Jan 26, 2011

Oh.. Sila tukar!


Minggu lepas.

Syuk..kau buat tajuk apa untuk kajian tindakan?

Aku buat tajuk pasal intonasi suara.. Kau buat pasal apa?

Aku belum ada idea lagilah..tak tau nak buat apa..

Takpe..ada masa lagi ni..buat mana yang selesa..asalkan tak sama dengan aku dah la..
*masing-masing ketawa.

Hari ni. Hari bertemu penyelia.

Tajuk kamu ditolak. Sila tukar tajuk yang lain!

Tapi, tempoh hari kan tuan bagitau saya tajuk ni okey.. tuan kata menarik sebab tak pernah orang buat lagi.. saya siap hantar draf perancangan saya lagi kan?... Kenapa tajuk saya ni ditolak?

Dah ada orang lain yang buat tajuk ni.

Ada orang lain buat yang sama.. Kamu terpaksa fikirkan tajuk lain.

Lah..biar betul? Macam mustahil je..Siapa?!
Dia*

Nak tak nak, terpaksa fikir tajuk lain. Idea, draf yang ditulis selama ni terpaksa dibakulsampahkan?

Oh..'seronok'.. rileks, calm down.. nak keluar jalan-jalan dulu lah.. ada yang mau ikut?


P/s: Kalau hari ini kita sedang memanjat ke puncak KLCC dan hampir tiba ke puncaknya, capailah tangan untuk sahabat-sahabat yang masih di pertengahan jalan, biar kita semua sama-sama sampai ke puncak KLCC yang indah tu bersama.

11 comments:

Anonymous said...

tenang ye...
kamu msti leh wt yg lbh baik dr tu...
smg Allah permudahkan urusan kamu...
kamu golongan yg teraniaya kn?
doa byk2...
kamu antara golongan yg doanya akn di makbulkan Allah...
(^__^)

Anonymous said...

sape dia*? mcm kenal je...jgn gaduh2...nak gaduh ke??? hahaha

student said...

anonymus1,
terima kasih..:)

anonymus2,
takde pekdah gaduh2 pun..malas..cari tajuk lain je la jawabnya..:)

hestyrezyuda said...

ouh my god..
kamu ke yang kena ni?

ok jujur, hati akk plak yg rasa sakit... sebab pernah kena macam ni.

sabar k dik..

dah ada tajuk?
kalau tak de, meh bagi tahu akk kajian pasal apa, mungkin akk ley membantu bagi idea untuk tajuk..

trust me.. akk ada dengan kamu ^_^

a n a s t a s y e a said...

Saya puntak suka dengan kawan tikam dari belakang nie. Kalau ye pun nak curi idea orang ... minta la kebenaran dulu. Nie tak .. main cilok je. Apa kes!

anastasyea's latest post .. Peraduan Lumayan "Aku Ada Impian" Berjumlah RM6680++ Untuk Blogger!

ahsfantasy24 said...

naik jgn pijak org,
jatuh jgn tarik org..

student said...

hestyrezyuda,
alhamdulillah, tadi jumpa penyelia selesai dah..saya ambil tajuk lain..:)

student said...

anastasyea,
benda boleh dibawa berbincang sebenarnya..kalau bincang molek2 mintak idea..cadangan insyaAllah ada pengakhiran yang lebih baik..tkpe, bnda dah jadi..ambil iktibar sebagai pengajaran..:)

student said...

ahsfantasy24,
'tinggi' sangat bahasa kamu..hee..
berterus terang dan berbincang dengan baik kunci kepada segala kekusutan dan kekecohan..:)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

ckp 'SERONOK' smbil memaling ketepi..mata pandang ke atas dan 2-2 belah tangan angkat kebahu... CUBA laaa..

student said...

A.F.A,
hoho...memang seronok!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...