Jul 24, 2010

Rogol tu apa?

Sudah genap 4 minggu saya berpraktikum di Putrajaya.
Sudah berada di pertengahan jalan, tinggal 1 bulan lagi untuk menghabiskannya.

Apa perasaan? Bercampur baur.
Yang pasti, untuk 1 bulan pertama ini saya terasa umpama 'kehilangan' kehidupan sendiri.
Dan rindu untuk selalu update blog.hu.

Ada banyak kisah ingin dikongsikan buat semua, tapi dalam banyak-banyak kisah yang dibaweah ni paling menarik perhatian saya untuk dikongsikan buat semua.

.

.

Ustaz, rogol tu apa?


Terkedu saya. Seorang murid perempuan darjah 2 bertanyakan soalan sebegitu.

Menjawab

Mengapa kamu tanya macam tu?


Murid perempuan tersebut menceritakan

Masa kem bestari solat baru ni, H**** tiba-tiba peluk saya dari belakang, pastu dia cakap nak rogol saya. Saya takut, kemudian saya lari laju-laju menjauh daripada dia.


Jika anda di situasi ini? Apa perasaan anda?
Adakah situasi seperti ini turut berlaku ditempat lain?
Untuk 10 tahun akan datang bagaimana pula keadaannya? Adakah masih wujud 1 suasana yang selesa untuk anak-anak saya pula kelak meneruskan pelajaran dengan tenang, terkawal, dan beradab? Ah, menakutkan!

Apa khabar Rin?

Assalamualaikum buat semua.
Masih ingat lagi kisah Rin?

Buat pengetahuan semua,
Lelaki tu setuju untuk menjadi 'bapa' buat bayi tu. Mereka telah selamat dinikahkan. Namun, apa yang menyedihkan selepas je bernikah lelaki tu terus menghilangkan diri. Hilang tanpa berita.

Dan Rin dah selamat melahirkan anaknya. Bayi lelaki. Alhamdulillah, syukur.
Sekarang ni, Rin berada di rumah. Ditangguhkan pengajian sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu.

Bagi saya, sebagai seorang kawan tidak akan putus memberi kata-kata semangat. Teruskan hidup, jangan ulangi lagi perka-perkara yang merosakkan diri sendiri. Hidup ini bukan untuk dirosakkan!

*Manusia tidak dapat lari daripada kesilapan. Namun orang mukmin itu bukanlah berterusan melakukan kesilapan yang sama secara berterusan.

**Setiap nikmat ada "bala". Jgn terlalu gembira dan lupa diri. Cth: Terlalu sedap dan manisnya rambutan, ada batuk. Terlalu indahnya nikmat bercinta, adanoda. Tetapi setiap "bala" ada hikmahnya. Ujian sakit supaya insaf daningat Allah. Jatuh miskin, supaya jgn takbur dan riak sesama manusia. Apa pun kita kena percaya Rukun Iman ke 6.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...