Sep 22, 2010

Nak cepat kaya? Awas!

Pagi tadi, saya menyemak akaun nuffnang saya dan kata kunci 'dencomm' menjadi antara carian tertinggi.

Sememangnya perkara yang lepas jadikanlah panduan dan pengajaran untuk menghadapi masa depan.

Dan perkara yang berlaku atas Dencomm patut membuat kita sentiasa berhati-hati terhadap segala peluang baik yang berada di depan kita.

Bercakap mengenai skim-skim dan peluang-peluang yang banyak berada di pasaran membuatkan saya ingin berkongsi pada kalian apakah perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum merebut peluang itu.

Disini ada 5 perkara yang perlu kita pertimbangkan sebelum merebut 'peluang' tersebut.

1.Terlampau bagus untuk menjadi kenyataan
Modal 900 sahaja, setiap bulan pulangan 20%, tanpa menaja tanpa penjualan. Letak modal hujung bulan kutip untung


2.Perniagaan yang tidak jelas
Sistem kami ini adalah rahisa, kalau dihebohkan..habislah orang lain tiru..usah risau..anda pasti akan dapat payment. Yang penting duit anda tak hilang, dapat untung je setiap bulan. Duduk diam dapat duit!


3.Produk yang tidak dibeli pada waktu biasa
Ada sesiapa yang membeli lembu pada setiap bulan? Ada sesiapa yang membeli produk seramik setiap bulan? Membeli untuk 'suka-suka' bukan digunakan. Ada? Orang berada tidak termasuk dalam skop soalan ini.:)


4.Tema membantu orang melayu dan islam
Sertailah kami..Marilah sokong perniagaan orang melayu.. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga!


5.Apa yang penting, cari orang baru
Kita tak perlu jual produk pun, yang paling penting rekrut downline sebanyak mungkin!



Marilah bersama kita muhasabah diri.. Betapa banyak perniagaan yang diragui kesahihannya. Secara asasnya, perlulah diingat biarlah pendapatan yang kita dapat tu berlaku apabila berlaku penjualan produk bukan bergantung kepada pendaftaran baru sahaja.

Namun, dalam isu Dencomm ini pula saya akui tidak berlaku upline ataupun downline dalam sistemnya kerana setiap peserta berurusan terus dengan syarikat.

Apa pun, jika ingin melabur carilah institusi yang diakui oleh kerajaan dan buat masa ini institusi yang paling sesuai untuk bermula pada pandangan saya ialah ASB dan Tabung Haji.

Marilah kita sama-sama beringat.


Sep 20, 2010

Mencari keberkatan

Agaknya pernah tak kita mengalami situasi ini?

Duit elaun baru sahaja masuk.
Tetiba sahaja macam-macam perkara tak diingini berlaku.
Handset rosak, Laptop rosak.
Semua minta diganti dan diperbaiki.

Selalu berlaku tak?

Rasa pelikkan. Ye lah, macam tau-tau je kita sedang berduit.

.

Dan, cuba kita muhasabah diri sendiri.

Adakah kita menghadirkan diri ke kuliah dengan 'bersungguh-sungguh'?

Tugasan yang diberikan dibuat dengan bersih tanpa plagiat?


Bagaimana?

.

Bolehkah kiranya jika dikatakan musibah yang terjadi adalah asbab daripada kelalaian kita sendiri dalam menguruskan diri?

Mencari keberkatan bukan sahaja dalam dunia pekerjaan, malah ia bermula dari alam persekolahan lagi.

Marilah banyak-banyak bersedekah dan memberi, mudah-mudahan hidup kita menjadi mudah, diberi keberkatan hidup dan dijauhkan daripada 'musibah' yang tak diingini.

*Saya pelajar Institut Pendidikan Guru. DIBAYAR untuk BELAJAR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...