Apr 18, 2009

Setahun aku dan cbc

Bismillah,

Lama tak menulis perkembangan terbaru Ceramic Business Club (CBC). Sedar tak sedar dah setahun aku join cbc nih. Aku join 12 Mac 2008, skrg dah bulan April 2009. Sekejap je masa berlalu. Teringat aku setahun lepas, cuak-cuak...takut-takut ngn cbc nih..

ye la, konsep baru. lom pnah jmpe biz seunik mcm nih...hahahaa... t'senyum sesorg bile aku teringt bnda tu sumer..

Aku start promote cbc mule dgn online. Yup, modus operandi yg sama mcm aku wat MyMode dulu.Fully online... pomote kat blog, lepak n pomote kat forum2, cari website2 iklan, letak kat status YM... tu je lah yg aku wat..

sampai la sedar tak sedar, alhamdulillah aku mula merasa gak incme cecah 5 angka..
nak bukti? tengok le sndri... thehehehee...






macam tak percayakan? tapi tu la hakikatnya..alhamdulillah.. tpi, aku buat biase2 jer..aku tetap syukur yg dulu..takde pape perubahan pun..ni semua rezeki...bile2 masa je bleh ditarik balik. betul tak?

Cite psal cbc ni lgi..biasa prospek2 n kekwn aku musykil tang mane company dpat profit. tak overpaid ker? soklan stended la sume tuh..
sbnrnye, kalo kite fhamkan knsep cbc ni simple shja... mudah...
membership programme ngn trading sell back policy..bnda yg simple wtpe nak dikusutkan kan?

kalo nak tau, secara mudahnye company dpat profit melalui 3 cara;

1.Trading
melalui penjualan produk2 ceramic. samada yg dijual di e-mart ataupun yg company pasarkan. tak percaya? surat pemeriksaan KPDNHEP sendiri dah mengesahkan cbc memang membuat trading produk2 seramik.

2.Baucer
cbc ada memberi baucer2 kepada ahli-ahlinya. Baucer2 yg ada ni boleh diredeem di emall. Baucer yg disediakan setakat ni adlh kfc, pizzahut, parkson, giant, jaya jusco, bhp petrol, dan aucer e-mart. kita fikir secara logiklah, cthlah pd bulan ni cbc ambil 500 ribu keping baucer dpd kfc. sekeping baucer bernilai RM10. 500 ribu x RM10= RM5juta, meanz pd bulan ni cbc ambil baucer dpd kfc dgn nilai RM5 juta. agak2nyelah, cbc ambil baucer tu dgn harga RM5 juta gak ker? Pasti lebih murah kan? Cth cbc dpt dpd kfc hrga RM4 juta shja, dah untung 1 juta...Haaa... kat situlah company dpt profit...nmpak tak?

3.Loyalty
Yup, melalui bonus kesetiaan. Kalau kita lihat, konsep loyalty ni biasa diamalkan sbnrnye..cume kite je mungkin tak perasan. sebagai contoh, bonuslink yg dianjurkan oleh shell. sesapa yg ada kad bonuslink cnfrm isi minyak kat shell kan? tuk kumpul point..bile ckup point je leh la redeem payung n etc..betul tak?
camtu jugak dgn cbc nih..cbc ada e-mart, iaitu kedai serbaneka bwah cbc. kat dlam kedai nih, kite leh shopping brg2 keperluan harian dgn menggunakan shopping point yg kite ada dlam kad keahlian kite.. nak beli topup pun leh je kat e-mart nih. free je...asalkan ada sp dlam kad tuh.. mudah je kan?

Mungkin ada yg masih blur2 tentang konsep cbc nih. Jika betul2 ikhlas nak tau..leh bincang elok2. betulkan salah fham tuh...aku pun setakat ni takde paksa sesapa tuk join..hnye bukak peluang..nak join, aku boleh bantu..

selain tu, ada beberapa lagi perkembangan terbaru drpd company.. antaranye, pada bulan ni akan ada 3 lagi e-mart akan dibuka iaitu di Kuala Terengganu, Skudai, dan Kota Bharu. Pembukaan e-mart ni sebenarnye membuktikan company berkembang secara sihat. Setakat ni, yang aku nmpak company mmg btul nak wat bisnes.. cume aku je lah wat santai2 jer..maklumlah...student l kan..hohohooo...

*nak tau detail leh klik n daftar kat sini atau sini
takpun leh je add YM aku..kite leh borak2 panjang yer..

Salam muhibbah buat semua!;)





Karkun

Aku dengar kau karkun sekarang, kawan
Tiga hari setiap hujung minggu
Dua minggu setiap hujung bulan
Empat puluh hari tanpa jemu


Datang kau sekarang dengan jubah, putih
Senyum kau sekarang dengan siwak, bersih
Dagumu berjanggut
Beratmu yang susut
Apa khabar saudaraku, sekian lama tidak ketemu

Bukankah kau anak kampung yang aku kenal dahulu
Yang datang si dara, kau bersiul berlagu
Yang datang si janda, kau malu tersipu
Di tepi parit, di tembok jambatan
Kau, aku dan gitar-gitar
Di waktu maghrib, dihalau azan
Kau, aku terketar-ketar

Bukankah kau pemuda yang selalu berkata dahulu
Hidup ini tanpa lagu rock
Seperti ayam tidak berkokok
Bak kenyang yang tidak cocok
Kalau tidak menghisap rokok
Falsafah kita bersama:
Kau, aku dan kerjaya
Biarlah tidak kaya-raya
Asalkan kita boleh bergaya

Sekarang lihatlah
Betapa cerah
Sinaran wajah
Penghuni Jannah

Aku dengar kau giat tabligh sekarang, kawan
Dari surau ke surau
Dari kampung ke kampung
Dari pulau ke pulau
Dari tanjung ke tanjung
Kaujelajah DIA
Kaudaki DIA
Kauredah DIA
Kautakik DIA;
Satu persatu cabaran, dengan tabah kautawan.

Aku dengar kau alim sekarang, kawan
Bahasamu berlapik, tuturmu halus belaka
Tidak lagi memekik, macam orang Melaka
Jelinganmu rendah, matamu sejuk bak salji
Isterimu berpurdah, anakmu khusyuk mengaji
Seleramu buta, tidak akan memilih
Asalkan ada, tidak akan merintih

Kau yang aku lihat
Dan
Kau yang aku ingat:
Bak siput dan kilat

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau bertamu di teratak murahku?
Yang aku menangi mudah
Dari loteri tajaan syarikat jamu?
Yang aku hiasi meriah
Dengan potret gadis idaman kalbu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau menjamah masakan hidanganku?
Seorang yang tidak bersembahyang
Yang berdoa bila perlu?
Seorang yang sujud untuk menayang
Yang dia alim
Muslim bermutu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau datang menziarahiku?
Sedang kau menasihat dan bermesyuarat
Biarlah aku hidang teh dan air jus
Sedang kau bersyarah dan bertazkirah
Biarlah aku tenung anak matamu
Dan aku khayal mengelamun
Dan aku berangan sampai ke Jepun
Kata-katamu
Tidak meninggalkan kesan
Ia berlalu
Dari telinga kiri ke kanan

Oh
Kawan lamaku, si karkun
Usaha murnimu yang tekun
Adakah
Kau menghargai sama
Pengalaman lama?
Mahukah
Kau menilai semula
Persahabatan kita?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah?


Apr 15, 2009

Kenapa dengki?

Bismillah,

hurmm...rasa tertekan skrg nih...tensen...
kenapa perlu antara kita ni nak saling iri hati..? Mengapa?

Sabar Syukur....sabar....huhuu..



Peristiwa tu berlaku kat blog jualan Perfume aku (www.onedropperfumes.net),
dalam minggu ni dah 3 kali 'hamba ALLAH' tu buat tak best kat aku..

dok spam kat chatbox aku...
tetibe je dok pomote link dier...
ape kes mcm tuh? nak wat iklan murahan?

yang aku rasa bertambah bengang lagi,
leh kata 80% ayat-ayat dlam website die tuh sebijik tiru aku punyer..
heyy!! dah takde idea ker? semua nak tiru..tolak no akaun bank je tak sama.. yg lain leh dikatakan sebahagian besarnye SEBIJIK!!

ok..fine..kalo nak tiru tu, ok la..aku leh halalkan je..ambillah.. mungkin baru nak blaja2 niaga online kan? tapi, nape nak sabotaj blog aku plak? KENAPA?

kmdn, die kata aku jual mahal lar...aku ni penipu lar...
ish...ODP, RM40 hrga stended la tuh...aku jual dri dulu hrga nih..
kenapa nak bising2 dengan aku lak?

aku rasa kecewa dgn benda nih..patutnye toksah la nak busuk hati...
rezeki kita semua ada...semua dalam aturan ALLAH... kite buat dengan betul, insyaALLAH...

jika ini ujian wat aku, aku redha.

Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran..kau berilah hidayah pada kami semua..


*buat masa ni, aku remove dulu chatbox di blog Perfume aku tuh. mungkin lpas nih aku buat preview shaja dan yg serius nak jdi agen cntct direct pd aku. direct, xpyah kat chatbox lagi.



Apr 14, 2009

bermula kembalikah?

Bismillah,

Sudah sekian lama tak menulis. Maaf dipohon buat semua pengunjung blog ku. Masa yang sentiasa berlari pantas kadangkala buat aku sesak nafas. Kelapangan dalam kesempitan, dengan lambakan tugasan yang wajib dihantar dan disiapkan. Perkara biasa bagi seorang pelajar.

Tepu seketika otakku. Lama tak menaip, lama tak menulis disini. aduyai... sukarnya ingin memulakan kembali. Banyak yang ingin diceritakan, tp masih belum terkeluar lagi. Mengapa ya?

Banyak kejadian yang berlaku akhir2 ni. Aku demam selsema minggu ni.. demam yang masih tak kebah-kebah. kejap ok, pastu demam smule..huhuu... dugaan... dengan motor LC kesayangan aku hilang di pasaraya warta ahad lepas.. arghh...macam2...

sabar2...aku redha dengan semua ujian yg dihadapi. Jika ini yang terbaik buatku, aku redha. Mungkin ganti yang lebih baik lagi? wallahu'alam.

Tugasan dah banyak dihantar. Pendidikan Al-Quran, Pendidikan Islam, Pengurusan Bilik Darjah... sume tugasan-tugasan yang ni dah diselesaikan...dah submit pun. Tinggal tugasan Bahasa Arab je yg masih menyesakkan dada nih. Balaghah dan Sarof, 2 tugasan berbeza...mungkin dlam minggu ni boleh diselesaikan? InsyaALLAH, moga-moga semua urusanku dipermudahkan.

Jika dilihat, blog aku nih dah ber'domain' baru. Perasan tak? Jika dulu jika nak layari perlu taip cetusan-student.blogspot.com, kini tak perlu lagi. aku dah shortkan pd www.cetusan-student.com sahaja. Begitu juga dengan blog perfume aku. Aku buat penjenamaan semula. Jika dulu, www.minyak-wangi.blogspot.com kini bertukar kepada www.onedropperfumes.net. Semoga dengan nama baru ni, lebih mudah diigati oleh semua.

Lagi perkembangan terbaru, alhamdulillah sedar tak sedar 12 mac lalu genap dah setahun aku running biz cbc. Macam tak percaya, sekejap je masa berlalu. Rasa macam semalam je benda tuh. Teringat aku masa memula join dulu. Banding ngn waktu sekarang dengan apa yang aku ada, aku amat bersyukur. Semoga aku sentiasa tergolong dalam golongan yang bersyukur. Nanti aku masukkanlah entry khas tentang genap setahun aku di cbc nih.

waktu ini bulan april, bulan mac yang lepas (16/3) genap umur aku 21 tahun. Terima kasih kepada yg wish besday aku. Pada bebudak kuliah, thnx for everything. Semakin tua, semakin bnyk kah tanggungjawab perlu dipikul?

Apa lagi aku nak kata kat sini. Ermm... otak semakin tepu..tak tahu nak tulis lagi. Jumpe lagi di lain kali. Jazakallah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...