Dec 12, 2010

Nikah Gadis Maghribi

Sukar mencari pasangan hidup namun anda memang sangat-sangat kepingin untuk berkahwin?;)

Anda ada RM14 Ribu? Mahukan isteri yang cantik dan menawan? Taat pada agama, mudah dididik, dan belum terpengaruh dengan kehidupan 'sosial'?

Buat lelaki-lelaki diluar sana.. apa kata anda minta tips daripada saudara Mohd Fairudz cara-cara mengurat gadis Maghribi yang manis dan menawan nih..hoo



KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.

Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.

Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.


“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

Sumber asal; Hmetro.

P/s: Gadis melayu ada rasa tergugat ke? ^^,

P/s/s: Hati saya tetap pada gadis melayu...namun, apa pun jika ingin berkahwin lelaki tetap memilih wanita yang beragama dan mudah dididik..Berkahwin bukan untuk sehari dua, biarlah hingga ke syurga..^_^

P/s/s/s: Lelaki dan perempuan saling memerlukan.


[UPDATED! 13/12/2010: Apa ada dengan Maghribi]

20 comments:

aleeya husnan said...

tak rasa tergugat pun.. Allah dah tetapkan jodoh.

Faisal said...

tapi memang mempunyai ciri yg susah nak cari kat malaysia skrg ini

Kenapa Harus Pilih Gadis Maghribi?

hestyrezyuda said...

hhahahaha.. best topik.. tergugat tu ya juga.. tp bukan pada lelaki nye. tapi bila di banding kan soal kecantikan dan soal pandai jaga laki.. huhuhu.. akk lum kawen .. but hope... akk pandai jaga laki.. even.. akan bukan PEREMPUAN MAGHRIBI.. hehehehe

This Is My Site said...

wanita maghribi lebih mengikut..wanita malaysia semua nak jd leader.. tu psl laki tak suka hahaha..

Cik Jari said...

weee haaaaa.....
all the best cikgu...

orite gak pe kawen ngan org morocco...low maintenance kan... nnti ta pening :)

tp bak kata mawi: sapa bilang gadis melayu tak menawan? tak menarik hati.... :)

Saladin said...

Setiap perkara dalam dunia ini ada baik dan buruk. Apa jua yang dilakukan perlulah dengan perancangan yang teliti.

Jika kita sudah cukup semua keperluan zahir dan batin tidak salah.
Dalam hal ini, kecantikan luaran dan harta hal no2. Jika benar kecantikan dalaman gadis maghribi ni baik, mungkin baik juga untuk diri kita. Jika pegangan Islam mereka kukuh, semestinya sangat mudah rumahtangga dibentuk. Asalkan faham al-Quran,As-sunnah dan Ijmak Ulamak dan cara mengaplikasikannya.

Tawakal 'laAllah

InsyaAllah

student said...

Aleeya,

ALLAH itu Maha Adil, insyaAllah disediakan yang terbaik buat diri kita.. :)

student said...

Faisal,

masih ada lagi..insyaALLAH..:)

student said...

hestyrezyuda,

takpe..tak pandai kita sama-sama blaja kak..

pembelajaran kan sepanjang hayat..^^,

student said...

This Is My Site,

emosional wanita perlu ditenangkan oleh rasional lelaki...kot?memandai je aku..hooo~ :P

student said...

Cik Jari,

taw takpe.. ^_^

student said...

Saladin,

Yup..benar, kita boleh memilih jalan kehidupan berdasarkan matlamat kehidupan yang diinginkan.

apa itu cantik? abstrak sifatnya.. namun dalam memilih pun lelaki pastinya akan memilih perempuan yang boleh dididik.

“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Barakallahulana. Moga sentiasa dalam rahmat Tuhan.

Anonymous said...

setiap orang ada kekurangan dan kelebihan...usahlah dibuai dengan angan2 tinggi melangit untuk dapat isteri yang sempurna. mungkin saudara kita yang dah kawin dgn gadis magribi tu bernasib baik dapat yang elok, yang lain belum tentu lagi. lagi pun jodoh pertemuan dah ditetapkan Allah. xde sape perlu rasa tergugat.

Zara Affendi said...

Kalau dah jodoh tak ke mana kan.. ^_^ siapa yang xnak wanita yg cantik dan serba serbi pandai menjaga rumah tangga untuk dijadikan isteri tapi xsemuanya sempurna, ternyata kelemahan bagi orang2 yang dah cntek ni cuma kita kenali selepas kenal lama dengannya. ye dak? huhu. ^_^

student said...

Anonymus,

benar, insyaALLAH diatur terbaik buat setiap hambanya.

student said...

Zara,

Belum ada pengalaman sendiri berkahwin jadi belum berani ingin komen berlebihan. isu sensitif!hee~

just another blogger said...

part p/s/s awk tu sejibik cam kata2 seseorang (macam E). hehe. matang2...

student said...

just another blog,

p/s tu kira macam pesanan penaja la lebih kurang..hee

err...(macam E) tu pe plak ye?..:)

Rapunzil Özil said...

hahahaha. that's why lah gadis msia pilih jejaka lombok. sbb nya lelaki msia dah pilih gadis maghribi. nk oversea jugakkan!! hahahah

Anonymous said...

dont judges a book by its cover..xsemua gadis2 tempatan jahat2 and tercemar..n xsemua gadis2 maghribi 2 baik2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...