Apr 14, 2009

bermula kembalikah?

Bismillah,

Sudah sekian lama tak menulis. Maaf dipohon buat semua pengunjung blog ku. Masa yang sentiasa berlari pantas kadangkala buat aku sesak nafas. Kelapangan dalam kesempitan, dengan lambakan tugasan yang wajib dihantar dan disiapkan. Perkara biasa bagi seorang pelajar.

Tepu seketika otakku. Lama tak menaip, lama tak menulis disini. aduyai... sukarnya ingin memulakan kembali. Banyak yang ingin diceritakan, tp masih belum terkeluar lagi. Mengapa ya?

Banyak kejadian yang berlaku akhir2 ni. Aku demam selsema minggu ni.. demam yang masih tak kebah-kebah. kejap ok, pastu demam smule..huhuu... dugaan... dengan motor LC kesayangan aku hilang di pasaraya warta ahad lepas.. arghh...macam2...

sabar2...aku redha dengan semua ujian yg dihadapi. Jika ini yang terbaik buatku, aku redha. Mungkin ganti yang lebih baik lagi? wallahu'alam.

Tugasan dah banyak dihantar. Pendidikan Al-Quran, Pendidikan Islam, Pengurusan Bilik Darjah... sume tugasan-tugasan yang ni dah diselesaikan...dah submit pun. Tinggal tugasan Bahasa Arab je yg masih menyesakkan dada nih. Balaghah dan Sarof, 2 tugasan berbeza...mungkin dlam minggu ni boleh diselesaikan? InsyaALLAH, moga-moga semua urusanku dipermudahkan.

Jika dilihat, blog aku nih dah ber'domain' baru. Perasan tak? Jika dulu jika nak layari perlu taip cetusan-student.blogspot.com, kini tak perlu lagi. aku dah shortkan pd www.cetusan-student.com sahaja. Begitu juga dengan blog perfume aku. Aku buat penjenamaan semula. Jika dulu, www.minyak-wangi.blogspot.com kini bertukar kepada www.onedropperfumes.net. Semoga dengan nama baru ni, lebih mudah diigati oleh semua.

Lagi perkembangan terbaru, alhamdulillah sedar tak sedar 12 mac lalu genap dah setahun aku running biz cbc. Macam tak percaya, sekejap je masa berlalu. Rasa macam semalam je benda tuh. Teringat aku masa memula join dulu. Banding ngn waktu sekarang dengan apa yang aku ada, aku amat bersyukur. Semoga aku sentiasa tergolong dalam golongan yang bersyukur. Nanti aku masukkanlah entry khas tentang genap setahun aku di cbc nih.

waktu ini bulan april, bulan mac yang lepas (16/3) genap umur aku 21 tahun. Terima kasih kepada yg wish besday aku. Pada bebudak kuliah, thnx for everything. Semakin tua, semakin bnyk kah tanggungjawab perlu dipikul?

Apa lagi aku nak kata kat sini. Ermm... otak semakin tepu..tak tahu nak tulis lagi. Jumpe lagi di lain kali. Jazakallah.






2 comments:

~Khairul Naziri~ said...

lor xtau lor besday ko
epi belated besday
hehe 15 hri pastu aku lak besday
anyway mtk tnjk ajr ye otai cbc :D

~Khairul Naziri~ said...

epi belated besday lor
hehe
aku 15hari pastu besday
anyway nnt aku blk nk mtk tnjk ajar dr otai cbc ni
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...