Showing posts with label .: Bicara Agama :.. Show all posts
Showing posts with label .: Bicara Agama :.. Show all posts

Apr 28, 2011

Jangan Bersedih kerana Kesedihan Anda membuat MUSUH Anda GEMBIRA

Assalamualaikum
Salam Manis dari saya buat semua pembaca belog ini. Saya diberi peluang untuk mencoret di sini. Mungkin coretan saya kurang berisi,saya sekadar berkongsi cerita dan menyebarkan senyuman buat semua..

Memetik kata-kata dari kitab La Tahzan:
Tersenyum kerana kenyataan-kenyataan pahit, bersabar atas segala musibah, dan tabah menghadapi semua ujian hanya akan membuat kecut hati orang-orang yang senang melihat penderitaan orang lain dan meredakan kemarahan di hati orang-orang yang mendengki.
Senyum walau disindir?
Senyum walau diuji dengan perpisahan dengan kekasih?
Masih tersenyum saat kekasih bersanding di atas pelamin nan indah??

Haha...apehal pulak semua tentang kekasih nih? Sebenarnya, saya tengah menahan rasa...banyak-banyak bersabar dengan karenah seseorang. Sungguh sangat teruji tahap kesabaran saya, namun saya masih senyum...sengih... tertawa saat 'beliau' menyindir..menyakat..erm,mungkin juga beliau sedang menguji/menduga hati saya...

Sungguh, rasa bengkek je...Tapi, sebagai perempuan yang sudah menginjak dewasa, saya belajar untuk kool saat diuji dengan permainan perasaan ini. Kalau saya terus lemah...terus mengamuk...terus menangis...sudah pasti 'beliau' makin sakan mengenakan saya...

Yeah..saya sangat comel sewaktu menangis :)

Mungkin 'beliau' boleh diibaratkan sebagai MUSUH kerana 'beliau' tahu kelemahan saya yang suka/mudah mengalirkan air mata.

Namun,manusia boleh berubah dan saya sentiasa berusaha untuk berubah sedikit demi sedikit dan saya juga TAKKAN biarkan MUSUH saya GEMBIRA melihat saya bersedih...

Wahai kawan-kawan yang sedang bersedih kerana seseorang yang melukai hati kalian atau mungkin kerana masih belum berjaya menerima takdir Allah, usahlah bersedih dan belajarlah untuk redha...

Tangisan yang berkualiti
  • Air mata TAUBAT
  • Tangisan sewaktu BERMUNAJAT : memohon keampunan daripada ALLAH
  • Menangis mengenang Pengorbanan RASULULLAH
  • Menangis tanda SYUKUR/Redha 
  • Menangis Kerana BAHAGIA
THE WORLD STOP FOR A WHILE  WHEN WOMEN CRY

Jan 4, 2011

Apa ada dengan Dendam?

Pernah berdendam? Ataupun sedang didendami?

Usahlah. Banyak keburukan daripada kebaikan jika berdendam.

Dendam biasanya berpunca daripada kemarahan dan kekecewaan. Dendam lazimnya berkait dengan masa silam yang menyebabkan manusia tega mencipta kebinasaan buat saudaranya atau menghalang saudaranya daripada beroleh kebaikan.

Bunuhlah dendam yang bersarang dalam jiwa dengan langkah-langkah berikut:
  1. Sucikan hati dengan solat taubat dan istighfar.
  2. Maafkan semua orang sebelum tidur.
  3. Lupakan segala duka atau kisah silam yang menyebabkan dendam marak.
  4. Bersahabat dengan orang soleh. Elakkan bersahabat dengan batu api yang akan menyemarakkan sengketa sesama insan.
  5. Ingat bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada berbuat silap.
  6. Percayalah jika kita tidak dianiaya dan tidak mendapat pembelaan di dunia, insyaAllah pembalasan Allah di akhirat sana yang lebih adil tanpa perlu berdendam kepada sesiapa.
Rujukan: Majalah Solusi isu 26

Ingatan buat diri sendiri.

(ada masalah, senyum dan matang!)


P/s: Saya mohon ampun maaf atas segala salah silap saya. Dengan rendah hati, daripada saya buat semua. Mohon maafkan ye? Moga kita sentiasa dalam rahmatNYA.

Dec 15, 2010

Ketibaan yang dinanti..

Esok kita akan 'bertemu' dengan 10 Muharam iaitu Hari Asyura. Sekejap je masa berlalu kan? Rasa macam baru semalam je kita meraikan kedatangan tahun baru hijrah kan?.. tup-tup dah 10 Muharam pun.. Buat makluman semua (termasuk diri saya sendiri terutamanya) bulan Muharam merupakan bulan yang paling banyak bilangan hari Nabi berpuasa selepas Ramadhan. Dengan kata lain, kita disunatkan untuk memperbanyakkan berpuasa di bulan ni.. So, jom puasa esok yuk sempena 10 Muharam!

Disini saya sampaikan sekali persoalan-persoalan biasa tentang 10 Muharam @ Hari Asyura siap dengan jawapan sekali. Moga datangkan manfaat buat semua.

1. Bilakah 'Asyura'?

Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Ada. Sila klik sini.

Do'a dibaca pada hari 'Asyura'

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lamn para ulamak.

12. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lam

Sumber asal: Iluvislam


P/s: Berpesan-pesanlah kearah kebenaran dengan penuh kesabaran.

Dec 6, 2010

Selamat Datang 1432 Hijrah!

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH.
Berlabuhnya tirai maghrib tadi menandakan kita sudah melangkah ke tahun 1432 Hijrah.

Semestinya seperti tahun-tahun yang lalu masjid-masjid dan surau dipenuhi oleh Jemaah pada waktu Maghrib yang ingin bersama-sama membaca doa akhir dan awal tahun secara beramai-ramai.

Dan kepada umat Islam yang dapat menutup 1431 Hijrah dengan berpuasa, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak dapat berpuasa pada hari ini, jangan gusar esok masih ada. Marilah berpuasa, mulakan tahun baru hijrah ini dengan memperbanyakkan amalan sunat moga-moga kita semua menjadi insan yang dicintai oleh penciptaNYA.

Akhir kata daripada saya, moga ketibaan tahun baru ini membawa lebih kebaikan kepada diri kita. Mari berubah kearah lebih baik. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Lawan mazmumah, Perbanyakkan mahmudah!

P/s: Nasihat untuk telinga sendiri yang paling dekat dengan mulut sendiri.


Dec 5, 2010

Jom Puasa esok!

Isnin ini(esok) hari terakhir bagi bulan Zulhijjah.
Lusanya ialah Muharam. Ini bermakna kita akan menyambut ketibaan Tahun Baru Hijrah.



Baik.
Bagi meraikan perpindahan tahun hijrah ni, apa kata kalau kita berpuasa di akhir tahun dan awal tahun hijrah? Maksud saya pada hari esok dan lusa... Lagi cantik kalau kita dapat membaca doa akhir tahun, dan awal tahun disamping menghidupkan malam-malam dengan ibadah kepadaNYA. Tentu molek kan?

Hadis.


Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Dan ada 1 hadis tentang kelebihan berpuasa diAkhir Zulhijjah yang diragui martabatnya oleh ahli Hadis.

Amalan berpuasa ini perlu difahami bukan kerana menuntut fadhilah semata-mata, kerana sedia maklum bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan berpuasa dihujung dan awal tahun hijrah itu tidak terletak pada martabat Hadis Sahih.. Namun, dalam hal ini, saya berpegang kepada;

  • Hadis lemah boleh dijadikan sandaran untuk beramal ttapi tidak boleh dijadikan sebagai hujah untuk menjatuhkan hukum.
  • Jika tidak mahu berpegang pada hadis tersebut, maka boleh berpegang pada hadis yang lain; 1. Nabi berpuasa setiap isnin dan khamis(esok isnin), 2. Nabi berpuasa paling banyak dalam bulan Muharam.
Hikmahnya.
Kerana inginkan amalan akhir dan awal tahun itu ditutup dan dibuka dengan puasa. Sesungguhnya, Nabi amat suka sesuatu itu dibuka dan ditutup dengan puasa.

Amalan berpuasa ni telah diamalkan oleh para ulama', cuma kita yang berasa janggal sebab jarang dan tak pernah buat!


P/s: Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua umat Islam di mana sahaja. 1431 Hijrah sudah hampir berlalu adakah azam kita yang lalu sudah tercapai?

Nov 7, 2010

Lambaian Zulhijjah


Apabila menjelang Bulan Zulhijjah, berbondong-bondong umat Islam serata dunia akan mengunjungi Baitullah di Mekah bagi menyempurnakan Rukun Islam yang Kelima iaitu menunaikan Haji. Umat Islam berhimpun dan melakukan ibadah Haji tanpa mengira darjat dan pangkat. Semuanya kelihatan sama dalam pakaian ihram yang berwarna putih simbolik pada pakaian apabila dipakaikan saat bertemu Allahu Subhanahu Wa Taala ketika nyawa dicabut dan terpisah daripada jasad. Maka, bagi umat Islam yang berkemampuan, diwajibkan atas mereka untuk menunaikan ibadah Haji.


Amalan sunat bulan Zulhijjah:


1. Berpuasa sunat dari 1 - 9 Zulhijjah. (Amat ditekankan agar dapat berpuasa pada 8 dan 9 Zulhijjah jika tidak mampu)

2. Menyembelih binatang korban pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyriq.

3. Bertakbir pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyriq.

4. Berpuasa sunat pada hari terakhir bulan Zulhijjah.

5. Membaca doa akhir tahun sebelum terbenam matahari hari terakhir bulan Zulhijjah.


Marilah kita sama-sama berdoa agar diberi kekuatan oleh Allahu Subhanahu Wa Taala agar dapat melakukan sebanyak mungkin ibadat sunat yang dituntut. Jika tidak dapat dilakukan kesemuanya, jangan ditinggalkan kesemuanya. Amin Ya Rabbal Alamin.



p/s: Jom pakat-pakat berpuasa 1-9 Zulhijjah. Ianya jua adalah sebagai tanda meraikan orang yang pergi haji..

Sep 17, 2010

Apakah yang terbaik?

Aku perhatikan semua teman, tidak ada yang lebih baik daripada pandai menjaga lidah.

Aku fikirkan tentang pakaian, tiada yang lebih hebat daripada pakaian takwa.

Aku halusi segala jenis amal, tiada yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik.

Aku cari segala bentuk rezeki, tiada yang lebih baik daripada sabar.


-Saidina Umar AlKhattab.

*moga kita semua dapat amal dan sampaikan. insyaALLAH.

Sep 7, 2010

Kemuliaan Milik Siapa?





















Kemuliaan dan penghormatan yang diperoleh datangnya daripada Allah. Kemuliaan seseorang ataupun hinanya seseorang itu bukanlah kerana kehendak manusia. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Walaupun ramai orang memuji, boleh jadi Allah hendak menghinakan dia sebenarnya. Walaupun ramai orang menghina, ramai orang tidak suka, boleh jadi Allah hendak memuliakan dia sebenarnya. Kadang-kadang apabila Allah murka pada seseorang, Allah berikannya kesenangan di dunia.

Dan kadaang-kadang apabila Allah suka pada seseorang, Allah berikannya kesusahan. Mungkin dengan kesusahannya, dia mengingati Allah. Mungkin juga dengan kesenangannya, dia lalai pula pada Allah. Datangnya manfaat itu adalah ujian. Datangnya mudarat itu juga adalah ujian. Sekiranya datang manfaat, ujian baginya adalah bersyukur. Sekiranya datang mudarat, ujian baginya adalah bersabar. Mulianya seseorang itu bukanlah disebabkan dia pandai berkata-kata ataupun kerana kepandaiannya dalam ilmu. Tetapi, mulianya seseorang itu adalah kerana pandainya Allah menyorokkan aibnya daripada diketahui orang ramai. Siapalah kita ini… sekiranya dibuka aib kita, mungkin tiada siapapun mahu berkawan dengan kita, bukan?

Aug 19, 2010

Boleh Istiqamah?


Kelmarin.
Tazkirah sebelum Tarawih berhampiran rumah sewa saya.

Mafhum hadis Nabi S.A.W

Aku bimbangkan umat aku akan menyembah ramadhan bukannya menyembah ALLAH.


Huraian.

Maksud daripada hadis tersebut ialah, Nabi risaukan umatnya(kita semua)hanya beribadat, melipat gandakan amalan, mentaati perintahNYA dan menjauhi laranganNYA pada bulan Ramadhan sahaja.

Sedangkan kewajipan untuk mentaati perintahnya adalah selagi hayat dikandung badan.

Dan sememangnya keistimewaan bulan Ramadhan segala amalan diperlipatgandakan. Namun, ia bukan bermakna apabila kita 'banyak beramal' pada bulan ini pada bulan-bulan lain kita bebas melakukan dosa. Atau dengan kata lain, amalan pada bulan ini sudah cukup untuk meng'cover'
amalan pada bulan lain. Silap sama sekali.


-Jaga aurat bukan pada Ramadhan sahaja, teruskanlah hingga bulan-bulan lain.
-Jaga percakapan bukan pada Ramadhan sahaja, teruskanlah hingga bulan-bulan lain.
-Jaga pandangan bukan pada Ramadhan sahaja, teruskanlah hingga bulan-bulan lain.
-Jaga perbuatan bukan pada Ramadhan sahaja, teruskanlah hingga bulan-bulan lain.

Jadi, marilah kita sama-sama Istiqamah dalam beramal.
Oh! Ya Rabb, bantulah kami untuk menjadi hambaMu yang taat.

Jul 26, 2010

Nisfu Syaaban.

Malam nisfu Sya'ban berlalu sudah.
Entry ni sepatutnya dinukilkan beberapa hari yang lalu tapi entah mana silapnya tak sempat di 'publish' (alasan).

Apakah antara kelebihannya?

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Hadis yang lain

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

*Petikan dari buku Duratun Nasihin tulisan Usman AlKhaibawi.


p/s:Ada sesiapa yang berpuasa pada hari ini bagi meraikan nisfu syaaban?

p/s/s:Apabila Syaaban makin menghujung, bermakan Ramadhan mengunjung, Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan.



May 13, 2010

Apa itu Istidraj

Bismillah.
Entry ini ditulis bagi menjawab persoalan sahabat-sahabat yang pernah bertanya mengenai konsep dan maksud Istidraj kepada aku. Semoga bermanfaat dan jika ada kesilapan penjelasan daripada aku mohon dibetulkan di ruangan komen untuk aku perbetulkan.

.

.

Apa itu Istidraj?
Menurut kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi, istidraj membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya.

Bahasa mudahnya, Istidraj ialah diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran

Firman ALLAH;

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. [Al-A'raaf : 182]



Hadis Nabi;

“Apabila kamu melihat Allah memberi seorang hamba apa yang diinginkannya, padahal hamba itu selalu berbuat maksiat, maka sesungguhnya itu adalah istidraj dari Allah untuknya”. (HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab as-Syu’ab).



Hadis Nabi;

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Hadith riwayat Ahmad]

Dengan kata lain, apabila seseorang itu dikurniakan nikmat ia akan lupa kepada pemberi nikmat dan berterusan melakukan maksiat dan kejahatan. Nikmat-nikmat itu menyebabkan ia lupa dan menjadi semakin jauh daripada pemberi nikmat.

Setiap kali seseorang hamba itu membuat kemaksiatan, nikmat kepadanya masih tidak 'terputus' hingga menyangkakan perlakuannya itu adalah benar dan menolak untuk bertaubat mahupun memohon ampun atas kemaksiatan yang dilakukan.

Soal nikmat yang dikurniakan, banyak dan pelbagai. Sebagai contoh nikmat rezeki, umur, makanan + minuman dan nyawa juga adalah suatu nikmat pemberianNYA. Dan sememangnya suatu nikmat yang paling besar yang dinikmati dan sering dilupakan adalah nikmat IMAN dan ISLAM.

.

Contoh,

1.Firaun, dikurniakan kepadanya kerajaan dari timur hingga ke barat. Berasa kagum dengan kerajaannya, hingga sampai suatu masa menyuruh rakyat jelatanya menyembahnya dan memanggilnya tuhan. Mendakwa dirinya juga mampu menghidupkan dan mematikan. Dengan kerajaan yang besar menebabkannya takjub dengan diri sendiri. Rasa diri umpama tidak bertuhan dan mendakwa dirinya tuhan. Pengakhirannya, ditenggelamkan Laut Merah

2.Namrud, dengan kesombongannya mahu membakar Nabi Ibrahim. Sombong dengan Tuhan. Maka ALLAH utuskan seeokr nyamuk untuk mematikannya.

3.Qarun, daripada seorang yang miskin berjumpa Nabi dan minta didoakan supaya menjadi kaya. Doa nabi dimakbulkan, dan Qarun menjadi sangat kaya hinggakan dikatakan untuk membawa kunci gudang-gudang hartanya memerlukan 40ekor unta. Namun, apabila sampai perintah untuk menunaikan zakat Qarun engkar. Lupa daratan. Maka akhir riwayat dimatikan bersama-sama dengan harta-hartanya kedalam perut bumi.

* (boleh buat rujukan untuk semua kisah penuh diatas.)

.

Namun, jangan pula dikatakan kalau begitu keadaannya tak mahu pula menjadi kaya, tak mahu berharta..tak mahu..tak mahu...Bukan macam tu caranya.Silap! Kaya mahupun miskin, semuanya adalah ujian dan 'bahagian' masing-masing.

Selagi mana kekayaan itu boleh membawa dekat kepada kebajikan dan keredhaan, gunakan sebaiknya. Dan jika dengan kemiskinan itu membawa hati lebih tenang, mungkin itu yang terbaik. Berkat dengan banyak, cukup dengan sedikit.

Mari kita semua gunakan semua nikmat daripadaNYA dengan sebaik-baiknya. Moga dapat amal dan sampaikan, dan semoga kita semua termasuk dalam hamba-hambaNYA yang bersyukur!

Maka Nikmat apakah lagi yang ingin kau dustakan?!


Apr 17, 2010

Mengenai Tahajud

Bismillah,
Tatkala sedang berjalan-jalan di 'alam maya' tadi aku terjumpa mengenai ini.

Harap boleh berkongsi bersama.

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan


YaAllah…ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu…

Dan bila kali terakhir kita solat tahajud dan mengadu dengan keluh kesah kepadaNYA?



Feb 28, 2010

Cinta Nabi?!

Salam Maulid Rasul buat semua.

Alhamdulillah, masih berkesempatan lagi menulis walaupun agak lewat. Tp, Its better late than never kan?(cewah!mandai je ko Syuk, bg alasan lmbt update..ekekkk.;p)

.

.

.

Pabila direnung semula, sejauh manakah cinta kita kepada Nabi S.A.W?

Adakah benar dengan berarak, berhimpun menandakan kecintaan kita kepada Baginda?

.

.

Ya! Itu salah satu bahagian kecil. Jika tidak berlaku 'pembaziran' dengannya, maka teruskan sahajalah.

Jadi Syuk, jika itu bahagian yang kecil apakah pula bahagian yang besar?

.

.

Sunnah Rasul. Yup, itulah perkara yang besar sekali.

.

.

Dipermudahkan kata, apabila kita cinta, kasih, dan sayang kepada seseorang itu semua perkara berkaitan dirinya pasti kita cintai. Yang buruk masih nampak manis, yang baik bertambah menarik. Kadangkala akal sendiri tak bijak menafsir kerana hati telah buta melihat yang baik dan yang buruk. Betul?

.

Analoginya, begitu juga lah dengan cinta kepada Junjungan Besar. Jika kita benar-benar kasih, cinta, dan sayang kepada Baginda maka pasti cinta kita buat Baginda lebih besar lagi. Ok Syuk, kau bercakap teori sahaja tak sudah-sudah boleh diceritakan apa pula perlaksanaannya?

.

Terlebih dahulu, kita perlu faham apa itu Sunnah.
Sunnah bererti “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, As Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku baik yang terpuji mahupun yang tercela. Namun, dalam konteks Rasul, aku tekankan disini Sunnah Rasul semuanya baik dan berpahala jika diamalkan."Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'." Faham? Kalau rasa kurang jelas, cuba rujuk mana-mana ustaz yang berkaliber atau boleh je rujuk kitab atau tanya saja pada PakcikGoogle.


Perlu untuk aku beritahu, Sunnah Rasul terbahagi kepada 3 iaitu;
  1. Sunnah Surah
  2. Sunnah Sirah
  3. Sunnah Sarirah
Sunnah Surah
Sunnah Surah Nabi adalah penampakan Nabi dan perwatakan Nabi. Dengan kata lain, bagaimana cara pakaian Nabi, cara merapikan diri Nabi yang perlu dicontohi oleh umatnya.
Yang aku maklum sunnah surah Nabi bagi lelaki ada 10 dari hujung rambut ke hujung kaki. Antaranya, Nabi membela janggut, cara memotong kaki dan yang lain-lain.

Sunnah Sirah
Sunah Sirah Nabi adalah perjalanan hidup seharian Nabi. Bagaimana cara Nabi bermuamalat, akhlak Nabi, Munakahat Nabi. Itulah dia sebenarnya.

Sunnah Sarirah
Sunnah Sarirah ialah cara berfikir Nabi. Bagaimana dengan fikir Nabi ingin membawa semua umat manusia mendapat redha ALLAH. Dikisahkan pada suatu hari, 1jenazah yahudi diusung dihadapan Nabi untuk dikuburkan lalu Nabi menangis. Para sahabat bertanya kepada Nabi, Wahai Rasul mengapa kau menangis? Nabi menjawab aku menangis kerana tak sempat nak dakwah yahudi itu, maka kekal selama-lamanya lah dia dalam neraka ALLAH.

.

.

Sayu rasa hati apabila Maulid Rasul tiba. Adakah aku sudah mencapai kualiti sebagai umat Nabi yang boleh dikatakan umat Nabi. Berdosa aku, YaRabb datangkan nusrah dan ampunilah daku!

*nak menyelami Sunnah Rasul?dah berapa banyak buku sirah Nabi yang aku beli?(soalan untuk diri sendiri!)
**apabila Maulid Rasul tiba, aku teringat zaman sekolah dulu selalu dapat jemputan membaca berzanji di masjid dan surau. Alah, zaman muda-muda... Sekarang suara dah 'hilang', syok dengar orang baca pula..hehe.. Salam Maulid buat semua!!





Feb 18, 2010

Perlu ke membaca Al-Quran walau tak faham maksudnya?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu. :sad:

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”



Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.



Jan 25, 2010

Ilmu dan Amal

Rasa-rasanya dah cukup ke ilmu di dada?
Rasa-rasanya dah cukup ke nak bebas dari api neraka?
Ataupun..Takde langsung ilmu sampai tak tahu apa makna neraka?!


Orang Berilmu yang tak beramal
Nak berilmu bukan tunggu masuk universiti, apa yang belajar hari-hari dari kesalahan diri pun ilmu juga. Dah ada ilmu tu amalkan lah. Dah tau suatu benda tu salah, jangan lah dibuat lagi. Isaf, taubat! Semua yang kita hadapi hari-hari tu pun ilmu yang kita panggil pengalaman.


Orang beramal tapi tak berilmu
Apa amalan yang rasa-rasanya dapat membantu di akhirat nanti? Kalau tak tahu maknanya dah masuk kategori ni lah. Dari tadika sampai keluar universiti semuanya ilmu nak guna atas dunia je. Ada subjek agama, ponteng. Habis, apa nak bawa jumpa Tuhan? Ijazah? Master? PHD? Mungkin la banyak memang dah banyak buat kerja-kerja amal sampai dapat pingat, dapat pangkat tapi buat semua tu kerana Tuhan? Kerana nama? Projek? Glamour? Kerana dunia? Diri sendiri pun tak boleh tipu inikan pula Tuhan!


Orang tak berilmu dan tak beramal
Ni bangsa bodoh sebab tiada ilmu, sombong sebab rasa tak perlu beramal (Tuhan tahu, kita sibuk berkerja..eheh..). Siapa dia? Siapa lagi kalau bukan kita!(akulah tu..~) Bila bab agama tolak tepi, nak kejar duniawi...akhirat tu nanti. Solat pun main ikut-ikut, kalau tanya main jawab kot-kot. Nak dengar ceramah, krem terus lutut ish sungguh tak patut!


Orang berilmu dan beramal dengan ilmunya
Dah berilmu baru tau apa erti beramal. Sampai mengatakan; "Tidur orang berilmu lebih baik dari solat orang yang jahil". Yelah..dah pak imam tidur qialullah nak simpan tenaga untuk bangun tahajud. Kita pulak solat bagai nak rak berangan kalau dapat tidur, siap planning best kalau dapat skip subuh. Nampak sangat jahil kita dalam Agama. Nak buat macam mana, dah hampir sepanjang hayat kejar ilmu dunia, urusan dunia, impian dunia, bila nyawa dah tersekat-sekar baru nak beringat! Baru sedar hakikat bahawa tempat kembali kita semua adalah akhirat yang kekal abadi yang sebelum ni kita buat tak ingat. Dalam saki baki waktu yang singkat, semua pakat nak buat ibadat, nak tadah kitab rasa dah tak larat. Tu yang solat buat tangkap muat, apa yang tahu sahaja dibuat. Jadi, marilah kita sama-sama beringat dalam bertaubat mana ada terlambat tapi yang melambat-lambatkan taubat tu yang mati tak sempat taubat.


*p/s:Hak ilmu adalah amal dan sampaikan
*p.p/s: Nota buat diri sendiri sedang jiwa kacau
*p.p.p/s:Kehidupan, pengalaman juga adalah satu ilmu
*p.p.p.p/s:Syaitan lebih takut 1 orang yang berilmu daripada 1000 orang abid



Sep 19, 2009

Kenapa British masuk Islam?

Masa jejln kat Youtube jumpe video nih...sje nak share dengan kekwn...jom sama2 tngok!






Aug 15, 2009

ALLAH kejam ciptakan Neraka?

ni kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.


May 6, 2009

Siapakah kita?

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.





Apr 19, 2009

Persoalan takdir

Saidina Ali Ibn Abi Talib r.a ditanya seseorang tentang takdir.Ia menjawab: “jalan yg rumit.jgn berjalan di situ.”orang itu berkata pula “Beritahulah aku tentang takdir”.Saidina Ali menjawab “Lautan yg dalam,jgn masuk di dalamnya”.Org itu berkata lagi.


“Beritahulah aku tentang takdir”.Saidina Ali menjawab “Rahsia yg hanya diketahui oleh Allah swt,jgnlah engkau menyiarkannya”.Org itu berkata lagi “Beritahulah aku tentang takdir”.Saidina Ali berkata “Hai,penanya.Apakah Allah swt menjadikan kamu sebagaimana yg dikehendakiNya ataukah sebagaimana engkau kehendaki?” org itu menjawab “sebagaimana yg dikehendakiNya”.Kemudian Saidina Ali berkata “Allah swt membangkitkanmu pada hari kiamat sebagaimana engkau kehendaki ataukah sebagaimana dikehendakiNya?” org itu menjawab “Sebagaimana yg dikehendakiNya”.Saidina Ali berkata “Hai,penanya.Apakah engkau berkehendak bersama Allah?ataukah di atas kehendakNya?ataukah di bawah kehendakNya?Jika engkau katakan bersama Allah,bererti engkau mengaku bersekutu denganNya.Jika engkau katakan di bawah kehendakNya,bererti engkau tidak memerlukan kehendakNya.Jika engkau katakan di atas kehendakNya,bererti kehendakmu mengatasi kehendakNya.”Kemudian Saidina Ali berkata “Bukankah engkau memohon kesihatan kepada Allah?” Org itu menjawab “Ya”.Saidina Ali berkata “Apakah yg engkau mohonkan keselamatan ataukah ia dari bencana org lain yg ditimpakan Allah kepadamu?” Org itu menjawab “Dari bencana yg Allah timpakan kepadaku”.Saidina Ali berkata “Bukankah engkau mengucapkan “(Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kehendak Allah Yg Maha Tinggi dan Maha Agung)?”.Org itu menjawab “Ya”.Saidina Ali berkata “Tahukah engkau tafsirannya?”.Org itu menjawab “Tidak,ajarilah aku apa yg diajarkan Allah kepadamu”.Saidina Ali berkata “Tafsirannya ialah ,hamba tidak mempunyai kemampuan utk taat kepada Allah mahupun derhaka kepadaNya,melainkan dengan kehendak Allah Azza Wa jalla”.Sambung Saidina Ali “Sesungguhnya Allah yg membuat sakit dan yg mengubati.Penyakit berasal dari Allah dan ubatnya juga berasal dari Allah.Fahamilah Allah”.Penanya itu berkata “Saya telah mengerti”.Kemudian Saidina Ali berkata “Sekarang engkau telah menjadi org islam.Sambutlah saudaramu oleh kamu sekalian dan jabatlah tangannya”.seterusnya Saidina Ali berkata “Andaikata kudapati seorang lelaki berfaham Qadariyah,nescaya kupegang lehernya dan aku terus memukulnya hingga kupatahkan lehernya.kerana mereka adalah Yahudi ummat ini”.

kredit 4, http://arezane.blogspot.com/

Mar 24, 2009

Sugi

Kepentingan bersugi dalam Islam ?

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari).


Tahukah Anda Punca Gigi Berlubang?

Penyakit karies (caries) atau gigi berlubang masih merupakan topic yang hangat untuk dibicarakan sampai saat ini. Karies merupakan suatu penyakit jaringan keras gigi iaitu enamel, dentin dan sementum yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam suatu karbohidrat yang dapat diragikan.

Pada tahun ke lima puluhan, Orland dan Keyes dalam penelitiannya memperlihatkan besarnya peranan bakteria dalam pembentukkan karies. Tikus percubaan diberi diet yang sangat kariogenik. Ternyata jika kondisinya dijaga bebas kuman maka karies tidak terbentuk. Ketika bakteria ditambahkan, karies pun muncul.

Plak gigi terbentuk dari saliva, sisa epitel jaringan mulut, sisa makanan dan bakteria. Peniadaan plak sebanyak mungkin setelah makan harus dilakukan kerana plak gigi memegang kunci dalam keberhasilan pembentukan karies. Sesuai yang dikatakan Kantorowicf: “clean teeth never decay” (gigi yang bersih akan sulit rusak). Antara bakteria yang terdapat pada plak gigi adalah jenis Streptococcus mutans, memiliki korelasi positif terhadap asal mula pembentukan karies.

Karies (caries) adalah penyakit multifaktorial yang meliputi (Keyes 1960):

1. Host : Gigi & saliva
2. Agent : Bakteria kariogenik
3. Environment : Substrat (Sukrosa)
4. Time

Seiring berkembangnya pengetahuan yang lebih mendalam tentang karies, para peneliti berlumba-lumba untuk menghentikan proses karies. Cara mekanik, kimia dan immunologi merupakan pendekatan yang paling rasional.

WHO telah mentargetkan pada tahun 2010 penduduk usia 20 tahun, 75% nya harus merupakan karies inaktif dan pada tahun 2025 targetnya meningkat menjadi 90%.

Kerisauan Yang Berasas.

Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (CAP),

“Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuwatiri mengandungi bahan haram ini.”

Disaat umat islam dilanda dengan kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik hampir 1400 tahun yang lalu. Perlu kita diketahui bahawa pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda SAW.



Sejarah Siwak

Beraneka ragam peralatan sederhana digunakan untuk membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan, mulai dari batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang haiwan hingga dari landak. Antara peralatan tradisional yang perlu diketahui sebagai pembersih gigi dan mulut adalah kayu siwak (Salvadora persica). Siwak (Chewing Stick) telah digunakan oleh masyarakat Babilonia semenjak 7000 tahun yang lalu, yang kemudian digunakan pula di zaman Kerajaan Yunani dan Romawi, Yahudi, Mesir dan Kerajaan Islam. Penggunaan chewing stick (kayu kunyah) berasal dari tanam-tanaman yang berbeza-beza pada setiap negera. Di Timur Tengah, sumber utama yang sering digunakan adalah pohon arak (Salvadora persica), di Afrika Barat yang digunakan adalah pohon lemon (Citrus aurantifolia) dan pohon limau (Citrus sinesis). Akar tanaman Senna (Cassiva vinea) digunakan oleh orang Amerika berkulit hitam, Laburnum Afrika (Cassica sieberianba) digunakan di Sierre Leone serta Neem (Azadirachta indica) digunakan secara meluas di benua India.

Emslie (1996) cit Babay (1999) melaporkan untuk pertama kalinya adanya prevelensi karies lebih rendah pada pengguna siwak dibandingkan dengan pengguna berus gigi biasa di Negara Sudan. Baghdady dan Ghose (1979) cit Babay (1999) juga melaporkan prevelensi karies yang rendah pada anak-anak sekolah di Negara Sudan akibat dari penggunaan siwak.

Pada penelitian Almas, Skaug dan Ahmad (2004) ekstrak siwak memiliki daya antibakteria terhadap Streptococcus mutans dan Streptococcus faekalis. Kelebihan siwak dalam membersihkan gigi dan mulut menurut Hardie dan Ahmed (1995) cit Darout, Skaug (1995) disebabkan oleh kesan mekanik dari serat-serat batang dan siwak mampu melepaskan zat aktif yang sangat bermanfaat. Hal ini mungkin merupakan jawapan terhadap prevelensi karies yang rendah di Sudan. Secara in-vitro menurut laporan Al-lafi dan Ababneh (1999) cit Darout et al (2001) siwak dapat menginhibisi (menghambat) pembentukan plak gigi, pertumbuhan dan produksi asid oleh beberapa bakteria kariogenik.

WHO pada tahun 1984 dan Consensus Statement on Oral Hygiene (2000) menganjurkan penggunaan chewing stick (kayu sugi) kerana efektivitasnya dalam menghilangkan plak dan mencegah karies gigi.

Komposisi Siwak mempunyai kesan sebagai berikut: (Tubaishat et al 2005):

1. Trimethylamine berguna untuk menghilangkan karang gigi dan stain (kotoran), juga sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan mampu menstimulasi gingiva.
2. Chloride sebagai penghalang pembentukkan calculus dan membantu menghilangkan stain ekstrinsik dari gigi.
3. Flouride berfungsi untuk memperkuat enamel gigi, mendukung remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flouride juga membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak gigi.
4. Silika suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi kerana silika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan kotoran.
5. Vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi.
6. Tannin atau molekul phenolic yang mengandung zat astrigen yang dapat melindungi gingiva.
7. Saponin mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran, dan dapat digunakan sebagai anti-inflamasi (peradangan) dan anti-mikrob.
8. Flavonoids berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi (radang)
9. Sterol dapat mengurangi penumpukan plak.
10. Salvadorine berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan gingiva stimulating.
11. Resins adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung untuk mencegah gigi dari karies.
12. Sulfur bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi dari karies.
13. Komponen anionik antibakteria adalah sulphate (SO42-), chloride (Cl-) dan thiocyanate (SCN-).

Peranan Siwak Sebagai Anti-karies

Almas dan Al-Zeid (2004) meneliti in-vivo kesan antibacterial yang cepat terhadap Streptococcus mutans dengan menghitung koloni bacteria dalam saliva pada subjek pengguna siwak, ekstrak siwak 50%, berus gigi, dan normal sanlin. Pengukuran menggunakan Vivacare (Caries Risk Test). Hasil penelitian menyimpulkan bahawa ekstrak siwak 50% mampu menurunkan kadar hitungan bacteria Streptococcus mutans dalam saliva dan menunjukkan penurunan bermakna Streptococcus mutans yang lebih besar pada penguna siwak dibandingkan penguna berus gigi biasa.

Cara Penggunaan Siwak

Orang menggunakan siwak dalam bentuk batang atau stick kayu dengan cara:

1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stick kayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya. Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat di gigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merusak gusi apabila digunakan.

2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stick yang akan di pakai sahaja.

3. Siwak yang kering dapat merusak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.

4. Bahagian ujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.

5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.

Dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden maka siwak digunakan dengan cara diolah dahulu kemudian ekstraknya dimasukkan dalam ubat gigi. Suryadi et al (2006) menunjukkan bahwa ubat gigi siwak mampu menginhibisi (menghambat) strain lokal Streptococcus mutans yang diisolasi dari gigi manusia.

Siwak Menerajui Era Sains dan Teknologi

Bagi menyimpulkan kelebihan siwak berbanding ubat gigi biasa, penulis akan memetik kenyataan Dr. M. Ragaii El-Mostehy dan rakan-rakan dari Kuwait dalam Siwak as an Oral Health Device (Preliminary Chemical and Clinical Evaluation):

“It could be concluded that Siwak and powdered Siwak are excellent tools for oral cleanliness. Because of its availability in this part of the world, being inexpensive and readily adopted by Moslems as part of their religious regimen, it is highly recommended in implementing a preventive dental health program for Islamic countries. Also recommendations should be directed to manufacturers of toothpastes to include the powdered form of Siwak in a highly debriding sophisticated toothpaste.”

Namun, perlu kita sepakati bahawa ilmu memberi kita pengetahuan relative dan tidak final serta boleh sahaja ia direvisi atau dibatalkan, sedangkan hadith nabi memberikan kita hakikat yang final dan mutlak iaitu fakta bahawa bersugi menyihatkan mulut dan kesukaan Maha Pencipta. Itu sahaja. Kita tidak mengomentari ini itu (kesimpulan ilmu pengetahuan) untuk selama-lamanya! (hadith)

Wallahua’lam.

Rujukan:

1. Sayyid Quthb, Fiqhud Dakwah: Maudhu at fi ad-Dakwah wal Harakah. Alih bahasa: Abdul Majid, Lc. Aku Wariskan Untuk Kalian!
2. Kidd EAM, Joyston-Bechal S. Dasar-dasar karies, Penyakit dan penanggulangannya.
3. Panjaitan M. Etiologi karies gigi dan penyakit periodontal
4. Axelsson Per. An Introduction to risk prediction and preventive dentistry.
5. Axelsson Per. Diagnosis and risk prediction of dental caries.
6. Wu CD. Chewing Stick, Timeless natural toothbrushes for oral cleansing.
7. Babay Nadir, Almas K. Effect of miswak extract on healthy human dentin: an in vitro study.
8. Almas K., Skaug N. Ahmad, I. An invitro antimicrobial comparison of miswak extract with commercially available non alcohol mouth rinses.
9. Darout IA. Comparative Oral Health status of an adult Sudanese population using miswak and toothbrush regularly.
10. Tubaisat RS, et al. Use of miswak vs toothbrushes: Oral health belief and behaviors among a sample of Jordanian adults.
11. Almas, K. The antimicrobial effects of seven different types of Asian chewing stick.
12. Suryadi A, Mangundjaja S, Soekanto SA, Djais A. Effect of Salvadora percica in dentrifice on streptococcus mutans from humans.
13. Poisonous Toothpaste Discovered In Chicago Stores
14. Siwak as an oral health device (preliminary chemical and clinical evaluation)



*Ahmad Aizatnur bin Zakaria merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam.com. Kini menuntut di USU School of Dentistry di indonesia. Jika anda berminat menjadi penulis jemputan iLuvislam, hantarkan biodata anda kepada spica_gen[at]yahoo[dot]com atau ImKoyube[dot]iluvislam[dot]com.

Madrasah Said Hawwa Research Foundation @ http://msaidhawwa.blogspot.com/

*komen: Jelas disini kepentingan sugi/siwak. Marilah kita sama-sama belajar untuk amalkan salah 1 dpd sunnah nabi ni. Sedih aku apabila ada yang memperlekehkan sugi ni sampaikan pernah aku terbaca 1 artikel di sebuah majalah yg panelisnya merupakan seorang ustaz seolah-olah memperlekehkan sugi dan menganggapnya sebagai ketinggalan zaman. Semoga kita semua masih dalam kasih sayangnya. Amin






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...