Isnin ini(esok) hari terakhir bagi bulan Zulhijjah.
Lusanya ialah Muharam. Ini bermakna kita akan menyambut ketibaan Tahun Baru Hijrah.
Baik.
Bagi meraikan perpindahan tahun hijrah ni, apa kata kalau kita berpuasa di akhir tahun dan awal tahun hijrah? Maksud saya pada hari esok dan lusa... Lagi cantik kalau kita dapat membaca doa akhir tahun, dan awal tahun disamping menghidupkan malam-malam dengan ibadah kepadaNYA. Tentu molek kan?
Hadis.
Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
Dan ada 1 hadis tentang kelebihan berpuasa diAkhir Zulhijjah yang diragui martabatnya oleh ahli Hadis.
Amalan berpuasa ini perlu difahami bukan kerana menuntut fadhilah semata-mata, kerana sedia maklum bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan berpuasa dihujung dan awal tahun hijrah itu tidak terletak pada martabat Hadis Sahih.. Namun, dalam hal ini, saya berpegang kepada;
- Hadis lemah boleh dijadikan sandaran untuk beramal ttapi tidak boleh dijadikan sebagai hujah untuk menjatuhkan hukum.
- Jika tidak mahu berpegang pada hadis tersebut, maka boleh berpegang pada hadis yang lain; 1. Nabi berpuasa setiap isnin dan khamis(esok isnin), 2. Nabi berpuasa paling banyak dalam bulan Muharam.
Hikmahnya.
Kerana inginkan amalan akhir dan awal tahun itu ditutup dan dibuka dengan puasa. Sesungguhnya, Nabi amat suka sesuatu itu dibuka dan ditutup dengan puasa.
Amalan berpuasa ni telah diamalkan oleh para ulama', cuma kita yang berasa janggal sebab jarang dan tak pernah buat!
P/s: Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua umat Islam di mana sahaja. 1431 Hijrah sudah hampir berlalu adakah azam kita yang lalu sudah tercapai?
No comments:
Post a Comment