Dec 3, 2010

Poligami: Nafsu vs Seks?

Poligami? Bila disebut berpoligami pasti kaum adam suka.. Malah ada pula kaum hawa yang tidak setuju. Kaum adam yang ingin berkahwin lebih dari satu menyatakan Poligami ikut sunnah. Tapi sebelum itu.. Tahukah anda makna perkahwinan yang sebenar? Tujuan anda berkahwin? Dulu katanya.. Aku berkahwin sebab aku cinta akan si dia… Cinta aku mati pada si dia tidak pada orang lain.. Mengapa masih wujud Berpoligami ? Cinta Atau Sex Abang ?

Berpoligami Berpoligami : Cinta Atau Sex

Poligami mengikut sunnah ? Tahukah Poligami Rasulullah bagaimana ? Rasulullah Berpoligami bukan kerna ayat-ayat cinta mahupun sex.. Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun. Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun. Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.

Wahai Kaum Adam, Anda mahu berpoligami? CERMIN DIRI.. Bermonogomi baru 5 tahun, Anak masih kecil ! kerja tidak menentu !.. Nafkah bini tidak diberi. Anak terbiar mahu berpoligami? Apakah anda berkahwin lagi kerana cinta anda tidak pada isteri anda? Adakah kerana anda tidak puas bersama isteri anda? Marilah abang, Sex itu hanya sementara! Dimana janji cinta di awal perkahwinan?

Allah Ta’la telah berfirman dalam Surah An Nisa’: ayat 3 yang bermaksud:

” Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”

Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.

Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:

  • Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
  • Adil di antara para isteri.
  • Adil memberikan nafkah.
  • Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
  • Adil dalam giliran.

Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab;
  • Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
  • Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
  • Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
  • Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

Masih adakah lelaki yang berlaku adil dalam zaman ini? Secara mutlaknya.. Saya tidak bersetuju Lelaki yang berpoligami.. Diri sendiri terumbang ambing masih mahu nak bernikah lebih dari satu.. Perkejaan entah kemana.. Lagi satu.. Kepada si kaum hawa.. Sudah tahu yang si suami itu sudah berkahwin masih mahu kahwin? Adakah keranacinta atau sex? Marilah, Kaum Hawa.. Jangan makan janji manis Sang lelaki yang bertopengkan syaitan.. Mereka berpoligami atas cinta? Wujudkah cinta bila anak sudah 2 3?

P/s: Berpoligami? Takpe dah jodoh nak buat macam mana? Jodoh? Jodoh kerana nafsu ke?

P/s/s: Saya nak cari yang seorang pun bukan main payah, nak tambah lain? 'bergusti' la jawabnya dengan orang rumah nanti.. hee~

Amanah Hartanah Berhad

Nampaknya rakyat Malaysia (bumiputera khususnya) mempunyai peluang pelaburan baru menerusi AHB.

Ini mungkin jua peluang terbaik buat golongan yang ingin 'berkenal-kenalan' dengan pelaburan bidang hartanah tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi - seperti saya contohnya.

Dan tentunya, AHB ini adalah suatu peluang pelaburan baru yang patut direbut peluangnya oleh semua. Secara asasnya, AHB boleh dikatakan seakan-akan dengan ASB namun ia berada di lapangan yang berbeza!

Laporan Bernama;

PHB lancar Amanah Hartanah Bumiputera bersaiz RM1 bilion

2010/11/29

KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) hari ini melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bersaiz RM1 bilion, yang membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset hartanah.

Skim pelaburan itu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, terbuka kepada pelabur Bumiputera berumur tiga bulan ke atas, dengan pelaburan permulaan sebanyak RM500.

“Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung akan berpeluang untuk memiliki pegangan dalam hartanah utama. Unit-unit amanah ini akan diniagakan pada harga tetap RM1 seunit,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB Kamalul Arifin Othman pada majlis pelancaran skim itu di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya bekerjasama dengan Maybank bagi memudahkan pelabur menjalankan urusan transaksi skim amanah itu.

“Sehubungan itu, pelabur yang berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank, yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara, untuk membeli unit-unit AHB,” katanya.

Mengenai pulangan AHB, Kamalul Arifin berkata pihaknya menjangkakan pulangan yang bakal diterima pelabur skim itu tidak kurang daripada enam peratus berdasarkan prestasi hartanah di kawasan Segitiga Emas.

Beliau berkata Pelabuhan Hartanah juga akan memperbesar saiz skim amanah itu pada masa depan.
Katanya pihaknya akan terus mengenal pasti peluang-peluang perniagaan melalui pembelian hartanah perdana serta membangunkan projek hartanah, terutama dalam sektor pembangunan hartanah komersial.

“Kami merancang membesarkan saiz dana sebanyak RM500 juta lagi tahun depan,” katanya.

Ditubuhkan pada Mei 2006, PHB ialah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, yang aktiviti utamanya sebagai syarikat pemegang pelaburan.

Pada masa ini, nilai hartanah miliknya melebihi RM1 bilion, kebanyakannya di Lembah Klang. – BERNAMA

lagi berita di Utusan.


Ada lagi yang sudah membuka akaun AHB?

Dec 1, 2010

Salam Perpisahan buat Semester 8!

Tahun depan, saya akan berada di semester 7.

Rasanya macam baru semalam memasuki alam 'guru pelatih'
Aduhai, tahun depan dah jadi batch paling senior.
Cepat sungguh rasanya masa berlalu.

Salam perpisahan buat abang-abang dan semua sahabat semester 8.
Sudah menjadi lumrah alam ada pertemuan, pastinya ada jua perpisahan.

Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan buat kalian atas nasihat dan jua tunjuk ajar yang telah diberikan. Kalian semua memang senior yang terbaik lah! love u all.

Dan semestinya jasa kalian yang paling besar adalah ketika membantu pihak institut bagi mendapat MQA(umumnya) dan bagi kursus Bahasa Arab(khususnya).. Kedengaran agak mencabar soalan yang dikemukakan.. agak-agaknya kalau soalan-soalan 'maut' tu diberikan kepada batch kami mampu terjawab ke? Lagi-lagi lah jikalau soalan tu ditanya dalam Bahasa Arab.. hee~

Jasa baik dan pengorbanan itu, moga-moga diberikan ganjaran dan pahala yang berterusan daripadaNYA. Ameen.

Akhirnya, ditujukan pantun ini buat semua sahabat-sahabat semester 8,

Jika ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.




PISMP Semester 8 Bahasa Arab, selamat berjuang semua!


Bersama saudara Syahrin


P/s: Perasaan 'gerun' mula terasa apabila memikirkan selepas ini kamilah batch paling senior bagi kuliah Bahasa Arab. Terasa kerdil dan jauh beza jika dibandingkan dengan senior semester 8 2010.

Nov 30, 2010

Luna Maya

Ingat kes Luna Maya dan Ariel?

-----

Luna Maya buat hal lagi. Tak tahu nak kata apa.

Malas nak tulis panjang-panjang, sila lihat sendiri di:


P/s: Jika entry ini kontroversi sifatnya, saya terpaksa delete nanti.

Rehat yang panjang.

Oh, sungguh lama tidak menulis di sini.

Maafkan saya atas kesibukan sendiri (perasan sibuk)
Maafkan saya wahai peminat saya (ada ke?sungguh koya!)

Kini, saya kembali.
Menari tangan berceloteh di sini.

p/s: maafkan saya buat kesekian kali. hati sangat rindu untuk berkongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...