Mar 29, 2009

Taring yang hilang

Bismillah,

Cetusan rasa dan pendapat aku mengenai keadaan kita pada hari ni. Keadaan umat Islam yang sedang mencari kekuatan yang hilang di masa lalu. Kemanakah hilangnya 'taring2' kite?Apakah punca kepada semua ini? Sedihnya aku rasa.. Mari terus membaca...


Mari kita fikirkanlah, apa sebenarnya yang kita telah lakukan demi menunjukkan
kecintaan kita kepada Nabi SAW. Nabi bersabda dalam suatu hadith lebih kurang
mafhumnya, "Barangsiapa yang mencintai sunnahku, maka dia mencintai aku. Dan
siapa yang mencintai aku, dia akan bersamaku di syurga." - Bukhari & Muslim

Apakah sunnah Nabi SAW? Tak payah bagitau, aku percaya kita semua telah
sedia maklum. Cuma adakah kita telah mengamalkan atau sedang cuba untuk
belajar beramal, atau terfikir untuk mengamalkan sunnah Nabi SAW?

Apakah antara sunnah Nabi SAW yang paling besar? Iaitu, mengajak manusia
kepada Allah SWT, sembahyang fardhu secara berjemaah bagi orang Islam
lelaki, dan fikirkan tentang bagaimana hendak menyelamatkan umat Nabi SAW dari
neraka dan masuk ke dalam syurga. Itulah antara sunnah2 Nabi SAW yang utama.

Hari ini apa yang saya dan anda buat? Sembahyang berjemaah pun kita liat.
Fikirkan umat, jauh panggang dari api. Tak habis2 kita nak cari kuasa, pangkat,
harta di dunia, lebih buruk lagi mengaitkan dgn Islam. Yang tu je kita dok buat.

Tiba2 dunia barat buat hal, kita plak yang melatah lebih2. Apa kes? Salah kita
sebenarnya. Kita umat Islam hari ini tak tunjukkan akhlak seperti mana akhlak
Nabi SAW dan para sahabat R.Anhum. Nak ajak dan kenalkan Allah SWT pada
diorang, lagi lah kita tak buat. So apa cerita nak marah tak tentu pasal kalau
ia bermula dari kita sendiri?

Bukan tak boleh nak protes, boleh. Aku pun cuba nak protes. Tapi janganlah
sampai nak maki dan kutuk mereka. Sepatutnya kita doa pada Allah SWT
supaya Allah SWT berikan hidayat untuk mereka dan keturunan mereka. Sebagaimana
yang Nabi SAW dan para sahabat buat masa mereka masuk Makkah pada "Hari Pembukaan
Makkah". Malam2 mereka menangis minta Allah SWT beri hidayat pada musyrikin Makkah.

Sampai Hindon yang pernah seksa jenazah Saidina Hamzah R.A. pun masuk Islam pada
hari kedua 'Fatah Makkah'. Sahabat lain tanya pada Hindon, "Apa yang buatkan
kamu masuk Islam?" Hindon menjawab, "Bukan aku yang masuk Islam, tapi Islam
yang masuk ke dalam diriku." Hindon bercerita lagi, "Kami mengintip tentera
Islam pada waktu malam semalam untuk mengetahui apa yang tentera Islam
lakukan? Adakah mereka meraikan kejayaan 'Fatah Makkah'?

Tapi kita fikirkanlah, apa sebenarnya yang kita telah lakukan demi menunjukkan
kecintaan kita kepada Nabi SAW. Nabi bersabda dalam suatu hadith lebih kurang
mafhumnya, "Barangsiapa yang mencintai sunnahku, maka dia mencintai aku. Dan
siapa yang mencintai aku, dia akan bersamaku di syurga." - Bukhari & Muslim

Apakah sunnah Nabi SAW? Tak payah bagitau, aku percaya kita semua telah
sedia maklum. Cuma adakah kita telah mengamalkan atau sedang cuba untuk
belajar beramal, atau terfikir untuk mengamalkan sunnah Nabi SAW?

Apakah antara sunnah Nabi SAW yang paling besar? Iaitu, mengajak manusia
kepada Allah SWT, sembahyang fardhu secara berjemaah bagi orang Islam
lelaki, dan fikirkan tentang bagaimana hendak menyelamatkan umat Nabi SAW dari
neraka dan masuk ke dalam syurga. Itulah antara sunnah2 Nabi SAW yang utama.

Hari ini apa yang saya dan anda buat? Sembahyang berjemaah pun kita liat.
Fikirkan umat, jauh panggang dari api. Tak habis2 kita nak cari kuasa, pangkat,
harta di dunia, lebih buruk lagi mengaitkan dgn Islam. Yang tu je kita dok buat.

Tiba2 dunia barat buat hal, kita plak yang melatah lebih2. Apa kes? Salah kita
sebenarnya. Kita umat Islam hari ini tak tunjukkan akhlak seperti mana akhlak
Nabi SAW dan para sahabat R.Anhum. Nak ajak dan kenalkan Allah SWT pada
diorang, lagi lah kita tak buat. So apa cerita nak marah tak tentu pasal kalau
ia bermula dari kita sendiri?

Bukan tak boleh nak protes, boleh. Aku pun cuba nak protes. Tapi janganlah
sampai nak maki dan kutuk mereka. Sepatutnya kita doa pada Allah SWT
supaya Allah SWT berikan hidayat untuk mereka dan keturunan mereka. Sebagaimana
yang Nabi SAW dan para sahabat buat masa mereka masuk Makkah pada "Hari Pembukaan
Makkah". Malam2 mereka menangis minta Allah SWT beri hidayat pada musyrikin
Makkah.


Hindon bercerita lagi, "Kami beramai-ramai pergi ke markas tentera
Islam untuk mengintip. Dan kami tersentuh hati apabila melihat mereka
sujud dan menangis kepada Allah SWT dengan meminta hidayat Allah SWT kepada
kami dengan menyebut nama-nama kami. Aku sayu mendengar seorang sahabat menyebut
nama aku kepada Allah SWT. Aku kagum dengan akhlak mereka. Lalu Islam telah
masuk dalam diriku."

Itulah akhlak Islam yang sebenar. Nabi SAW yang empunya diri kena kutuk, maki
dan seksa pun, Nabi SAW tak marah dan maki. Nabi SAW berdoa lagi minta hidayat
untuk mereka. (cnth- peristiwa Taif). Nabi yang hari2 kena kutuk n maki dgn
Abu Jahal pun, Nabi buat xpeduli je. Nabi doa dan ziarah sebanyak 70kali.
Nabi nak perang pun, Nabi SAW dakwah dulu selama 3hari kat tempat nak serang.

Apa lagi nak di kata? Tiada alasan lagi untuk kita. Apakah kita dah buat macam
Nabi SAW buat? Dah amalkan sunnah2 Nabi SAW? Fikirkanlah wahai sahabat. Aku tak
halang korang nak buat ape pun. Yang penting, sunnah Nabi SAW jgn kita
tinggal. Barulah kita umat Islam dan kuffar macam buku dgn ruas. Jangan
sampai, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran sudah.

Sebenarnya, aku tak berniat nak tujukan pada sesiapa. Aku berpesan 99% untuk
diri aku dan 1% untuk korang. Supaya kita sama2 fikir bagaimana untuk dapat
kejayaan yang hakiki di dunia dan di akhirat.

2 comments:

~Khairul Naziri~ said...

mntp
tersentuh hati aku

Anonymous said...

Maybe I`ll be Captain Obvious, but... it's only few days to New Year last, so let's be happy!
Hoho3ho!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...