Aug 14, 2008

Usaha dakwah Tabligh, kenapa tidak disenangi???

Terdetik hati aku untuk sentuh tentang bab ni untuk entry kali nih..
Knp yerk?? Entahlah.. hati aku rasa perlu sangat untuk aku tulis dan luahkan ape yang terpendam kat dlam hati aku nih.. Tentang ckap2 org yang xtau hujung pangkal citer..
(tp, buat2 tau..huhuhuuu...) sedih sngat bile org condemn tentang usaha tabligh nih...

Aku kenal n join usaha dakwah(ermmm... smpai skrg aku masih konfius pe hal la org pnggil jemaah ni jemaah tbligh! hurmmm... xkesah lah..) nih masa aku form 4 kat SMKA Bandar Penawar...

Masa tu, memang aku rasa blur2 gak.. ape lah bnda nih.. Tp, secara mudahnya aku bleh katakan kat sini, usaha ni adalah usaha atas iman dan amal.. dan usaha ni adalah usaha untuk dakwah atas akidah dan menguatkan keyakinan kite kpd ALLAH... usaha ni adalah usaha yang telah nabi2.. para sahabat dulu buat sehingga mereka dapat redha ALLAH bukan sahaja di akhirat malah di dunia pun telah diseru dengan 'Radiallahu Anhu'..

Kalau kite lihat kehidupan seharian kiter... Agaknye berapa kali kite sebut kebesaran ALLAH dan agungkanNya? Ada? sekali? dua kali? berkali-kali??? Ataupun kehidupan kita lagha je langsung x ingat tuhan... penuh dengan keduniaan je semata-mata.. Aku la tu... Penuh dengan dunia je dalam hati... Hari-hari sebut kebesaran dunia smpai dunia pun msuk dalam hati..huhuuuu...

Dan, inilah yang usaha ni terapkan... bukan buang dunia dari dalam diri... Tapi, msukkan kebesaran akhirat dalam diri.. Hari-hari sebut tentang kebesaran ALLAH... Ceritakan tentang kebesaran akhirat... Buat pengetahuan.. Orang yang betul2 buat usaha ni bukan cikai2 punye orang beb! Kalo korng sume nak tau.. kebanyakan best student dak skolah aku dulu (ermm.. termsuk aku ker.. xlah.. aku lemah lgi..huhuuu..) adalah dak2 yang buat usaha nih.. Knp? sbab, apbila yakin pd ALLAH kuat.. maka semuam bnda akan ALLAH permudahkannn... Eldest2 (orang2 lama/otai2 yang wat usaha ni pun bgtau utk student yang buat usaha ni mmg kene btoi2 jaga stdy supaya x timbulkan fitnah pada usaha nih..

Erm... tu masa zaman skolah...
Lepas aku abis skolah... Kemudian msuk mtrik Pahang jap..
3 bulan kmdn dpat panggilan smbung belajar kat tmpt aku stdy skrg (Institut Perguruan Islam Selangor, Bangi) keyakinan aku pada usaha ni makin kuat! Alhamdulillah..
Kat Bangi, aku jmpe orang2 lama yang se'usaha' ni die punye mujahadah mmg btul2 power!
Bukan cikai2 punye orang.. Pensyarah2, Doktor pun ader.. Motivator2... ramailah..
semua bersatu hati.. atas 1 mksud, untuk smpaikan dakwah iman pada semua manusia..
untuk rasa sedih pada umat yang xde kalimah 'Lailahaillah' dlam diri mereka kerana selama-lamanya neraka tempat mereka..sedih kan?huhuuu..

Hari ini.. kita jmpe orang.. jmpe kawan2.. bleh cite mcm2 tentang dunia..
tentang politik.. tentang bisnes.. tentang isu semasa.. Tp kite sndri takut2.. malu2 nak cerita
tentang cerita2 akhirat.. agaknya cerita-cerita agama tu hanya boleh kat dlam msjid ker?
hanya orang agama je ke yang boleh ckap? bukan mcm tuh.. sume orang bleh ckap..
xkesah la.. die blaja ape pun.. die keje ape pun.. pape pun jawatan dier.. die ada keupayaan untuk ceritakan tentang kebesaran ALLAH... ceritakan tentang cerita-cerita agama.. kalo dakwah hanya disampaikan kat dlam msjid jer.. hanya kalangan ahli-ahli agama jer.. pada orang yg mmg dah btul2 nak blaja Agama abis orang lain mcm mane?? Macam mane dgn Mat2 Rempit tuh.. siapa nak ziarah dier... siape nak seru die arah kebaikan... sape nak fikir risau.. sape nak sedihh...
Maka.. inilah yang usaha ni buat... kalo bleh nak jmpe semua orang utk smpaikan Agama..
untuk ceritakan kebenaran Agama.. Tp, orang xfham... Orng pndang serong..(xsemua, tp kebnyakanlah..)

Tp, sbnrnyer eldest sndri pun bgtau.. stendedlah bnda tuh..
1 usaha dakwah, kalau semua orang terima tanpa ada yang tentang memang usaha tu bermasalah atau;
1 usaha dakwah, kalau semua orang tentang tanpa ada yang terima usaha tu pun bermaslah tetapi;
1 usaha dakwah yang ada orng suka, dan ada juga orang xsuka.. itu biasalah..

Orang selalu tnye.. Knp orang2 yang buat usaha ni slalu pkai kitab ta'lim.. katanya kurang ilmu orang yang buat usaha nih..
Apa jwapnnyer..?? Bukan begitu tuan2.. saudara2.. ahli jemaah yang buat usaha nih gunakan kitab ta'lim utk dgrkan Ayat Quran, hadis2 tentang kelebihan2 beramal.. UmAt akhir zaman ni, iman die lemah(termasuk lah aku..huhuhuuu..)... Iman keluar masuk.. Pagi beriman petang dah kufur.. huhuuu...Jadi, apbla 1bnda tu selalu ulang2, maka perkara tersbut akan msuk dlam hati.. akan selalu diingati dan diyakini.. Yakin tentang janji2 ALLAH pd hamba-hambaNya yang berbuat kebaikan... Maka selepas itu, akan dtg kekuatan iman dan kekuatan amal...

Itulah secara mudahnye aku bleh katakan.. xfham? bukan sehari dua nak fham..
nasihat aku.. kalau korng btul2 ikhlas nak kaji dan tahu tentang usaha nih, boleh pergi malam markas (sabtu) kat Sri Petaling ataupun mari korbankan masa+harta+diri sikit utk keluar khuruj kat jalan ALLAH.... coz, kalo korng tngok jemaah ni dri luar jer.. mmg susah nak fham..
orng yang dah buat lama usaha ni pun masih belaja2 buat usaha cara nabi nih.. InsyaALLAH nti dibuka kefahaman sedikit demi sedikit tentang usaha nih..

Jadi, sememangnya aku rasa sedih gak la dgn orang2 yg condemnkan usaha nih.. kadang2 kalangan orang2 Agama sndri.. buat ceramah kat msjid je boleh la ckap.. cube kluar.. tngok mcm ne umat skrg nih.. Aku bisnes2 tetap bisnes gak.. usaha ni tetap buat.. kwan dgn semua orang.. keperluan dunia kite penuhi gak.. Tp, Akhirat tu yang TERAMAT PASTI!! kite kene ada cita2 nak dakwah tentang Agama pada semua orang.. Dakwah bukan hanya utk tanggungjawab
'orang agama' jer... utk semua orang... kalaulah dakwah ni keje orang yang belajar Agama tentu dah djdikan syurga tu utk orng yg bleje Agama, yg lain minta maaf ckap xmsuk syurga.. mcm tu ker? xkan... PASTINYA TIDAK...!!huhuhuu...

Setakat ni dulu entry aku buat kali nih.. ada kelapangan aku tmbh lagi dimasa akan datang.. InsyaALLAH... Pada 15Ogos ni juga ada Jemaah 3Hari IPIS akan khuruj kat Tg Malim insyaALLAH... mcm aku ckap tdi, pd yang btul2 ikhlas nak tau.. bleh turut serta..hidayah untuk sekalian alam.. InsyaALLAH..


*entry kalinih.. lebih pd luahan hati aku.. ni pun xlpas sumer.. dah bnyk aku tapis.. selebihnya biar aku sorang je la tau..huhuhu.. JazakALLAH...

Aug 11, 2008

7 alasan mengapa saintis percaya wujudnya tuhan

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.


Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.

Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adalah 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.

Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.

Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan.

Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.

Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.

Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.

kredit artikel ni untuk, http://isuhagat1.blogspot.com

Adab-adab tidur

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat . Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut..

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan.

Aug 10, 2008

Leader2 Online Marketing WAJIB ada sistem ni!


Untuk entry kali ini, aku nak berkongsi pada semua tentang 1 benda nih..(ish.. mukadimah skema abis..hehe..)

Aku memang minat pd Online Marketing, sebab ape? Sbgai seorang student, masa aku mmg padat, jdi Bisnes based on Internet nilah yang pling mudah untuk aku running...Bisnes online yang aku gila-gila buat dan profitnya aku nmpak smpai sekarang ialah MyMode. Dengan adanya website replika (Prepaid4u)memudahkan untuk promote bisnes.. Bisnes kedua aku pulak ialah Ceramic Club (JutawanCeramic).. Bisnes ni pun masyuk gak.. Kedua-duanya dah ada website replikanya.. Tugas aku setelah join hanyalah promote website tu sebaik mungkin..

Lantaran itulah di masa itu pengiklanan melalui YahooGroups masih efective. Pengiklanan melalui email masih memberikan impak yang kuat. Apa lagi sekiranya anda berani mengeluarkan modal untuk pengiklanan berbayar di Website Berita Harian, Harian Metro atau Harakah Online. namun sekarang aku dapati feedback yang diterima berbanding kos yang terpaksa dikeluarkan agak tidak berbaloi. Jadi aku perlu kaedah lain yg lebih efective.


Oleh itu..aku nak kongsi dengan korang semua...


"Promosi & Followup downline guna
sistem BULK SMS disamping menjana pendapatan dari sistem affiliate yg disediakan. Ada 2 plan. Direct sponsor & Spillover. Register cepat kalau hanya nak duduk diam dapat duit. Serampang 3 mata. Buat duit disamping boleh kukuhkan performance Bisnes anda! Saya dah ulas dalam blog saya akan keberkesanan sistem BULK SMS ini!

Daftar dulu di
http://www.mybulksms.biz/?ref=student "

Amacam? best x?? Tipu la kalo korang xde rasa tertarik dengan benda ni!! Berdasarkan kepada pengalaman aku, 75% Free member aku(x kiralah P4u atau JutawanCeramic) yg UPGRED VIP adalah dengan follow-up melalui sms!




Sistem bulk SMS membolehkan penghantaran SMS menggunakan komputer anda. Bukan hanya penghantaran SMS kepada satu penerima sahaja malah beribu-ribu penerima dengan beberapa klik sahaja. Bukan itu sahaja, anda boleh membuat sebarang nama sebagai "Sender id". Boleh digunakan bagi perniagaan, promosi, peribadi atau apa-apa tujuan hebahan. Sistem ini dilengkapi dengan berbagai aplikasi SMS/MMS seperti phone book, baki kredit, SMS peringatan, SMS scheduler, penghantaran bisnes kad, laporan berkaitan dan banyak lagi.

Macam mane tu??begini :

mane yang lebih meyakinkan??

*peringatan : anda dilarang sama sekali menggunakan nama company seperti astro,maxis,celcom,digi.anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.


Lagi ape yang kite dapat dengan menyertai mybulksms ni???

  • Laman web peribadi bernilai RM1000
  • hosting dan domain web bernilai RM200
  • Laman web Sistem Bulksms yang bernilai RM800
  • Percuma 250 kredit SMS.

wow!! banyak 2.. tetapi untuk dapat semua kelebihan diatas anda mestilah
berdaftar & menjadi ahli VIP.Berapa yuran pendaftaran yang dikenakan?? Hanya
RM250 shj.Dengan RM250 ini anda akan dapat semua diatas.


takkan ini aje?? tidak,ada lagi yang akan anda dapat disamping mengembangkan
biz MLM anda, iaitu incentive tajaan.

Secara lazimnya incentive tajaan yang ditawarkan terbahagi kepada 2 peringkat.

1) Direct Sponsor

- Sebanyak RM70 setiap seorang.
- Bukan itu sahaja, Tambahan sebanyak RM100 setiap kali anda berjaya mendapatkan 3 orang direct sponsor.
- Limit tajaan Direct Downline, Tiada Had! (rujuk gambarajah dibawah)




2) Spillover Auto Downline

- Matrik Force 3 X 10.
- RM10 untuk setiap soorang sampai level 10
- Tak kira downlie siapa pun akan disusun mengikut turutan Force Matrix 3 X 10 (siapa dulu dapat dulu)
- Plan pasif pada yang tak pandai menaja.(rujuk gambar dibawah)


Bagaimana susunan Spillover dibuat?

Anda rujuk carta di atas sebagai contoh bagaimana susunan matrix dari kiri ke kanan dibuat secara auto placement.
  1. Katakan Si (A) mendapat 3 orang downline iaitu B, C dan D (MERAH).
  2. Katakan D mendapat 3 orang iaitu E, F dan G (HIJAU). Lihat dengan teliti bagaimana penyusunan dibuat. Disebabkan spillover, susunan dibuat di bawah B.
  3. Katakan F pula berjaya mendapat 4 penajaan iaitu H, I, J dan K.(KUNING). Disusun berbaris dari kiri ke kanan di bawah C dan D.
  4. Katakan C pula mendapat 1 Penajaan iaitu L (UNGU). Diletakkan di bawah D.
  5. Katakan J pula mendapat 4 Penajaan iaitu M, N, O dan Q (BIRU). Selepas M diletakkan di bawah D dan spillover, N, O dan Q diletakkan di bawah E.
  6. Begitulah seterusnya sehingga matrix 3 X 10 lengkap sepenuhnya bagi setiap pelanggan.
  7. Lihat B, sehingga ini beliau telah mendapat RM60 dan berpeluang mendapat sehingga RM885,720 walaupun tidak membuat sebarang penajaan.

Bagaimana pula D cari downline, tapi dapat kat B? Rugilah si D?

Tidak... Jangan lupa D tetap dapat RM70 seorang bagi setiap downline yang dicarinya sendiri sedangkan B tak dapat yang itu. Pelan Spillover ini hanya sebagai satu bonus sahaja dan dalam masa yang sama membuatkan setiap orang boleh dapat income pasif.

So dari sini aku lihat prospek terdiri dari 3 bahagian.

  1. Orang yg memang mencari poerkhidmatan begini untuk mempromosikan perniagaan mereka. - Masih tetap menguntungkan daripada subscripe plan peiklanan bulk sms di tempat lain sebab yg lain tiada pelan affiliate.
  2. Orang yang memang berniat untuk nak Duduk Diam-Diam Dapat Duit - Kalau anda dari golongan ni, maka sendiri mau ingatlat untuk register awal-awal. Sebab lazimnya sistem auto downline spillover force matrix begini memang memberikan keuntungan lebih kepada orang yang join awal. Tapi kalau lambat pun, apa nak heran... anda sendiri yang memilih untuk 'Duduk Diam-Diam', so... jangan la nak bising pulak, yer tak?
  3. Orang yang nak gunakan sistem, disamping nak konsentrate buat penajaan langsung untuk insentif yang lebih lumayan. - Golongan ni baik join awal ke, join lambat ker, memang tetap akan berjaya insyaAllah.
Jika nak register dengan sistem ni,
klik dan daftar disini, http://www.mybulksms.biz/?ref=student

Cuba jawab dengan jujur

Ada tiga persoalan asas yang perlu kita tanya diri kita sendiri.

1. Dari mana kita datang?


2. Kenapa kita datang ke muka bumi ini?


3. Ke manakah kita akan dikembalikan?




Mari kita renung diri kita. Adakah kita pernah terfikir untuk mengeluarkan persoalan yang begitu asas ini di dalam hati kita? Bagi seorang jurutera, dia mungkin pernah menjawab soalan rumit termodinamik atau jet combustion. Bagi seorang doktor, dia mungkin pernah menyelesaikan masalah pengaliran darah di dalam otak atau soalan anatomi yang kompleks.

Seorang jurutera nuklear pula mungkin pernah menemui formula atom yang sofistikated. Seorang pakar matematik pula mungkin pernah menjawab soalan kalkulus yang memerlukan super komputer untuk mencari penyelesaiannya. Tidak kurang juga seorang ahli astronomi membuat pengiraan yang panjang bagi kedudukan sesuatu bintang atau galaksi.

Walaupun soalan-soalan kompleks atau penemuan-penemuan yang canggih yang dijumpai oleh manusia di zaman ini, namun kita mesti kembali kepada tiga persoalan asas seperti di atas. Supaya kita mengenal siapa kita sebenarnya. Apa tujuan hidup kita di dunia ini. Adakah matinya kita sama seperti matinya kucing atau anjing di jalanan.

Cuba kita lihat ke langit! Bagaimana burung-burung terbang di angkasa. Bagaimana jet direka. Kenapa turunnya hujan. Untuk apa. Untuk siapa. Berapa besar langit di hadapan kita. Berapa luas. Berapa jauh. Betapa cantiknya langit, awan, bulan, matahari, bintang, galaksi, dan bermacam-macam lagi yang kita lihat dengan mata kita atau dengan bantuan teleskop.

Ya Allah apa-apa yang Engkau jadikan ini tidaklah dengan sia-sia! Itulah ungkapan yang keluar dari lidah kita. Subhanallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...