Dec 6, 2010

Selamat Datang 1432 Hijrah!

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH.
Berlabuhnya tirai maghrib tadi menandakan kita sudah melangkah ke tahun 1432 Hijrah.

Semestinya seperti tahun-tahun yang lalu masjid-masjid dan surau dipenuhi oleh Jemaah pada waktu Maghrib yang ingin bersama-sama membaca doa akhir dan awal tahun secara beramai-ramai.

Dan kepada umat Islam yang dapat menutup 1431 Hijrah dengan berpuasa, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak dapat berpuasa pada hari ini, jangan gusar esok masih ada. Marilah berpuasa, mulakan tahun baru hijrah ini dengan memperbanyakkan amalan sunat moga-moga kita semua menjadi insan yang dicintai oleh penciptaNYA.

Akhir kata daripada saya, moga ketibaan tahun baru ini membawa lebih kebaikan kepada diri kita. Mari berubah kearah lebih baik. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Lawan mazmumah, Perbanyakkan mahmudah!

P/s: Nasihat untuk telinga sendiri yang paling dekat dengan mulut sendiri.


7 comments:

meaw said...

salam maal hijrah, moga2 tahun ni lebih baik dari tahun lepas ;)

student said...

Ameen, mudah-mudahan semua berubah ke arah lebih baik!

Salam Maal Hijrah...:)

Lelaki Ini said...

salam tahun baru hijrah!

student said...

lelaki ini;

Salam tahun baru hijrah! ^^,

ahsfantasy24 said...

salam tahun baru. Moga tahun ini, kite menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya,dan menjadikan tahun ini sebagai asas untuk kite lebih baik pada tahun-tahun selepasnya.. <3

student said...

Salam tahun baru,
insyaALLAH moga-moga dengan kehadiran 1432H ini menjadi 'turning point' kepada kita semua menjadi lebih baik. ALLAH masih memberi kita peluang untuk berubah ke arah kebaikan.. :)

Anonymous said...

I just added your blog site to my blogroll, I pray you would give some thought to doing the same.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...