Cbc adlh berkonsepkan program keahlian (privvelage), dan salah 1 keistimewaan sbgai member tu yg diperkenalkan program booster dgn sell back policy.. Penjelasan panjang lebar aku dah tulih kat blog ni.. kalau betul2 ikhlas nak tau..baca, fhamkan..x clear gak, leh cntct aku..insyaALLAH, aku akan cube terangkan dengan sebaik mungkin.

Lagi 1, kebiasaannye..org dok tnye kat mane nak tngok produk ceramic yg dijual oleh cbc nih? untuk pengetahuan semua, produk ceramic kite adlh di bwah brand 'asia ceramic'..kalau nak tngok produk, bleh berkunjung ke HQ (ampang) ataupun ke cawangan-cawangan e-mart yg kini telah dibuka di Ampang,Kerteh,Kuala Terengganu dan Kluang. Dalam masa terdekat ni, akan bnyk lgi cawangan e-mart akan dibuka di seluruh Malaysia.. pembukaan e-mart ni sbnrnye, menunjukkan cbc mmg btul2 buat bisnes n kite semamngnye bukan money game.. :)

Perkembangan terbaru;

1.Syarikat akan mengurangkan penggunaan kurier selepas ini. Kenapa? kerana walaupun kite menggunakan pos berdaftar masih ada member yg tidak mendapat surat2/cek2/baucer2 yg dipos oleh company by kurier. kurier scam? entah ler..aku pun npe leh jdi mcm tu..kerana memikirkan risiko keselamatan dan memikirkan kerugian yg terpaksa ditanggung oleh syarikat bermulanya bulan 3 ni antara pembaharuan yg akan dibuat;

'newsign-up' akan mendapat cek dan privelage kad melalui 3 cara iaitu 1.kurier 2.HQ 3.center

bagi mengatasi masalah member yg kehilangan resit atau tak konsisten 'purchase' pakej yg sama setiap bulan, utk setiap kali pembelian booster syrkt akan kreditkan terus Shopping Point(SP) ke akaun cbc kite (cth: amik Pakej A, purchase je terus dpat 15SP..dgn SP ni bleh la ak redeem pape baucer kat emall...dah xpyah nak kumpul2 baucer mcm sblum nih. Pakej B dapat 25SP, Pakej C dapat 62.5SP)

bg 'repuchase' lak, cara pembayaran kini adlh ambil cek di 1.HQ 2.center 3.EV System

barangan yg diredeem di emall boleh diambil di HQ atau center..dah xde kurier lg



2.Merchant
Cbc akan membuka peluang kepada mana2 member yg ada perniagaan sndri utk mjdi merchant cbc..mksudnye, member2 cbc yg lain bleh shopping di kedai merchant ni menggunakan SP. Pe benefit dier? dgn cra nih disamping mendpat untung bersih drpd brgn yg dijual dgn cra biasa kite juga akan dpat profit yg diberi cbc drpd sales yg dibayar dgn mgunakan SP tuh..meanz ada 2 keuntungan kat situ.. xclear erk..? call/sms aku bgtau smpai fham..;p

3.E-Mart
Lebih bnyk e-mart akan dibuka diseluruh Malaysia.. Pembukaan e-mart ni sememngnya menguntung member2 gak..leh shopping dgn SP jerk..hehe..

4.E-Solution
Menurut Zul, kita akan membuat sistem E-Solution. Pe die tuh? Kmsudnye, kite leh trnsfer SP kpd E-Solution utk urusan pembelian tiket kapal terbang

5.Payment Gateway
Kite berusaha utk mewujudkan payment gateway bg pembelian Electronic Value(EV). Jika sebelum ni, pembelian ev dilakukan dgn membeli drpd HQ ataupun drpd upline2, selepas ni insyaALLAH ev boleh dibeli melalui payment gateway shja sama konsep mcm Cari.Com dan Lelong...Jadi pasni, nak beli EV leh gune Maybank2u la yerk...underspot dpat..lgi pntas n cepat! :)

Pesanan drpd zul, kalau kite betul2 nak sukses kat industri ni kite kene betul2 bersungguh-sungguh ngn biz nih..sume member bertanggungjawab utk jaga nama baik syrkt. Zul pesan gak, kebiasaannya 'org2 kite' xleh tahan lama wat bisnes abab 2 bnda..iaitu coz salah urus kewangan ngn sbab prmpuan...nak btul2 sukses amik masa mungkin dlam 5 tahun...tuk dpat tahap jutawan..jdi beringtlah...sape bersungguh-sungguh...tertulis rezki tuk dier...die dapatlahh..

Bg aku lak..cbc ni plan die mmg cun...aku kagum ngn Future Plan cbc nih.. kalau nak tau, e-mart tu adlh fasa 1 tuk future plan cbc..bnyk lgi peluang2 yg akan diperkenalkan oleh cbc...cbc adlh real bisnes..bukan skim cepat kaya.. Alhamdulillah, rezeki aku ada kat cbc...tetiap bulan incme mencecah 4 angka gak..oklah... ada rezki 1 bulan lgi leh cecah 5 angka kot..hehe... pape pun bnyk2 syukur pd ALLAH yg memberi rezki..:)

ada pape soklan drop komen yer..




Mikael Jackson : Give Thanks To Allah

Bismillah,

Salam muhibbah dan persaudaraan buat semua..kat sini, aku nak kongsikan dengan kekwn semua 1lagu yang dinyanyikan oleh Mikael Jackson setelah die msuk Islam.. Hidayah tu milik ALLAH, barangsiap yang mendapatnya maka amat-amat bertuahlah dier..semoga kita semua dapat amalkan agama dengan sempurna.. ikut perintah ALLAH...dengan cara Nabi Muhammad Alaihissalam...jom saksikan...nyanyi sesama yer..hehe.. :)




Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir


Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Feb 5, 2009

Bilakah tangisan akan berakhir?

Bismillah,

Palestin menangis lagi. Hari demi hari, kekejaman masih terus berlaku.. belum nampak lagi tanda-tanda akan berakhirnya kekejaman ini. Permulaan tahun baru 1430 Hijrah, umat Islam di Palestin menyambut tahun baru dengan bedilan-bedilan dan serangan-serangan Yahudi Laknatullah.. kasihan mereka... mereka semua adalah saudara-saudara kita... ya.. saudara-saudara kita..semua umat Islam itu bersaudara..


Apakah sebenarnya peranan kita sebagai saudara seagama? Aku sendiri terkedu seketika pabila mendapat soalan ini... Satu soalan yang agak sukar dan 'complicated' tuk dijawab..

Daripada Abu Sa'eed Al-Khudri R.A beliau meriwayatkan; aku mendengar Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan, hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya, dan jika tidak mampu juga hendaklah dengan hatinya. Dan demikianlah selemah-lemah iman. [Hadith riwayat Muslim]

Sahabat-sahabtku sekalian,
Apakah sebenarnya peranan kita semua? Setelah lama melihat pada perkembangan semasa, membaca, mengkaji serta merujuk kepada ustaz2 dan orang alim maka sukalah disini untuk dikongsikan buah fikiranku bersama kalian..

1.MENGECAM.
Tindakan yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengecam, membantah, menyuarakan kebencian terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap bumi Palestin. Ini boleh menjadi bukti kepedulian kita terhadap isu Palestin

2.MENCEGAH.
Tindakan ini boleh diertikan dengan menyekat diri daripada secara langsung atau tidak langsung terhadap penyumbangan dana ketenteraan Yahudi. Boleh juga ditafsirkan sebagai boikot, namun aku tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini kerana shbt2 rmai yg telah maklum mengenainya...Lebih berminat untuk membincangakn tentang tindakan yang ketiga..iaitu;

3.MENGUBAH.
Ini merupakan tindakan pada fikiranku mampu mengubah menangani masalah kekejaman di bumi palestin seterusnya memberi kemenangan kepada umat Islam di seluruh dunia. Al-Quran menjelaskan orang Mukmin itu menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain... hadis nabi pun ada memberitahu yang mafhumnya; Umat Islam itu bersadura... namun...ingin ku tanyakan secara tulus dalam diriku dan sahabat-sahabat sekalian...adakah dirasakan dalam diri kita saling bersaudra antara satu sama lain? masih wujudkan rasa itu? Apa tugas bersaudara? Adakah kita saling ziarah menziarahi antara satu sama lain...? bagi Mukmin yang jauh pula, adakah kita ada mendoakan mereka..?

Umat Islam pada hari ini 'kebanyakannya' mementingkan diri sendiri. Kita ramai tetapi seperti buih-buih di lautan yang pecah berderai apabila berlabuh di pantai..alangkah malang dan sedihnya..

Negara Palestin dikelilingi oleh negara Islam yang ramai namun tiada negara yang mampu bangkit untuk membela.. sedih untuk dikatakan..itulah kualiti umat Islam yang ada pada hari ini...itulah kita semua...

Jadi, marilah kita berubah kepada Islam yang sebenar..mengamalkan agama yang sebenar.. menjadi Mukmin yang realiti bukan hanya Mukmin Ilusi (meminjam kata-kata SaifulIslam).. IbuBapa mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah..Jangan jadikan mereka Yahudi, Nasrani, atau Majusi... Kita yang mukallaf, amalkan sunnah-sunnah nabi... kerana apabila sunnah tidak diamalkan maka bid'ah akan muncul... tingkatkan iman kita dengan amal ma'ruf dan nahi munkar.

Kejayaan umat Islam bermula dari diri kita sendiri. Semua orang berperanan dan perlu bertanggungjawab.. Semua orang perlu amalkan agama dengan sempurna. Apabila semua orang mengamalkan agama dengan sempurna, maka rahmat ALLAH akan mencurah-curah pada kita semua..Apabila rahmat turun, maka nusrah dan pertolngan ALLAH akan memberi kemenangan pada kita.

Masihkah sahabat-sahabat sume ingat pada peperangan Badar? Ya.. 313 orang kaum Muslimin menentang 1000 orang Musyrikin.. pada peperangan itu ALLAH telah memberi kemenangan pada kaum Muslimin. Tidakkah kita terfikir mengapa terjadi demikian? Sahabat-sahabatku yang dimuliakan... dijadikan peperangan itu bukan sekadar cuma-cuma menjadi sejarah sahaja...itu juga merupakan pengajaran buat kita iaitu dengan iman dan ketakwaan yang 'solid' pada ALLAH semestinya akan diberi kejayaan dan kemenangan insyaALLAH. Kaum muslimin ketika itu mpunyai kekuatan hati dlam meyakini pertolongan ALLAH kerana janji Rasulullah kemenangan akan sentiasa berpihak pada Islam.

Hari ini, marilah kita sama-sama perbetulkan amalan-amalan kita..perbaiki sunnah2 kita.. sunnah sirah, surah dan sarirah kita.. maaf untuk dikatakan, marilah kita sama-sama renungkan.. "kita mampu untuk sama-sama berhimpun menyuarakan ketidakpuas hatian kita atas kezaliman di Palestin, tpi brape orangkah yang mampu untuk sama-sama untuk menjaga solat berjemaah dengan cara yang diajar oleh Nabi?" Aku sendiri mengakui, lemah sangat keimanan dihati ni.. di tempat aku belajar sendiri ketika 'Malam untukmu Palestin' diadakan, 1rapat umum telah dilaksanakan pada malam itu yang dihadiri oleh semua palajar...penuh jalanan dengan pelajar berarak meluahkan protes..namun sedih sekali subuh esoknya saf-saf subuh masih kosong..adakah kita semua terlalu penat berarak sehingga kepenatan subuh berjemaah? Untuk menjaga perkara yang 'basic' masih bermasalah, sekiranya sampai seruan perang atau jihad mampukah mengangkat senjata melwan al-kuffar? keberanian datang dengan iman dan keyakinan yang teguh pada ALLAH..mimpikan syahid...percaya pada janji2 ALLAH...mimpikan syurga2..dan mengimpikan bidadari2 yang tidak jemu untuk dipandang..subhanallah!

sekadar perkongsian pendapat daripadaku, maaf sekiranya mengguris jiwa..namun selagi mana tidak ditulis, selagi itu kurasakan umpama berdosa pada umat ini... Marilah kita sama-sama jaga amalan kita... buat Muslimin jaga solat berjemaah, buat Muslimat belajarlah untuk menutup aurat dengan sempurna.. Terakhir daripadaku, rapat umum adalah cara untuk menimbulkan fikir kepentingan untuk membebaskan Palestin dari ancaman zionis, namun pembebasnnya adlah dengan ketakwaan daripada kita semua. jazakallah..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...